Ke mana kita pergi?

Posted on Updated on

Saya ingin membaca apabila terlalu lama menatap buku perubatan yang tidak akan pernah habis dibaca walaupun berpuluh tahun menelaahnya. Satu perkara tentang ilmu perubatan adalah , ilmunya bertambah pada setiap detik dan terlalu banyak perkara perlu diketahui, dari hujung rambut manusia hinggalah kehujung kakinya.

Kemudian saya cuba mencari buku-buku yang saya kira dapat membasahkan hati saya yang kontang.
Lantas saya mengambil buku karangan Yusuf Qardhawi yang telah saya miliki semenjak setahun lepas tetapi tidak pernah dapat menghabiskannya. Saya kira, mungkin dapat sedikit sebanyak membina fikrah dan membasahkan jiwa.

Buku yang bertajuk ‘Kebangkitan Islam : Di antara Perselisihan Yang Dibenarkan dan Perpecahan yang Dicela’ saya kira mungkin sesuai untuk dibaca sewaktu istirehat.

Malangnya, selang beberapa helai, otak saya sudah tidak boleh menerima input ilmiyah tulisan ulama’ tersohor itu. Apatah lagi isu yang dibincangkan adalah tentang masalah perbezaan pendapat dan pandangan antara muslim dan ini sepatutnya sudah pun difahami oleh ramai orang. Pada saya , tidak perlu ada sebuah buku pun yang perlu menyatakan kepentingan perkara itu kerana sepatutnya sebagai seorang yang beriman, dia akan bertoleransi dengan manusia lain dan menolak perpecahan.

Keesokan harinya saya sempat untuk berbual dengan guru saya setelah lama tidak berkongsi perkembangan di tanah air dan di UK ini.

Dan dari perbualan kami itu, barulah saya memahami, mengapa buku yang saya mengantuk membacanya semalam telah dibukukan dan menjadi bahan penting bagi duat yang ada dewasa ini.



Semenjak sebelum saya datang ke negara ini lagi, Murabbi saya pernah berpesan kepada saya,

Syah, kalau ada orang nak ajak Syah join mana-mana jemaah, fikirkan dulu baik-baik. Jemaah yang terbaik itu tidak mengatakan dia terbaik, malah dia akan tunjukkan perkara itu melalui perbuatan dan tindakannya

Ketika itu saya masih jambu dalam dunia harakah. Dunia dakwah dan tarbiyah saya hanyalah berkisar kepada usrah dan katibah di sekolah menengah. Saya tidak mengenali dunia luar dan saya tidak dapat menghargai kepentingannya bergabung dalam satu lingkungan jemaah yang besar. Yang saya faham, saya perlu buat kerja dakwah dan perlu berada di dalam sebuah sistem tarbiyah iaitu usrah. Usrah itulah merupakan sel kepada jemaah. Maka dengan itu saya akan terus bergabung dengan jemaah, tanpa perlu saya mengisyhtiharkan saya masuk Jemaah A or Jemaah B.

Setelah saya mengecapi nikmat udara di bumi UK ini, barulah sedikit sebanyak saya mendapat pencerahan dan mengenali dunia ini dengan sedekatnya. Dari situ jugalah, barulah saya mengerti mengapa Rasulullah pernah bersabda :

Saya memerintahkan supaya kamu melaksanakan lima perkara; jamaah, dengar, taat, hijrah dan jihad di jalan Allah. Barangsiapa yang keluar daripada jamaah ini walaupun sejengkal dia telah merungkai ikatan Islam daripada lehernya kecuali dia kembali semula. Barangsiapa yang menyeru dengan seruan jahiliyyah dia adalah penghuni neraka Jahannam walaupun dia puasa, sembahyang dan mengaku sebagai Islam.

Hattakan Umar pernah berkata:

Tiada Islam tanpa jamaah

Memang manusia itu perlu hidup dalam sebuah jemaah. Mereka perlukan sokongan dan dokongan orang lain. Apatah lagi bagi duat Islam, kita tahu bahawa Umar pernah berkata:

Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun

Dalam kita berusaha untuk menusukkan kalimah Allah ke dalam jiwa-jiwa manusia, kita sangat perlukan kebersamaan dan kumpulan. Dalam kita melayari hidup sebagai Muslim, tanpa jemaah, kita akan cepat kalah dengan hasutan nafsu dan syaitan. Kita takkan nak buat maksiat bila berada dalam lingkungan orang yang soleh. Tapi apabila kita dah duduk berseorangan di bilik, pelbagai jenis bentuk maksiat berani kita buat. Kita sedar kita perlukan jemaah, sebab kita merasai barakahnya hidup kita apabila berada dalam sebuah jemaah.

