Matlamat sama, jalan kita berbeza

Posted on Updated on

salam,

Melihat perkembangan dakwah di bumi Allah ini, seharusnya hati merasa teramat bahagia.
Di mana-mana sahaja, Islam semakin marak dan mekar:

Rasulullah bersabda: Hendaklah kamu beramar ma’ruf (menyuruh berbuat baik) dan bernahi mungkar (melarang berbuat jahat). Kalau tidak, maka Allah akan menguasakan atasmu orang-orang yang paling jahat di antara kamu, kemudian orang-orang yang baik-baik di antara kamu berdo’a dan tidak dikabulkan (do’a mereka). (HR. Abu Zar)

Dakwah telah berkembang di Malaysia secara pesatnya sekembalinya graduan-graduan mesir dan UK pada awal tahun 70-an. Dari situ institusi dakwah dan tarbiyah berlumba-lumba memeriahkan lagi arena dakwah menerusi usrah, seminar, sekolah-sekolah islam dan sebagainya di Malaysia. Pola masyarakat yang hedonisme, liberal dan sederhana bertukar kepada masyarakat yang mula memahami islam dan mendokong islam.

Di sudut yang lain, satu ironi pada gerakan dakwah di Malaysia, ataupun pendukung dakwah Malaysia adalah ketiadaan satu harakah islamiyah syumuliah. Seperti mana yang berlaku pada harakah dakwah di negara lain, hampir kesemua mereka memiliki satu jemaah; PKS, IM,JI dan sebagainya. Wadah-wadah yang tumbuh hasil dari tarbiyah ikhwanul muslimin itu akhirnya bersatu di bawah satu payung jemaah. Walaupun ada pergeseran-pergesaran di dalam ahli, ketidak fahaman dan sebagainya, namun kesemua itu diketepikan untuk menjaga kesatuan jemaah mereka.

Sangat berbeza dengan warga duat Malaysia.Pertembungan antara pelbagai jemaah ini berlaku puluhan tahun yang silam.

Ironinya, terkadang modal yang sama digunakan untuk memancing orang untuk memasuki jemaahnya.

Modal yang digunakan tahun 80an itulah yang digunakan era 21st century ini.

Ramai golongan muda yang terdiri dari pelajar dan graduan, mengimpikan agar kesemua jemaah ini wujud di bawah satu payung. Semua mahu agar kesemua jemaah-jemaah ini boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah serta menjanakan agenda-agenda dakwah secara kolektif, tanpa ada perasaan dengki, cemburu, berebut, marah dan paling penting tiadanya amalan fitnah menfitnah.

Saya rasa setiap generasi yang baru mula dalam harakah akan mengimpikan perkara itu. Dan ramai akan pening, kenapalah takde satu jemaah je kat Malaysia ini? Kan senang nak pilih, masuk je usrah, tarbiyah, faham dakwah, buat kerja dakwah, terus menggabungkan diri dengan saff jemaah. Kenapa perlu runsing?

Yang menjadi mangsanya adalah adik-adik yang baru sahaja nak mengenal Islam, dan akhirnya perlu memilih jemaah. Hasrat utama untuk mengenal islam terbantut hanya kerana geram melihat usaha tarik-menarik antara jemaah-jemaah ini.

Pernah saya dan beberapa rakan merangkakan untuk membuat satu jemaah baru untuk menyatukan pemahaman dan fikrah jemaah yang berbeza ini.

Tapi itu bermakna, akan menambahkan lagi satu jemaah baru bagi orang malaysia dan menambahkan lagi kekusutan yang ada!

Murabbi saya yang berbangsa Indonesia ( tentunya ahli PKS) pernah berkata pada saya:

‘ Ana pelik tengok orang MAlaysia ini. Entah kenapa mereka tak boleh nak bersatu. Kami walaupun guna nama yang berbeza, tapi semuanya bekerja untuk PKS’

Ya ukhti… tentulah pelik, jika masing-masing merasai jalannya paling benar dan tidak mahu bertoleransi dengan orang lain…

Masalah kepelbagaian jemaah di Malaysia adalah merupakan kesan sejarah yang amat panjang. Namun bukan tiada usaha-usaha untuk menyatukan jemaah itu kesemuanya. Sehingga kini, para pimpinan berusaha untuk menyatukan hati dan kefahaman antara jemaah, tapi itu bukanlah satu usaha yang senang.

