pandangan kita berbeza…

Posted on Updated on

‘Amik jelah syah baju tu..’ si ibu mengujar.Kepingin benar anaknya memiliki kot ungu berpetak kecil itu. Labuh ke lutut, berbutang fesyen moden. Memang funky dan terkini mengikut kaca mata anak muda.

‘Mak.. mahal ni.. 70 pound ni..’

Ala… amik jelah…Mak bayarlah…’

Ntah, aku sering rasa berdosa… Maybe rasa, banyaknya wang itu digunakan hanya untuk sepasang kot, yang dikenakan ke tubuh, untuk merasakan sedikit ‘bagus’ dari orang lain. Tak patut langsung!

Atau mungkin, 70 pound itu perlu digunakan untuk sesuatu yang lebih perlu… walaupun tidak nampak…

Aku tahu, ramai scholars di UK yang berlebihan duitnya, tidak kisah untuk berbelanja mewah. Tidak kisah membeli harga barang yang agak mahal.

Tapi tentu pandangan kami berbeza.

Si ibu terus memujuk untuk aku membeli at least sepasang pakaian. Puas keluar masuk ke butik-butik yang ada di laman shopping complex kecil di Dundee ini…

Apa eh nak beli…?

Aku selalu pening kepala bila tiba bab shopping..

Kadang2 aku sendiri bertanya-tanya…

Aku ini perempuan ke?

Seriessssss…..!! sampai camtu sekali..huhuhu

Ntah. Aku kadang-kadang tak berminat pada perkara-perkara yang ramai wanita minat. Ibuku sering menegurku, agar menghulurkan sedikit wang untuk mengupdatekan baju-baju dan perhiasanku, agar sesuai dengan usia dan penampilan.

Aku pun pelik…

Aku tak minat handbag, tak minat perhiasan, skirt, ataupun seumpamanya. Maybe pada kot. Itupun susah nak cari kot mengikut taste aku..

Aku lebih minat untuk membeli lens baru kamera dan juga dapatkan komputer riba kecil. Mudah aku nak bawa komputer tu ke mana-mana, dan tentu aku idamkan lens macro dan juga wide angle yang mampu meng’aw’kan pandangan mata kasar manusia yang cintakan keindahan…

‘Akak! Lens tu… baik2 sket.. dunia tu!!‘ Si adik menegur, tepat menumbuk dadaku…

Baik dik… huhuhu….

Aisyah, I prayed to Allah, every day, that Allah tak masukkan dunia dalam hati Aisyah..’

Muassirah, am I that bad? Am I too keduniaan? Itu pun I tak shopping selalu tau!

‘Yelah, tapi u sukakan keretalah, kameralah, apalah… u always talk about it… Kedunianlah tu!’

Hey, how you know ah? Tak pernah orang tegur I cam tu tau! ( Ya Allah, teruknya aku!!! Kenapalah aku begini sifatnya?)

Betullah. Walaupun saya tak suka shopping, bukanlah sebab saya ni zuhud, tapi mmg saya tak minat baju-baju yang dijual di UK ini. Paling kurang saya akan shopping time winter di factory outlet NEXT bila saya boleh dapat semua benda sepound dua.

Ataupun pergi ke carboot bila saya boleh dapatkan kot yang cantik bawah 5 pound..

Memang kalau bawah 5 pound, saya takkan berkira untuk pakaian.

Tapi kalau benda-benda elektronik…. entah.. tak fikir pun… terus beli.. walaupun berpuluh pound!

Tapi skrg Alhamdulillah.

I tahu, sebab orang sekeliling I semua begitu.. Sebab tu i tahu, memang ada sifat keduniaan itu dalam diri u’ Begitu Muassirah menegur. Kadang2 aku tersangat kagum dengannya. Ya, dia sendiri pernah bershopping tahap gaban satu ketika dahulu. Bila Islam mula menyinar di hatinya, dicampaknya perasaan sukakan shopping itu dan dilaburkan duitnya kepada buku-buku dan hijab.. Malah bukunya lebih banyak dari bukuku…. Terukkan ? Aku dah 7 tahun dalam tarbiyah, dia baru sahaja setahun mengikut usrah. Tapi ternyata dia lebih baik dariku dari pelbagai aspek.

