Blok Anaethaesia

Posted on

salam buat pembaca sekalian,

Badan saya baru sahaja habis berehat dari perjalanan yang agak lama di Dublin baru-baru ini. Alhamdulillah kami didatangi oleh ikhwah dan akhawat Rusia di mana pelbagai pengalaman dapat kami kongsi bersama.

Terasa bezanya kami dengan mereka. Kebanyakan mereka tersangat muda, paling tua pun adalah setahun muda dariku. Dan merekalah penggerak dakwah di sana, di bumi komunis yang pekat dengan budaya sosialisnya. Malam2 orang lelaki pun takut untuk keluar dari rumah kerana gusar dipukul oleh samseng2 jalanan. Di sini, walaupun orang suka mabuk di waktu malam, masih terasa selamat untuk ke Asda membeli barang dapur.

Apapun, mereka ‘survive’ di sana. Adik2ku itu bersungguh mempelajari ilmu Islam di atas kesedaran dengan ilmu itu dapat menyelamatkan mereka dari jahiliyah. Dan dengan ilmu itu dapat memberi cahaya buat rakan-rakan mereka di sana. Ironinya mereka tidak ada ustaz di sana untuk berguru, mereka tidak ada akak2 dan abang2 PHD yang dapat membimbing mereka. Bezanya dengan bumi UK. Bilangan pendakwah melimpah ruah sampai berebut-rebut pula untuk orang berprogram. Kuliah ilmu datang tanpa henti dan tanpa diminta. Terasa bahang dakwah di bumi UK ini lagi ketara dari Malaysia.

Namun buat adik2 yang rata-rata umur mereka 21-23 tahun itu, mereka telah sedar akan tanggungjawab mereka , mereka tahu hakikat bahawa mereka perlu pikul beban dakwah ini walaupun perkara itu tersangat sukar sekalipun.

‘ Kak Aisyah rasa kami boleh ke bawak dakwah ini kat sana?’

-Tentu boleh! bisik hatiku . Tapi aku gusar mengapa dia bertanya demikian. Sedangkan aku sendiri tidak pernah bertanya diriku akan perkara itu tatkalan mendapat pengisian Syahatul Haq ataupun Fiqh dakwah.

‘Kenapa tak boleh plak? Mesti bolehkan?’

‘takdelah, kitorg takde sapa2 kat sana. Kitorg je kene bawak dakwah kat sana. Kalau ada apa2 jadi macam mana?’

‘Sungguh Allah telah meredai orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, Dia mengetahui apa yang ada dalam hati mereka, lalu Dia memberi ketenangan atas mereka dan memberi mereka balasan dengan kemenangan yang dekat’ ( Al-Fath: 18)

Tentu Allah tahu apa yang mereka rasa saat mereka berbaiah untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi, menyinarkan hati manusia yang tidur dengan sinaran Islam. Namun Allah pasti memberikan mereka ketenangan dan juga kemenangan atas kegigihan dan tekad mereka di atas jalan ini insyAllah.

Tersangat banyak yang aku belajar dari mereka, dan yang paling utamanya adalah keikhlasan mereka mengenal ilmu Allah ini. Aku belajar untuk tidak berputus asa mendidik walaupun mereka tersangat jauh dariku. Aku belajar untuk sama-sama kuat agar aku dapat memberikan semangat buat mereka.

Aku terkesan dengan pertanyaan seorang adik ini:

‘ Akak, cane ek, akak2 semua ni boleh jadi mantap ek?’

Gulp.Aku menelan air liurku sendiri. Dahulu soalan itu kuajukan buat akhwat di OZ sewaktu berjaulah ke sana. Kini seolah-olah seperti cermin yang memantulkan kembali soalan itu padaku.

Apa aku nak jawab sedangkan jawapannya bukan padaku?

‘ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada ALlah, nescaya Dia akan memberikan kamu furqan dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni kamu. Allah mempunyai kurnia yang besar.’ ( Anfal: 29)

‘ Mendekatkan diri dengan Allah….. dan perlu istiqamah. Cara istiqamah adalah dengan mempunyai biah yang solehah.. Memang susah tapi insyaallah boleh dibuat..’

Takdelah seskema tu jawapan saya pada adik tu. Malam tu kami tidur sama-sama pukul 1 am. Dah lama tak melihat mutarabbiku tidur di hadapanku kerana keletihan mendengar pengisian. Disuruhnya tidur tetapi tidak mahu ketinggalan mendengar cerita.

Sebut pasal tidur, aku selalu teringat kat makcik H yang selalu mengajak aku tidur dibiliknya. Pada malam sebelum kami tidur, kami akan memandang atap biliknya sambil bercerita kisah-kisah Hasan Al-Bana, kisah2 sahabat nabi sambil membayangkan kisah itu tertanyang di hadapan kami. Kadang2 kedengaran bunyi bising dari luar, tetapi itu tidak menghalang keasyikkanku mendengar cerita dari makcik H.

Alangkah berkesannya kisah/cerita dalam tarbiyah ini. Apatah lagi bila dilakukan secara sempoi sebelum tidur, waktu semuorang rileks dan tenang.