Namun begitu, akan timbul persoalan, jemaah yang mana satu? Sistem mana yang paling patut diikuti? Inilah datangnya perselisihan antara duat dan ramai lagi tokoh-tokoh yang kita kagumi.

Adakah jemaah paling betul?

Kadang-kadang saya kesal, mengapa perlunya ada persoalan ini. Siapakah yang layak mendabik dada mengatakan caranya paling betul? Caranya paling dekat dengan IM, caranya paling ikut sunnah, caranya paling sesuai dengan zaman moden? Mengapa perlu menekankan persoalan cara daripada prinsip apabila membicarakan persoalan jemaah?

Ramai yang sedih dan keliru apabila melihat dan mendengarkan, lahirnya pelbagai jemaah dan kefahaman di dalam golongan manusia yang mengikuti fikrah dan silibus tarbiyah yang sama. Kalau melihat kepada pengisian, semuanya nampak sama sahaja. Tetapi atas kerana berbeza cara dan mungkin pendapat, maka timbullah kumpulan-kumpulan tersendiri yang merasakan bahawa cara merekalah yang terbaik.

Pada sesiapapun, kita perlu meraikan kepelbagaian cara dan pendapat. Tetapi janganlah kerana perselisihan itu menyebabkan kita berpecah. Dan paling dangkalnya, menidakkan jemaah lain. Dalam keadaan di mana kekuatan sekular dan hedonisme bermatian-matian mencurahkan tenaga untuk menghentikan kebangkitan Islam, perpecahan dan kata-kata fitnah sesama duat Islamlah perkara paling terakhir yang kita mahu hadapi.

Kerana itu Islam mengharamkan ‘kultus’ atau penyucian kepada mana-mana peribadi. Islam juga mengharamkan taksub kepada pemimpin mahupun ustaz. Sepatutnya tidak ada yang akan membuat satu pilihan itu berdasarkan kata-kata ustaz, naqib ataupun pemimpin, tapi membuat keputusan atas dasar prinsip Islam yang menurut acuan Quran dan Sunnah.

Saya rasa lemas mendengar perselisihan ini berlaku. Bila dah banyak kumpulan Islam, kita akan cenderung mahu berebut mad’u yang sama. Berusaha membesarkan kumpulan kita dengan tidak sengajanya sehinggakan kita lupa sebenarnya kita mengajak manusia kepada Allah, bukan kepada jemaah! Kalau manusia tidak mahu mengikuti jalan kita, itu pilihan mereka, kerana kita sudahpun menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah Taala.

Kerana itu pentingnya memahami prinsip beramal jamaie ini. Kita mengikuti sesebuah jemaah itu, bukan taksub dengan cara jemaah itu, bukan taksub dengan silibus yang digunakan, bukan kerana terhutang budi, bukan kerana menurut kata-kata kawan dan bukan kerana taksub kepada ustaz-ustaz yang mengikuti sesebuah jemaah itu. Tetapi kita bergabung atas dasar menyakini bahawa manhaj yang dibawa mendekati manhaj Rasulullah, dan jemaah itu tidak membawa manusia kepada cara, atau ustaz, atau apa-apa sahaja yang lainnya. Malah jika dia mengetahui bahawa sesebuah jemaah itu mempunyai kesalahan dan kesilapan, dia tidak terus membuat keputusan membuat jemaah yang baru, malah menegur, dan berusaha memperbaiki jemaah itu. Kita membuat pilihan itu berdasarkan apa yang dijadikan amalan jemaah itu. Kita akan memilih jemaah yang mempamerkan akhlak Islam ‘first class’. Walaupun kita sedar bahawa, sikap individu dalam jemaah tidak boleh dijadikan gambaran kepada akhlak jemaah itu secara keseluruhannya, namun kita ambil prinsip akhlak yang dipegang oleh jemaah itu.

Saya merasakan diri ini tidak layak memperkatakan sesuatu perkara di luar bidang saya, tetapi apa yang saya harapkan adalah kesatuan kefahaman, fikrah dan hati. Inilah yang dapat menguatkan ukhuwah dan inilah yang dapat mengkentalkan dakwah. Sudah tidak ada masa untuk kita tarik-menarik orang, ataupun sibuk berbicara jemaah mana yang betul, mana yang salah. Masa untuk mentarbiyah diri sendiri dan orang lain pun sangat sukar dicari, apatah lagi isu-isu kecil yang lainnya. Kerana itu, kita perlu memahami, kita bergabung dengan jemaah, bukanlah atas dasar organisasi, dasar nama, dasar silibus, tetapi atas dasar prinsip, dan perlaksaanaan amal yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w.

