Sibukkah aku?

Posted on Updated on

terkadang aku sering merasa malu…

 

pantaskah aku menggelar diriku sibuk?

Aku malu sangat… tersangat malu..

AKu pernah bertemu dengan manusia..

yang masa tidurnya bukan atas tilam yang enak..

tapi pada lantai, pada kerusi, pada meja..

hanya kerana badan merasa penat lantas tertidur di situ..

Dan sedang mereka lena, pantas pula mereka bangun, dan meneruskan kerja mereka..

 

Aku pernah bertemu

dengan manusia..

masa rehatnya hanya pada ibadah…. ( camne tu??)

 

Aku malu,

siapakah aku untuk claim aku ini sibuk?

 لَقَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ أَنفُسِڪُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡڪُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬

 Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkankebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. ( Maidah: 128)

Rasulullah lagi sibuk weyh!!

Adakah sudah cukup ke amalanku? Hingga mampu aku mendabik dada dan mula berehat..

I have done my best! Now I just want to have the time for myself.

Seringkali aku sedih, jika manusia yang dekat denganku berkata-kata padaku:

Akak. U are so busy! U don even have time for me…

Betapa luluhnya hatiku tatkala si adik mengatakan demikian.. Benar, aku sudah tidak sering mengupdatekan cerita-cerita dakwah padanya lantaran sikitnya masa luangku.. tapi bukan itu yang aku mahu..

Aisyah, Aisyah ini sibuk aja. Hujung minggu dah takde. Balik malam, duduk depan computer. Rumah pun perlu dijaga juga…

Itulah dia, susah betul nak tengok Aisyah hujung minggu..

Awak dah lama tak call saya..Sibuk sangat ke?

 

Itulah dia untaian kata-kata yang sering menghimpit jiwaku, melemahkan perasaanku.. Kerananya aku sering menangis, kerananya berantakan luluh hatiku…

Andainya mereka dapat memahami hidupku, jiwaku dan perasaanku…

tentu mereka takkan berkata-kata demikian..

 

Bagaimana dapatku fahamkan mereka?

Bagaimana?

Dakwah sentiasa disalahkan…

tatkalau aku kene resit paper..

tatkala aku terlalu sibuk

tatkala aku tak layan orang..

tatkala aku takde masa..

Even takde masa nak kemas dapur dan bilik air..

dan orang akan mula mengatakan..

dah kawen nanti camne? Dah ada anak nanti camne?

 

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

 

tolonglah faham hidup sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

This is my life!

I want to live with this life, and I want to die with it!

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَـٰهِدُواْ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ (٣٥

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah ( wasilah) jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya ; dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. ( Maidah : 35)

Inilah hidupku..

Wasilah inilah yang dapat menghantarkan aku pada Allah.

 

Allah Rabul Jalil yang memperkenalkan aku akan erti hidup ini

Akan kemanisannya udara yang kusedut,

Akan nikmatnya dapat berdiri, bernafas, befikir, dan bergerak di atas asmaNya..

Asma Allah..

Apakah kenikmatan lebih besar, dari kenal Allah, cintakan Allah, cintakan jalan Islam, dan perasaan keimanan yang membuak2…

Sebab itu aku mengikuti wasilah(jalan ) ini..

aku ikuti ia supaya ramai manusia sama2 dapat mencium harumnya sungai-sungai syurga.. yang khas disediakan untuk mereka yang melumatkan diri mereka di dalam dakwah…

١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِكُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١) يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).  Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. ( Saff: 11-12)

Memang aku sedih, tatkala orang di sekelilingku terasa dengan kesibukanku. Apatah lagi anak-anak usrahku…

Bilalah masanya masaku dapat bermutabaah amal.. dapat berborak.. dapat berbincang…dengan mereka..

Sama je aku.. dulu dan skerang… 😦

Itulah dia alasan yang sama…

SIBUK!

 

Pergh.. orang lain pun sibuk … ok je…

Ya Allah, bantulah aku.. aku memang tak mampu ya Allah.. menjadi sempurna pada setiap ketika.

Benar.. manusia lain mungkin takkan memahami hidupku..

tapi kau faham Ya Rabb,,,

Kuatkan diriku ya Allah.. berikanlah aku kekuatan menempuh liku-liku hidup ku ini..

 

__________________________________________________________

Benar, pelik hidup seorang daie ini.

Jika manusia lain, hujung minggu mereka akan berjalan-jalan, akan sibuk pergi mmbeli belah.

