Cinta

Posted on Updated on

Suasana jalan raya di Brunei- cukup dengan zikir..

Aku tak pernah bercinta dengan lelaki. Maka, aku tak pernah merasai apakah perasaannya menyintai seseorang berlainan jantina. Apatah lagi merasai akan sukarnya akan kehilangan teman lelaki.

Namun Allah memberikan aku peluang untuk merasai nikmatnya cinta itu.

Itulah dia cinta kepada Allah, dan cinta kerana Allah.

Walaupun cinta pada ALlah tu kadang2 naik, kadang2 turun. Kadang2 rasa cam, wahhhh, bestnya…. lapang dada bila mengadu, bila rasa insaf pada Allah. Kadang2 bila iman tu turun, memang rasa sepi je hati ini.

Sesungguhnya Allah berfirman: HambaKu akan sentiasa bertaqarrub kepadaku dengan amalan2 sunat sehinggalah aku menyintainya…

Sungguh baik Allah itu, menganugerahkan aku nikmat terindah dan tertinggi ini!

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah tentang Hari Kiamat. Baginda terus bertanya; ‘ Apakah persiapan kau untuk menghadapinya?’. Jawab sahabat itu;’ Wahai Rasulullah, aku tidak bersiap menghadapinya dengan memperbanyakkan solat dan puasa, tetapi hanya dengan cintaku pada Allah dan RasulNya’. Lalu Rasulullah menjawab:‘ Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya, dan engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai...’

Allah tak pernah lokek untuk mengurniakan aku cinta. Walaupun cinta aku padaNya sering pasang surut :(.

Cinta yang kuperolehi itu bukan sahaja dari keluarga sedarah sedaging, tapi paling penting, saudara seaqidah, ikatan perasaannya bagaikan simpulan tali bersimpul ketat. Ampuh dan kukuh

Orang yang pernah merasainya akan merasai kemanisannya. Orang yang belum, perlu mencari manusia yang dapat dicintainya kerana ALlah. Dengan itu kemanisan ukhuwah itu akan dapat dirasainya sendiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.’

Kadang2 aku merasa kagum apabila menemui manusia yang mempunyai bejana hati yang sangat luas dan dalam. Dengan bejana hatinya itulah disalurkan air mata cinta dan kasih sayang buat manusia untuk menghirupnya dan merasai nikmatnya iman dan ukhuwah itu.

Aku teringat murabbiku pernah berkata padaku:

Aisyah, daie itu perlu mempunyai hati yang besar, untuk menampung banyaknya hati-hati manusia lain.

Semenjak itu aku berusaha sedaya upayaku untuk menguatkan cintaku pada Allah. Hanya bekalan cinta dari Allah akan dapat aku cintai manusia lainnya.

Dan Alhamdulillah, Allah mengurniakan aku perasaan cinta yang sangat bahagia, yang sangat sukar dimengertikan.

Aisyah, saya tak tau camne nak cakap, tapi saya sangat sayang kat awak…

Saya juga sayang kat awak, ukhtiku. Namun mulutku bungkam tatkala tiba-tiba dia memelukku. Mungkin agak drastik. Mungkin kerana aku masih baru mengenalinya. Namun cinta itu dapat kurasainya dalam hati. Ya Allah, kuasa apa yang yang telah masukkan dalam hati kami ini?

Dan (Dialah) yang menyatukan hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal:63)

Pernah tak kita rasai, bila kita bertemu, berkenalan dan berjumpa dengan seorang al-akh/ukth hanya kerana Allah, perasaan itu tersangat beza sekali. Bukanlah dunia menemukan kita, bukanlah minat kanak-kanak, mahupun persamaan fizikal. Tapi hanya kerana kita sama-sama bermujahadah untuk mendapat redhaNya. Hanya kerana kita sama-sama mahu memahami DeenNya dan berusaha beramal dengan Al-QuranNya? Lainkan feelingnya?

Padaku, ketika aku bertemu akhawat yang belum pernah kukenali, dengan tiket Islam dan dakwah, mereka menerimaku seperti saudara mereka sendiri. Mereka melayanku bagaikan puteri raja. Mereka membantuku tanpa mengira kesusahan mereka sendiri

Dan di saat itu, di saat mataku menghunjam jatuh ke anak mata mereka, dapat sendiri kurasai perasaan indah nan permai yang menyelinap di dalam relung hatiku. Perasaan yang menjalari seluruh urat nadi dan akhirnya memekarkan bungaan bahagia di hati. Apakah ini, Ya Rab?

Apakah ini cinta ? Tapi mengapa?Cinta itu tidak diminta, malah terbang menyusuri aliran pernafasan. Saat ruh bertemu ruh, lutut bertemu lutut, kepala bertemu sejadah, rasa bahagia di jiwa itu bagaikan melayang-layang di angkasa.

Di saat itu asma Allah bergema di hati. Ku cintaimu ukhtiku, hanya kerana kau mengingatkan aku padaNya~

Aku menyintaimu hanya kerana Allah, hanya kerana di atas jalanNya kita bertemu, hanya kerana di dunia inilah ujian terbesar kita sebelum kita sama-sama dapat berehat-rehat di syurga nanti. Kerana itu aku menyintaimu…

Dan perasaan bersit itu terasa memenuhi jiwa, dan kekagumanku pada Rab makin melimpah ruah. Ya Allah, indahnya perasaan ini! Jangan lepaskannya dari hatiku….

Dan ketika itu, di saat berita kedengaran, al-ukht aku ditimpa musibah, ditimpa kemalangan, jarak yang jauh dirasakan dekat, kepenatan badan terasa hilang dan kepayahan-payahan lain terasa ringan. Jiwa dan perasaan resah akan kembali menjadi tenang, hanya disaat apabila mataku melihat sendiri, bahawa ukhtiku tiada apa-apa sebenarnya.

Dari situ aku mengerti Ya Rabb. inilah anugerah terindah selepas iman. Inilah penguat hati selepas taqwa. inilah kekuatan selepas kecintaan padaMu. Inilah dia kecintaan keranaMu. Ukhuwah di atas jalanMu…

Semakin ramai manusia yg aku bertemu di jalanMu, semakin aku kagum akan kekuasaanMu, dan semakin aku kagum akan kemurahanMu, yang mengurniakan hidayah, pada ramainya manusia di dunia ini.

Jadikanlah aku manusia itu Ya Rab. Manusia hidayah dan cinta itu…….

Advertisements

3 thoughts on “Cinta

    KaTun said:
    September 1, 2008 at 2:28 am

    Salaam ukhtiku,

    Weekend skype marathons is a must, okieh? 😉

    UhibbukiFillah my CC!

    shi syahirah said:
    September 2, 2008 at 3:31 pm

    jzkk kak, shi akan ingat pesan akak. shi akan istiqamah kak. takde mnda lain yg shi nak kecuali keredhaanNya.

    fairuz said:
    September 6, 2008 at 1:26 am

    insyaAllah..ikatan kerana Aqidah itu lebih kukuh dr ikatan kerana keturunan.
    moga sama2 kita memelihara cinta kita padaNya walaupon iman tidak sprt Rasul2 yang sentiasa naik.
    terima kasih atas peringatan;)
    p/s: stalker terbaru blog akk
    http://www.fairuzsallehuddin.blogspot.com
    (sy fikir panggilan akk itu sesuai keran sy baru 20thn)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s