Cemburu melihat Muassirah. Mungkin kerana nikmat Islamnya begitu mengakari jiwanya disebabkan bencinya dia akan kepahitan jahiliyah yang pernah d

ilaluinya. Sebab itu hatinya mantap, sebab itu dia mengenal sekecil-kecil dan sehalus-halus maksiat hati.

Iwannabelikethattoooooo!!!

‘Takpelah mak, syah amik seluar ni.’

Aku tahu ibuku hanya gembira jika dia dapat membelikan anaknya sesuatu. Seluar itu agak mahal. Aku tidak akan membelinya jika menggunakan duit aku sendiri. Tapi tentunya lebih murah dari harga kot yang mula-mula mahu dibelikannya.

Tentu pandanganku dengan ibuku berbeza. Tentu cara pandang kami tentang bagaimana duit itu patut disalurkan berbeza sekali.

Walaupun aku sukakan gadget, tapi alhamdulillah, aku sedar letaknya duitku bukan pada itu. Dan harga duitku terletak pada benda yang tak nampak. Di hadapan mata manusia biasa mungkin dilihat sebagai pembaziran yang nyata. Di saat orang lain boleh membeli apa sahaja mereka mahu, aku sedar orang-orang sepertiku terpaksa menekan perasaan sendiri, menahan kehendak diri, kadang-kadang mengikat perut, demi memastikan hati kami hidup, demi memastikan masukan ke dalam jiwa kami sentiasa berterusan.

‘ Kenapa duit syah selalu zero balance?’

Sukar juga berdebat dengan pakar bisnes ni. Susah nak jawap soalan mak aku itu kadang-kadang.

‘ Hurm.. hehe.. duit minyak mak…’

-plus duit kapal terbang, keretapi, duit program etc etc.… bisik hatiku. Tak taulah apa pandangan dia kalau dia tahu ke mana semua duit-duitku pergi. Nyata memang aku agak mewah bila dia berada di sini. Mahu apa sahaja, cakaplah. Makan pun tak berkira harga. Jika tidak, aku akan hidup sekadarnya sahaja..tanpa berlebihan.

Aku sering berdoa, agar setiap pence, yang dia berikan padaku setiap bulan, akan sentiasa menjadi barakah, sentiasa menumbuhkan pohonan yang tinggi

buat tuaiannya di akhirat kelak. Walaupun mungkin dia tak mengetahui ke mana duit-duitnya pergi, namun aku yakin, laburannya akan terzahir di akhirat kelak.

Aku cintakan ibuku. Dan aku harap dia cintakanku juga. Cintakanku bukan kerana aku anak kandungnya, tetapi anaknya yang solehah yang menanam pahala baginya berkekalan di akhirat kelak. Aku tahu aku perlukan wangnya jika aku mahu berjalan dan bergerak di atas bumi Allah ini, tanpa rasa berat dan pening memikirkan urusan wangku.

Mesti semua tahu, untuk travelling, costnya bukan sepound dua, tapi berpuluh-puluh pound. Malah ratusan pound. Memang separuh duit scholars ku ke arah itu. Dan memang agak mustahil untuk menabung duit.

Memang tertekan melihat orang yang mampu simpan duit scholarshipnya sampai beribu pound. Akhirnya digunakan duitnya untuk membeli kereta ataupun perkara-perkara peribadi lain.

Namun Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki buat ibuku, dan darinya aku memiliki Hanzalah, walaupun duit di poketku sering berlubang…

Ya Allah, berkatilah ibuku, berkatilah setiap sen, dan wang yang digunakan untuk jalanMu. Walaupun mungkin dia belum lagi memahami erti jalan dakwah ini, moga bahagiannya kelak di akhirat nanti akan tetap subur pada laburan yang tidak dia nampak ini ya Raabb!

