Bila saya tiba di Malaysia

Posted on

Graduan dari University of Birmingham. Tahniah adik!

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus selama 7 minggu dalam medan persediaan untuk peperiksaan, saya dapat menarik nafas lega, dan merasakan beban di pundak saya telah pun ringan.

Usia yang makin meningkat dengan tanggungjawab yang bertambah, sedikit sebanyak menyedarkan saya, betapa banyaknya masa saya telah pun terbuang dalam melayan nafsu saya dan sedikitnya masa yang ada untuk berbuat banyak perkara.

Saya sendiri tak berapa look forward untuk berada di Malaysia kali ini. Maybe sebab dah terlalu lama berada di UK. Kawan2 saya terlalu ramai telah berkerja dan ada yang berada di luar negara. Saya sendiri perlu berelektif selama 6 minggu sebelum dapat bercuti 2 minggu. Dan mungkin saya rasa agak kosong semenjak tiba di KLIA semalam kerana ketiadaan bonda saya yang pergi bercuti di Amsterdam. Betul kata mak fisya yang naik flight sekali dengan saya.

‘ Kalau mak takde tu rasa hilang seri di rumah’

I was not close with my mom before, never now either. But I think, being a daughter, we have a very strong bonding with our mom, regardless if kita rapat dengan dia atau tak. Saya cam tak excited nak tunjukkan coklat-coklat yang saya beli, tak excited nak duduk di rumah. Maybe saya sendiri rindukan mak saya. Sob sob.

Saya akhirnya decide untuk pergi jumpa akhwat yang sedang pergi berprogram untuk mendengar kuliah Hadis. Sudah lama sangat saya tak berdaurah dan berusrah. Saya dapat rasakan hati saya berkarat, dan kurang peka dengan zikrullah. Kadang2 hati kita dapat rasa samada kita dekat dengan Allah atau tak. Bila afifah buat spot check hadis dengan saya, terus terabur hafalan-hafalan saya. teruk betul.

Target saya cuti ini adalah:

a) dapatkan simcard murah- ada ke prepaid sini kene register? apa kes?

b) contact adik2 rusia

c) baiki hafalan hadis – to be realistic 10 hadis dalam hadis 40

d) recap hafalan Quran- Juzuk Amma dan juzu 29

e) baca buku2 sirah pejuang2 islam. – Sekarang tengah baca buku ” mereka yang telah pergi’. Insyaallah nak beli buku ‘ Bersama kafilah ikhwan’. entah mengapa, saya rasa sangat hidup bila baca buku-buku pejuang Islam

f) Kutip mutiara-mutiara ilmu yang ada pada asatizah yang ada di Malaysia ini dan juga pembacaan buku-buku dakwah-maybe target 3 buku sebelum balik UK.

f) Recap benda2 penting dalam medic sewaktu Elektif

g)Contact kawan-kawan lama. Al-Amin , Taylors, KMNS. dan lain2. Ziarah kawan2 yang dah kawin dan dapat anak juga.

h) Beli lens baru untuk kamera.- Target: Wide angle lens dan macro

i) Tulis cerpen? – dah lama tak gi program , so ilham tu takde. Maybe kene banyak dengar pengisian yang mengerakkan hati dan membangkitkan jiwa lagi.

k) jadi medic yang berdedikasi

l) beli whiteboard- supaya saya dapat tulis list ini kat whiteboard dan baca hari-hari.huhuhuhuhuh…

m)owh, lupa lak. Pergi gym dan main squash!

Rasanya itu sahaja. KL tak pernah berubah. Yang berubahnya jumlah manusia yang mula menghargai kenderaan awam dan menggunakan kemudahan itu sebaiknya. Ternyata harga minyak yang tinggi memberikan impak yang besar buat mereka. Bayangkan, nak naik komuter tadi perlu beratur dengan panjang. Sampai umi hani terlepas 2 tren sebab tak muat nak masuk komuter yang penuh. Sebelum ini, semua orang mengutuk komuter kerana kelambatannya, sekarang ini macam dah kurang pilihan untuk mengomen.

Selain daripada keenakan roti canai dan sotong goreng di kedai mamak, satu perkara yang paling menyentuh hati saya adalah apabila saya ternampak sebuah khemah/pondok kecil di bawah sebuat jambatan di KL ini. Rumah itu tersangat kecil saiznya, maybe muat dalam 3 orang untuk tidur sahaja. Tidak ada ruang tamu dan tempat berlepak. Saya ternampak banyak baju bersidai di pagar dan saya berkira-kira maybe ada sebuah keluarga tinggal di situ untuk mencari sesuap nasi di bandaraya yang mahal ini.

