Menghadapi kegagalan

Posted on Updated on

salam, dalam kehidupan saya selama 25 tahun di dunia, antara ujian yang paling besar buat saya adalah bukan kekurangan duit ataupun kematian kedua-dua orang nenek saya, tapi adalah ujian kegagalan. Malahan menghadapi karenah ibu saya yang korporat, tidak pernah segetir dan seberat ujian menghadapi kegagalan dalam peperiksaan. Ya, kali ini saya tak menceritakan tentang kegagalan dalam percintaan mahupun bisnes, tapi kegagalam dalam pelajaran saya. Ibu saya memang selalu mengomen tentang pakaian dan penampilan saya setiap kali saya pulang ke Malaysia

Apsal pakai macam ni? Tak modenlah! Syah pakai baju macam bukan student dari UK. Baik belajar kat Malaysia je kalau pakai macam tu. Pakailah baju yang class sket. Tutup aurat memang perlu, tapi kenalah ada gaya sket.

Memang pilu hati saya bila ibu saya menilai saya dari sudut pakaian dan penampilan saya. Saya sudah 25 tahun! Saya berhak memilih pemakaian yang bagaimana saya mahukan. Saya nak pakai jubah ke, baju kurung ke, itu hal sayalah kan? Tapi saya tak membantah kata-kata ibu saya. Cuma saya katakan yang saya cuma meminjam baju adik saya, sebab itu agak kurang bergaya kot! (hehehe, kesian adik saya jadi mangsa) Apapun, kecil hati saya itu tidak berpanjangan. Bila dah diluahkan pada adik beradik saya, semua menghadapi masalah yang sama dengan ibu kami. Dia merupakan Pengurus besar. Saya kira penampilan orang korporat memang begitu. Pekerja-pekerja mereka pun memang ada style dan gaya tersendiri. Sebab itu saya faham mengapa dia nak anak dia bergaya juga. 3 hari saya mengambil masa untuk menghadapi keputusan peperiksaan saya. Pengalaman-pengalaman lalu menjadikan saya terlalu fobia untuk terima kenyataan. Tahun lepas 2 minggu saya tak membuka teks kawan saya kerana takutkan saya akan gagal. Alhamdulillah saya lulus untuk tahun itu. Bila saya fikirkan balik mengapa saya takutkan kegagalan, bukanlah sebab saya takutkan akan pandangan manusia pada saya, (walaupun memang kadang2 tak dapat lari dari rasa rendah diri dan kecik diri ini depan orang2 lain), tapi saya lebih takut untuk kecewakan kedua orang ibu bapa saya. Melihat mereka gembira dengan adik saya Aqilah yang telah pun bekerja dan dapat berdikari sendiri, saya tahu mereka nakkan semua anak2 mereka berjaya. Sebab itu setiap kali saya kene resit, saya rasa kecewa menceritakan mereka result saya. Saya memang berazam pada tahun ini untuk lulus kedua-dua paper written dan osce. 8 minggu sebelum exam saya telah pun mengurungkan diri dalam bilik. Cuma rakan2 dari luar datang untuk berziarah. Lain-lainnya saya korbankan untuk memberi tumpuan pada exam saya. Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Dan saya bersyukur saya cuma perlu resit osce saya sahaja ( walaupun rasa sedih itu tidak dapat ditepiskan). Apabila kita selalu mendapat keputusan terbaik semenjak sekolah rendah , menengah dan persediaan, memang sangat susah kita hadapi kegagalan sewaktu kita di universiti. Apatah lagi bidang perubatan ini memerlukan bukan sahaja otak yang pandai, kerajinan dan juga ketelitian dalam mempelajarinya. Saya sendiri masih belajar skil untuk menjadi seorang pelajar perubatan berjaya. Memang untuk mereka yang pernah gagal dalam peperiksaan, dirasakan dunia ini bagaikan gelap. Kehampaan menghimpit dada bagaikan batu besar yang sukar digerakkan. Ke mana -mana kita pergi, tak tenang hati kita selagi kita tak berjaya dalam pelajaran kita. Sebab itu kegagalan ini adalah ujian. Takdir Allah pada kita, melihat kita bersyukur ataupun bersabar.

