Dakwah dan pengertian masa

Posted on Updated on

salam,

Bagi membalas jawapan fairuz dan frying pan…

نتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah serta kamu pula beriman kepada Allah dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Ali-Imran : 110)

Dakwah itu memang luas skopnya.. sangat luas.. hingga tak larat nak membahaskannya..tapi mudah sangat je nak cakap; ‘ buatlah dakwah.., bukannya susah..’

belajar pun dakwah

bekerja pun dakwah

makan pun dakwah

buat baik pun dakwah

baca buku pun dakwah..

shopping pun dakwah ( err…..)

Susah nak menerangkan, makna yang mendalam, pengertian yang sebenarnya tentang dakwah.. sebab dia merangkumi makna  yang sangat mendalam, antaranya mengalirkan pada manusia perasaan keimanan dan kecintaan pada Pencipta mereka.. dan akhirnya dengan iman itu mereka akan berdakwah pula kepada manusia lain untuk merasai percikan iman itu..

Dakwah itu, bukan setakat dengan perbuatan ( bil haal), sebab ramai sangat orang baik2 kat dunia ini, tapi tak de pun derang dapat islamkan orang dengan akhlak mereka tu sahaja….

Ada ramai orang pandai2 kat dunia ini yang muslim ( kat Malaysia banyak jerk contohnya), tapi takdelah dengan kepandaian mereka itu, orang lagi nak masuk Islam, nak sedar pasal islam, nak jadi lebih baik… ramai yang pandai2 akhirnya pandai utk diri sendiri, takdenya nak guna kepandaian utk Islam..

dakwah itu takleh sahaja dengan akhlak, dia kene cakap, kene terang kat orang, kene cerita kat mereka—> Inilah Islam yang aku nak korang rasai kemanisannya…

Of course, orang yang keluar dari bibirnya nama Allah, mengajak manusia kepada ALlah, akan terceluplah padanya perasaan Islam yang akan mewarnai perwatakkannya.. Orang yang cakap tak serupa bikin sahaja, yang iman tu tak masuk dalam hati, yang hanya jadi tempelan kat luar…  tapi orang yang ada iman dalam hati mereka. takkan….. takkan…..takkan,……sama sekali bersikap contradict dengan apa yang dikatakan…

melainkan dia terlupa, dan tersilap, kerana manusia itu tak pernah sunyi dari kesilapan..

di dalam era dunia sekarang, perlu sangat kita pergi kepada manusia, ajar mereka tentang islam dan keindahannya. Memang perlu bawa halaqah, ke program ajar mereka mengenal Islam. Jika mampu buat one to one, apa salahnya. tapi kan kita takde masa, sebab tu ajak ke program supaya senang dapat belajar dari guru terus.

tapi, taklehlah nak lepaskan mereka begitu sahaja tanpa follow up. of course kene selalu tanya lepas tu, faham ke tak, nak pergi lagi ke tak.. dan kita akan berusaha membina mereka, sehingggalah mereka mampu menjadi duat sendiri…( istilah tarbiyahnya adalah dakwah fardhiyyah, kemudian mentakwinkan mereka di dalam halaqah)

dan benda ni…. ( tarbiyah ini)

benda ini makan banyak tenaga, masa dan wang..

ramai du’at ( pendakwah) pancit ketika membuat kerja2 yang dikatakan kerja remeh, kerja yang tak membawa pada hasil, yang tak membawa kepada pembentukan negara islam, bla bla bla……

tapi inilah yang dibuat oleh Rasulullah, inilah yang baginda tunjukkan pada kita.. Dan insyaallah, jika kita buat apa yang baginda buat.. kita pasti akan menuju kejayaan, walaupun perjalanannya nampak lewat…

Sebab itu.. cabaran bagi kita tersangat banyak. Dua2 dunia perlu kita berikan yang terbaik. Of course ramai ikhwah akhawat yang sangat hebat dalam dakwah, hebat juga dalam study mereka. Memang amazing!

Antara tipsnya macam frying pan cakap, adalah time management dan discipline ( attitude)

Kita perlu ada dua jadual, yang kita kene buat alongside with each other.

Ada satu jadual belajar/kerjaya dan satu lagi jadual dakwah.. Kene buat sekali, dan letak sebelah2..

kalau di Malaysia kene includekan jadual keluarga juga..

kemudian kita buat prioriti list utk setiap jadual2 kita tersebut dan cuba seimbangkan..