PS: Nyata, pengorbanan wang, bukanlah semudah yang disangka. Menyingkirkan dunia dalam hati, tidak semudah yang dikatakan. Ia memerlukan mujahadah yang tinggi. Teramat tinggi. Bayangkan jika kita ada 100 ribu ringgit malaysia, sanggup kita kasi 90 ribu untuk dakwah dan tinggal 10 ribu untuk kita?

Sanggup??????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ke kita akan terbayangkan untuk mula membeli rumah baru, ataupun kereta baru, ataupun membeli barang-barang impian kita, sebelum datangnya dakwah?

Susahkan bila selalu ada di stage itu..

Susahkan?

Ujiannya akan sampai, pada setiap dari kita… kerana dari situ akan dapat dilihat, adakah pandangan kita sama, mahupun berbeza..

PSS: mak ada kat rumah bercuti dan monitor anak dia belajar…huhuhuh…..

Advertisements

13 thoughts on “pandangan kita berbeza…

    RA said:
    October 22, 2008 at 9:18 am

    beautiful entry.
    I like shopping(undeniable…keskeskes)but i dont shop for xpensive things…most of my things are 1000yen below.Hehe

    Me and my mum is the opposite of u n ur mum ;p

    we do have differences of opinions(like us..^_^)
    But isnt that what makes the world more colourful

    I pray that ur investment on ur mum’s behalf will be blessed by HIM

    Asal niat yang ada keranaNYA 🙂

    Jajaja..am sure my mum berharap anak dia leh jadi cam sya..
    haha

    Peter Pan said:
    October 22, 2008 at 4:03 pm

    buleh ke apply bende ni kt zaman sekrg where everything is moni? pehtu tak ke bagi negative impression towards moslem ppl if moslem ppl slalu tk berduit?? dis is confusing ..

    kahfi8 said:
    October 23, 2008 at 4:18 am

    salam.

    naqib ana penah tanya, ‘sanggupkah kita berkorban seperti sahabat nabi dulu. bila Rasulullah tanya sape nak berkorban untuk Islam, tanpa banyak soal, terus waqafkan kebun tamar dia untuk Islam, sampai ambik tamar yang nak disuapkan oleh isteri dia kepada anak dia.”

    kita sekarang ni? berkorban tak seberapa, mengeluhnya lebih.

    alamak terkomen lebih macam sendiri punya blog..

    semoga pengorbanan akak diberi ganjaran setimpal olehNya..

    Peter Pan said:
    October 23, 2008 at 1:42 pm

    logik juge org tu mengeluh sebab dia berkorban… tapi org yg buat sesuatu sepenuh hati takkan mengeluh.. tiada istilah berkorban utk org yg hepi buat sesuatu utk Tuhan… hehe .. 🙂

    nida' ul-iman said:
    October 27, 2008 at 7:12 pm

    Kak peter pan..

    Even Rasulullah yg paling sayang Allah dan sahabat2 pon kadang2 mengeluh/sedih/down bile diuji dan bile dorang rase terbeban sgt..

    Macam dalam surah Ad-Dhuha, Rasulullah sedih sgt bile Allah tak turun2 kan wahyu lepas lama tunggu sampai org2 musyrik ejek2 orang Islam mase tue..

    Macam surah Al-Insyirah pon Allah turunkan ayat tue sebagai penghibur hati Rasulullah yg sedang sedih bile byk sgt ujian drpd org2 musyrikin Mekah..

    Mase perang Khandak ade satu time sampai sahabat2 yg paling dekat dgn Allah pon tanye kat Rasulullah ‘sampai bila kah pertolongan Allah akan sampai?'(sory tak ingat surah ape dlm Quran)

    Adakah manusia2 hebat dan even Rasulullah sendiri tak buat bende2 nie dengan sepenuh hati sbb mereka mengeluh??