Ini berlaku kerana masing-masing memperjuangkan agenda yang diungguli oleh jemaah masing-masing. ternyata agenda itu tampak berbeza.

Ada jemaah yang sangat merasai bahawa dengan cara politiklah Islam dapat ditegakkan di atas bumi Allah.
Cara tarbiyah, pendekatan hati dan pembinaan individu muslim ternyata lambat untuk mencapai ustaziyatul Alam. kalau nak tunggu semua baik, bilanya nak dapatkan negara Islam?

Ada jemaah yang menyakini akan kepentingan tarbiyah dan benar-benar merasai inilah jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Memang lambat, tapi pasti berhasil.Kerana dia menunggu buah yang masak untuk berbuah. Bila adanya individu-individu muslim yang ramai untuk mendukung Islam, lama kelamaan akan terbentuklah negara islam itu.

Tapi di dalam jemaah yang menyakini dengan keberkesanan maratib amal ini, ada pula melihat bahawa di situ ada kepincangan tersendiri. Ada yang melihat jemaah itu tidak mampu untuk menampung keperluan tarbiyah yang ada. Mereka melihat masih ada lopang-lopang pada individu yang ditarbiyah oleh jemaah itu.

Lalu mereka menubuhkan jemaah mereka sendiri dengan hasrat untuk memperkasakan tarbiyah mereka, dan akhirnya mereka menjadi entiti jemaah yang berbeza walaupun nampak matlamatnya sama.

Dan yang nak memperkaskaan tarbiyah ini ada pula cabang-cabangnya.Ada yang berbeza dari methodologi penyampaian bahan, ada yang menekankan satu aspek, tapi tidak menekankan aspek yang lain serta sebagainya.

Camne orang tak pening nak pilih? Pening tau! Banyaknya jemaah yang ada! ( tapi kerja dakwah berjalan tak?)

Rata-rata adik tahun satu di universiti akan mengambil masa 3-4 bulan bergelumang dalam kepeningan. Jemaah ini kata dia betullah, jemaah tu kata dia paling ikut sunnahlah. Dan barisan qiyadah serta saff jundiy yang berada dalam setiap jemaah itu bukan calang-calang orangnya. Orang yang sangat tsiqah, ustaz yang disegani penampilannya serta qudwah yang dihormati. Takkan mereka nak berbohong pada kita kan?

Akhirnya apa yang berlaku pada mereka yang memiliki kepandaian luar biasa, yang kebanyakkan mempelajari Islam dari bacaan semata-mata ( dan golongan ini memang SANGAT banyak membaca), mereka bertindak untuk tidak mahu bergabung dengan mana-mana jemaah. Satu kerugian yang amat besar bila dakwah tidak dapat memanfaatkan mereka secara kolektif. Memang mereka sangat hebat dalam mengorganisasikan satu program dakwah, tetapi dakwah secara fardhiyah, pembentukan individu muslim itu tidak dapat mereka garap kerana mereka berdiri sebagai satu individu, bukan satu jemaah. Maka kekuatan mereka bukanlah seperti penyapu lidi. Gelombang dakwah yang dibawa oleh individu-individu ini tidak dapat dirasai oleh golongan massa.

Teramat penting sebelum kita mengenalkan manusia kepada jemaah, perlulah kita kenalkan mereka kepada Islam dan dakwah. Mereka perlu merasai akan kepentingan dakwah kemudiannya barulah mereka faham kenapa perlu mereka berintima’ ( bergabung) dengan mana-mana jemaah.

Persoalan kepelbagaian jemaah adalah bukan di tahap kita sebagai jundiy untuk menyelesaikannya. Mereka yang menubuhkan jemaah ini adalah mereka yang berijtihad dan pada mereka ijtihad itulah yang paling benar. Jika mereka salah, tak dapat dosa, tapi bila mereka benar, mereka mendapat pahala.

Bagi kita yang berada di akar umbi, yang perlu menggerakkan jentera dakwah, kitalah yang perlu membetulkan sikap kita.

Masalah kepelbagaian jemaah di kalangan orang Malaysia timbul apabila berlakunya perebutan mad’u yang sama. Bila itu berlaku, perasaan terasa hati, sakit hati, fitnah memfitnah dan sebagainya sangat sukar dihalang.

Jika tiadanya perebutan mad’u, insyaallah semua duat yang bergerak dalam harakah manapun takkan ada sekelumit perasaan dalam hatinya untuk memburukkan saudaranya.

