Sedikit perkongsian tatkala mindaku kematu…

salam,

Kesibukan jelas merencatkan kekreatifan fikiran dan kecerdasan hati dalam berkarya.. tentu faktor prioriti dan urgensi memainkan peranan juga..

Di antara menyiapkan kerja sekolah, melangsaikan penempatan winter retreat dan menguruskan halaqah-halaqah usrah ( dan tugasan2 jemaah lain) penulisan mendapat tempat paling bawah dan akhirnya diketepikan begitu sahaja.

Seringkali ketika aku menatap ciptaan Allah, pada agungnya matahari, pada damainya tasik loch lomond yang sangat memukau, dan pada ‘majestic’nya gunung ganang dan salju yang turun di bumi scotland, aku terlalu ingin untuk mengukirkan perasaanku pada bait-bait kata yang diabadikan pada blog usangku ini.

Namun tiap kali aku membuka halaman ini…

Fikiran ku pasti kaku..

Di balik mindaku, terlalu banyak amanah-amanah Allah perlu aku lakukan.. bukan sahaja melibatkan otakku, namun perasaan dan perhatianku..

Akhirnya tertinggallah segala ilham yang tersimpan dan pengalaman-pengalaman tersembunyi yang mahuku abadikan buat manusia lain.

Tentu  terlalu banyak yang mahu aku ceritakan buat manusia, terutama mereka yang tidak kusempatkan tuturkan ilmu dan buah bicara hikmah buat bekalan hidup mereka…

Doakan agar urusan ini dimudahkan. Terlalu banyak kerja. dan paling sukarnya, bagaimana dapat melaksanakan kesemua itu sesempurna mungkin.

Setelah beberapa bulan di dalam tahun akademik baru ini, masih lagi kedengaran isu-isu jemaah yang menjadi polemik dan perbincangan hangat adik-adik tahun satu. Ramai merasakan bilakah isu ini akan berakhir? Tak boleh ke kita semua ikut satu jemaah? Kenapa jemaah itu begitu? Kenapa jemaah ini begini?

Yang bertanya pun pening, yang ditanyakan akan lagi pening. Sebab jawapannya bukannya satu ayat, bukannya satu perenggan, tetapi jawapannya perlukan kepada masa, penghadaman dan pengalaman. Lagi lama kita mengikuti tarbiyah, menerima penerangan dan membuka pemikiran dalam menilai kesemuanya, barulah seseorang itu akan faham..

Tentulah bacaan terhadap buku-buku ulama’ ikhwan akan banyak membantu. Namun siapa sahaja yang larat nak baca dan cuba menghadamkannya sendiri bukan?

MSM bukanlah jemaah yang terbaik. MSM banyak kesalahan dan cacat celanya. Tapi keseluruhan individu di dalamnya berusaha mendukung fikrahnya, dan berjalan di bawahnya dalam melaksanakan amanah-amanah dakwah yang dipikul. Jika ada satu jemaah yang lebih baik dari MSM, yang benar-benar berjalan di atas manhaj Islam; Allah dan rasulNya, tentu semua ahli MSM akan mengikutinya..

Hati saya selalu sakit bila pelbagai orang mengatakan sesuatu yang tak benar sama sekali tentang MSM. Hati saya bagaikan dihiris-hiris oleh pisau, sampai berdarah dan akhirnya meninggalkan parut.

Kenapa sibuk menceritakan tentang keburukan orang? Bukankah Ali pernah berkata, seseorang yang bijak takkan sibuk dengan kesalahan orang lain kerana dia sibuk dengan kesalahan dirinya.

Janganlah memburukkan sesiapa. MArilah sama-sama kita bekerja sehabis baik. Biarlah orang menilai kita dengan qudwah kita. Biarlah kita menang dengan kehebatan yang kita ada, bukan di atas kelemahan dan keburukan orang lain.

Orang yang benar-benar sibuk dengan amal dakwah dan amal Islam, takkan sama sekali ada masa nak menarik orang pada jemaahnya, dengan memanjangkan pendebatannya.. Debat mengatakan jemaahnya betul, dan lain-lain salah.

