seberkas ukhuwah ~ utk akhawat

Posted on

Terlalu banyak yang musim panas lalu mengajariku.

Pengalaman.
Keindahan.
Dan tautan.

Seolah-olah tarbiyah menjadi perkara kedua bagiku di waktu itu. Walaupun disebabkan tarbiyahlah kesemua itu boleh berlaku. Namun pada sengkang masa yang lalu, seolah-olah itulah yang tarbiyah yang Allah ajarkan padaku.

Pengalaman sebagai manusia yang telah lama melalui jalan ini…

Untuk menilai..

Tsabatkah aku…

Tetapkah hatiku..

Komitedkah aku pada jalanNya ini…

Keindahan yang hadir juga membuat aku terkesima dan terduduk diam bertafakur..

Keindahan pada tautan hati yang amat kukuh.

Ada pada mereka yang baru seminit kukenali.

Ada yang sudah lama, tetapi meraih semula bunga-bunga ukhuwah itu.

Ada yang sekejap cuma ditinggalkan, ternyata tempoh masa itu, cukup-cukup menguji rasa hati dan apa yang diimani pada makna ukhuwah itu.

‘ Tak payahlah nak cakap pasal ukhuwah sangat. Semua orang dah tahu pasal benda itu. Kita buat tilawah jelah’

Aku masih tak mampu mengikis kisah itu. Tatkala di saat akulah satu-satunya manusia yang datang dari negeri kering dan kontang. Sedangkan mereka yang lain mendapat nikmat pautan tangan-tangan dan hati manusia yang lain.. Mana bisa mereka memahami perasaan orang seperti kami. Satu dalam seribu barangkali.

Akak, saya takut nak balik ke tempat saya. Saya takut saya akan ‘sakit’ semula.

Luluh hatiku mendengar suara hati adikku itu. Andainya kami boleh melukiskan perasaan itu agar bisa manusia memahaminya, tentu kami boleh. Tapi sukar. Teramat sukar. Cuma bila kita berada di situ kita akan memahaminya.

Namun aku juga amat terkejut di saat aku menemui seorang ukhtiku, di saat aku mahu berlepas ke negara penghunianku sekarang.

‘ Aisyah, leganya dapat jumpa Aisyah.. Gembiranyaaaaa!’

Dan aku terkesima sekali lagi. Ya, aku gembira berjumpa dengannya. Tapi aku tahu, kegembiraannya itu melebihi yang aku rasai. Mengapa ya?

Di sisinya hadir dua orang mujahidah dakwah yang bakal mewarisi perjuangan dakwahnya. Suaminya turut menemani dan menjaga puteri-puteri mereka itu. Aku tersenyum di hati melihat kebahagian yang dimiliki oleh ukhtiku itu. Lengkap. Keluarga dan kerjaya. Apalagi yang diinginkan oleh seorang manusia itu.

‘ Aisyah, sebenarnya ana dah lama sangat tak jumpa akhawat. Kalau dapat jumpa akhawat rasa seronok sangat. Macam dapat satu anugerah terindah. Tak tau bagaimana nak describe perasaan itu.’ Dan dia kembali memelukku berulang kali…

Ukhtiku itu, yang pernah kusambung tali ukhuwah bersamanya, bersama melawan badai dakwah di bumi UK ini, akhirnya pulang bersama keluarga dan ijazah.

Ternyata ujian apabila pulang, tidak mudah baginya.

Dia menghadapi kesibukan menggila seorang ibu beranak dua, yang terpaksa berpindah randah atas urusan kerja dan masalah orang gaji yang tak berkesudahan.

Dapat pergi daurah sebulan sekali dah cukup bagus.

Dapat pergi usrah seminggu sekali dah cukup handal.

‘Ana rasa kadang-kadang tersisih. Sebab tak kenal nama adik2 yang dibincangkan. Program2 yang mereka rancangkan pun menjadi sangat lost..