‘Ajaib bagi orang mukmin kerana bila senang dia syukur lalu diberi pahala. Bila susah, dia bersabar lalu diberi pahala. Dalam kedua-dua keadaan dia mendapat pahala( Hadis)

Dalam dunia perubatan ini, telah ramai rakan2 saya yang saya kira sangat bagus, sangat rajin dan sangat pandai, tetapi masih juga gagal dalam peperiksaan mereka. Dan bukanlah mereka tak bagus, tapi Allah dah menetapkannya demikian rupa. Memang kadang-kadang saya rendah diri, kenapalah tak lepas2 juga aku ni? Nak kata tak pandai, camne boleh datang UK kan? Tapi ini memang takdir ALlah, untuk Allah uji, siapa yang boleh terima hakikat kegagalan itu. Malah begitu ramai manusia kat dunia ini, mereka gagal menerima kegagalan itu sendiri, lantas membunuh diri atau langsung putus asa. Sebab itu dalam dunia ini, terdapat 4 lilin. satu lilin bernama damai, satu lilin bernama cinta, satu lilin bernama iman, satunya lagi bernama harapan. Kesemua lilin itu bakal terpadam, kecualilah lilin harapan. Lilin harapan inilah yang akan dapat menyalakan kesemua lilinnya yang lain. Dengan harapan, semua perkara menjadi boleh. Dengan harapan, manusia dapat mengembalikan cinta, kedamaian dan iman! Sebab itu memang kene rasa redha dengan ketentuan Allah. Dan nak merasa redha inilah yang menjadi ujian bagi manusia itu sendiri. Saya bersyukur, dalam keadaan saya begini, saya tidak pernah kehilangan sahabat-sahabat dan keluarga saya. Walaupun memang saya rasa down, rasa cam teruk, tapi rakan2 saya sentiasa menasihati saya dengan nasihat yang sangat berharga.

Doctors who resat their papers are usually the best one!

Insyaallah!. Bukan mudah menghadapi kegagalan.Namun, lagi susah bila terlalu over-confident dengan diri, sampai susah nak terima kelemahan atau kegagalan yang dihadapi. Seperti yang adik saya katakan pada saya, lebih baik gagal sewaktu belajar, dari gagal sewaktu bekerja! Moga Allah terus memberikan saya kekuatan, bukan sahaja untuk terus menambah ilmu dalam speciality saya ini, tetapi untuk terus menerus bergantung harap padaNya dalam setiap perkara. Malah saya kini benar-benar belajar bahawa, usaha saya itu tidak membawa kepada result saya. Saya sendiri berhenti dari program dan banyak aktiviti dakwah sepanjang tempoh revision saya. Sepatutnya saya yakin pada Allah, dan lebih yakin akan ketentuanNya. Walaupun saya rasakan saya telah pun berusaha,dan agak bersedia untuk exam, namun qadar Allah mengatasi segala-galanya. Apa yang kita buat memang tidak ada kesan kepada ketentuanNya. Bukan usaha, doa, dan kepandaian kita yang memberikan kejayaan, tetapi hakNya juga yang memberikan anugerah itu. Tidak berhak ada sekelumit di hati ini merasakan ada keraguan pada ketentuan dan pertolongan Allah. Selain dari usaha, pengharapan dan tawakal pada Allah itu jugalah yang menjadi formula sesebuah kejayaan. PS: Buat yang pernah merasai keperitan dalam kegagalan, Allah only chose us, because He loves us, and wants the best from us. Mungkin benda yang baik untuk orang lain, tak baik untuk kita, begitulah sebaliknya. Walaupun manusia melihat kejayaan duniawi dan ijazah, tapi yakinlah, kejayaan sebenar terletak pada kesabaran dan ketabahan ketika berhadapan dengan ujian. Wallahualam.

Advertisements

17 thoughts on “Menghadapi kegagalan

    blueray said:
    July 28, 2008 at 10:53 am

    nice one! good to know that you’ve finally made a comeback. by the way, in general, majoriti geng sains biasanya berpakaian selamba habis. dalam byk2 jenis geng sains, geng nombor kot selalu dikatakan nerd atau layak ke TR. so, saya nak beli lilin lah.

    aqilah comel said:
    July 28, 2008 at 12:19 pm

    Janganlah sedih wahai kakak ku , ujian di dunia ini hanya lah sedikit dan nak dibandingkan ujian dunia yg diterima oleh Rasulullah dan para sahabat .
    Insyaallah perlu belajar study smart lepas ini dan bukan nya study hard .

    Insyallah adik mu ini sentiasa mendoakan supaya aishah lulus reseat exam october nnt .