Rasulullah bersabda : Makar, tipu muslihat dan pengkhianatan rnenyeret pelakunya ke neraka. (HR. Abu Dawud)

Ada seorang adik yang pernah saya tarbiyahkan di dalam usrah, akhirnya dia memilih jemaah lain, yang tentu cara kerja kami sangat berbeza. Saya selalu merasai dia umpama adik saya sendiri, dan saya amat mengasihinya. Malah walaupun kami mengikuti cara berbeza, saya gembira dia berada dalam saff Islam. Cuma tentu, apabila kedengaran ada suara-suara yang merendahkan jemaah yang saya ikuti, perasaan saya terhadapnya turut terjejas.

Dan mungkin itu berlaku padanya juga.

Dakwah dan tarbiyah kita bukan sahaja sewaktu kita di ukeire, ataupun sewaktu kita di malaysia, tapi kita berada di seantero dunia.

Katakanlah dakwah kita hanya berkisar tentang siyasah dan pembentukan negara islam, bagaimana mampu kita berkomunikasi dengan orang brunei, dengan thailand, dengan pakistan dan sebagainya. Apakah yang dapat kita kongsikan dengan mereka?

jika kita bercakap tentang tarbiyah, tentang pembentukan individu muslim, tentu dakwah itu relevan untuk seluruh manusia di dunia, tanpa ada sempadan negara pun.

Tarbiyah yang kami perolehi adalah tarbiyah yang mengajar kami untuk tidak mengendahkan kata-kata orang lain. Apa yang kami tahu, teruskan bekerja dan beramal. Biarlah mereka yang lain berkata-kata.

Terlalu banyak yang dikatakan tentang MSM sendiri. 80% tak benar sama sekali. Semuanya diambil dari sumber yang tidak dipercayai dan dari mulut ke mulut. Semuanya mahu dikaitkan dengan kisah orang terdahulu, dan menggunakan kelemahan MSM untuk menarik manusia kepada jemaahnya.

Kalaulah orang yang berkata itu orang beriman, dia takkan tergamak nak memburukkan jemaah orang lain.

Kerja- kerja dakwah tersangat banyak perlu dilaksanakan. Bila melayan orang untuk berhujah ( pelikkan banyaknya masa dia nak berhujah bab-bab jemaah ini) memang takkan ke mana. Sedangkan nak mentarbiyah manusia bukanlah cuma dalam usrah sahaja, dia mengambil keseluruhan hidup kita.

Matlamat sama, jalan kita berbeza. Tidak perlu memaksa orang mengikuti cara kita dengan cara menghentam golongan lain. Bangkitlah dengan cara tersendiri dan tunjukkanlah keperibadian duat yang benar buat manusia lain. Jadikan manusia cintakan Islam dan dakwah, sebelum cinta pada jemaah. Ramai manusia sibuk untuk menambahkan keahlian jemaahnya tapi lupa untuk mendidik ahlinya untuk mendekati Allah dan sunnah Rasululllah. .Acapkali mereka yang bergelar duat ini berakhlak seperti orang biasa walaupun bercakap tentang islam siang dan malam. Tampilkan keperibadian duat pada sakhsiyah kita!

Buat mereka yang masih dalam persimpangan, dalam nak memilih siapakah yang perlu diikuti, ikutilah mereka yang paling mendekati apa yang Rasulullah s.a.w lakukan. Yakinlah dengan apa yang baginda bawa dan peganglah sekuat-kuatnya. Paling penting, jangan dengar dari sebelah pihak sahaja, bertanyalah, dan terus mendapatkan pendapat. Kupas setiap perincian yang ada dan teliti kebenarannya. Jangan percaya bulat-bulat tanpa mendapatkan kesahihannya.

Murabbi saya pernah berkata; orang yang paling benar takkan kata jemaah dia yang paling baik. Tapi dia akan menunjukkan jemaahnya yang terbaik tanpa berkata apa-apa.

