Mengajar aku perasaan manusia

Posted on Updated on

Apabila kita berjumpa dengan manusia yang mempunyai masalah tekanan jiwa, barulah kita mengetahui, terlalu ramai manusia di dunia ini, tidak mampu untuk menerima dan menghadapi masalah walaupun masalah itu kelihatan kecil sebenarnya.

Menelusuri persisiran kampung di Crieff, bukan sahaja mengundang kedamaian di hati saya saban waktu saya ke sana untuk menghadiri klinik bersama ‘consultant’ saya, namun terlalu banyak yang saya pelajari semasa di kliniknya.

Crieff merupakan sebuah kampung yang agak moden. Saya bayangkan Crieff ini seperti sebuah kampung kecil di negeri Pahang, seperti di Raub kampung saya. Bezanya kampung di UK dan di Malaysia adalah kampung di sini tidak serupa kampung. Rata-rata masih ramai yang berkereta mewah dan rata-rata mempunyai celik kesihatan yang tinggi. Ini jarang kita temui di Malaysia.

Pekannya kecil, tapi indah. Jaraknya 30 batu dari bandar Perth, dan pemandangan di sekitarnya sangat mengkagumkan. Jika tidak kerana jalan menuju ke tempat itu cuma ‘ single carriageway’ tentu saya akan berhenti untuk merakamkan pemandangan indah itu. Malah kemungkinan besar pada Khamis ini akan saya bawa ‘teman’ saya itu untuk merakamkan pemandangan indah milik Allah itu.

Berbalik kepada tajuk di atas, setelah minggu ketiga mengenali dunia psikiatri, barulah saya memahami bahawa saya tidak keseorangan sebenarnya di dunia ini. Pernah orang berkata pada saya ‘ Alaa… masalah kecil je tu… kenapa nak tension2?’

Aaahhh! Mudahnya dia merasakan sedemikian! Dia tidak rasa apa yang saya rasa! Senanglah dia berkata begitu!

Kemudian setelah saya duduk di klinik hampir 3 jam, barulah saya sedar, hakikatnya,terlalu ramai manusia yang mengalami tekanan perasaan yang selalu saya hadapi, sehinggakan mereka terpaksa memakan ubat untuk membantu kehidupan mereka menjadi normal kembali.

‘It is how you cope with the problem. Not the multitude of the problem itself that make u depressed’.

Begitu kata teman saya tatkala saya bercerita dengan dia masalah-masalah pesakit yang saya jumpa di klinik.

Kadang-kadang tidak adil bagi kita menilai satu masalah itu kecil, jika pada orang lain ianya adalah besar. Ya, masalah itu kecil bagi kita tapi sangat besar baginya. Setiap orang menghadapi sesuatu masalah itu pada kadar yang berbeza-beza sekali. Sebab itu kita cuba memberikan dia dokongan dan sokongan. Barangkali kita rasa, kita boleh saja menangani masalah itu kalau kita berada di tempatnya, tapi setiap orang itu tahap penerimaannya berbeza-beza!

Kerana itu kita perlu memahami setiap manusia itu secara individu. Seorang pesakit yang saya temui, dia seorang professor yang sangat berjaya dan kaya. Akhirnya dia diserang sakit angin ahmar sehinggakan sebahagian anggota tubuhnya tidak dapat berfungsi ( hemiplegia). Dia tidak boleh berjalan dengan normal, walaupun sebelumnya dia adalah seorang pelari marathon. Dia tidak boleh menggunakan tangan kanannya sedangkan sebelum ini dia menulis pelbagai tesis dengan tangan itu.

Malang bagi dirinya, setelah dia mendapat strok itu, isterinya pula meninggalkan dia, keseorangan di dalam rumah. Dia tidak mampu pergi ke bilik air seorang diri, tidak mampu untuk memakai seluarnya dengan sebelah tangannya. Apa yang dia ada cumalah motivasi yang kuat untuk hidup. Dan saya amat hairan , perkara yang paling membimbangkannya adalah:

‘I am scare to be on my own! I hate of the loneliness!’

Bukannya dia tidak boleh berjalan. Bukan sebab tangannya tidak boleh digunakan, tapi hakikat keseorangan itu yang ditakutinya.

