Tazkirah : Meraih cinta Allah

Posted on Updated on

salam,

saya teringin berkongsikan sedikit pengisian buat pembaca sekalian. Saya cuma tidak sempat mengubahsuainya menjadi bahasa melayu, maka mungkin akan sedikit kekok bila membaca dalam bahasa indon. Moga bermanfaat dan menjadi basahan hati buat semua iAllah..

Ada yang lebih aula perlu saya lakukan sekarang iaitu menulis reports yang agak berat dan banyak. Maaf jika ada yang lebih suka jika sesuatu tazkirah itu diolah dari hati penulis itu sendiri, tapi saya lebih suka menulis dalam keadaan saya tidak tertekan oleh bebanan kerja lain… insyaallah selepas selesai amanah2 wajib, saya akan cuba menulis lagi..

PS: saya tukar cite lain sebab frying pan tak faham post sebelum ni..huhuuh

__________________________________________________________________________________-

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.”

Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.”
Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.”

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar percakapan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima:

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

Advertisements

6 thoughts on “Tazkirah : Meraih cinta Allah

    bluesmoker said:
    December 2, 2008 at 9:52 am

    taubat by opick is amazingly touching!!! so loooovely.

    Frying Pan said:
    December 2, 2008 at 2:19 pm

    enggak paham la buk walaupun telah dibace 2 kalik.. 😦

    Frying Pan said:
    December 3, 2008 at 3:00 am

    eh ..? lerr… ari tu punye tazkirah tu menarik jugak.. cuma sy tk paham sebab campur2 bahasa indon dan arab. i thot u will xplain later on afta u finish ur work. neva mind missy, dnt porget to paste that tazkirah again with xplaination WHEN U HAV THE TIME ….. no pressure!! heheh.. sorri ler.. daie kena buli sket yer… huhu.. πŸ˜‰

    hatiku milikmu said:
    December 5, 2008 at 5:56 am

    assalamualaikum jzkk.. saya rasa ianya agak menyentuh hati dan ingati diri ini utk check usaha diri ini dalam menyintai -Nya… jzkk πŸ™‚

    fairuz said:
    December 10, 2008 at 3:01 pm

    maksudnya apa? kalau cinta Allah berat, so smpai laki tu tak boleh buat apa2? takk paham:(

    muharikah responded:
    December 10, 2008 at 3:04 pm

    Maknanya cinta Allah tu memenuhi hatinya, sampai dia menjadi fana, sampai dia tak rasa apa2pun melainkan cinta Allah itu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s