Ruang graduasi di University of Birmingham

Dalam keadaan family yang mampu, saya agak terkilan kerana tersangat ramai manusia yang sangat miskin dan susah dalam mencari rezeki. Tidur di bawah jambatan, sebelah longkang. Apa akan berlaku pada waktu malam yang sejuk, dan hujan yang lebat? Apa yang mampu saya bantu? Duit Rm50 tak mampu mengubah nasib mereka. Moga Allah memudahkan mereka. Mungkin dalam kesusahan mereka, mereka lebih bahagia dari sebahagian besar warga malaysia yang kaya raya ini.

Satu kepelikan lain adalah ayah saya mula berbicara tentang politik! Ayah saya yang kuat bekerja dan cuma minat pada fotografi dan alat audio-visual sistem, sudah peka pada politik! Nyata senario di malaysia masih bahang dan panas. Kita terus menerus berdoa agar Malaysia terus dikurniakan rahmat dan barakah dari Allah swt.

PS: Flat tv, dvd blue ray, dan audio system tersemat indah di ruang tamu. Menggodanya!!huhuhuhuhuh… Ok.ok.. fokus, fokus pada yang aula! huhuhuh….

PSS: Dvd blue ray ada teknologi yang lebih hebat daripada dvd biasa. Gambarnya tajam dan bunyinya sangat halus. FIlem yang kurang menarik jadi sangat cantik dan cun bila ditayangkan dalam kualiti blue ray. Wayang pun maybe tak mampu lawan. Aduh…. duniaku!

Seorang mujahid Tunisia, Muhyiddin Al-Qulaibi merupakan seorang mujahid dakwah yang hebat. Dia pernah ditangkap oleh penjajah Perancis dan diletakkan di padang pasir.Pernah satu ketika waktu dia dijemput untuk berjumpa perdana menteri Tunisia, ada orang orang suruh di pakai baju baru. Yelah nak jumpa perdana menteri kan. Tahu apa dia cakap?

Kita tidak menemui manusia dengan pakaian, tetapi dengan jiwa kita! Lelaki itu diukur dari pengalamannya, bukan dengan penampilannya!

Apabila jiwa seseorang itu besar, maka fizikalnya boleh penat mengikutinya!

Perdana menteri Tunisia sendiri sangat kagum dengan kehebatanya dan mendengar setiap bait perkataannya.

Inilah buktinya manusia yang mementingkan kebesaran jiwa dan imannya berbanding dunianya…huhuhuh..Moga kita semua dapat menjadi tokoh-tokoh sehebat mujahidin-mujahidin itu!

Advertisements

5 thoughts on “Bila saya tiba di Malaysia

    Peter Pan said:
    July 16, 2008 at 10:12 pm

    Tk besh eh balik Mesia? Jay pun ckp buhring… baguih gak korunk ckp camni.. ckp2 camni lah buat sy tknak balik.. ngeh..ngeh..ngeh

    amal ismail said:
    July 17, 2008 at 11:33 pm

    Pe lah Kak PP,

    Hmmm.. itu la cabaran di Malaysia Cik Muharikah.
    Lain tempat lain cabarannya. Terkadang lebih menghargai bumi orang daripada bumi sendiri.
    Perangai orang Malaysia saling tak tumpah seperti peribahasa dah terhantuk baru nak tergadah.

    *Kegembiraan itu sentiasa hadir di hadapan kita, cuma penglihatan kita sahaja terbatas utk melihatnya. Lihat dengan mata hati, nescaya seribu kegembiraan itu akan hinggap di benak hati ini

    satu sen dua sen tiga sen

    Peter Pan said:
    July 20, 2008 at 7:14 pm

    Haaaaa …ikut mcm saya nih.. dlm sume perkara sy tgk dgn mata hati dan anak mata saya juge…… anak mata tu penting juge, takut terjatuh pule nanti ..ekeke

    zuriyati said:
    July 21, 2008 at 10:06 pm

    salam..

    Dah smpi mesia kakak saya sorang ni..Buat elektif leklok,jgn lagha2!! moga tegar di Malaysia.

    Doakan sy exam peads esok n khamis. juga doakan sy tak kena charge 40quids++ hehehe…

    sayang awak selalu..
    Zu Comey – ngeeee

    blueray said:
    July 25, 2008 at 3:38 pm

    selamat kembali pada saya sendiri setelah lama senyap. CONGRATS!! You’re as beautiful as a rainbow.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s