Alhamdulillah…

Posted on Updated on

787665190l

Manusia itu memang unik…

Dan Allah telah pun menyuruh kita berkenal-kenalan kerana Dia telah menciptakan kita dari pelbagai rupa dan keturunan…

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). ( Hujurat :13)

MasyaAllah…

Tersangat kagum aku pada ciptaan Allah..

Diikutkan hati memang aku mahu sahaja tinggal di Dundee menyiapkan eseiku yang tak kunjung siap..

Tetapi panggilan itu datang…

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Berangkatlah di jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. ( At-taubah: 38)

Allah sahaja mengetahui betapa beratnya hatiku untuk pergi. Mahu sahaja aku menghubungi sahabat2ku yang menanti2kan kedatanganku untuk membatalkan kuliah ilmu kami…

Sebuah kuliah ilmu telah pun dibatalkan; dan hatiku selalu terkilan tatkala terpaksa berbuat demikian…

Tapi aku tahu,…

panggilan ini panggilan Allah…

Kenapa rasa berat nak pergi?

Kerana takut tak siap essay ( of course!!)

Aaahhh!! Takbir kat DUndee lagi best, esok pergi solat raya sini lagi best!

Tetapi Allah bertanya padaku;

Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? ( At-taubah: 38)

Bukan tu Allah… tapi……

Jika kamu tidak berangkat, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu ( Taubah : 39)

Yaa Allah… jangan Ya Allah.. jangan… 😦

Pengorbanan itu sangat senang diucapkan..tapi tersangat sukar dibuat…

Dan terkadang yang menjadi daya penolaknya adalah kerana kesedapan menaiki Talhah selaju 80mph… Fuuhhh….. susah aku nak gambarkan betapa bergelojaknya adrenalinku tatkala aku menekan pedal minyak dan Talhah memecut mengatasi kereta-kerata lain…

Dan paling bestnya; dia senyap je….. Senyap….Β  entah… ramai juga pelik bagaimana seorang perempuan boleh minat pada kereta. Tapi aku tak dapat bohong; memang aku minat pada kereta…

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!! teruknya aku!!!!!!!!!!!! ada nak pergi program sebab dapat bawak Talhah!! Dush dush dush!! Wakeup girl!!!! Sia-sia je pahala ko weyh!

Tapi Allah telah pun menegurku, dan Dia berkata:

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan satu perjalanan yang tidak begitu jauh, nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu) ( Taubah: 42)

Muassirah pernah bercerita padaku; bukan dia mengeluh, tapi memang dia terasa lelah tatkala terpaksa memandu selama 2 jam dari Kuala Belait ke Bandar Seri Begawan untuk menghadiri halaqahnya.Β  Tapi kerana semangat yang tegar, dia sanggup untuk berulang-alik ke Bandar. Dan terkadang sebanyak 3 kali dalam seminggu! Duit, masa dan tenaga banyak dihabiskan untuk itu. DAn dia tidak pernah mengungkit jika ada sisters yang tidak menghargai pengorbanannya itu.

Dan aku sangat malu padanya di saat ini. Tatkala aku berasa penat.Tatkala aku tetiba terfikir; apalah yang aku buat ini?hhuhuh… Untuk apa aku buat ini?

Aku tidak boleh kalah! Kalah pada ketakutanku akan ketentuan Allah. Terkadang di saat ini, Allah akan uji.. benar tak kita berpegang pada janjiNya…

Jika kamu menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu ( Muhammad)

Dan alhamdulillah. Aku bersyukur pada Allah, walaupun kedatangan merekaΒ  kurang memuaskan, namun Allah memberikan aku satu pengajaran yang baru tentang hidup manusia.. Walaupun dengan ketakutan dan kepenatan, ALlah memberikan aku nikmat tak terhingga tentang kehidupan ini…

Dan aku belajar,

Terlalu ramai manusia di dunia ini memiliki pelbagai karenah dan stigma-stigmanya pada manusia lain..

Tak aku sangka, walaupun aku rasa Islam mula diterima baik, tapi masih ada pihak yang masih sangat takut pada halaqah, dan masih lagi cenderung kepada hiburan yang menyebabkan hati lebih kering dari Allah…

Aku juga belajar bahawa, kita; samada daie mahupun bukan, tidak boleh hanya tertutup memiliki kawan-kawan yang mempunyai perwatakan yang sama sahaja.

Manusia ini sangat banyak spektrum dia.. Kalau perempuan, dari ‘pengkid’ sehinggalah yang alimnya, dari yang pergi clubbing hinggalah yang berzikir sepanjang masa… yang lelaki dari yang gila game hinggalah ke kaki surau, yang suka betina hinggalah yang pemalu….

