takut menulis

Posted on

salam,

Saya perasan ramai juga yang membaca blog saya ini..

dari yang kenal, kepada yang tidak..

tahu tak saya jadi semakin takut untuk menulis..

sebab saya takut orang judge saya dan akhirnya akan meninggalkan islam dan dakwah sebab saya..

saya hampir2 nak menutup blog ini dan buat blog baru supaya saya dapat menulis dengan bebasnya..

sebab itu ramai penulis sukakan nama samaran… supaya orang kurang mengenalinya dan dia bebas seperti si rajawali yang terbang ke angkasa dan tulisannya menjadi tumpuan si camar untuk berteduh..

kerana ketakutan itulah saya mula jarang menulis.

bukan sahaja ketiadaan ilham ( kali terakhir baca novel melayu yg decent adalah 3 bulan lepas),

bukan sahaja kerana saya final year medical student tahun ini ( dengan 3 essei perlu dihantar setiap bulan)

namun kerana saya takut hati saya akan mengarah ke tempat lain..

saya takut saya menulis kerana korang semua.

menulis untuk terus diangkat menjadi penulis mahakarya

menulis untuk terus dikagumi, dipuja dan dijadikan reference..

Sedangkan saya tahu semua itu sia-sia.. dan langsung takkan membuatkan hati korang bahagia..

Sedangkan saya tahu, tulisan yang memberi makna pada jiwa manusia adalah penulisan yang membawa pembacanya kepada ALlah..

Bagaimana mungkin saya menulis jika hati saya belum lagi tetap dan bersih untukNya semata.

Benar.

Saya seorang manusia penuh khilaf. Ramai orang yang selepas mengenali saya mungkin merasai saya ini hanyalah manusia picisan sahaja. Mungkin kecewa bila bertemu saya. Saya memang agak segan dengan orang yang apabila pertama kali berjumpa saya :

‘Owh.. ini ke muharikah… saya sukalah baca penulisan awak…’

Ya Rabbi… takutnya saya jika orang mengetahui diri saya yang sebenar. Kelemahan diri saya diketahui oleh orang yang terdekat dan mereka selalu memaafkan kesilapan saya. Bagi yang belum, tentu sahaja kecewa dengan saya, kerana kadang-kadang saya tak mampu memberikan layanan yang terbaik buat mereka.

Walaupun komentar positif itu penting dalam menaikkan hamasah ( semangat) dalam berkarya namun terkadang dia mudah sahaja menyelewengkan niat yang seharusnya tulus ini.

Kerana itu untuk beberapa ketika, saya cuba meraih kekuatan saya dengan membanyakkan masa dengan berfikir, membaca dan mendengar.

Selama tiga minggu bercuti, saya berkesempatan untuk bersama adik-adik saya Aqilah dan Arinah, meluangkan masa dan mengikat kembali ikatan hati kami ( ikatan darah memang takleh putus, tapi ikatan hati selalu perlu diusahakan). Kami sempat untuk menziarahi akhawat di Scotland, kemudian berjaulah di negara Andalusia dalam mengenal kembali sejarah islam yang gemilang di negara Eropah tersebut dan seterusnya meluangkan masa selama 4 hari di Loch Lomond dan Strathfillan Scotland untuk bertemu ramainya manusia di bumi UK dan Ireland serta menuntut mutiara-mutiara ilmu Islam di sana.

Akhirnya Aqilah dan Arinah mengakhirkan kedatangan mereka dengan menziarahi sahabat-sahabat saya di Manchester dan Birmingham. Saya sendiri duduk bersama akhawat di Birmingham sehinggalah selesainya cuti saya.

Tersenyum saya takkala mengenangkan detik-detik bersama adik-adik saya tersebut. Terlalu banyak yang dipelajari sepanjang perjalanan kami. Benar saya merasai lebih rapat bersama mereka tatkala berjaulah daripada duduk di rumah. Sepanjang jaulah tersebut terlalu banyak suka duka yang kami lalui bersama.

Apabila mereka pulang, teringin juga saya mencoretkan sesuatu di sini. Terutamanya pengalaman menjadi pengarah program winter retreat di Strathfillan Wigwam.

Maaf sebab gambar masih belum dapat ditransfer kerana masih menunggu card reader untuk sampai ke rumah. Kami duduk di dalam wigwam( seperti gambar di atas). Wigwam ini zaman moden punya. Nak tahu tak zaman dulunya camne?