Moga Allah menggolongkan kita dikalangan mereka yang membawa manusia kepadaNya, dan akhirnya kita mati di jalan dakwah ini, insyaallah…

PS: jika saya masih menulis tentang jemaah ini, maknanya masih ada lagi kedengaran suara orang yang memburukkan-burukkan jemaah orang lain… 😦

Advertisements

29 thoughts on “Matlamat sama, jalan kita berbeza

    zulfadli-md said:
    January 10, 2009 at 8:22 am

    saya merasakan ada sentuhan dari hati pada penulisan ni. izinkan saya meneliti dan mengulas entry ini di blog saya yg takseberapa.

    semoga jama’atul muslimin yang ada sentiasa menyatu di hati mereka,untuk berdakwah kembali kepada asholah,asal wajah Islam yang sekarang kian tercemar oleh pendakwah sendiri..

    salam dari mutarabbi & murabbi PKS, Jakarta

    muharikah responded:
    January 10, 2009 at 11:20 am

    Boleh akhi menyertakan link blog antum? jzkk

    fadhilah said:
    January 10, 2009 at 1:57 pm

    subhanallah. terasa sangat dekat di hati. kami baru je bincang tentang ni siang tadi. moga Allah thabatkan kita di atas jalanNya

    afiq rushdi, moscow said:
    January 10, 2009 at 5:19 pm

    salam~ alhmdlh…mendapat sedikit intipati tmbhn ttg masalah biasa insan yg bru or sedang ditarbiyah or mentarbiyah…pokok pangkalnya seperti yg dinyatakan, penghayatan terhadap islam dan dakwah serta kepentingannnya perlu menjadi keutamaan…psal jemaah later on..yg pntg teruskan bekerja..we r not issue oriented, but objective oriented iA..our objective is Islam..not the jemaah…itu hanyalah wasilah..allahualam~ slm~

    drmuthiah said:
    January 11, 2009 at 10:32 am

    πŸ™‚

    ‘teruskan bersyura’ orang volgo πŸ˜›

    TAHULAH ANDA SESUNGGUHNYA MENYATUKAN SEMUA MANUSIA DI BAWAH SATU JEMAAH AMAT PAYAH (at least untuk waktu ini)

    anis said:
    January 11, 2009 at 2:41 pm

    salam akak.Alhamdulillah,sy pun selalu keliru dgn isu2 jemaah ini dan sering mengajukan persoalan kpd naqibah saya tentang jemaah itu dan ini.kadangkala saya keliru,dalam 1 jemaah ada lagi pecahannya.saya pun tidak tahu apa yg menyebabkan perpecahan itu.saya masih baru dlm dunia tarbiyah ini dan saya rasakan penulisan akak ini benar2 membantu.jangan takut utk menulis ye akak,don’t afraid to stand alone πŸ™‚ byk ilmu yg akak kongsikan.syukran ukhti!

    muharikah responded:
    January 11, 2009 at 3:07 pm

    afiq dn dr muthiah–> moga dakwah antum dimudahkan di sana insyaallah…

    anis –> kene kasi saya semangat eh anis untuk terus menulis πŸ™‚

    Peter Pan said:
    January 11, 2009 at 5:45 pm

    Aisyah.. im wondering πŸ™‚ The leaders of each jemaah ni tk pernah ker berjumpa sesama sendiri?? Kalau tk pernah.. patut la diadakan ‘teh tarik session’ ker.. wat i mean is..berjumpa sesama pemimpin ler.. But if pemimpin sesama pemimpin pun tk bersatu, then kena lar turunkan diorg2 ni dr takhta pemerintahan – yg nih tugasan org bawahan lar. Org bawahan punye perangai sebenarnye adalah imabasan perangai pemimpin diorg. So kalau jemaah2 bersatu, pemimpin lar golongan pertama yg kena bersatu dulu. So, to get gud leader is to get rid off the bad leader. Cuba r antara korunk2 tuh yg ade pengaruh sikit tu gi try organize satu perjumpaan antara pemimpin2 jemaah… diskus ler atr sesama sendiri amende yg byk sgt salah paham tu.. ayooo… masalah ni bukan dah berkurun lama ker??? action must be taken mate… aggressive one! huhu

    aizadiha said:
    January 11, 2009 at 8:29 pm

    Salam akak.jzkk..
    bgs betul kalau semua duat fhm..

    iAllah..jalan terus~
    =)

    muharikah responded:
    January 11, 2009 at 11:14 pm

    kak peter pan!
    I miss u sis!!! Muaahh!!
    lamanya tak kongsi blog dengan i ye… hehehe…

    btw, love ur idea sooooooooo much!!!

    tapi tulah, maybe ada sejarah2 silam yang kita tak tau dan sebab2 kenapa jadi begitu. Maybe generasi2 yang datang akan lebih terbuka dan akhirnya menjadi semua pendakwah2 ini bersatu…

    insyaallah satu masa nanti πŸ™‚

    anon said:
    January 12, 2009 at 11:57 pm

    salam..

    hurm.. just menyelit.. hurm.. bukan takat teh tarik, para pemimpin boleh tidur sekali, lepak sekali pun dah.. huhu makan breakfast, lunch dan dinner pun..

    bukanlah bila tak bersatu itu, maksudnye bercakaran sesama sendiri.. baik je, bahkan mungkin lebih baik dari kita-kita yang bercakap nih..

    cuma, adalah sebab2nya mengapa tidak digabungkan menjadi satu.. marilah kita beruhusnuzzon bahawa mereka bukannya taknak bersatu..

    panjang ceritanya.. nak evaluate keadaan kena tahu sejarah nan panjang..