Sebab tu kadang2 kene kurangkan benda2 yang kurang penting.. contohnya makan berjam-jam. borak2 kosong, baca buku tak manfaat, tengok movie tak bermanfaat dan lain2..

dalam masa yang sama manfaatkan masa terluang, contohnya masa dalam bas, masa tunggu bas/orang, masa tengah makan.. buat multiple kerja dalam satu masa.. dalam waktu2 terluang, baca quran ataupu bahan bacaan lain…

paling penting, kene efektif study. kita tak mampu nak belajar lama2 sebab masa kita sangat sedikit. Sebab itu ramai yang berjaya dalam study adalah mereka yang ada study group yang mantap dan sama2 support each other. Benda ni saya takde kat tempat saya sebab semua kawan2 orang putih kat sini tak suka study group. so saya kene belajar sorang, so benda tu disadvantage juga for. Belajar dalam group sangat banyak membantu dan jimat masa. secondly, kene banyak buat latihan, then u can understand what u read much more.

in terms of tarbiyah dan dakwah.. kene letakkan prioriti, program mana perlu pergi, program mana tak.. tapi benda ini kite kene diskas nanti.. sebab nanti kita akan bincangkan tentang fiqg waqiey dan priority…

Lagi satu, dakwah adalah pertama, tapi study bukannya kedua.. dia bukan study vs dakwah. Dia dua-dua. bukannya separate. dua2 tu kene buat terbaik..

sebab itu, penting kite kene plan jadual dakwah kita utk setahun, dalam setahun program2 apa yang kita ada. Then kite prepare in advance study kita. Report ke, essay ke, awal2 kita dah siapkan, so kita takkan miss program disebabkan study. Dan kita takkan ada program time ada exam, sebab kita kene fokus utk study kita..
camtulah basicnya..

alamak.. panjang plak.. saya ada essey nak tulis ini… sowie..

nanti sambung..

wassalam

Advertisements

5 thoughts on “Dakwah dan pengertian masa

    Frying Pan said:
    November 20, 2008 at 5:09 am

    ooppss.. COP muharikah.. uish, mana buleh awak habaq org yg baik akhlak, yg pandai, org yg kaya etc tuh tak berjaya mengajak org ke arah Islam.. ramai jer pengikut dia. Cuma pengikut2 ni buat dendiam, diorg tk habaq kt sume org. Sy pun tk tunjuk kt org sekeliling sy dh berubah, sy tunjuk sy tetap mcm dulu. Bace quran pun dendiam sebab sy taknak ade rasa riak sebab dh diwarning pun oleh TUHAN atr penyakit hati – penyakit hati beribadah ialah riak .. ni berani habaq sini sebab owang tk kenai sy kecuali awak.. heheh

    Betoi… maybe awak tk jumpa kot, so kena lah socialising dgn lebih luas lagik Muharikah.. ..jauh perjalanan luas pandangan.. sy pun tgh plan perjalanan sy nih…. hehe

    fairuz said:
    November 20, 2008 at 6:26 am

    thanks!! betul2. it is not Study vs. Dakwah. we need the dakwah at the same time we have to study. study pon bukan lah study yg academic je dan dakwah itu bukanlah hanya g ke program2. maksud study dan dakwah sgt luas. cukuplah masa 24jam yang Allah bg sebab Allah Maha Mengetahui apa yg cukup kepada hamba2Nya kan.. Thanks alot. walaupon tak berapa paham sgt comments dr entry sebelum ni. tp this entry mmbuatkan sy paham:) thanks again. Alhamdulillah:))

    muharikah said:
    November 20, 2008 at 2:18 pm

    frying pan –> maybe juga kot.. dan saya pun generalisekan je benda ni…huhuh…

    nak gi jalan mana tu kak? saya ni tengah fikir nak gi greek dan italy ni tengok peninggalan sisa2 kerajaan byzantium dan bagaimana islam pernah memerintah kerajaan rom satu ketika dahulu…

    huhuh… ataupun nak gi turkey.,.

    ataupun nak gi mekah…..

    waaaaa!!! duit nak travel mana nak cari maaa??

    fairuz–> alhamdulillah dah faham.. jangan lupa cari kak fareha kat NZ tu 🙂 http://cahayaitu. blogspot. com/

    bluesterling said:
    November 20, 2008 at 9:54 pm

    bgs lah muharikah.
    ** sdg bc tafsir surah luqman al hakim mengenai sifat kejiranan**
    tetiba rasa nak bli pistol di golok.

    sambalterung said:
    March 19, 2009 at 11:12 am

    ana suker sgt artikel ni..jazakillah ya ukhti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s