Namun bagaimana kita berinteraksi dengan mereka semua? Dan bagaimana kita dapat memberikan mereka percikan Islam walaupun sedikit agar walaupun mereka tidak mahu menjadi pendokong Islam, mereka tidak akan menentang islam, malah menggalakkan manusia lain untuk mengenal Islam..

Pada saya itu sangat tak mudah. Saya sendiri sangat bertungkus lumus untuk menjaga hubungan baik dengan seluruh genap manusia yang saya kenali..

Dan saya sering gagal…

Darilah manusia yang paling rapat, hinggalah yang paling jauh; terlalu banyak kelemahan dan cacat cela dalam hubungan kami…

Kerana itu hubungan dengan manusia bukanlah sesuatu yang idealis.

Dan disitulah kita kena menerima seseorang itu seadanya..

Jika dia suka usrah, biarlah dia pergi usrah.

Jika dia yang malas2, takperlah, ajak je dulu; kalau tak nak, takper.. insyaallah satu hari dia pasti mahu.

Jika dia jenis suka karaoke, pergi clubbing, tegurlah sekadarnya, jangan sampai dia tutup telinga dari kita, dan kena banyak DOA untuknya agar Allah membukakan jalan baginya.

Ada juga jenis manusia yang sangat picky pada kesalahan2 kecil manusia; sehingga kesalahan kecil itu menjadi kebencian besar baginya..

Seperti kurang pembersih, kurang senyum, kurang kemas, kurang menegur orang dan dan sebagainya..

Sebab itu,kita memang kene bersihkan diri dari terasa sakit hati dengan orang… Kena selalu bersangka baik pada manusia…

Memang susah nak puaskan hati dengan manusia, sebab kita takkan rasa ada manusia yang perfect melainkan manusia itu ikut selera/citaraasa kita…

Tapi mustahillah kan? Mana boleh manusia ikut apa yang kita mahukan..

Sebab setiap manusia itu berbeza!

Alhamdulillah, berkenalan dengan adik2 ku itu ( dan akak) sangat2 banyak menyedarkan aku akan hakikat kehidupan dan manusia itu sendiri.

Seperti mana aku berasa bahagia bila berjumpa dengan teman seperjuanganku di dalam dakwah , begitu juga aku rasa perlu merasa kasih pada mereka yang perlu aku berikan sentuhan islam..

Mereka perlu merasai sentuhan islam, dan kebahagiannya seperti mana yang dirasai ramai manusia lainnya rasai.

Walaupun memang aku tidak prepare pun dengan pengisian semalam, namun topik ‘ kandungan syahadah‘ terlihat berkesan pada hati mereka..

Walaupun mereka tidak menulis nota, namun air mata menjadi saksi, bahawa penangan syahadah itu menembus ke dalam relung hati mereka..

Allahu Akbar!

Terima kasih ya Allah, atas anugerah terindah, atas keberkatan di hari mulia ini, eidul adha…

Moga anda semua memperolehi keberkatan pada hari mulia ini seperti mana saya merasainya juga!

Jom! Kita langsaikan tanggungjawab kita! πŸ™‚

Advertisements

2 thoughts on “Alhamdulillah…

    nida'ul-iman said:
    December 9, 2008 at 10:19 am

    *senyum sampai ke telinga*

    Jazakillahu khayr kak..

    Moga Allah sentiasa satukan hati kite dan bagi kekuatan utk kite berusaha mekarkan bumi subur yang kite berpijak ini dengan kalimah-kalimah suciNya..

    Kite boleh! Allaha maana.. Satu UK pon ok dak? πŸ˜‰

    Allahuakbar!

    fairuz said:
    December 10, 2008 at 2:15 pm

    Betul2. Kadang2 saya pon rasa agak penat sgt dgn usrah lah, halaqah lah, daurah lah. Tp saya fikir, brp percent sgt masa aku yg aku gunakan utk jalan ini, jalan yg jelas menuju kpd-Nya. Dan kdg2 sy penat krg kawan2 sy slalu mengelat dan hanya sy yg jd peneman, pendgr setia dr akak naqibah tp akak itu ttp tersenyum kerana mungkin, mungkin dia fikir yang: pintu juga kalau diketuk sekali tidak akan dibuka.

    Yalah akk, bukan senang. Kadang2 kita rasa mudah tp tidak. Kadang2 kita rasa semua org boleh terima krn apa yg kita buat benda itu baik, yang insyaAllah, diredhai-Nya, tp manusia itu pelbagai ragam. Kalau tidak ada byk keletah & telatah, hidup dai’e tidak mencabar, tidak ada ujian. & kerana sebab Allah syg kita, maka Allah bg ujian.

    Moga yang terbaik utk akk, dan umat Islam seluruhnya. Ameen.

    Btw, jzkk:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s