    -sekian banyak kali medengar sejarah tak pernah mendengar orang2 tua mengutuk orang lain atau merasa diri mereka saja betul.. bahkan sebaliknya….

    Kuali Terbang said:
    January 13, 2009 at 2:55 am

    hipokrit kot.. depan baek belakang mengata…. biasa ler pendakwah pun manusia juge πŸ™‚

    kaji ler sejarah yg panjang berjela itu..camne kumpulan2 dakwah ni terbentuk, sesape yg rajin tu lar kan.. πŸ˜›

    masalah ‘internal’ harus disettlekan dulu seblom kerja2 dakwah dilaksanakan.. huhu

    hamba Allah said:
    January 13, 2009 at 1:05 pm

    salam muharikah..isu jemaah ni satu isu yang panjang dan kompleks.bukan tak pernah syura antara pimpinan2 jemaah tapi pimpinan2 jemaah berijtihad ada yg lebih penting untuk diselesaikan..dan berijtihad bahawa cara inilah yang terbaik untuk menyelamatkan ummah seterusnya mewujudkan ustaziatul alam insyaallah, mengikut maratib amal yg tersusun…dakwah kita bukan sekadar mengajak kepada mengenal Islam semata..malah perlu dgn penyusunan daie2 yg teratur dan tersusun..(baru mencapai matlamat kita iaitu ustaziatul alam)….waallah’ulam..sekadar memberi pendapat.

    hamba Allah said:
    January 13, 2009 at 1:11 pm

    yang paling penting skali..kita sebagai jundi..jgn la sesuka hati membari takwil2 yg x berasas..husnuzon dengan para pimpinan kita yg atas2..mereka lebih tahu,lebih berpengalaman dan lebih arif……..bukan nak kata taasub dgn para pimpinan ,tapi apa la sgt kita ni jika dibandingkan dgn diorg..kalau bukan dgn diorg kita bekerja..dgn sape lagi kita nk bekerja..x kan nk buat dakwah sorg2?…waallah’ulam..sekadar berbicara..

    Ahmad Ramdan Zainordin said:
    January 13, 2009 at 1:45 pm

    “Hidup Pasti Melangkah” ~ Takkan Berundur.. πŸ™‚

    (Yakin dalam nurani hakiki)…Ujian ini adalah tarbiyah dariNya..

    (Yakin tak kan berubah)… Tarbiyah ini takkan terhenti..hingga di saat kita pergi..

    Kuali Terbang said:
    January 13, 2009 at 4:51 pm

    Pikiran jgn JUMUD … Pemimpin tidak semestinya betol sentiasa… Bak kata Dr MAZA… dlm Islam kita kena menerima kritikan dan pendapat dgn lapang dada TIDAK KIRA SAMADA ANDA BERADA DI ATAS ATAU PUN DI BAWAH. Kadang2 bebudak yg undergrad atau pun yg baru belajar berdakwah ni yg mempunyai pandangan yg lebih jauh dan ke hadapan banding ngan org yg dah lama duk dalam kumpulan dakwah tu…

    Cuba perhatikan poem yg telah menang the best poem in 2005 and it was penned by an AFRICAN BOY… BOY tau bukan MAN! An amazing thought!! πŸ™‚

    Black or White or What???????