Bagi para daie, masa untuknya berehat amat sedikit tapi seringkali badan itu meminta haknya untuk berehat. Aku sendiri buntu bagaimanakah caranya aku untuk tidak penat setiap kali balik dari program. Terlalu banyak benda perlu dilakukan. Belajar sahaja mengambil 75% masaku. Yang lain-lain adalah makan,cek emel, call kawan, meeting dan menyelesaikan bil-bil yang ada.

Itu sahaja mahu aku kongsi bersama. Maaf tidaklah menarik sangat untuk dibaca tapi kadang-kadang rasa lega bila dapat mengungkapkan apa yang dirasai di dalam jiwa.

PS; Saya sedang buat blok anaesthaetis dan saya rasa saya tak nak jadi seorang anaesthaetic.

wassalam

Advertisements

8 thoughts on “Blok Anaethaesia

    imtihan said:
    February 7, 2008 at 10:38 pm

    sudah bersua tapi tak sempat bercerita
    sudah berkunjung tapi tak sempat bertemu
    lantas terasa jauh dalam dekat

    muharikah responded:
    February 7, 2008 at 11:20 pm

    salam imtihan,

    siapa ye empunya diri?Hurmm… maafkan saya sebab tak berapa nak ingat muka.. Maafkan saya jika saya tak sempat nak berborak dengan awak dan berjumpa pun.afwan afwan. Kehendak diri mahu saja spend masa dengan antum semua, tapi apakan daya, tuntutan2 lain menyebabkan kita tidak dapat nak meluangkan masa bersama2.

    iA jika dapat saya ke sana kite berjumpa lagi ok?

    diha said:
    February 8, 2008 at 11:39 pm

    salam k.aisyah..
    sukenye bace.terharu=)..
    jazakillahu khairan kathira kakakku.. sy dah rindu k.aisyah..rindu uk,dublin sket2..huhu. haritu k.aisyah balek pagi2 diha x sempat ckp pape pun,sbb mamai lagi bgn tido.sedihnye. papepun.. doakan kami di sini..
    (0_0)/

    NeenaUmi said:
    February 9, 2008 at 6:27 am

    Assalamualaikum warahmatullah,

    Aisyah, suasana di Malaysia apa kurangnya usaha dakwahnya…pokoknya mahu ataupun tidak sahaja. Kadangkala mengajak manusia ke majlis ilmu berapa kerat sahaja yang mahu. Jadi harus kreatif dan fikirkan kepelbagaian dan sudut pendekatan lain pula..supaya mesej Islam dapat sampai ke pangkuan mereka yang rasa berat mahu pergi dengar majlis ceramah mahupun majlis ilmu formal…Dan orang yang datang ke majlis begitu selalunya sudah sedia baik orangnya…Bagaimana dengan mereka yang di luar sana itu? Apakah yang boleh kita lakukan supaya mampu menarik minat mereka dan mahu mengorak langkah berdampingan dengan kita. Kadangkala juga mereka tidak tahu ataupun tidak mendapat penerangan yang jelas kerana pendekatan secara ‘stereotype’. Ini adalah realiti yang perlu kita hadapi dengan masyarakat di Malaysia kini. Orang muda seperti Aisyah dan seangkatanlah harus menyambut cabaran ini nanti…

    Kadangkala…duduk di tengah-tengah kelompok manusia yang sampai tidak menang tangan melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar namun jika seseorang itu tidak terkesan dan masih mahu berpeluk tubuh…apakan daya..

    Oleh itu, jadilah seperti burung pipi tatkala dia menghembus air sekelumit dari paruhnya ketika Nabi Ibrahim ‘dibakar’…kerana sedar itu adalah paling sedikit yang mampu ia buat…

    Tepuk dada…tanya iman! Setuju bukan?

    Wasalam

    zue said:
    February 9, 2008 at 10:58 pm

    salam..
    well thought n said…

    saya suke anasthetist!:D

    hikari said:
    February 12, 2008 at 1:52 pm

    salam akak..terharunya…rindunye bedtime story ngn akak…cepat2la dtg sini.. (~_^)

    muharikah responded:
    February 12, 2008 at 10:43 pm

    salam diha dan hikari..insyaallah kite jumpa nanti ye… rindu pada adik2 volgo yang sangat bersemangat! 🙂

    buat zu–> saya kene tendang kluar oleh anaesthaetis sebab tak jumpa patient sebelum ke teater! Geramnyaaaaaaaaaaa!!! pastu, bile pergi teater lain,takdelah anaesthaetis tu tanya saya ada jumpa ke tak patient saya tu…hhuhuhu… sedih!!!!

    Makcik Umi–> jzkk makcik kerana sudi bertandang setia di teratak buruk saya ini =)

    mimi said:
    February 19, 2008 at 6:38 am

    Salam Aisya,

    Seronokkah cairo? Dah pergi sana rasa taknak balik. Jangan lupa rasa makanan sana..then try la naik tremco dia.best best

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s