Liku-liku hidupku..

Posted on Updated on

Salam,

Seusai pulang dari Andalusia,Spain dan Strathfillan, saya masih belum sempat untuk menguploadkan gambar-gambar sepanjang pengembaraan saya.

Memang agak letih berjalan. apatah lagi bila sudah lama tidak bangun tahajud, memang terasa lelah fizikal dan lemah zakaun syuuri ( kecerdasan perasaan) atau paling tepatnya adalah rendahnya tolakan iman. Ini menjadikan alasan-alasan banyak tercipta untuk terus maju dan maju berjalan di bumi Allah ini.

Hanya kerana penat.

Apabila saya melihat ustazah Arfah, ( secara jujurnya saya agak takut setiap kali berhadapan dengannya), saya melihat kemampuan seorang manusia yang luar biasa dalam memerahkan seluruh kudratnya untuk dakwah dan islam.

Ustazah berumur 59 tahun. Dan dia hadir ke bumi UK yang teramat sejuk, dan berjaulah untuk berjumpa sisters di seluruh ireland dan UK.

saya pernah menempuh perjalanan itu… dan perjalanan itu tak mudah.

Memang penat.
Memang penat.

Belum cukup persiapan mental untuk menyampaikan tazkirah dan tajuk ceramah utama.

Ternyata setiap kali ustazah bercakap, suaranya dapat menggegarkan seluruh dewan !

Dan rahsianya tetap pada qiyamullailnya setiap hari.

walaupun dia tidur pada pukul 1 am, dia tetap bangun pukul 5 am untuk tahajud.

Walaupun dia baru sahaja tiba beberapa hari di UK.. tahajudnya tetap dapat dijaga..

Sewaktu di spain dan PMS, saya sendiri hanya sempat bangun untuk subuh…

alasanku sendiri kerana letih..

tapi memang aku letih….

tapi dilelahkan lagi saban hari, kerana semakin lama tahajud tak dilakukan, selagi itu bertambah karat-karat dalam diri kita….

astaghfirullah….

saya tak dapat kelulusan visa untuk ke russia. Terkilan.Sedih. Hampa.

Tapi itulah yang Allah dah rancangkan buatku. Kita merancang dan Allah merancang, namun Allah sebaik-baik perancang.

Secara jujurnya saya kurang masa untuk menulis di saat cuti. Banyak masa saya akan dihabiskan untuk bertemu manusia yang saya jarang dapat temui. kadang2 saya tak mahu untuk bukak komputer pun bila bertemu mereka. biarlah saya luangkan sepenuh masa saya buat mereka.Di tempat saya nanti, komputer inilah dunia saya. Dan di situ saya akan berkarya insyaallah.

Saya berharap, bagi para ikhwah dan akhawat yang berharap untuk mendapat cetusan spirit, dan bekalan ilmu dari blog ini,moga antunna dapat apa yang dicari. Spirit itu terkadang tidak mampu diungkapkan dengan tulisan, jika kita dapat bertemu, moga pertemuan kita itu nanti dapat menyemarakkan semangat antunna.

Buat pembaca lain, teruslah mencari ilmu Allah dalam lautan yang amat luas ini. carilah dari sumber-sumber yang muktabar. Jangan putus asa mencari Ilahi , insyaallah jika kita berpegang pada tali Allah, kita sama sekali takkan dilepaskan dari pandanganNya…..

Moga cuti kita akan bermanfaat…

Advertisements

5 thoughts on “Liku-liku hidupku..

    fairuz said:
    January 5, 2009 at 11:41 am

    Assalammualaikum akak. Memang betul dunia ni tak luas dan sempit. Saya adik usrah kepada Kak Ima tapi sekarang dengan Kak Nadiah sebab Kak Ima tgh pantang. And 1 malam saya cakap ngan kak Nadiah yang saya sgt2 kagum dengan sorg yang blog dia nama Muharikah. And tau tak apa, dia kenal akk! Dia kata akk kawan dia ke apa ntah. Moga dengan itu, kita insyaAllah dapat bertemu walaupon masa dan jarak sangat2 memustahilkan tapi insyaAllah kalau kita mintak pada Allah benda yang baik, macam mana cara pon Dia akan makbulkan kan?

    BTW, semoga sama2 istiamah dalam melakukan amalan qiam sebab im working on it too, insyaAllah, ameen, ameen, ameen:)

    muharikah responded:
    January 5, 2009 at 6:21 pm

    salam fairus yang dikasihi…

    kak nadiah yang mana eh? hurmm… maybe ada terjumpa kat KL.. awak bila nak fly?..

    insyaallah banyak saya nak cite kat dalam blog, tapi tak sempat2.. baru semalam jejak balik bilik, kemas satu bilik.. fuh… now masuk ward balik kene berlari2 dalam ward…huhuh… banyak betulkan tanggungjawab?

    kite jumpa nanti, jika tiada aral. jemputlah datang uk . πŸ™‚

    deeha said:
    January 9, 2009 at 12:00 am

    salam k.aisyah..
    masyaAllah..kagumnye ust.arfah dtg uk. kami di sini..xde sape yg dtg,, kakak tersyg nk dtg pun..xde rezeki=(.. uhu.

    Rindu ngan akak.. doakan kami exam.
    iAllah kita akan bertemu,,dlm sikit masa lagi. saya masih byk kena belajar (esp pasal pengorbanan,, zakaun syuuri..)

    dan untuk belajar itu,,sy butuhkan akak..
    dan sumeh qaidah sulbah..

    ayat cam tiru movie jek,hehehe
    ila liqa’ sys

    muharikah responded:
    January 9, 2009 at 12:55 am

    heheh…

    membutuhkan tu yang tak tahan diha.. maan najah ya ukhti! moga Allah mudahkan peperiksaan adik2 semua.. Ameen!

    clever soul said:
    January 14, 2009 at 3:23 pm

    kena mujahdah tuh, ana nak bgn tahajjud pun susah. Cuma kagum dgn roomate yg bgn tahajjud setiap hari. Mungkin itu kelebihan dia berada dlm tabligh (tanpa memburukkan jemaah yg lain). =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s