    When I born, I black

    When I grow up, I black

    When I go in sun, I black

    When I cold, I black

    When I scared, I black

    When I sick, I black

    And when I die, I still black

    And you white fellow

    When you born, you pink

    When you grow up, you white

    When you go in sun, you red

    When you cold, you blue

    When you scared, you yellow

    When you sick, you green

    And when you die, you grey

    And you calling me colored? πŸ˜‰

    tono said:
    January 13, 2009 at 10:22 pm

    salam..

    nk ulas ni je

    “Terlalu banyak yang dikatakan tentang MSM sendiri. 80% tak benar sama sekali. Semuanya diambil dari sumber yang tidak dipercayai dan dari mulut ke mulut. Semuanya mahu dikaitkan dengan kisah orang terdahulu, dan menggunakan kelemahan MSM untuk menarik manusia kepada jemaahnya.”

    dah tibe masanya kite tulis sendiri cerite kite..murabbi2 yg hebat perlu ditonjolkn cerite mereka utk elak fitnah oleh org yg suka menokok tambah.tapi apakan daya..nk sirr sgt..atau malas tulis..

    kader2 IM di arab menulis dgn sgt byk kisah2 mereka dan murabbi mereka.

    -sy yg malas tulis-

    dhuat79 said:
    January 14, 2009 at 5:26 am

    (Bekerja keraslah wahai pendakwah semua, jangan duduk statik dan saling menyalahkan)

    TIKA DIRIKU DIBUAI MIMPI
    DIRIMU BERLARI MENGEJAR CITA
    KUKIRA REMBULAN TEMAN SEJATI
    BAGIMU MENTARI SAHABAT SETIA

    DALAM NADA KUBERBICARA
    DIRIMU SEPI SERIBU BAHASA
    TATKALA MENGIYAKAN KUMENGAKUI
    DIRIMU SEKADAR MENYUARAKAN NAFI

    C/O
    MEMANG KITA NYATA BERBEZA
    HITAM DAN PUTIH TIDAK SENADA
    NAMUN PABILA TIBA TIKANYA
    SEARAH KITA QIBLAT YANG SAMA

    DI TAUTAN AQIDAH YANG SATU
    MAHABBAH JALINKAN PADU
    USAH PERBEZAAN MEMISAHKAN
    UMMAH INI KITA SATUKAN…

    clever soul said:
    January 14, 2009 at 2:12 pm

    setuju..lebih sedih apabila ada jemaah ni yg cuba “memenjarakan” mad’unya semata-mata kepentingan jemaah. sehinggakan mad’u itu menjadi jumud. akhirnya mad’u itu meninggal jemaah itu dgn alasan, this usrah insults my intelligence.

    ana selama berusrah di Malaysia mendapat penekanan aqidah selama setahun. kemudian baru masuk bab fikrah. yg bestnya sebab naqib ana expert bab2 jemaah ni hatta bile bertembung dgn tabligh pun.

    as u suggest, penekanan terhadap Islam dan aqidah lebih penting dari fikrah. fikrah comes 2nd. kalau tak de fikrah, susah jugak.

    yg penting bile pulang ke M’sia, let’s keep the option to join the group open. samada mad’u tuh nak join jim,isma,abim,pas,hizbut tahrir ke.

    kerana pemantapan aqidah yg kuat akan membolehkan penyebaran Islam dlm jemaah itu sendiri.action speaks louder than words

    clever soul said:
    January 14, 2009 at 2:12 pm

    owh…lupe,

    salam dari melbourne, australia

    dhuat79 said:
    January 15, 2009 at 5:05 am

    Clever soul, join FAMSY tak?

    AUSIS?

    muharrikdaie said:
    February 11, 2009 at 9:30 am

    Ukhtie, saya bukanlah selayaknya untuk memberi komentar ttg berbilang jamaah tetapi saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dlm proses intima’ didalam thoifah yang ittiba’
    ( mengikut sunnah) dalam mencari petunjuk melalui pemahaman salafusoleh yang akhirnya pencarian yang kesekian lamanya menemukan saya pada thoifah manshurah yang selaras dengan kehendak sunnah ” Dakwah dan Tarbiyah”

    Ukhti Berbilang jamaah adalah satu rahmat jika kita memandangnya dari sudut positif. perpecahan berlaku semenjak kejatuhan khalifah lagi. bagi ana, paling penting adalah dasar dan matlamat pejuangan. Dasar Islam dan matlamat Mardhatillah yang menjunjung kalimah Allah dimukabumi ini. Masaalah wasilah berbeza adalah lumrah dalam berjamaah. Selagi kita tidak bersatu selagi itu wasilah kita tetap berbeza.