Hidup daie ada 2 sahaja: Pergi program atau belajar

 

Pelik hidup sorang daie ini,

jika manusia lain waktu malamnya sibuk menonton X-factor ataupun try PS2 game yang baru

Daie ini ada dua sahaja: Belajar ataupun buat program( usrah/meeting)

 

Pelik hidup sorang daie ini,

Jika manusia biasa, masa santai akan menghabiskan movie, ataus series korean,

Bagi dia, masanya itu untuk catch up bahan-bahan bacaan, untuk prepare pengisian2 dalam program mahupun usrah..

 

Pelik hidup sorang daie ini,

Duitnya entah ke mana..

asyik tak cukup aje..

balik-balik kene sponsor.

tapi orang tak nampak.. duitnya itu..

10 pound, 50 pound, 100 pound… semuanya untuk apa.

duit minyak, transport, bantu orang susah, infak..

manalah ada untuk diri sangat…

 

Apa lagi yang peliknya daie ini…

Haa… apasallah benda- benda kecil takleh nak terurus.. terlupa itulah, terlupa inilah..

Hal diri sendiri pun tak terurus, nak uruskan hal dunia..!

Piiiiiraahh Daie!

 

huhuh… sedapnya mulut orang bercakap tu..

Pastu, yang kau tak gi berdakwah tu apsal? Kalau sama-sama berdakwah, takdelah banyak kerja nak kene buat!! Ringan bebanan nak kene buat.

Kalau kitalah kene bawak usrah, kitalah jadi penceramah, kitalah pengarah program, kitalah juga kene score exam, kitalah kene layan mad’u, kene penuhi semua jemputan.. semua kita..

camnelah nak sempat nak buat benda-benda kecil tersebut.. Superman pun kalah!huhuhu…

Pernah seorng daie ini, selama 3 minggu tak sempat nak basuh baju.. dan takde sapa nak tolong dia basuhkan.

orang akan salahkan dia, tulah sibuk sangat nak dakwah orang, diri sendiri tak terjaga..

Tapi itulah dia daie, orang cakap apa, telan je..senyap je dia… senyum je dia…

sebab dunia dah melihat dan nampak..

Yang takkan memberi signifikan apa2 pada dunia, adalah orang yang hanya menuding jari menyalahkan orang…

dan hanya menunggu-nunggu mencari kesalahan orang..

sedangkan yang banyak mengubah dunia adalah,

mereka mengorbankan diri mereka, status, harta, wang.. demi utk Allah.. demi untuk menyebarkan islam di serata dunia….

 

Maafkan saya sibuk, tapi saya akan cuba yang terbaik…huhuhuhhu…

PS: jangan takut nak tegur saya jika saya sibuk ..huhuhuh..

 

Projects on the line:

A) Winter retreat 2008

B) Spain trip

C) Moscow and VOLGO!!! 🙂

d) 3 essays by 14th december

e) anak2 usrah di scotland and sana 🙂

f) Adik2 uk kesayangan…

g) …. cam banyak je lagi ni..aiseh.. 😛

Advertisements

11 thoughts on “Sibukkah aku?

    nida' ul-iman said:
    November 18, 2008 at 12:54 pm

    Akak, i cried all the way while reading this entry…huhu

    Sbb diri ini merasakan sgt2 perasaan akak tue. Rase lega sgt hati bile baca. Mcm dh meluahkan segala isi hati yg terbuku dan memberatkan nie..

    Jazakillahu khayr ukhti..

    Semoga Allah mudahkan jalan kite semua ke JannahNya..

    ace said:
    November 18, 2008 at 12:54 pm

    salam kak.

    biasa lah dah masuk bulan november, byk sgt program2 yg perlu dirancang dan dilaksanakan.

    sampai terkadang sy terfikir, haruskah kita menggadaikan masa utk berdakwah fardhiah, disebabkn byknya masa kita diperlukan ntuk merancang program2 yg bersifat dakwah ammah.

    org kata : “takut yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran”

    possible tak kalau buat dua2 serentak? hurmm tp slalunya kakak berbincang dgn kakak2 shj. lalalala. tempiaskah perbincangan ntuk membina si adik?

    maaf salah silap.

    yg melihat nov trend dlm kesibukan DIRI dan kwn2.

    fairuz said:
    November 18, 2008 at 7:41 pm

    salam akak. saya mungkin org baru disini. tp saya selalu je stalk blog akak. sorry:)

    insyaAllah sy akn ke NZ feb depan dan sy sgt takut bc blog akk. macam mana ye? bukan ke belajar itu yang pertama dan prog2 lain yang kedua? sbb, niat kita ke sana dan sy yang gunakan duit rakyat esp; nak belajar. i mean, ilmu academic la. so, kalau dua2 benda tu berlaku simultaneously, mana yang kita kena dahulukan?

    hamba Allah said:
    November 18, 2008 at 9:05 pm

    Hmm menarik soklan fairuz tue..