Sukar rasanya untuk meletakkan diri saya di tempatnya. Tentu saya akan tertekan seperti itu. Malahan, dalam keadaan diri yang normal ini, acapkali saya berasa bersendirian. Saya tidak pernah merasai nikmatnya belajar bersama dalam kumpulan perempuan melayu semenjak saya datang ke sini. Banyak perkara pelajar di tempat lain boleh buat, saya tidak dapat. Tapi saya bersyukur kerana Allah masih mensisakan manusia-manusia yang telah menjadikan hidup saya bermakna di Dundee ini. Dengan manusia inilah orientasi saya sebagai manusia dipasakkan kembali pada Islam. Saya tidak dapat bayangkan hari-hari yang saya tidak dapat solat berjemaah, dan tidak dapat berbicara tentang isu Islam saban hari. Saya pernah mengalami keadaan itu satu ketika dahulu, dan saya berdoa agar Allah tidak meletakkan saya di tempat itu semula.

Pendek kata, Allah yang memberikan kita ujian tersebut. Setiap ujian itu ada sebab kenapa Allah berikan pada kita. Cuma kadang-kadang kita lupa, bahawa kesenangan itu pun satu ujian juga. Apabila Allah menurunkan kita musibah, inilah saatnya Allah memanggil kita untuk kembali menghadapNya!

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran. ( 2: 187)

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina” ( Ghafir: 60)

Advertisements

14 thoughts on “Mengajar aku perasaan manusia

    blue11 said:
    June 16, 2008 at 8:57 pm

    saya pernah diberi sebotol valium dan sebotol pil tidur. pernah beberapa kali cuba untuk mati. apabila tidur, saya harap saya tidak bangun kerana hati saya tidak lagi boleh menerima pedih. bukan putus asa, tapi, saya tidak dapat menerima kepedihan lagi. tapi, hari ini saya pilih hidup dan hidup dengan cara saya walaupun saya tahu cara itu salah.

    blue11 said:
    June 17, 2008 at 1:00 am

    kepada penulis, saya benar2 tertarik dgn blog penulis ini. Penulis cintakan Allah, di mana ianya amat berbeza dengan saya. Benci Allah merupakan tenggelam timbul pada saya. saya tak faham mengapa penulis boleh begitu mencintaiNya sehebat ini. namun, saya bangga dengan penulis. untuk menerima undangan majlis agama pun saya perlu fikir seribu kali. teruskan dengan blog ni.

    nida' ul-iman said:
    June 17, 2008 at 2:56 am

    Jazakillah kak…For everything….
    InsyaAllah, akan cuba buat yg terbaik dan cuba utk improve kan diri so dpt menulis cam akak.. ^_^

    Allah hanya akan kasi apa yang terbaik utk kita..Kakak saya mesti boleh lalui apa shj rintangan yg mendatang kerana Allah bersama org2 yg cintakan Dia..bi iznillah….

    muharikah responded:
    June 17, 2008 at 10:18 am

    salam, buat blue 11, Allah berikan kita hati, perasaan, diri, nyawa, kehidupan ini, tentu ada penyebabnya. Bila difikirkan kembali, kenapalah nak kene susah payah hidup? Kena bangun awal gi sekolah, pastu kene cari makan sendiri, pastu kene amik exam, pastu kene buat macam2 lagi? Kenapalah kehidupan ni tak senang lenang sahaja? Goyang kaki, rilek2. takde tekanan, rasa bebas? Kenapa kehidupan kita tak begitu?

    Kemudian, bila kita fikirkan kembali, sebab itulah Allah ciptakan kita, supaya kita akan dapat nikmati perkara-perkara itu. Tapi bukan di syurga dunia ini, tapi di syurga abadi di Akhirat nanti. Kenapa Allah ciptakan kita? Supaya kita dapat beribadah dan menjadi khalifahnya, sebagai balasan kita akan mendapat ganjaran pahala dan juga nikmat-nikmat kesenangan kelak di sana.

