Pengalaman baru dan berharga

salam

maaf saya tak sempat nak upload mana2 gambar dan sekrang ni berada di library Institut Teknologi Brunei (ITB) yang sangat slow internet connectionnya. Sukar juga untuk saya beronline untuk mendapatkan maklumat2 dan banyak emel2 yang saya tak sempat nak balas dan baca. Maafkan saya sahabat2 semua.

 

Di Malaysia terlalu banyak program yang telah pun dilaksanakan dan syukurlah semua program itu berjaya. Allahu Akbar. Di Brunei ini, keadaanya masih slow and steady. Kaget juga pada mulanya bila tiba di sini dan akhirnya saya bertanya kepada Makcik Hajah N

Makcik, malam2 takde program ke?

 

 

Ternyata makcik hajah N tertunduk dan malu menjawab

Kami di sini bukan seperti di Malaysia. Kami biasa program memang waktu weekend sahaja.

Aku kira mungkin budaya kerja dan keperluan dakwah di Brunei ini memang begini. Tapi setelah beberapa hari di sini dan berkenalan dengan ramai sisters dan juga peluang2 dakwah yang harus digunakan, ternyata terlalu banyak masa tidak digunakan dengan sebaiknya.

Budaya umat Islam di Brunei ini terynta berbeza. Maka sentuhannya pun sama juga. Saya masih lagi dalam proses mengenali masalah2 mereka dan cube mencari formula penyelesaiannya satu persatu. Insyaallah moga Allah memberikan saya keberkatan masa untuk menolong saudara2 saya di sini walaupun tidaklah ada apa sangat yang dapat diberikan.

Sementalahan di sini saya mengalami cirit birit yang sangat kronik. Selama 3 hari saya terlantar di rumah dan tidak mampu pergi ke mana2. terasa juga sia2 masa saya. tapi alhamdulillah, Allah mengurniakan kekuatan ukhuwwah dan menghantarkan saya bunga2 mawaddah dari teman2 seperjuangan saya yang baru saya kenali. Dari mereka kuperolehi semangat dan kekuatan.

 

wallahualam

 

wassalam

2 thoughts on “Pengalaman baru dan berharga

Leave a reply to blueray Cancel reply