    Nak jawab bley?huhu. Selalu nyer saye takkan jawab mcm nie tapi tak tahu kenapa kali nie nak jawab gaya nie pulak:-

    Mmg tak dpt dinafikan belajar mmg amanah yg harus kite pegang esp budak2 yg di sponsor nie. And studies kene utamakan. Kite la kene pandai nak bahagi mase dan plan kerja2 kite. InsyaAllah, semua org sedar tanggungjawab tue dan akan belajar sungguh2.

    Just a point to add. Sedar atau tak,bukan setiap masa kite akan digunakan utk belajar. Lagi2 duk overseas sanggaaatt banyak mase kite. Ade student kat sini kate dier byk tido kat UK nie sbb takde bende nak buat. Percaya tak?

    So, kalau kite tak dibusy ngan majlis2 ilmu/program2 agama, kite akan dibusy kan dgn bende2 lain ie tgk movie,cerita korea/jepun,drama melayu,youtube,animae,main video games,chatting,ym,facebook,friendster,shopping,travelling etc etc ‘yg berlebihan’…dan mmg tak dinafikan sgt susah nak stop bile dh addicted ngan bende2 nie.

    Jadi, duer2 pon kalau tgk mcm takla kite gune amanah nie ngan betul sgt..

    Cuma tinggal kite pilih je mane satu yg kite nak..?

    Allahualam..

    Sekadar pendapat..

    Frying Pan said:
    November 19, 2008 at 8:25 am

    Dear All..

    ‘dakwah’ has a very big meaning and the scope is too wide that we have to open up our mind in order to understand the word ‘dakwah’

    a man with a family. work as an english teacher in a very remote place in sabah. having to take the ‘sampan’ to go to work every single day dat kadang2 mengajar dlm keadaan lenjun sebab musim hujan sekrg nih. balik lewat ptg sebab kekadang terpaksa mengajar ko-kurikulum yg mmg wajib utk setiap guru. balik umah kena plak melayan anak dua org yg mmg sedia tahu lah kan memerlukan perhatian terutamanye dlm bab2 homework. bila time waktu tido plak, he read the story books for his kids to ensure that english is not an alien to them but as their second mother-tounge so to speak. mlm plak kekadang terpaksa la dgr cerite-ceriti isteri yg mmg sudah kebiasaan org pompuan mmg suka pot-pet-pot-pet pasal ape yg berlaku seharian.

    Frm my point of view – dis man MEMANG beribadat dan berdakwah 24/7 but perhaps INDIRECTLY.

    I remember a story where a man who ‘solat’ di belakang Rasulullah 24/7 mengharapkan syurga sbg balasan sedangkan keluarga diabaikan finally masuk ke neraka whereas a whore ( pardon me for using the word in ur blog ) who gave a sip of water to a dog finally was placed in the heaven !! im sure there is a message God wants us to get here kan..

    So ‘dakwah’ bukan hanya membawa maksud ke program2 dan bercerite hal2 agama semata2… memberi mkn seekor anjing kurap kat tepi jalan diperhatikan oleh sekumpulan omputeh2 kt union street tu pun kira berdakwah sebab sebg seorg muslim, pakaian awak, tingkahlaku awak, cara awak berkata2 semua tu akan menjadi satu dakwah sekiranye org2 lain akan mendapat satu ‘impression’ yg org muslim ni seorg yg bersih dan berperwatakan menarik ..

    Sibuk tuh biasa utk semua org, tak kira islam or non-islam, tak kira ur a medical student or ur doing nursing or ur doing TESL – Teaching English As A Second Lnguage. The point here is – Ur TIME MANAGEMENT is very bad NOT DUE to ‘dakwah’ or ‘maksiat’. Its all about ATTITUDE! Remember this – There is always time for everything and there’s always first time for everything. And always remember to spare some time to read, does not matter wat u read, jgn la plak bace bende ntah pape..