    Its just the fact that we are normal human beings…..manusia biasa yg penuh dgn limitations and weaknesses. There will be a point yg awk akan mengeluh dan penat. From my opinion thats just Allah’s way to make us realise that we are nothing and all strength is just from Him. And from Him alone we can survive no matter how good/pious/strong you think you are…

    Sekadar pandangan dr akal yg cetek dan dangkal..

    Sory kalau ade tersalah..

    Peter Pan said:
    October 28, 2008 at 2:39 pm

    hmmmm .. ye, mmg ade benarnye ape yg awak tulis tu. Manusia kan.. surely suke mengeluh punye. Sy pun byk gak mengeluh ..tapi dulu la.. sekrg dh tak lagi .. rasanye da last time sy mengeluh was berbulan2 yg lepas.. Lepas bace buku Dont Be Sad dan The Secret ..sy dh stop. But i figured out while practising what da 2 books advised me to do..i figured dat when i actually do things wit sincere heart and only seek reward from The Lord .. there is da consistency and happiness in doing it, like solat, puasa, sedekah and etcetera..etcetera..etcetera but if I were to do it due to reasons otha than The Lord.. then yes, it wont last and perhaps dat wud be da first n da last. So my point here is .. to all of u out there.. if u happen to hav d answer as Im here to learn and not to challenge .. So i m currently tinking whether or not I shud wear skirt .. not mini skirt but da knee length skirt as i love wearing it to da office but yes every morning .. i can only luk at it and every time i take it, i’d put it bck coz i kip tinking of wat im gonna get when i die. Wat i hav in mind is – is it okay for me to wear da skirt at da same time kip praying for The Lord to open my heart and stop having da desire to wear skirt n start wearing tudung?? Coz when i do things becoz I myself hav realised things.. da feeling is so gud and I’ll continue doing it..insyaAllah ( da word i used to hate using but hav started using it ..hehe ) but if like dis skirt thingy .. im not doing it but there’s sumtink in me yg rasa tk sedap la. Or ini ke maksudnye korban? sy tk percaye sgt in korban sebab sy rasa korban ni tk jujur.. always korban mesti disusuli dgn rasa tak best .. dats da reason y i neva do things dat i hav doubt with even if it only take 0.1% doubt..sumenye mesti sepenuh hati, then br hepi ..tu la pasal jugak sy ckp if u really do things for God.. then there shudnt be da word korban .. bukan ke? aND yes.. can sumone pls define da word ‘dakwah’ to me …. ??

    Salam ..and pepandai je u all panggil sy kakak.. kenal pun tk ;-P tapi ye lah, mana ade lelaki pakai skirt kn.. hehehe.. tekaan u all tepat 😀

    Peter Pan said:
    October 28, 2008 at 3:00 pm

    Ooopss.. okay bro or sis nida’ ul-iman (wat does it mean by da way?) .. i actually hav to read ur comment twice to get da juice out of it.. nw i undastand wat u were trying to say .. conclusion is – mengeluh tk semestinye tk ikhlas buat sesuatu utk Tuhan..rite? its a matter of human gesture .. so in a way ur saying i shud ignore my feelings to wearing skirt or do things dat can cause sin convicting where in dis context, it means ‘korban’ and believe dat i shall get da reward frm God in life afta death? walaupun hati rasa tak best sebab tk dpt pakai skirt? hmmmmm ….. well..hope i will find d answer myself in d terjemahan al-quran

    muharikah responded:
    October 29, 2008 at 2:27 pm

    RA —> Rabi…. u know what? My mom would love to have u as her daughter! U know how many times kene telan air liur tgk benda2 yg u mmg nak tapi u tau u tak perlukan pun, tapi sebab orang dah offer, so boleh je nak dapatkan… i guess, alhamdulillah allah mmg jadikan kita semua ni opposite, me and my mom, u and ur mum, so that we can compensate each other, we can became the strength of each other’s weakness..