Bukankah masa kita sempit? Bukankah kita sangat struggle dalam amanah-amanah dakwah kita? Kenapa perlu berbuat demikian? Marilah kita berusaha supaya kita dapat mantapkan diri kita, dan manusia lain dengan kemantapan kefahaman islam dan akhlak-akhlak islam. Bukan dengan cuba menarik mereka kepada jemaah. Jemaah sebelum dakwah. Dakwah sebelum Islam.

Bila dah memahami Islam, melaksanakannya, berdakwah dan membina manusia-manusia lain, barulah jemaah akan mudah dipilih. Dari situ biarlah mereka memilih.

Bukan mengikat dengan ketaksuban pada pemimpin, pada kesalahan orang lain dan mengatakan jemaah mereka yang terhebat..

Saya tak sempat nak menulis panjang… tapi saya sertakan emel terdahulu yang saya rasa sesuai untuk menjadi bacaan semua..

____________________________________________________________________________

bismiLlahi rahmani rahim.
assalamualaikum warahmatuLlahi taala wabarakatuh.

mukaddimah
———-
ana ingin memanjatkan kesyukuran pada aLlah azzawajalla yang memberi
peluang bernafas pada ana menulis sedikit kalimah qalbu, semuga ia menjadi
peringatan yang berpanjangan pada hari-hari esok sehingga ajal ana
menjelma, dan mungkin sebagai imbasan hidup pada kalian yang lain yang
sangat-sangat ana hormati.
dalam tulisan serba kekurangan ini yang ana mohon banyak kemaafan, akan
ana cuba mengorak bibit-bibit awal penyertaan ana ke dalam msm yang ana
rasa banyak memberi kesan terutama pada ana sendiri.

qudwah
——
memang tidak dapat dinafikan fikrah msm yang merupakan refleksi islam yang
sahih telah merubah sama sekali konsep hidup ana yang sebelum ini juga
berpendidikan sekular, namun ada unsur pertama yang lain yang terlebih
dahulu menyebabkan ana tertarik untuk mendengar dan seterusnya mengikuti
fikrah ini. unsur tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah qudwah. dan
qudwah ini sendiri adalah pancaran akhlak dari cernaan iman dari kefahaman
yang sejati.

sebelum ana menjejak kaki ke sini, ana dipesan supaya berhati-hati tidak
terjatuh ke dalam dua golongan. satu golongan yang hanyut dengan cara
hidup barat dan satu lagi golongan yang ekstrim ubbudiah hingga
meninggalkan tujuan asal ke luar negeri. lalu ana berhasrat untuk menjadi
pertengahan seperti orang biasa.
namun dalam beberapa bulan pertama ana di sini, naqib (masa tu belum lagi)
sendiri telah berjaya menampilkan suatu konsep dan cara perjalanan hidup
yang bukan sahaja pertengahan seperti orang biasa malah lebih baik dari
itu. pertama sekali konsep usrah mingguan dalam masyarakat. kedua, cara
perjalanan rumahtangga naqib sendiri yang bukan sahaja islam dari segi
ibadah semata-mata tetapi lebih luas mencakupi kesemua aspek kehidupan
beliau termasuk interaksi dengan orang lain, bermuamalah, bersukan dan
segalanya yang dapat ana lihat apabila beliau melakukan tugas samada tugas
harian maupun tugas masyarakat.
tapi beliau masih belum lagi bersemuka dengan ana secara terangan
berkenaan kefahaman islam beliau.

lalu ana tertarik untuk menghadirkan diri ke pms pertama dan subhanaLlah
kali ini ana benar-benar takjub mendapati bukan naqib ana seorang malah
rupanya ada kumpulan yang berorganisasi yang menjalani cara hidup
sedemikian. selain daripada ulama yang terkenal ditanahair, inilah pertama
kali ana lihat orang biasa tetapi konsep dan cara hidup mereka begitu
tenang dan damai. masing-masing menampilkan akhlak yang sama, tidak
mengenal erti putus-asa, tahu mengutamakan tanggungjawab, menjaga lidah
dari bahaya lisan, tidak berprasangka sesama teman, berterus-terang,
saling bantu-membantu tetapi tidak pula hingga mengambil kesempatan
menyusahkan teman.
ini belum lagi bercakap tentang pengisian ilmu yang ana dapat sepanjang
perhimpunan tersebut, juga kesempatan berjemaah dalam ibadat tertentu.

