Coretan dakwah dan tarbiyah

Posted on Updated on

img_1097.jpg

salam,

walaupun sudah berakhir bulan march, tapi usaha untuk menarik manusia kepada dakwah masih berjalan deras. Alhamdulillah wa subhanaallah, seorang ukhti dari Medan menegur saya setelah membaca blog saya ini untuk meminta bahan2 untuk dibentangkan di dalam usrah. Saya masih dalam proses menguploadkan tafsir muqadimah zilal untuk dijadikan bekalan baginya.

Dan di Ukraine juga ada yang menuntut usrah. Hasil dari perbincangan dakwah kami tempoh hari menunjukkan betapa ramainya hati manusia yang mendambakan dakwah dan Islam. Sangat ramai bertanyakan ada tak usrah yang boleh diikuti mereka.Dakwah fikrah ini telah menjalari ke serata dunia. Bagi sesiapa yang mengimani fikrah ini akan sentiasa mencari-cari bekalan untuk melaksanakan tuntutan dakwah dan tarbiyah… .

Teringat kepada salah satu tajuk dalam muntalaq, bab ke17,; fokus, bukan meramaikan’, syeikh ahmad rasyid mengatakan’ proses tajmi hendaklah seimbang dengan tenga murabbi. Namun Allah berfirman;

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ آَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ یَكُنْ مِنَ الْمُشْرِآِينَ
“Sesungguhnya Ibrahim adalah umat yang taat (patuh) kepada Allah, lagi cenderung kepada agama yang lurus.” (Al-Nahl 16: 120)
Nabi Ibrahim itu ibarat satu ummah, walaupun dia seorang diri, namun dia ibarat satu umat yang dapat menentang tenaga kekafiran yang dahsyat.

Makanya jika makin ramainya mad’u mahukan Islam, lantas perlulah kite juga menjadi seperti satu umat, sepertimana Nabi Ibrahim. Namun diteruskan lagi dalam muntalaq dan ditekankan berulang kali,

‘Satu kesilapan yang paling merbahaya ialah bagi dakwah ialah apabila ia melakukan tajmik yang luas sebelum adanya sekumpulan da’I yang mampu mentarbiah mereka yang telah ditajmik itu. Kumpulan da’i itu sendiri pula mesti memperuntukkan sebahagian dari waktunya pula untuk meneruskan tarbiyyah diri sendiri dengan ilmu dan ibadat, kerana jika tidak, hati mereka akan menjadi keras setelah mereka dapat menikmati kelazatan di peringkat permulaan. Apabila hati telah keras, akan hilanglah pula roh-roh persaudaraan. Keseimbangan ini bukan hanya khusus pada permulaan dakwah sahaja, bahkan mestilah meliputi seluruh fasa pengembangan dakwah. Jika tidak, dakwah akan diancam bahaya yang besar’.

Kerana itu kadang2 seorang dai itu, walaupun keinginannya yang besar terhadap pengikut yang ramai, terpaksa menolak sebilangan besar manusia dari ditarbiyah kerana menyakini kemampunan dirinya yang kecil untuk mentarbiyah ramainya manusia. Bayangkan bagaimana tumpuan boleh diberikan kepada 20 anak usrah pada setiap minggu?

Dan hakikat dakwah ini bukanlah cukup sekadar seorang itu menggabungkan diri bersama kita, bukanlah sekadar dengan baiah semata ataupun mengatakan dia mahu menyertai sesebuah jemaah itu, bahkan dakwah dan tarbiyah itu bermakna setiap fardhu muslim yang berada dalam sistem tarbiyah mempunyai hak2 tarbiyah yang wajib bagi dipenuhi jemaahnya.

Kerana itu, usrah bukanlah sekadar cukup syarat dalam jemaah. Malah usrah itu merupakan sel dalam jemaah. Bangun jatuh serta kuat lemahnya jemaah itu bergnatung kepada kuatnya usrah di dalam jemaah itu. Malah sebuah jemaah yang haraki akan memerhatikan keperluan tarbiyah setiap ahli dalam jemaah itu dengan teliti sekali.

Itulah yang MSM cuba lakukan. Jemaah ini mahu memberikan perhatian yang eksklusif dan mantap kepada setiap ahlinya. Jemaah ini menghabiskan sebahagian besar masanya untuk mentarbiyah manusia. Jemaah ini tidak kisah jika tidak bertambahnya ahli setiap tahun namun akan risau jika masih ada manusia yang masih tidak mendengar seruan Islam. Malah biro yang menjaga tarbiyah selalu berpenat lelah memikirkan masalah di sesetengah kawasan yang tidak bergerak usrahnya, dan tidak efektif penguasaan usrahnya.

