kemenangan Barack Obama..

mmg dia president US yang muda dan handsome…huhuhu.. dan orator yang bagus.

Kemungkinan ramai sudah pun menganggak dan begitu terharu dengan kemenangan Barack Obama . Beliau memenangi kerusi presiden Amerika setelah begitu lama berkempen hingga kedengaran di seluruh dunia kerancakan oratornya yang begitu memukau. Bagi yang tidak pedulikan politik sendiri pun sedikit sebanyak mendapat tempias darinya.

Kemenangan Barack Obama disambut dengan begitu meriah, jika dilihat dari dada kaca TV mahupun muka depan akhbar-akhbar di seluruh dunia. Penerimaan rakyat Amerika yang berkulit putih menerima ketua negara mereka dari kalangan kaum yang kulit berwarna memberikan impak yang signifikan pada jiwa dan pembangunan yang akan berlaku di negara world orde itu. Generasi yang dinamakan generasi Y, terdiri dari kalangan orang muda yang begitu inginkan perubahan dalam hidup dan masyarakat mereka. Mereka dahagakan alternatif dan perubahan. Berikutan itu kemenangan Barack Obama banyak dipengaruh oleh undi dari kalangan mereka. Ini menunjukkan bahawa masyarakat semuanya mahukan perubahan, dan mereka akan memilih seorang pemimpin yang mampu membawa mereka ke arah itu.

bestnya kalau umat islam begini, sedang menjulang khalifah kita..huhuhuh

Dalam kita menyoroti sejarah bermakna ini, kita menyakini bahawa dakwah akan bersifat sangat ‘receptive’di dalam masyarakat. Dakwah akan membumi dan menjalari di dalam akar masyarakat. Ini hanya boleh dilakukan jika mesej yang kita bawa pada mereka adalah  mengikuti rentak kehidupan mereka dan mengisi keinginan perubahan yang mereka cari. Dan tentu dakwah itu perlu bersifat menyeluruh, mengikut arus kemodenan dan teknologi yang menjadi sangat perkasa pada abad 21 ini.

Dengan itu, malu kita sebagai seorang daie, jika kita tidak memahami jiwa anak-anak muda yang dekat hati mereka dengan teknologi dan arus kemodenan yang ada.Cara pandang dan berfikir setiap generasi adalah berbeza. Mereka mempunyai prioriti dan gaya hidup yang berbeza juga.  Kini, orang yang berumur 25 dan 20 tahun sendiri mempunyai perbezaan yang ketara dari sudut cara bercakap, topik perbualan, gaya hidup, cara fikir dan lain-lainnya. Jika kita gagal memahami cara mereka, dalam meraih kehendak dan keinginan mereka, kita takkan dapat menyentuh hati masyarakat secara luasnya seperti mana Barack Obama lakukan.

Tentu kemenangan ini memberikan satu indikasi bahawa tidak lama lagi, akan tertegaklah khalifah Islam. Di tika itu, semua orang, terutamanya muslim, akan mengangkat daulah ini dengan setinggi-tinggi julangan. Masyarakat dari timur dan barat, utara dan selatan akan menanti-nantikan keputusan kemenangan dan akhirnya akan berpeluk-pelukan dan menangis keharuan atas kemenangan ini. Kita akan melihat, insyaallah, satu masa nanti, bendera La Ilaha Illlah akan dikibarkan di kaca televisyen, dan laporan berita akan menunjukkan gambar-gambar sujud kesyukuran dari semua muslim di seluruh dunia… Ameen..

Nantikan juga perubahan-perubahan yang akan berlaku di Timur Tengah dan juga pasaran ekonomi sedunia ( termasuk harga minyak) setelah kemenangan Barack ini. Tentunya kita harapkan akan menyumbang kepada kebaikan yang besar insyaallah.. .

Maaf, dah lama tak menulis benda serius. Saja nak meluahkan apa yang terfikir..huhuhhuh. .

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

One thought on “kemenangan Barack Obama..”

  1. jzk.
    we’ll see how things work first. as for me, i do congrats him, but, too early to tell lah. you know, a good fight is never clean. call me a negative thinker, but, naimah lahh! we’ll see.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s