Aku mendengar penuh kesedihan. Dia memaksa dirinya berjumpa dengan diriku dalam kesibukannya yang amat itu.

Benar, ukhuwah itu anugerah terindah selepas iman. Kita tak pernah tahu tenaga dan kuasa apa yang boleh terhasil dengan ukhuwah itu.

Terima kasih Aisyah. Seronok sangat jumpa Aisyah,‘ Sekali lagi pelukan diberikannya padaku.

Ya Allah, aku tak berikan apa-apa pada ukhtiku ini.

Aku cuma menjadi seorang akhawat. Dan dengan itu sahabatku itu dapat berpaut padaku. Walaupun kurang dari 20 minit cuma.

Ya, aku hanya cuma menjadi seorang akhwat. Dan ternyata itu sudah cukup.

Suami anti?’

‘ Memanglah dia baik. Dia hantar pergi program semua. Tapi tak samakan Aisyah. Sekrang baru ana faham kenapa kene kahwin juga dengan ikhwah. Perasaan dia tak sama Aisyah. Tak boleh nak kongsi apa yang kita rasa ini.’

Aku takut juga kalau suaminya terdengar kata-katanya itu. Tapi mungkin sudah lama dia pendamkan perasaannya itu, dan mahu seseorang mengetahui apa yang dirasainya, tanpa dihiraukan suaminya yang berada di belakangnya.

Itulah yang ukhtiku rasai. Sama sahaja sepertiku.

Kekeringan, keseorangan dan kekontangan.

Ironi. Walau dalam dua dunia berbeza, kita boleh mengalami perasaan yang sama ukhti, bisik hatiku..

‘Aisyah, berikanlah ana tazkirah,’

Aku menyeringai wajah sahabat lamaku Z yang sudah lama tidak ketemui. Wajahnya sedikit gebu selepas kelahiran anak pertama. Memang suaminya langsung tidak membenarkannya bekerja malahan ikut program selepas bernikah. Blognya terpaksa ditutup atas nasihat suami.

‘Hurm… anti kene ikut usrah‘. Lurus dan jelas.

Entah mengapa itu jawapanku. Mungkin kerana itu yang aku rasakan formula kekuatannya. Berjumpa akhawat. Menyambung tali ukhuwah. Mengekalkan iltizam dalam amal. Sepotong kata ayat-ayat indah pengubat jiwa tidak mampu menjadi jalan keluar kepada banyaknya permasalahan hati yang tak menentu.

Akulah yang membawanya mendengar ISK dan program-program lain di tanahair, setiap kali aku pulang bercuti. Ternyata perkahwinan juga yang banyak mengubahnya. Ternyata tanpa sokongan dan tarikan dari akhawat, terlalu banyak yang sudah tidak dimilikinya.

Perlukah akhawat itu berkahwin jika begini keadaannya? Sarkastik aku befikir. Tapi aku tahu, jawapannya tidak pernah mudah.

‘Kita perlu menjadi lilin harapan kak..‘ Begitu kata-kataku apabila menziarahi kakak yang istimewa di hatiku. Melalui perantaraan dia aku mengenali dakwah di bumi UK ini.

Aku menceritakan pengalaman manisku di Brunei, pengalaman tarbiyah yang tiada tukar ganti padanya. Buat pencetus semangat dan menyemarakkan baraan dakwah di jiwanya.

‘Kak, kenapa diam?’

‘Takdelah, dah lama dah tak dengar orang cakap pasal dakwah. Cakaplah lagi, kita nak dengar.

Aku meneruskan juga cerita-cerita, namun deras juga otak dan hatiku berfikir.

Adakah ini kehidupan itu?

Berputar bagaikan putaran roda.

Aku pasti satu hari akan berada ditempatnya juga.

Bekerja siang dan malam. berjumpa anak sendiri pada hujung minggu sahaja. Di mana mahu diselitkan usrah? Mana nak datang daurah? Mana sentuhan-sentuhan dakwah lain?

