Pada hati yang mahu berfikir…

Posted on Updated on

Kematian itu seolah-olah sangat dekat.

Dan sangat hampir bagi jiwa yang sentiasa mahu mengingatinya…

`Tiap-tiap yang bernyawa (bernafas) pasti akan merasai maut.’
(Surah Ali Imran: Ayat 185

Minggu ini, terdapat dua peristiwa kematian yang berlaku di sekeliling rakan-rakan saya.

Pada masa yang sama, 16 may yang lalu merupakan sambutan ke 60 Nakbah, dalam memperingati rakyat Palestin yang ditindas dan dibuang dari tanah air sendiri.

Nyata, terlalu banyak musibah yang menimpa manusia lain, dan terlalu kecil rasanya ujian yang diri ini hadapi.

Saya bersama rakan-rakan bermusafir selama 4 jam ke rumah seorang sahabat yang baru sahaja kematian ayahnya, di saat dia bertarung dalam medan pena. Sukar rasanya memahami perasaan itu. Tanpa pengalaman, perasaan kehilangan seorang insan tersayang itu sukar dimengertikan.

Kami sendiri tidaklah rapat, malah cuma berjumpa barangkali 4 kali sahaja. Namun di atas perasaan ukhuwah dan insaniyah, digagahkan diri juga berjumpa insan yang dikasihi kerana Allah. Tentunya ziarah itu tidak dapat menyapu perasaan kesedihan dan kehilangan itu. Namun sekurang-kurangnya dapat melegakan perasaan dan menyatakan padanya bahawa dia tidaklah keseorangan dalam menanggung kesedihan itu.

Satu perkara yang menyebabkan hati saya tersentuh adalah di saat perjalanan kami selama 4 jam itu adalah suasana dan saat-saat kami luangkan masa bersama. Memang saya jatuh cinta dengan jaulah . Kerana jaulah itu bukan sahaja mengenalkan saya dengan rakan-rakan seperkembaraan, tetapi mengenal lebih dekat akan ciptaan Allah di sepanjang perjalanan itu.

Saya bertambah cintakan ALlah, dan bertambah kasih dengan rakan seperjuangan saya. Seringkali saya bersyukur dikurniakan sahabat seperti mereka, yang menguatkan hati saya untuk terus tsabat di atas jalan Allah ini..

Kadang-kadang terlalu sibuk dengan perkara duniawi menyebabkan akal ini tumpul dalam berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah dan mendekatkan diri kepadaNya…

Apakah kamu yang lebih sulit penciptaannya ataukah langit? Allah telah membinanya Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya. Dan Dia menjadikan malamnya gelap gulita dan menjadikan siangnya terang benderang, dan bumi sesudah itu dihamparkannya. Ia memancarkan daripadanya mata airnya dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya, dan gunung-gunung dipancangkannya dengan teguh Semua itu untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu. ( 79: 27-33)

Dalam perjalanan itu juga kami sempat mengulangkaji pelajaran dan bermusahabah diri akan kematian dan juga tahap penjagaan kesihatan di kalangan penduduk di Malaysia.

Ayah rakan saya itu meninggal pada umur 51 tahun. Dan dia mengalami penyakit jantung, buah pinggang dan diabetes yang kronik. Jika dibuat statistik kesihatan di Malaysia, rata-rata ramai yang meninggal pada umur 50-60 kerana penyakit jantung ataupun strok. Salah satu sebab kematian adalah akibat penggunaan rokok yang berlebihan, kurangnya senaman dan permakanan tidak terkawal.

Berbeza dengan kadar kematian di negara membangun. Walaupun rata-rata rakyat di Scotland ini mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung dan COPD, namun mereka masih boleh hidup sehingga umur 70-80 tahun. Ini kerana penyakit mereka terkawal dan mereka menjaga kesihatan mereka setelah didiagnosa dengan penyakit demikian.

Kami berazam untuk mewujudkan bandar kesihatan pada satu hari nanti. Bandar itu akan menyediakan tahap penjagaan kesihatan kepada semua penduduknya secara percuma. Bayaran kepada khidmat kesihatan itu akan diambil dari cukai kesihatan bagi mereka yang bergaji. Antara penekanan yang diambil kira dalam pembangunan kesihatan itu adalah usaha pencegahan dan juga penyebaran informasi kesihatan dikalangan penduduk. Kita perlu mewujudkan rakyat dan duat yang sihat. Tanpa mereka, negara Islam takkan dapat dibangunkan. Jika ramai meninggal pada usia yang muda, negara akan kehilangan tenaga kerja yang mampu meningkatkan produktiviti dakwah dan ekonomi negara.

Too ambitious I would think. But there was no harm in dreaming. If you cannot achieve the sky at least you can reach the clouds.

Need to go back to my study.. 7 weeks to go….

Wassalam

Aisyah

Advertisements

2 thoughts on “Pada hati yang mahu berfikir…

    aburushd said:
    May 21, 2008 at 3:19 pm

    salam perkenalan

    atwar said:
    November 26, 2008 at 6:44 am

    Blog anda muncul di link aotamic blog saya, karena topik tulisan yang mirif. Salam dari bandung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s