Itulah yang diserukan, seruan tarbiyah dan dakwah. Seruan menyeru manusia kembali kepada Allah, menegakkan satu kehidupan manusia yang rabbani, memenuhi ciri-ciri keperibadian Muslim.

kerana itu, apabila mendapat berita bahawa MSM dikaitkan dengan JIM, MSM tidak syumul , MSM sudah lari dari matlamat, MSM bukanlah jemaah tertua, maka MSM merupakan jemaah yang tertolak dan tak sah, saya memang sakit hati yang amat. Mengapa ada manusia yang sangat sibuk memperkatakan tentang manusia/jemaah lain hanya untuk mempromosikan manusia lain agar memasuki jemaah/kumpulannya? Mengapa mahu mencari kelemahan manusia yang menyeru manusia lain kepada Islam siang dan malam? Mengapa tidak ditonjolkan sahaja kelebihan diri sendiri TANPA sedikitpun menyebutkan kelemahan orang lain?

Sesungguhnya kami amat gembira jika makin ramai mahu bekerja untuk Islam, tanpa mengira jemaah mana yang mahu diikuti. Namun sebagai seorang muslim sendiri, memang terasa sangat pedih jika orang yang dikatakan beramal untuk dakwah mengabaikan hak-hak ukhuwah dengan memperkatakan sesuatu yang tidak benar malah mengutuk usaha dan ijithad golongan yang lain.

Sepatutnya kita semua, tidak kira jemaah mana kita anggotai, perlu lebih memikirkan bagaimana untuk menumbangkan jahiliyah dan munkar akbar yang lebih dahsyat di luar sana. Lagi ramai manusia yang memerlukan kita untuk memberikan sinar Islam padanya. Tidak perlu berusaha memasukkan manusia dalam jemaah kita walaupun kita memerlukan bilangan yang ramai untuk melaksanakan dakwah ini. Kerana itu perlulah kita memahami marhalah ‘Ta’sis’ ini , marhalah mengasaskan manusia-manusia yang kental imannya dan faqih fikrahnya agar ramai lagi manusia yang dapat menyahut seruan Islam dan bekerja untuknya.

Saya tidak mahu lagi rasa sakit hati setiap kali orang sibuk memperkatakan tentang jemaah lain, tanpa berusaha memahamkan manusia akan kepentingan dakwah serta bersungguh-sungguh memastiakn ramai manusia ditarbiyah dengan tarbiyah Islam. Terlalu banyak yang saya mahu ceritakan tentang jemaah lain, tapi apa gunanya jika ia membawa kepada dosa dan tidak langsung membawa kepada amal. Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan, dan sedikit masa yang kita ada. Malah masa yang sedikit itu lebih kita sukai dibazirkan dengan perkara-perkara yang disukai nafsu kita..

Syed Qutb berkata: “Mereka yang melihat kezaliman di sepanjang jalan dan menemui pencerobohan di setiap tempat,
tetapi tangan dan lidahnya tidak bergerak padahal mereka mampu menggerakkannya, mereka itulah yang tidak makmur hatinya dengan Islam. Sekiranya hati mereka makmur dengan Islam nescaya mereka berubah menjadi mujahidin.”Oleh itu, orang yang beriman yang berjiwa Islam adalah sentiasa bergerak dan menggerakkan. Mereka yang bersikap tunggu dan lihat dan berjanji hendak menggabungkan diri dalam dakwah setelah nampak bibit-bibit kejayaan Islam,
maka dia adalah orang yang lemah’ – Muntalaq

Itu sahaja dari saya. Perlu kembali kepada research dan pelajaran saya… Moga kita sentiasa bersama tarbiyah agar dakwah sentiasa terikat bersama hati kita.

Advertisements

10 thoughts on “Coretan dakwah dan tarbiyah

    farhah said:
    April 10, 2008 at 4:17 pm

    kak aisyah, jazakillah bersusah payah.

    terfikir jg mengenai jemaah. kdg2 pening kepala memikirkan program mana yg akan diikuti, walhal jemaah2 ini mpunyai 1 matlamat yg sama.

    tetapi, ana tertarik dgn, tak perlu kt menarik mrk yg sudah berada dlm jemaah yg lain, tapi kt menumpukan mrk yg blum berada dlm jemaah.

    inshaAllah

    nurulhayati said:
    April 16, 2008 at 3:06 pm

    Assalamualaikum.