    Pls dont find excuses and reasons for being lalai or terlupa itu terlupa ini or tak dpt menepati janji or tak reti menguruskan diri semata2 sebab pelajaran or dakwah… like said, go bck to TIME MANAGEMENT .. find a book on time management n start to have a check-list on wat to do and wat not to do.. then u can give the impression that ur not just a gud daiee but also a gud student.. tu pun dah kira dakwah.

    istisyhad said:
    November 20, 2008 at 12:17 am

    salam kak frying pan,

    (dah jadi cam blog akak plak.. :D)

    saya dah lama bce komen akak, suke sangat baca komen akak, tp baru hari nih tergerak hati nak scribble something di sini.

    saya bolehlah, alhamdulillah dalam golongan yg dikatakan pendakwah tuh, malah dilahirkan dan dibesarkan dalam dakwah. (alhamdulillahh tho spt kehidupan org lain it is not perfect)

    saya suke sgt2 dgn pndgn akak..

    pada saya, akak ada gambaran yang bes tentang dakwah..

    dalam dakwah, ada amal qawi dan amal dhaif- amal yang berat dan amal yang weak timbangannya. maka seharusnya bagi seorang daie memberikan prioriti kepada yg sewajarnya.

    sebab itu, spt kata kak aisyah dalam entry terbarunya, dakwah itu perlu disampaikan dengan mulut. perlu membina orang.

    kalau kita tgk sirah Nabi s.a.w Nabi menyampaikan dakwah dengan mulut dan perbuatan. both, bukan salah satu. dan nabi juga buat apa yang ‘nampak’ (quote unquote) spt tade hasil.

    saya admire tasawwur (gambaran) akak, tentang dakwah, kerna kerap kali para duat terlupa itu.

    dalam creating the wave of change, sebenarnya, kesan dakwah itu sepatutnye meluas. macam ripple effect. selain binaan duat yang bersama-sama dalam dakwah ini, hati-hati yang tersentuh biar sedikit dalam episod dakwah setaip daie itu akan menyokong mereka. akan kata, haah mereka nih orang2 baik. jom sokong mereka. kalau yang berduit, jom bagi duit utk derang sket.

    ana sendiri sangat appreciate dan sangat nampak kepentingan these sentuhan2 kecil ini. benar, tak boleh dakwah ini hidup dengan itu sahaja, but to tak buat it, wud be a big disadvantage pada umur dakwah.

    kerna, spt ayat fevret ana, tidak mungkin akan tiba suatu hari yang semua manusia mati melainkan kelompok dakwah. maka hati2 masyarakat bukan duat perlu disentuh, kalau tak mahu jadi sebahagian from this dakwah pun, tape but sokonglah kami.

    pernah sekali ana tanya ayah ana, about duit yang dapat utk pilihan raya.. adakah itu semua datang dari infaq? then baba cakap… yep sebahagian, tapi ade juga dari orang luar.. yang percaya..

    dakwah ini perlukan nafas yang panjang, dan perlukan baaaaaaaaaanyak benda utk berjaya.

    impression merupakan sesuatu yang penting, kerna utk memimpin perubahan, kita perlu lead the public’s opinion. utk berbuat demikian, maka di situ mcm akak ckp, senanye sgt penting utk tunjukkan bahawa muslim itu baik, berjaya, tidak ‘extremist’, dan tidak eksklusif. dakwah ini baik utk semua orang.

    and betul sangat, dakwah itu bukan alasan utk tak excel. kalau betul, maka takkan wujud pacik macik yang grad dgn first class honours. yg bleh jadi professor at a very young age, etc etc.

    dan saya pasti bukan itu apa yang kak aisyah nak sampaikan..

    hakikatnya, seorang daie itu adalah seorang manusia. maka dia boleh jadi seorang daie yang juga pelajar yg excellent. seorang daie dan isteri yg pandai masak. seorang daie yang sangat popular dgn anak buah dalam syarikat.
    tapi boleh jadi juga, seorang daie itu seorang pekerja kilang yang dipandang lekeh oleh masyarakat kebanyakan. boleh jadi seorang daie itu, mmg bukan seorang pelajar yang mampu excellent dalam studies. dia perlu resit setiap tahun, kerna itu kemampuannya. dia dah berusaha, tapi tuh jugak yg dia dapat.

    kerna dunia ini tidak sempurna. maka tak mungkin seorang daie itu semuanya- yang bijak, cantik, pandai bercakap, pandai masak, pandai baiki kereta and the list goes on.

    maka seperti mana kita tak put a normal student to trial kerana die resit examnya, maka janganlah kita put a daie to trial bila fail exam.