    Sebab itu pepataha melayu pun kata, bersusah-susah dahulu bersenang2 kemudian. Macam tu dengan ujian di dunia ini, tak apa susah-susah di dunia, insyaallah kat syurga nanti kita boleh rileks, bersenang lenang insyaallah…

    berkenaan dengan cinta, saya perna menyintai beberapa manusia, dan saya selalu patah hati dengan mereka. Banyak kali saya kecewa dengan mereka dan saya tahu manusia tidak dapat mencukupkan saya. Saya pernah merasai ‘nikmat’ sukaria, namun apabila saya menjumpa cinta ALlah, itulah cinta yang tiada tara nikmatnya. Sebab itu kita kene usaha cari cinta pada Allah ini. Allah sentiasa cintakan kita, cuma kita sahaja belum tentu sudah cukup cinta padanya.

    Boleh baca artikel saya tentang cinta ini, walaupun taklah best sangat di sini https://muharikah.wordpress.com/2007/02/06/prioriti-cinta/

    shi said:
    June 17, 2008 at 10:18 am

    slm muharikah..

    hehe..best2 ! yg mane? yg cinta bertasbih ke life is an open secret tu? if cinta bertasbih less than rm30 (sowi lupa). kalo yg life is an open secret tu hanya rm21.90.

    shi nak sgt kenal lebih lanjut bout u…tak tau sama ada sama baya ke tak. maaf la ye kalo tak panggil akak. nama penuh pun shi tak tau. do emel me if u got free time yah. kite leh tukar2 biodata. hehe. syahirah86_ismaz@yahoo.com

    wassalam

    badrul said:
    June 18, 2008 at 9:10 am

    salam perjuangan…

    apabila membaca blog ini, teringat diri ini yang kadang2 tidak mencuba untuk memahami perasaan orang yang dirundung masalah…

    hanya menasihati tapi tidak cuba untuk memahami masalah mereka…

    terima kasih atas perkongsian…

    illi said:
    June 19, 2008 at 8:03 pm

    salam sya,

    very interesting…hmmm…membaca hasil tulisan insan2 kreatif mcm anti ni sungguh mengesankan…teruskan menulis!bleh ana tumpang baca..

    owh ye, i’ve tagged u in my blog ye..thank you!^_^

    RA said:
    June 22, 2008 at 2:55 am

    hehe…yeap..that is so true…besar kecil masalah itu bergantung pada perspektif orang yang mengalaminya…
    life never fails to amaze me with its so many different perspectives…beruntunglah orang yang dapat membuka minda dan mempelajari sesuatu dari kehidupannya…^_^

    blue11 said:
    June 22, 2008 at 11:08 pm

    terima kasih atas perkongsian pendapat penulis. ada yang saya setuju, ada juga tidak. Namun, saya tetap menghormati pendapat/kehendak/cara hidup/prinsip sesiapa sahaja termasuklah penulis.

    Aisyah said:
    June 26, 2008 at 11:12 am

    Assalamualaikum kak Aisyah..
    benar, bukan senang untuk memahami dan meletakkan diri kita pada tempat seseorang..
    Sedangkan untuk memahami diri sendiri pun sukar, apatah lagi untuk memahami insan lain.^___^

    muharikah responded:
    June 28, 2008 at 2:37 pm

    terima kasih buat semua kerana sudi singgah ke blog ini πŸ™‚

    serifiqa said:
    June 19, 2009 at 1:03 pm

    saya nak tanya saya ada kawan dia macan kawal hidup saya dan kawan saya. apa perlu say buat pada kawan saya itu

    muharikah responded:
    June 21, 2009 at 1:12 am

    ermmm…..

    cari kawan lain?

    huuhh…
    maybe kene tegur dan terus terang kot…

    pastu kalau dia tak nak kawan dengan kita takpelah sebab ada lagi kawan2 lain kan?

    ke cane?

    huhuuh

    afiqah said:
    March 1, 2010 at 11:00 am

    Puas kurayu, puas kuseru,

    Jawapanmu tetap yang dulu,

    Oh, sukarnya mengajakmu!

    Namun kasihku padamu cukup padu,

    Lantaran itu,

    Aku kan terus menyerumu,

    Pada yang Satu.

    Kugenggam kukuh satu azimat,

    β€œ Kita hanya penyeru, bukan penghukum”

    Ya Allah, ku harap bantuan-Mu mengiringiku.

    Serudan terus menyeru,

    Itu tugas Rasul-Mu,

    Akan kuteruskan semampuku,

    Hingga ke hujung waktu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s