    Ukhti, jgn samakan Malaysia dan indonesia malah di Indon juga berbilang jamaah, dan akhirnya wujud PKS yang membawa sinar baru dalam arus perdana Jamaah islam rentetan penapisan dari berbilang jamaaah disana …

    Begitu juga dimalaysia …bermula dari PAS ke UK lahirlah IRC, pulang ke malaysia dan menubuhkan JIM dan ISMA. Begitu juga ABIM dan banyak lagi thoifah2 kecil yang tak perlu ana sebutkan disini. Malah akhir2 ini … wujud HALUAN ( himpunan pelajar lepasan Universiti ) yang membawa pendekatan dakwah dan tarbiyah …. Ini semua membawa banyak kebaikan dalam kerja2 dakwah dimalaysia ….

    Insyaalah ana sambung lagi ….. Ada mesyuarat dan masa yang tak mengizinkan.

    muharrikdaie said:
    February 11, 2009 at 4:16 pm

    ……ukhti ana sambung lagi! Berbagai jamaah ini muncul bagai cendawan tumbuh seawal 80an dimalaysia adalah diatas kesedaran mereka ingin mengembalikan manusia kejalan Allah. Pandangan ana , ini tidak dapat dielakan kerana masing2 berdiri diatas ijtihad ( hasil pemikiran)setelah tiadanya khalifah seperti ana sebut diawal tadi. Mereka mengunakan berbagai uslub dalam memperjuangkan islam. Ada yang mengambil garis keras, lunak dan moderate.
    Pandangan ana …. biarlah ianya menjadi aset ummat. Anti juga tahu bahawa zaman ikhwan juga terdapat berbilang jamaah sehingga Assyahid mengambil pendirian …. ” kita bersama dalam perkara disepakati dan berlapang dada dlm perbezaan pendapat”

    Sekira inilah yang dapat kita lakukan, ana merasakan ianya merupakan synergy yang akan membangunkan umat sekalipun perjalanan kita masih jauh lagi …..

    Ukhti … sekiranya anti mengikut perkembangan dimalaysia, JD&T ( Jamaah dakwah dan tarbiyah ) menjadi jamaah terpinggir!dan tidak diminati berbeza dgn Jamaah politik yang mendapat tempat dihati masyarakat namun senario nya jamaah ini terus bergerak sekali pun perlahan… duat duat ini positif …..waktu pilihanraya mereka banyak membantu dan tenaga2 D&T inilah yang banyak menyumbang berbanding ahli2 jamaah politik dengan kerja dan kempen yang tersusun rapi serta akhlak terpuji sehingga dapat meraih undi yang mengkagumkan.

    JD&T inibermufarakah selepas pilihanraya meneruskan agenda tarbiyah dan meneruskan program kemasyrakatan.Dan bekerjasama dgn JIM ABIM ISMA PERKIM serta NGO lain dalam melaksanakan dakwah.

    Ukhti bagi ana …kita seharusnya melupakan polimik ini demi kebaikan islam. Ana merasakan kes memancing mad’u ini adalah kes terpinggir! Biarlah mereka memancing, asalkan mad’u yang dipancing itu dapat memberi sumbangan kepada umat. Tiada ruginya ….

    Ukhti … perjalanan tarbiyah kita juga melalui proses kematangan, begitu juga dengan semua jamaah islam, akan melalui proses kematangannya. Mungkin dengan izin Allah, suatu tika nanti apabila semua qiyadah dalam pelbagai jamaah ini telah melalui proses kematangan ini telahbenar2 matang, mungkin akan bergabung dan menatijahkan daulah islam dimalaysia …..Siapa tahu! Teruskan berdoa …….insyaalah. Wallahuaklam

    muharikah responded:
    February 12, 2009 at 8:11 pm

    salam akhi,

    ana sangat menghargai apa yang dititipkan di sini. jazakallah di atas penerangan dan pencerahan yang indah ini. terkadang waqie yang mencengkan membuatkan kite berbuat pelbagai andaian.

    seharusnya apa yang akhi tulis ini disebar luaskan dalam makalah2 ataupun penerangan lisan supaya tiada andaian yang dibuat dan supaya generasi baru seperti kami ini jelas akan hala tuju kami..

    jzkk again. moga tak bosan2 menitipkan nasihat dan juga tunjuk ajar di sini…

    umar said:
    February 13, 2009 at 12:13 am

    keep hamasah on this way…. Allah will make us become Ustadiatul ‘alam….