‘Kita pun tak tau bila ada daurah kadang-kadang.’

Sedih. Memang sedih.

Walau sehebat manapun marhalah ta’sis ( pembinaan batu asas) namun, ujian kehidupan akan mendahului, di situ Allah akan uji…

Adakah kita masih tsabat.

Adakah hati kita masih tetap.

Adakah kita masih komited.

Pelik terkadang. Situasi berbeza, tapi yang diujinya sama…..

β€œ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-ankabut:2-3)

Mereka bertiga benar-benar menyentak hatiku, meresapi jiwaku, akan pentingnya seberkas ukhuwah itu. Pentingnya pembinaan batu asas sebelum menghadapi kehidupan yang sebenar.

Ketiga-tiga mereka melalui proses pembinaan yang bukannya lekeh. Mereka menjadi tokoh-tokoh di tempat mereka sendiri satu masa dahulu.

Dan mereka berbaitul Muslim. Dan bekerja.

Di situlah ujian sebenar bermula. Berkeluarga dan berkerjaya.

Realitinya ramai akhawat yang akan bersuamikan yang bukan ikhwah. Lalu dimanakah patutnya letak pautan dan pergantungan mereka selain dari Allah? Di manakah sandaran mereka dan siapakah yang dapat menarik mereka semua di atas jalan penuh berduri ini.

Di saat syurga dirasakan dekat, hambatan ujian dunia terasa amat mengganas sekali, akhirnya kelihatan jauh syurga yang mahu diraih.

Siapa yang mahu menarik diri mereka. ( Kita juga sebenarnya bila kita berhadapan dengan keadaan itu!)

Bukankah ukhuwah itu maha penting?

Perjumpaan, mata bertemu mata, walaupun hanya seminit, perkataan, walaupun beberapa patah kata malah pertemuan setahun sekali cuma, cukup cukup memberikan bekalan dan lonjakan…

Itulah yang aku rasai, tatkala aku bertemu dengan akhawat setelah sekian lama bertarung dengan nafsu dan kharijial jahiliyah ( jahilyah luaran) yang sering melemahkan iman dan menyesakkan nafasku. Rasa bebas bila bertemu akhawat, terasa ringan dan lapang jiwa.

Walaupun kita tak merasakan hebatnya kuasa ukhuwah itu, tapi pada satu ketika, kita pasti diuji, dan tika itu, ukhuwah dirasakan perkara paling pertama yang dicari…….

Buat mereka aku titipkan seberkas ukhuwah buat bekalan sementara mereka dapat bertemu akhawat lainnya. Aku sadurkan juga kasihku dengan sepotong nasihat…

‘ Jangan lupa ya jumpa akhawat lain, ataupun minta mereka ziarah anti….’

Ya Allah, peliharalah mereka dan aku dalam mengharungi kafilah dakwah dan bahtera perjalanan ini. Dirasakan sungguh sukar bila berhadapan dengan kenyataan hidup yang mencabar. Kurniakan aku manusia-manusia yang dapat menarikku disaat aku tergelincir, kurniakan aku tangan-tangan yang dapat menyelamatkan aku tatkala aku tenggelam, dan berikan aku manusia yang dapat menerangi semula hatiku disaat gelapnya imanku ini…

Ya Allah, jangan putuskan taliMu ini padaku, dan tautkanlah ikatan hati-hatiku dengan saudara2ku dengan ikatan cinta yang amat kuat… Amin Ya RAb….

Nukilan subuh,
kak/deq syah
14 Ramadhan
Dundee

Advertisements

One thought on “seberkas ukhuwah ~ utk akhawat

    iman_muslihah said:
    September 15, 2008 at 1:07 am

    Masyaalah..

    Cuaknya dengar cerita ni..nak istiqamah ni bukan mudah kan? isk..

    masih baru merangkak,
    wani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s