beberapa ketika selepas itu, barulah naqib ana bersemuka membuka peluang
pada ana untuk meningkatkan diri ana (walaupun sepatutnya ana yang minta
pada beliau) maka dengan rela hati ana hadir sessi-sessi bermanafaat
dengan beliau. barulah ana sedar rupa-rupanya segala tingkahlaku beliau
dan teman-teman merupakan sebahagian dari kefahaman syumul itu sendiri.

rasanya tak perlu ana menyebut nama-nama tetapi hendak juga ana menyebut
secara lebih terperinci beberapa insiden yang begitu menyentuh hati ana.
disamping banyak contoh yang secara umumnya sudah ana sebut diatas, ada
ketika dimana ana hadiri pms dimana ameernya begitu prihatin sepanjang
perhimpunan hinggakan ditengah malam dia datang membetulkan selimut ana
yang sebenarnya tersedar ketika itu. beliau mungkin tidak tahu yang ana
sedar.
dalam satu situasi yang lain ketika ana bermusafir, jumlah tilam/bantal
kurang satu dari jumlah kami namun olehkerana tidak semua akan tidur
serentak, kami pun tidak ambil hal memandangkan ruang pun agak terhad.
tetapi pada salah satu malam kebetulan semua pulak yang tidur kecuali
ameer kumpulan yang belum balik. dan bila ana sedar ditengah malam, ameer
kami tersebut tidur ditengah-tengah ruang dengan cuma beralaskan kain.
begitulah antara contoh akhlak brothers yang kita ada. ana pasti yang lain
pun tentu ada kenangan manis yang tersendiri.

adakah kemungkinan saya meninggalkan msm
———— ——— ——— ——— –
ana masih ingat antara beberapa pesanan dari naqib ana. kata beliau jika
ana dapat menunjukan pada beliau organisasi lain yang lebih sahih
fikrahnya, beliau sendiri akan menyertai organisasi tersebut. beliau juga
pernah menyebut yang msm itu hanya sebagai suatu label sahaja, fikrahnya
yang lebih utama.
hingga sekarang ana selesa dengan fikrah msm dan tidak ana dapati
organisasi lain yang fikrahnya lebih sahih lagi. memang wujud organisasi
lain tetapi yang berbeza cuma dari segi manhaj dan ijtihad masing-masing.
selagi msm berlandaskan fikrah islamiah yang haqiqi, ana tidak nampak
kemungkinan msm berada di jalan yang salah.

cuma yang perlu berhati-hati disini ialah bahawa msm itu sendiri didokong
oleh ahli-ahlinya, maka jika berlaku kesilapan pun, salah tersebut datang
dari ahli-ahlinya sendiri. maka ana disini hendak juga memberi peringatan
untuk diri ana dan untuk semua penekanan yang perlu kepada kefahaman
syumul itu. salah kita akan memberi rugi bukan sahaja diri kita sendiri
malah kesan pada organisasi yang kita sertai. maka ana berharap sangatlah
jika konsep asas kesyumulan terutamanya akhlak islamiah selalu kita
ketengahkan supaya kita sentiasa pastikan kita tidak terkeluar dari
garispanduan asal, terutamanya sebelum perkara seperti itu berleluasa dan
tidak terkawal. pengisian berupa harakiah islamiah memang penting, tetapi
pengisian akhlak juga tidak merugikan malah penting sebagai `penyambut
tetamu’ kepada fikrah.

ana masih ingat antara 3 hingga 5 tahun sudah bilamana para intelek
pengurusan menggalakkan pemikir dan usahawan supaya kembali kepada asas
dengan konsep `back to basic’ mereka. sedangkan islam sudahpun
menggariskan asas-asas utama dalam kehidupan. apa yang perlu cuma
penekanan yang berkesinambungan.

ana ingin mengucap syukur pada aLlah azzawajalla yang menemukan ana dengan
naqib serta brothers sekelian. ana terhutang budi pada semua terutama pada
naqib ana. hanya aLlah saja yang akan dapat membalas budi kalian.

aquli haza waas taqfiruh.
wassalam.
abu nazim.

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

3 thoughts on “Sedikit perkongsian tatkala mindaku kematu…”

  1. =’)

    jzkk ukhti sbb tulis kt sini..
    sgt best.. right on time,as always..
    hrm,, tidak boleh penat!
    =) hihi

    senyum sokmo =) kalau akak tension nnt kami nyanyikan lagu lagi..hehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s