    Chayok …dr aishah

    syahumaira said:
    July 28, 2008 at 2:56 pm

    hope syah tak putus asa….kejayaan tu bermula dari kegagalan…

    Haizi said:
    July 29, 2008 at 7:49 pm

    Salam kak Aisyah,

    Semoga Allah berikan kekuatan kt akak.InsyaAllah. Daripada kegagalan, kite dpt kekuatan.

    fiza said:
    July 30, 2008 at 12:52 am

    Kegagalan akan mengajar kita menjadi lebih matang..

    azitamusa said:
    July 30, 2008 at 1:41 am

    Salam Aisyah,

    Semalam jie ada pergi kursus ESQ. Ada menceritakan teori Maslow. Dimana manusia mencari IQ iaitu
    1. Phisiological – mencari makan pakai
    2. Safety- keselesaan seperti bergaji besar, rumah besar, dan juga education bagus
    3. Belonging- berpasangan
    4. Esteem- pangkat besar dan dihormati
    5. Self- actualization- pencapaian tertinggi

    Bila dah sampai ke tahap 5 itu selalunya manusia tak tahu nak buat apa so di barat banyak yg bunuh diri sebab dah capai semuanya.

    Sebanarnya yg kita cari ialah EQ dan SQ. Semua itu ada dalam islam dan bila mengenali Allah lebih dekat.

    Kegagalan hanya di IQ sahaja. Jangan bersedih. Carilah EQ dan SQ……

    RA said:
    July 30, 2008 at 11:20 am

    sya,
    hehe…nice entry.Maybe sebab perfectionist and things always go smooth buat kita tak pernah jatuh dan sekali jatuh,sakit sekali.I experienced that one skarang nih.Result hampeh sangat sakit skali especially bile orang2 sekeliling sangat competitive~But of course,skali jatuh,buat kita berlari lebih jauh lagi and a better person too…kan?

    ~all the best~
    ps:pasai dressing tuh,besela…corporate world~waktu keje MPB dulu pun penah kene tegur pasai my dressing~ngenge

    muharikah responded:
    July 30, 2008 at 1:55 pm

    jazakillah semua, all my fren. terharunya pada support antum! May Allah bless u all insyaallah!

    ex-flatmate said:
    August 3, 2008 at 12:58 pm

    salam..terima lah semuanya sbgai ujian dunia…setiap org ujian nya lain2, so jangan dianggap org yang mudah urusan pelajarannya bahagia hidupnya. insyallah ada hikmah Allah jadikan setiap perkara itu..wallaualam

    shi said:
    August 3, 2008 at 4:35 pm

    akak, shi baru ada masa visit blog akak.
    no worries dear, perjuangan memang pahit kerana syurgaNya itu manis. kita semua ada utk support each other! u will become the superb doc. biiznillah~

    *bile kite nak kuar ni? hihiii..

    ahmad said:
    August 3, 2008 at 6:05 pm

    salam.. rilek.. Allah maha adil.. yakin kat situ.. tgk org lebih malang dr kite.. cam sedey sgt ni.. hehe

    knikmun said:
    August 10, 2008 at 1:59 pm

    salam sis,

    terus nyalakan lilin harapan. sebagaimana nabi yaakub tak pernah berputus harap utk bertemu kembali dgn anaknya yg dikasihi, nabi yusuf. (which in the end he did…)

    n insya allah if it doesn’t break u, it only makes u stronger…

    tc care sis. if u need any help, just buzz..

    zuriyati said:
    August 12, 2008 at 8:52 pm

    salam kakak sayang,

    Great entry! I am sorry to hear that..I know u r a strong girl!

    like kak muni, I will always be with you if u need me! buzz me for anything tau!!

    Sayang selalu,
    Zu (09-7883481, 013-9407158)

    zuriyati said:
    August 12, 2008 at 8:53 pm

    013-9407158

    aisyahz responded:
    August 13, 2008 at 4:19 am

    salam ahmad,shi,k nikmun, if dan zu.

    jazakumullah di atas sokongan dan doa antum semua..

    uhibukum fillah

    iman_muslihah said:
    August 27, 2008 at 9:44 am

    SALAM..

    kAK aISYAH..

    I asked strength from God
    But He gave me difficulties to make me

    I asked for wisdom
    But He gave me problems to solve

    I asked prosperity
    But He gave me Brain and Brawn to work

    I asked for courage
    But He gave me obstacles to overcome

    I asked for love
    But He gave me troubled people to help

    I received nothing I wanted
    But I received everything I needed

    Love,
    Wani Sheffield

    inem said:
    November 6, 2009 at 2:34 am

    thx artikelnya.. aqw jd semangat menghadapi kegagalan sidang 3 hari lalu.. lebih p0sitive thinking.. makasih ya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s