    I send our love and pray to all of our brother and sister in Malaysia… hope all of you can make Al Ustadz Hasan become true… ustadiyatul ‘alam…..

    from Jawa, Jogjakarta, Majelis Syura’ Masjid Syuhada (satu bagian pula dengan PKS… : )

    nazili said:
    February 17, 2009 at 4:58 am

    salam ukhti Muharikah…ana mohon keizinan untuk copy artikel dari bolg enti…setakat ni anabelum ade blog sendiri…tambahan ana masih baru di dalam arena tarbiyah dan dak wah ini…salam ukhwah..

    ikhwah said:
    March 11, 2009 at 2:58 pm

    Syukran atas kupasan ttg jamaah, kebanyakkan kalau kita lihat byk jemaah dakwah di Malaysia yg dulunya hebat di sekitar di tahun 70-an telah berada di fasa ‘pencairan’ di kalangan kadernya kini yg akhirnya gerak-kerjanya jauh secara sedikit-sedikit dari asolah dakwah Islam itu sendiri.

    Ini yang perlu diubah oleh setiap jemaah utk memastikan semua jemaah kembali matang, insyaAllah. Dr Yusof Qordowi dlm bukunya fiqh ikhtilaf dalam pendahuluannya menulis seolah-olah meluahkan rasa kekesalan terhadap mereka yang tidak boleh menerima ‘ta’adud jemaah’ kerana ini adalah perkara biasa kerana dalam bab bermazhab pun kita kepelbagaian selagi mana tidak bercanggah dgn ajaran sebenar Islam..

    Tetapi ingatlah ikhwah wa akhwat yang dicintai Allah sekalian, prinsip yang sepatutnya yang perlu ditanam pada mad’u-mad’u kita adalah “Al-Islamu qoblal Jamaah”(Islam sebelum jemaah). Ini berdasarkan huraian ayat surah 12:108 menceritakan turutan ayat itu yg menceritakan supaya nabi menceritakan apa jalan yg diikuti(Islam) dan kemudian baru menceritakan yg dia bukan dari jemaah musyrikin..

    Prinsip ayat ini adalah mengajak manusia ‘ilallah'(kepada Allah), bukan kepada jemaah. Jemaah hanyalah sebagai wasilah@sarana utk mencapai pembentukan umat yang efektif.Dalil ini juga sama dengan surah 41:33 yang menceritakan supaya mengajak manusia ‘ilallah'(kepada Allah) adalah pekerjaan yang ‘paling baik@superlative@ismu-tafdhil’ berdasarkan kalimah ‘Ahsana’..Jazakkallahu khoiro

    Hamba Allah said:
    March 27, 2009 at 9:27 pm

    Salam,

    Kenapa perlu berintima’ dengan satu jemaah ialah seumpama dalam satu program. Programnya ialah untuk melahirkan generasi muttaqin. Di dalam program ini, sudah pasti akan ada beberapa jawatankuasa utk melancarkan perjalanan program. Di dalam program ini pula sudah pasti perlu ada pengarah program dibantu timbalan pengarah s.u, dan lain-lain. Di samping itu untuk membantu pengarah program perlu ada Ketua untuk ajk-ajk tertentu. Maknanya setiap orang akan ada tugas masing-masing yang akan bekerja di bawah j\kuasa tertentu yang telah dibahagikan oleh pengarah program. Setelah diputuskan oleh pengarah program tugas ajk adalah menjalankan tugas masing-masing dan ketika program berjalan tidak berapa bagus sekiranya pertukaran ahli jawantankuasa diambil oleh jawatankuasa tertentu. Maka setelah ahli kepada jk tertentu dilatih oleh ketua ajk, ajk tersebut perlu patuh dan bekerja mengikut ketua itu. Tetapi perlu diingatkan ketua ajk perlu menjelaskan apakah matlamat program sebenar dan jangan disembunyikan kerana menyebabkan ajk bekerja secara tidak faham dan mambantutkan kelancaran program. Jemaah2 bergerak umpama jawatankuasa bergerak. Sebagaimana ajk perlu bersama dengan jawatnakuasa, begitulah ahli jemaah perlu intima’ dengan jemaah yang ada (tetapi perlulah dijelaskan matlamat program. Sekiranya program itu untuk menubuhkan negara Islam, matlamat utk negara itu perlu dijelaskan tanpa disembunyikan. Sekiranya ada sub-program yang memerlukan kerjasama setiap jawatankuasa, pada masa itu jawatankuasa perlu memberi kerjasama. Maka matlamat sama itu perlulah jelas walaupun jalan itu berbeza. Perebutan ahli tidak perlu, tetapi, yang belum lagi menjadi ahli jemaah perlu direkrutkan.

    Walahu a’lam.

    Wallahu a

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s