Wallahualam

Advertisements

9 thoughts on “Ke mana kita pergi?

    ma said:
    June 15, 2008 at 8:40 pm

    Jadi?

    blue11 said:
    June 15, 2008 at 8:43 pm

    hey…suka menulis rupanya. Nice knowing you.

    bait2perjuangan said:
    June 19, 2008 at 6:47 am

    ana pernah gak fikir benda2 ni. jadi serabut plak. risau ana. xpela, kita buat je kerja kita. ramai lagi yang belum ditarbiyah. harap ramai lagi yang mempunyai fikrah mcm ni. jazakallahu khair.

    akhi badar said:
    July 28, 2008 at 10:54 pm

    Alhamdulillah ukht….penulisan yang baik…layarilah blog saya di http://www.badar.wordpress.com

    a'maquhum fikran said:
    August 26, 2008 at 2:36 am

    salam ukti….
    mencari yang lebih baik itu bagus..tapi dalam kehidupan kita sebagai hambaAllah,tiada yang sempurna..masing-masing ada lompang-lompang yang perlu diisi..maka carilaah yang paling dekat denga sunnahnya…
    wallahualam

    asha said:
    September 3, 2008 at 7:56 am

    kak aisyah

    saya selalu fikir pasal perkara ni jgk
    kdg rs serabut sgt
    yg ni kate yg tu x baik
    yg satu lg plak kate yg kami lg baik dr yg satu lg tu
    sy pun pening
    bile nk ajak org
    mcmane
    sy sndri x yakin dgn pndrian sndri
    emmm

    jd mcmane ek

    muharikah responded:
    September 3, 2008 at 8:11 am

    salam,

    dear asha,

    saya bertanya ramai juga asatizah dan senior2 dalam dakwah. Sebenarnya paling jelas bagi kite golongan bawahan ni penting kite fahami bahawa wala’ kite pada dakwah bukan pada jemaah.

    Kepelbagaian jemaah adalah merupakan ijtihad pemimpin dakwah yang merasakan keperluan untuk mengadakan jemaah mereka sendiri.

    Ijtihad adalah ijtihad. Kalau betul dapat pahala, tapi kalau salah tak dapat dosa.

    Oleh itu, sangat perlu kita sendiri benar-benar memahami tentang tarbiyah dan dakwah serta mampu membina lebih ramai manusia untuk menjadi pendokong-pendokong Islam.

    Walaupun ini isu penting terutamanya apabila kita merasa perlu berada dalam satu kelompok/jemaah, namun apabila kita sendiri faham bahawa Islam itu mengajak kepada kesatuan dan membencikan perpecahan. Malah jika sebuah jemaah itu mengajarkan kita berlapang dada dengan jemaah lain, serta memelihara hak-hak ukhuwah, di situ kita akan nampak, jemaah mana yang perlu kita ikuti…

    Paling penting, hubungan ruh jemaah itu perlu dirasai dengan hati. Bukan sekadar pergabungan jasad sahaja. Bergabung atas dasar cintakan Allah dan bersatu atas dasar dakwah..

    Allahualam. Maaf Asha kalau lagi menyerabutkan awak.

    huhuhh.. harap membantu… πŸ™‚

    milkyway27 said:
    September 8, 2008 at 4:46 am

    Asm.
    kita sbg org Islam perlu berjamaah. lain2 fikrah tu mmg xdpt nak elak. itu menunjukkan Islam bg penganutnya berfikir. perkara cabang2 boleh berbeza. tapi perkara pokok dan aqidah tetap sama. mungkin yg ukhti maksudkan tu pelaksanaan atau wasilah berbeza tetapi saya yakin matlamat jamaah2 yg ada kat Malaysia ni sama iaitu mardhatillah.
    teringat saya akan satu hadis Nabi di mana lbh kurang satu ketika R saw menyuruh sahabat berpegang dgn jamaah Muslimin walaupun terpaksa makan daun kayu krn mihnah (tribulasi) yg dihadapi. pentingnya jamaah kaum Muslimin.
    satu lagi perumpamaan org yg x berjamaah ni spt kambing yg bersendirian mudah ditangkap serigala kalu nak bandingkan dgn kambing dlm kelompok yg ramai.

    muharikah responded:
    September 9, 2008 at 5:13 am

    wasalam,

    setuju sangat dengan pendapat ini.. Jazakallah kerana memberikan pandangan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s