Lepas exam..

Posted on Updated on

Saya nak buat list seperti mana yang saya buat waktu saya balik malaysia. Saya ingat lagi separuh je dari list2 yang saya buat tu mampu saya buat.

Termasuklah tak dapat nak bermain squash dengan k fizah tersayang … 😦 dan juga menghabiskan buku2 saya..

Semalam juga teman akrab meminta hadiah perkahwinannya yang aku tak tau mampu ke tak untuk melakukannya..

I want you to give me a compilation of dakwah stories, so that I can always have it to read.I actually hope that you can read my mind and get to know what I want. It has to be personalise, and it must be from you….

Dia menolak hadiah yang aku tawarkan padanya.. akhirnya di meminta itu… Sungguh dia bukan demanding, malah dia menolakku untuk melakukan satu perkara yang patut aku lakukan bertahun dahulu…

Dan aku tahu selepas exam, aku perlu menjadi muharikah kembali.. Ke sana ke mari tanpa henti. Hujung mingguku pasti penuh dengan banyak panggilan-panggilan yang perlu aku tuntuti..

Terkadang aku terlupa yang aku masih lagi pelajar. Dan aku perlu belajar, termasuk ilmu-ilmu islam. Terlalu banyak buku-buku dakwah dan tarbiyah yang aku cuma sentuh tatkala aku perlu memberikan pengisian untuk usrah dan daurah semata. Kebanyakkan masa lain digunakan untuk menyampaikan dan bertemu dengan manusia. Lantas buku-buku itu menjadi kusam, dan aku terlupa aku mempunyai hampir 50 buah buku yang menuntut hak untuk aku membacanya….

Aku takut, tatkala aku diangkat menjadi pemimpin, setelah bekerja dan berkeluarga, manakan ada masanya lagi untuk membaca dan belajar… Di manakah aku boleh mencari hikmahnya tatkala manusia aku bertanya itu dan ini, menanyakan ayat apa yang mentsabitkan satu perkara, apakah hadis berkenaan dengan peristiwa ini, etc etc. Terkadang aku berharap buku-buku itu boleh dicompresskan ke dalam thumb drive dan dapat dimasukkan ke dalam CPU otakku. Setiap kali aku mahu mencarinya, boleh saja aku gunakan search engine.

Tapi aku tahu, dengan usahalah Allah memberikan pahala. Bukannya lebih banyak ilmu lebih banyak pahala. Tak sama sekali! Dengan usaha, kepayahan menghafal, keikhlasan dan kesabaran dalam menuntut, di situlah ALlah akan turunkan keberkatan…

Maka bagaimana? Perlu duduk sebentar, jangan terlalu asyik dengan manusia dan panggilan mereka. Sudah tiba masanya untuk memurajaah kembali buku-buku yangΒ  sudah berkelewang dan perlu disentuh dengan sentuhan iman dan perasaan.

Dan moga-moga ilmu itu menjadi sumber inspirasi bagiku menulis cerita-cerita dakwah untuk ukhtiku tersebut; tentunya itu juga merupakan impianku sejak aku berumur 17 tahun, untuk membukukan sebuah karya yang sangat didambakan oleh duat-duat muda yang ada di benua asia ini…

Mampu ke nak buat lagi 2 bulan? Wallahualam.. saya akan cuba. Perlu lebih proaktif dan efisien dalam bekerja.

Tentunya saya kene fikirkan untuk mula menjawap soalan-soalan MRCP selepas exam memandangkan saya tahu di saat saya kerja nanti, saya tak mampu nak buat latihan yang banyak. Insyaallah…Β  2 tahun lepas bekerja boleh bawak balik malaysia dengan MRCP..

Inilah impian saya. Terkadang bila kita menitipkan apa yang kita mahu, dari situ kemahuan akan ditolak, di situlah impian akan menjadi kenyataan..

Mak saya selalu berkongsi apa yang dia nak dalam hidupnya. Walaupun saya mendengarnya semenjak umur saya 10 tahun, tapi selepas 15 tahun kemudiannya, barulah dia dapat mencapai apa yang dia impikan selama ini. ( Walaupun boring jugalah dengar selama 15 tahun tu kan..huhuhu).

Doakan saya dapat mencapai cita-cita saya, menjadi duat rabbani(dr), dan doktor (Dr.) yang cemerlang insyaallah..

Mode periksa,

Aisyah xx

Advertisements

One thought on “Lepas exam..

    nida' ul-iman said:
    October 11, 2008 at 10:23 am

    Ameen..Ameen..Rabbul Alami….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s