Sejuk woo kalau duduk kat tempat camtu. So alhamdulillah, wigwam moden ni ada kelengkapan heater dan peti sejuk kecil! ( Ni yang tak sabar nak tunjuk gambar ni…huhuhuhh)

Paling bahagianya, inilah satu-satunya winter retreat yang paling sedikit bilangan pesertanya. Winter Retreat 1 masih berjalan di Loch Lomond Hostel dengan bilangan peserta seramai 200 orang, sedangkan kami ada 50 orang sahaja.

Alhamdulillah, walaupun kami semua AJK, tapi kami sendiri sangat enjoy dengan pengisian yang dibentangkan oleh ustaz dan ustazah yang sangat berpengalaman dalam medan dakwah. Dalam masa yang sama banyak ruang-ruang masa yang kami perolehi untuk berkenalan dan cuba berkongsi pengalaman dengan ramainya sisters dari pelbagai latar belakang tarbiyah.

Saya mencari-cari keseronokan dalam winter retreat saban tahun, sebab saya bosan buat perkara yang sama tiap tahun. Sebab itu tahun ini saya tak ambil langsung peluang membuat video dan banyak menumpukan masa untuk tarbiyah. Alhamdulllah, saya temui kepuasan itu di winter retreat strathfillan. Dan tentu saya harap saudara-saudara saya lain dapat sesuatu yang bermakna darinya…

Di Spain sendiri, terlalu banyak perkara-perkara manis berlaku. Setelah 7 tahun membawa kereta automatik, saya perlu membawa kereta manual yang akhirnya terhenjut-henjut di pertengahan jalan. Kereta itu sendiri mengalami banyak kecederaan pada akhir perjalanan kami. Yang paling mendekatkan hati kami semua adalah pengalaman kami sesat di bandar Granada dan Cordoba selama 2 jam. Walaupun separuh dari kami tak mengenal sesama sendiri sebelum perjalanan, ternyata tarbiyah jaulah ini cukup-cukup mentaarufkan kami akan sikap, peribadi dan perangai masing-masing.

Sebelum mereka pulang, sempat kami bersama sisters birmingham bersama teman lama sekolah saya; illi untuk terus bersama-sama melayari hidup ini. Walaupun ku akui, aku tidaklah terlalu rapat dengannya, namun rakan Al-Aminlah rakan sehidup sematiku. Kerana merekalah manusia yang paling kenal dengan kelemahanku; keanak-anakanku dan aspirasiku, dan mereka menerima aku seadanya.. walaupun perjalanan hidup kami berbeza, namun tautan hati yang terbina teramat susah dimengertikan. ( mungkin kami semua satu sekolah yang sama dari sekolah rendah ke menengah.. :))

Alhamdulillah, selama cuti ini saya berusaha untuk mengkayakan lagi khutub khanah perpustakaan saya. Buku-buku rujukan usrah sudah saya miliki sehinggalah buku bacaan luarnya yang lain. Saya sendiri memerhatikan timbunan buku-buku saya dan berfikir;

Bilalah aku ada masa nak baca buku-buku ini?

sedangkan sebagai doktor, kami lebih perlu meluangkan masa untuk membaca jurnal medikal dan seumpama dengannya..

Insyaallah masa itu milik Allah, dan diberikanNya keberkatan buat sesiapa yang dikehendakiNya…

mungkin setakat ini dahulu coretan saya. maaf jika jemu. Sudah saya katakan, saya menulis bukan untuk menyukakan hati antum, saya menulis kerana tulisan inilah saya mengenal diri saya..

Barangsiapa yang mengenal dirinya.. dia akan mengenal Tuhannya…

Hingga bertemu lagi.

Sama-sama kita berdoa untuk Gaza..

wassalam

Aisyah

Dundee

Advertisements

2 thoughts on “takut menulis

    clever soul said:
    January 14, 2009 at 6:30 pm

    best2..sangat2 berharap dpt pergi ke winter retreat especially kalo dpt ustaz maszlee malik. ruginye tak dpt. terperuk di celah kota melbourne yg panas.

    insya Allah by the end of this year akan ke scotland. hopefully PMS nanti kat scotland lagilah ye..

    muharikah responded:
    January 14, 2009 at 10:01 pm

    salam clever soul.

    selain ustaz maszlee ada ramai lagii penceramah2 lain..hehe..

    mmg sangat best.

    pasal tahun depan kene tengok dulu..

    kot2 orang dah boring main ski so kene buat kat england lagi..hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s