    miss u rabi!! miss gaduhing with u! huhu.. bukan ramai suka bercakar-cakar pendapat tapi still boleh duduk sebelah2 dan tido sebantal…

    hehehe…

    my mom said she’s gonna bring me to japan but you have stay there much longer tho!hhuhu

    muharikah responded:
    October 29, 2008 at 2:42 pm

    Peter pan–> akak… banyaknya persoalan akak… mana satu nak jawap ni? hehehe…
    saya rasa maybe perspective dan cara pandang kita terhadap kehidupan ini semua berbeza.
    Berbeza kerana faktor kefahaman, ilmu dan pengalaman yang kita dapat.
    Dan banyak kali perspektif kita akan berbeza mengkut orang-orang2 dan manusia yang kita temui di sepanjang hidup kita..

    ramai je kak peter pan, yang semalamnya minum arak, pergi clubbing, pakai tube, esoknya terus mendapat hidayah Allah, dan terus bertudung litup, bertaubat dan tak nak langsung balik pada jahiliyah. Malah mereka inilah antara pendokong dakwah terhebat, lebih hebat dari orang yang mmg dah sedia baik dan tak pernah merasai najis jahiliyah itu sendiri.

    tak bermakna saya kata semua kene pergi buat maksiat baru dapat hidayah tu, tapi insyaallah, bila kita dah dapat hidayah tu, kita kene grab dia, jangan biarkan sesaat pun dia terlepas.

    Tapi bila rasa cam hidayah tu tak datang-datang, janganlah plak kita hooray pergi buat maksiat. I think ramai je tahu benda tu. Hidayah itu adalah anugerah, dan anugerah dari Allah perlu diminta.

    Ramai je manusia yang mmg sudah merasai nikmat iman, tapi selepas beberapa tahun, nikmat iman itu menjadi pudar, akhirnya mereka beramal bukanlah kerana manisnya iman, tapi kerana rutin, dan ramai juga yang akhirnya futur di atas jalan ini, dan kembali kepada keadaan jahiliyahnya yang asal.

    Pendeknya, kita takkan boleh control apa ketentuan Allah pada kita, itu bukan di tangan kita. Apa yang kita boleh buat adalah berdoa pada Allah, minta hidayah, minta iman, minta masuk syurga, minta mendapat keberkatan, lepas dari azab kubur dan sengsaranya padang Mahsyar..

    Yes… benda tu berada di tangan kita, berdoa, dan of course berusaha mencari hidayah itu.
    Kalau kite terus berdoa, tapi at the same time, buat maksiat, tentu chances dia susah nak dapat ( although i dont deny still kita boleh dapat hidayah tu), tapi di samping berdoa, kita pergi majlis ilmu, membaca buku, bincang dengan orang tentang islam, baca quran like u did, insyaallah, Allah will guide u..

    of course, seperti yang kita selalu bincang, kene selalu terikat dengan orang yang mengajak kita pada majlis ilmu, ataupun orang panggil usrah, taklim, halaqah, atau circle yang menjadi tempat rujukan kita dan tempat mengadu akan kelemahan iman kita.

    Maybe kat tempat akak susah, tapi insyaallah, Man jaahadaa fiina, ladahdiyanna subuulanaa, siapa yang berjuang di jalan Kami, akan Kami tunjukkan jalan Kami..

    Insyaallah, kalau kita sungguh2 nak belajar, nak tahu, nak improvekan amal kita, iman kita, kalau betul2 kita nak, insyaallah ( hehehe… u have to get use with it kak..:) ) Allah akan tunjukkan kita.

    ok… gtg… kene taip patient..huhuhu… lap u kak! and miss u!!

    Peter Pan said:
    October 29, 2008 at 3:33 pm

    🙂 Owh.. tenkiu..tenkiu.. wat i get frm here is:

    1. iman tuh rupanye tk stastik mcm tu je. we actually hav to maintain it by avoiding convicting sins and do all da things dat bring us closer to God like usrah, recite, reading quran etc
    2. utk mendpt hidayah n jadik baik.. we actually hav to kip praying and ask for it from God..

    so sy tk patut la pakai skirt no? hmmmm .. ye lah, setan pun dh janji ngan Tuhan akan menyesatkn manusia.. okeh, tenkkiu to da blogger n her gud frens who hav helped me to clean up da confusion in my head 🙂

    kakasi86 said:
    September 25, 2009 at 12:58 pm

    tetap istiqomah do not futur………..

    وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ

    Yang dekat tapi jauh said:
    December 23, 2009 at 1:24 pm

    nak dakwah tue ada macam2 cara.

    bukan bermakna fikir dan beli kereta, rumah, tanah, pakaian, kamera, komputer etc itu bukan dakwah, itu keduniaan dan pelbagai label dihamburkan.

    itu semua bergantung kepada niat.
    niat kita membeli itu untuk apa?
    dan sekali lagi ianya pasti berbeza pada setiap orang lain.
    wujud perbezaan kerana ia bergantung kepada pengetahuan, pengalaman dan perspektif bagaimana sesuatu perkara/benda itu digunakan sepenuhnya.

    beli kereta besar dan berkuasa agar mudah bawa lebih ramai orang dalam satu masa.
    beli rumah agar mudah dibuat halaqah dan program.
    beli tanah agar mudah dibuat apa-apa projek ekonomi di atasnya.
    beli pakaian agar sesuai dengan pembawakan diri kita sebagai seorang Muslimah.
    beli kamera agar orang ramai lebih menghargai dan menyedari betapa indahnya alam ini dan berfikir akan penciptanya.
    beli komputer agar mudah berinteraksi globally dan blogging in islamic way.

    pendek kata, setiap apa yang kita beli itu ada tujuan positif disebaliknya.
    janganslah jadi terlalu kecil skop kehidupan itu sampaikan untuk membeli itu semua pun dikatakan keduniaan.

    memang kita perlu menabung, memang kita perlu mengikat perut, memang kita perlu membuat senarai keutamaan.
    itu tiada salahnya malah digalakkan lagi lebih2 lagi ianya pelaburan masa panjang.

    kata berdakwah ikut method Rasulullah, tetapi berapa ramai yang betul2 mengikutinya.

    contoh la, berapa ramai yang berkongsi nikmat Islam yang ditemui di luar negara ini bersama-sama dengan orang yang disayangi dan dipercayai? Rasulullah sendiri memulakan dakwah itu dikalangan orang terdekat, isteri, anak angkat, sepupu, sahabat baik. Bagaimana dengan kita? Sibuk menyeru ke sana ke mari tapi family sendiri tidak difahamkan dengan apa yang kita seru itu. Apabila family tidak faham tentang apa yang kita buat ini, mulalah timbul pelbagai konflik. Beranikan diri antunna semua. Mereka sayang akan kita, insyallah mereka akan sokong dan bantu kita setelah mereka faham. Kata faham hadis logam, tetapi kenapa tak luaskan penggunaannya itu kepada family juga sebagai satu unit logam yang akan menjadi salah satu tunjang kita?

    Jika antunna di tempat ibu bapa yang melihat gerak-geri anaknya yang boleh dicurigai, adakah antunna tidak risau? Itulah pandangan mereka apabila kita tidak kongsi apa yang kita lalui ini. Tak nafikan juga ada family yang telah dibesarkan dengan ideologi dan doktrin negatif sehingga timbul salah faham mengenai apa itu Islam sebenar. Itu cabaran dan dugaan buat kita. Moga-moga dipermudahkan jalan oleh-Nya.

    Mohon maaf sebelum mengundur diri.

    Antunna ini semua bagus-bagus belaka. Ada kesedaran tentang Islam dan berusaha menggerakkannya ke arah yang lebih tinggi matlamatnya. Namun, ada juga perkara2 kecil yang tertinggal di belakang. Tak tahulah sama ada benda itu dari segi perspektif antunna ianya adalah beban atau tidak diperlukan. Itu semua bergantung kepada pengetahuan, pengalaman, dan cara berfikir.

    Wallahualam

    lilysyazwani said:
    October 12, 2010 at 4:20 am

    salam.kak aisyah.i would be glad if you can give a link of muassirah’s page. blog or fb maybe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s