    Selama ni, inilah benda yg bermain di fikiran saya, sangat mengganggu keputusan saya.Alhamdulillah sekarang sedikit demi sedikit saya semakin jelas, dan penulisan akak kali ni menyempurnakan pemahaman saya. Jazakillahu khairan katheera ya ukhti!

    drmuthiah said:
    April 21, 2008 at 10:16 pm

    salam.
    kak aisyah,gudluc for the exams..
    em,article yg bagus.
    hehe-UK penuh dgn jemaah ya?
    satu fenomena jarang kat rusia ni walopun da ade yg mula nk meletup!

    apapun,kupohon agar kita semua istiqamah dlm jalan dakwah n tarbiyah ini..huhu

    seeru ‘ala barakatillah

    AYUH!jalan terus~

    mursyid said:
    August 4, 2008 at 4:54 am

    Salam …….

    Ukhti …. dakwah dan tarbiyah sentiasa mendapat tentangan tentangan! Ini fitrah. Didalam buku ” Disepanjang jalan dakwah” pun ada Fathi yakan menerangkan tentang sifat mukmin yang dengki sesama mereka. Jangan kita sangka bahawa setiap ahli jamaah itu faham akan fikrahnya kerana ” Alfahmu tidak akan wujud dalam diri seorang dai selagi dia tidak bekerja dan menghilangkan sifat mazmumah dalam diri.

    Ana dan sahabat serta sohibah dimalaysia juga menghadapi perkara yang sama dan bukan saja berbeza pendapat dan pandangan dengan jamaah islam yang lain ( PAS dll) tapi sehingga menerbitkan rasa permusuhan dikalangan jamaah.

    Namun tidak ada jalan lain selain menguatkan keikhlasan untuk terus berjuang dan ana mengharapkan anti tidak berputus asa kerana tidak ada istilah kecewa geram dan sakit hati didlam perjuangan ….Faizza azamta fatawakkal allah ….

    Bagus Kelana said:
    March 12, 2009 at 11:23 am

    subhanaLlah.. an banyak belajar dr blog antum

    salam kenal
    JazakiLlah khair

    ANUAR AHMAD said:
    April 28, 2009 at 7:01 am

    sila layari my blog
    sham86.wordprerss.com
    untuk maklumat ilmu..

    qiraati said:
    May 31, 2009 at 6:14 pm

    salam alayk ya aisyah..

    subhanallah..tiba-tiba terhantuk kepala sekejap dan tersedar di dalam lena. Seperti kata sahabat sahabiah lain, baru jelas mengenai jemaah dan sebagainya. Dilemma setiap minggu dan tidak berani menceburkan diri setelah kembali ke Malaysia. pelbagai tohmahan, apa ntah lagi dugaan yang amatlah besar dan menangis kerana mampu melihat tetapi tidak mampu tangani. tidak terdaya lagi tapi artikel enti yang ana baru jumpa ni, menguatkan hati ana untuk tidak berputus asa..biarlah lambat catch up untuk memahami, harap2 bermutu ilmu di dada dan tidak patah selamanya. Doakan ana ya Aisyah. Ujian Allah kadangkala memberhentikan perjalanan ana kerana takut…

    paley said:
    December 20, 2009 at 2:07 pm

    assalamu’alaykum wbt

    Alhamdulillah, gencar sungguh dakwah di sana. Setiap kali baca blog ni mesti perasaan “jeles” tu membuak-buak. Bak cerita Pak Hassan tentang seorang ikhwah yang dalam masa 30 jam berada di 4 tempat di seluruh Mesir untuk menyampaikan dakwah (dalam Muktamar Ke-5). Apakah di sana juga sama? Doakan juga kami di sini diberi kekuatan untuk meningkatkan lagi usaha dakwah.

    Isu pertelagahan tu isu lapuk yang biasa digunakan oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi. Mereka menyorok di sebalik nama-nama jemaah. Hanya orang yang benar-benar ikhlas berdakwah mengajak manusia kepada Allah akan mendapat fadha’il dakwah. Bagi mereka yang berdakwah menarik manusia untuk mendapat pengaruh dan tujuan-tujuan selain mardhatillah, balasannya terpulang kepada Allah yang Maha Adil.

    “Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui Ynag Ghaib dan Yang Nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (9:105)

    Semoga MSM terus maju. Amin. Allahua’lam.

    wani said:
    December 10, 2010 at 4:47 pm

    salaam ‘alayk 🙂

    kak aisyah,walaupun post ni dah 2 tahun usianya. namun pengisiannya sangat bermakna.
    perkara ni juga yang wani rasa sekarang dan refleksi diri balik.
    jazakillahu khairan katheera.

    orang yang beriman yang berjiwa Islam adalah sentiasa bergerak dan menggerakkan 😀

    -wani,mansoura-

    muharikah responded:
    December 12, 2010 at 11:35 am

    wani, awak ni sangatlah sweet. jgn puji lebih2 saya sangat, awak dah kenal nanti mesti banyak benda awak tak suka pasal saya.. percayalah. apapun, may Allah menemunkan kita di dunia ini satu hari, kalau tak di syurga nanti ya! 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s