Satu taujih dan nasihat..

Posted on Updated on

Beberapa petikan dari Ar-Raqaiq- Muhammad Ahmad Ar -rasyid..

Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadawiyy: “Kita mesti mengeluarkan rijal yang boleh menegakkan dakwah, menguruskan pentadbirannya, mentarbiah rijal dan memenuhi segala lompang. Mana-mana gerakan, dakwah atau institusi meskipun mempunyai kekuatan dan bilangan pendokong yang ramai, namun ia tetap terdedah kepada mara bahaya. Bahkan dalam masa yang singkat, ia akan kehilangan pendokong-pendokongnya seorang demi seorang hingga tiba suatu hari nanti ia akan kehilangan kesemua pendokongnya.”

al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib r.a. telah berkata:

“Sesiapa yang sentiasa mendatangi masjid, dia akan mendapat lapan sifat: Tanda yang meyakinkan, saudara yang berguna, ilmu yang dimiliki, rahmat yang menanti, kalimah yang menunjukkan kepada petunjuk atau menghalangnya daripada kemusnahan, dan peninggalan dosa sama ada kerana malu atau takut.”

Abdullah bin al-Mubarak ketika beliau berkata:

“Rebutlah dua rakaat untuk mendekatkan diri kepada Allah, jika anda mempunyai waktu lapang dan dalam keadaan rehat. Manakala jika anda teringin untuk mengucapkan perkara kebatilan, maka gantilah tempatnya dengan mengucapkan tasbih.

Rasulullah saw bersabda:

مَا مِنِ امْرِئٍ مُسْلِمٍ تَحْضُرُهُ صَلاَةٌ مَكْتُوبَةٌ. فَيُحْسِنُ وُضُوءَهَا وَخُشَوعَهَا وَرُكُوعَهَا. إِلاّ كَانَتْ كَفّارَةً لِمَا قَبْلَهَا مِنَ الذّنُوبِ. مَا لَمْ تُؤْتَ كَبِيرَةٌ. وَذَلِكَ الدّهْرَ كُلّهُ.

Maksudnya: “Setiap orang muslim yang apabila tiba waktu sembahyang fardu lalu dia memperelokkan wuduk, khusyuk dan rukuknya, maka sembahyangnya itu akan menjadi penghapus dosa yang dilakukan sebelum daripada itu selagimana dia tidak melakukan dosa-dosa besar. Keadaan ini berlaku sepanjang masa

Bishr bin al-Harith al-Hafiyy  berkata:

“Cukuplah untuk anda tahu bahawa terdapat segolongan manusia yang sudah mati tetapi dengan mengingati mereka hati akan hidup. Sebaliknya terdapat juga segolongan manusia yang masih hidup tetapi hati akan menjadi mati dengan melihat kepada mereka.

Tidak bangun malam melainkan orang yang kuat azam dan kesungguhannya

Sesungguhnya dosa tidak dapat dibasuh melainkan dengan air mata. Keberanian hanya dapat disuburkan dengan air mata pada waktu malam. Sejarah Islam hanya mengenali tokoh-tokohnya sepanjang zaman dengan sifat tersebut. Ibn al-Qayyim tidak berdusta ketika beliau menyifatkan mereka dengan berkata:

“Mereka menghidupkan malam dengan ketaatan terhadap tuhan mereka. Dengan melakukan tilawah, tadarru’ dan berdoa.

Air mata mereka mengalir umpama hujan lebat yang berpanjangan.

Ketika malam, mereka ibarat pendeta yang tekun beribadat, tetapi ketika berjihad mereka adalah pahlawan yang paling berani.

Pada dahi mereka terdapat tanda sujud kepada tuhan, dan nur cahaya yang bergemerlapan.

Abdul Wahhab ‘Azzam pernah bertanya waktu malam apakah rahsianya yang paling indah. Lalu malam memberikan jawapan ia adalah keadaan orang beriman dan melakukan dosa yang dapat menemui waktu yang tepat untuk beribadat. Dengarkanlah dialog mereka:

“Aku bertanya kepada malam: Berapakah rahsia yang kedapatan pada dadamu? Beritahulah kepadaku rahsia yang paling indah.

Ia menjawab: Tiada rahsia yang paling bercahaya di dalam kegelapanku yang melebihi air mata orang yang bertaubat pada waktu sahur.

“Berjayalah sesiapa yang bertasbih ketika manusia sedang nyenyak tidur. Dia membenamkan keinginannya (untuk tidur) di dalam rusuknya.

Dia diliputi oleh ketenangan dan kekhusyukan. Dia berzikir kepada Allah dan air mata berlinangan.

Air mata itu akan menjadi lilin. Sujud kepada Allah pada waktu sahur memberikan cahaya pada hari mahsyar.”

“Kembalilah kepada Allah dengan hati yang khuyuk. Berdoalah kepadaNya dengan mata yang menangis.

Nescaya Dia mengurniakan anda keampunan yang meluas. Menggantikan segala kesalahan anda dengan kebaikan yang pahalanya tidak akan habis.

Semua keampunan ini hanya untuk hamba yang bertaubat. Keampunan yang meliputi yang datang daripada Pencipta alam yang luas. Bagi sesiapa yang segera bertaubat kepadaNya….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s