    but again, as daie.
    kita paham bahawa sunnatullah, manusia akan menyalahkan. maka kita as duat work twice, triple malah ten times harder than other ppl supaya fitnah itu tak terkena atas sebab kita.

    and yep yep, sangat22 betul bahawa being a good student is a form of dakwah.. allahu akbar!

    senyum selalu.. 🙂

    Frying Pan said:
    November 20, 2008 at 3:25 am

    salam.

    my words were addressed to all and not muharikah alone. I wud summarise it all that muharikah was trying to say that there r times she’s not able to do so many things in order trying to juggle between dakwah and books and she’s feeling guilty for claiming herself busy when hr frens sometimes ‘merungut’ that she has no time for them. And Fairuz was seen confused between what shud be her priorities in order to get the best of both worlds – in this case, make God happy so that she can go to heaven and make her parents happy in order to get perhaps a 3 bedrooms aprtment near to MidValley so that she can go shopping ..hehe.. nw dis is just a joke!! but u guys get wat i mean kan? 😛

    Correct that u mentioned dat dakwah does not necessary come from ‘perbuatan’ alone but also ‘kata2’ .. when u talk to ur kids..ur wife..ur siblings.. tu bukan kata2 ker?? Kata2 jugakkan?? When u were story telling to ur nieces n nephews.. u can always add some cerite2 Nabi or tell them about Islam.. dakwah berkata2 la tu.. Thats wat I meant when I was giving example the english teacher who ‘beribadat’ and ‘berdakwah’ 24/7 becoz not just he berdakwah indirectly dr segi akhlak dia yg mulia but masa dia berkata2 wit his kids and wife, it is considered berdakwah if he was to tell sumtink on Islam.

    And yes, u r welcome to do ur best to be as close as possible to how Rasulullah ber’dakwah’..but u must remember Rasulullah tu seorg Rasul – Tuhan dah jadikan dia sebaik2 manusia. So dont put unnecessary stress to urself simply becoz u want to do everything at the same time. Paling simple, mulakan drpd dalam famili sendiri pun dh lebih dr okay, so jgn la risau sgt if tk dpt nak hadiri program2 or laksanakan usrah2 if keadaan tk mengizinkan coz ade mcm2 cara boleh berdakwah.

    When i was in Scotland, every single day I was reading da quran and a colleague of mine was reading da bible, and we then discussed. We even prayed in the gymnasium together for 2 weeks when we were waiting for our interview result. Mmg salah coz he’s a man but I had no option becoz gym jer tpt sy buleh solat and masa tu hujan, tk dpt jalan kaki balik umah and masa tu kawan sy tu plak mmg nak sgt2 sembah jesus dia tu coz dia sgt2 takut kalau gagal interview masa tu. So kire dakwah la tu kn since i was telling him bout Islam and he was telling me bout Christianity ..Errr or tak patut ker? Rasa mcm tak salah .. hehe

    Frying Pan said:
    November 20, 2008 at 4:54 am

    Pendakwah harus menjadi teladan kpd org lain dr semua segi. Kalau tak, Tuhan takkan buat Nabi dan Rasul tu diselamatkan drpd penyakit kusta and bla bla bla. See.. sebab Tuhan dh mmg buat sifat manusia itu hanya akan menurut org yg mempunyai akhlak dan pekerti yg baik juga berpenampilan yg menarik dan bersih. Tak caye? Meh sini tgk iklan 4oo tahun yg lampau di sebuah masjid di Turki 🙂

    Nak jadi Iman Masjid Itanbul, anda hendaklah;

    1. Menguasai bahasa Arab, Latin, Turki, dan Persia
    2. Menguasai Al-Qur’an, Injil, dan Taurat
    3. Menguasai Ilmu Syariat
    4. Menguasai Ilmu Alam, Matematik, dan mampu mengajarkannya
    5. Pandai menunggang kuda, bermain pedang, dan berperang
    6. Berpenampilan menarik
    7. Bersuara indah

    Kih kih kih…. Errr .. istisyhad… heheh.. saje je sakat awak.. tapi betul ek iklan 400 tahun tuh.. 😛

    muharikah said:
    November 20, 2008 at 2:14 pm

    hahaha.. kelakarlah kak frying pan ni… jangan lupa baca yassin tuh.. hehehe…

    miss u as always 🙂

    faza4peace said:
    February 23, 2009 at 1:55 am

    macam best copas artikel nie….huhu nice 🙂

    Abbad ibn Bishr said:
    January 17, 2010 at 8:16 am

    Entri yang mantap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s