kenangan itu , menyapa kembali…

Posted on

Eh, syah buat apa kat sini? tak balik lagi?’

Suara Cikgu H menyapaku mengejutkanku dari tidurku yang acap-acap lena, acap-acap jaga, letih yang amat.

‘ Owh, makcik. A’a, ingatkan nak tunggu bas petang, lambat lagi kan. Tu ingat nak rehat kejap.’ Aku menjawab, cube mencari tenaga di balik tubuhku yang agak kurus itu.

Ye ke. Mak anti tak kisah ke anti balik lambat ni?Kang kerja kat rumah tak siap’.

Makcik, makcik. Faham sungguh dia akan kehidupanku, serba serbi maklum akan keadaan keluargaku.

‘Takpe. Okey je kot. Ha.. makcik ni nak kemana?’ aku bertanya pula.

‘ Takdelah, makcik nak pergi ofis, tu yang ternampak anti kat sini. Hurm.. jom, kita gi kantin. Minum air!

Mahu juga aku menolak pelawaan guru kesayanganku itu. Aku lebih leka melihat hutan belukar yang hijau di luar sekolah dari terpaksa merentasi padang yang luas ke kantin sekolah. Panas matahari tak berbumbungkan atap itu memijarkan wajah dan sering membasahkan baju putih sekolahku. Tentu amat payah diriku untuk ke situ walaupun tenagaku masih hijau lagi ketika itu.

‘Jomlah makcik. Belanja ek goreng pisang!‘ Aku tersenyum menyeringai. Alangkah seronoknya perasaanku dapat bermanja dengan seorang insan yang lebih tua dari aku. Apatah lagi dialah guruku, dialah murabbiku.

______________________________________________________________________

‘Cane awak boleh jadi kuat ek k aisyah? cam tak ramai orang kat scotland tuh?’ Aku tersenyum sumbing setiap kali orang bertanyakan aku soalan itu.

Entahlah, kalau nak suruh aku angkat besi, pernah angkat sampai 10kg je. Abah aku ada pemberat 30 kg di rumah untuk membina otot-otot badannya, tak bergerak langsung tiap kali aku cuba angkat. Latihan sukan dah lama aku tinggalkan dek tiada geng dalam bersukan ataupun terlalu sibuk belajar. ataupun paling utamanya kerana permainan di sini memerlukan wang untuk membayarnya.

Akibat kerana meninggalkan sukan yang dahulunya aku buat secara intensif menjadikan badanku mengumpulkan lemak-lemak yang dahulunya menjadi otot-otot pada tubuhku. Badan pun asyik berasa lemah kerana kurang bersukan dan terlalu suka makan tatkala musim sejuk ini. Sewaktu berjalan ke ward dan membuat kerja-kerja klinikal aku sering tercungap-cungap dan perlu duduk berehat. Kebas kaki kalau terpaksa mengikuti ward round selama 2-3 jam itu.

Pendek katanya, aku memang tidak kuat. Fizikal dan mentalnya.Namun alhamdulillah, Allah masih kurniakan iman di hatiku. Dan dengan iman itu aku menjadi kebal .

Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambhalah kuat imannya dan kepada Tuhan mereka bertawakal’ ( Anfal:2)

Mengenali makcik merupakan jalan permulaanku kepada tarbiyah. Alhamdulillah pertama kali aku mendapat kesedaran adalah apabila aku membaca buku Ibnu Qayim Al-Jauzi; ‘Jalan-Jalan Petunjuk’. Buku itu membuatkan aku menangis sepanjang hari, menangisi dosa-dosa silam.

Korang jangan silap! Duduk sekolah Al-Amin tak semestinya jadi malaikat kat situ. Kadang-kadang budak sekolah agama bukanlah mereka ini jahil, tapi mereka ini ‘ignorant’ ataupun tak ambil peduli. Hidayah depan mata, tanpa dicari, maka kuranglah penghargaannya. Apabila hidayah itu yang dicari, dicari dengan usaha dan harga pengorbanan, barulah terasa manisnya hidayah itu.

Memang ramai ustaz-ustaz yang hebat kat AlAmin. Sebutlah lulusan mana; Mesir, UK, Yaman, Saudi, namun jika tiadanya proses tarbiyah yang berkesan, tiada hubungan hati antara guru dan anak murid, maka tidak bermakna ilmu Islam yang diajarkan di kelas setiap hari. Makin tahun makin teruk, itu kata adik bongsukulah, generasi terakhir dalam keluarga kami yang mendapat tarbiyah dari Al-Amin.

Tak mengapa, padaku makin teruk, makin banyak graduan Al-Amin dapat menyumbang dalam usaha membaik pulihkan sekolah kesayangan kami. Betul tak?

Padaku, Al-Amin sangat istimewa kerana di situ aku bertemu Makcik ku, Murabbiku. Dia mengeluarkanku dari kepompongku belajar dari buku kepada bergurukan seorang guru. Dia mengajarku erti dakwah, dan hidup dalam dakwah. Disumbatkan aku dengan buku-buku fikrah sehingga perbualan harian kami adalah dakwah.

Bila aku soroti kembali kisah hidupku, rupa-rupanya aku lagi tak matang bila umurku semakin memanjat usia. Ni sudah terbalik nampaknya!

Benarlah, pemikiran, perbualan kita akan terbentuk oleh siapa yang kita berkawan. Tempoh 2 tahun ( 2000-2001)itu sangat bermakna bagiku kerana setelah itu memang aku tidak berpeluang untuk benar-benar berguru di bawah seorang murabbi. Benar usrahku sering bertukar-tukar naqibah, namun yang benar2 berada di sampingku, menegur salah silapku, peduli akan kehidupanku sudah jarang sekali. Mungkin aku sudah terlalu tua untuk diambil kisahkan. Ataupun memang nampak ‘kuat’ untuk dimutabaahkan selalu.

Naqibah-naqibahku semua hebat dan baik belaka. Aku bersyukur ada mereka untuk mentarbiyahku. Cuma kerana jauhnya jarak kami menyebabkan hubungan antara murabbi-mutarabbi itu masih belum akrab, dan aku dahagakan sentuhan itu.

Namun aku juga manusia, dan aku adalah perempuan. Memang tak dinafikan aku suka dimanjakan, apatah lagi oleh orang yang lebih tua dariku.
Dan satu hakikat dakwah di UK ini adalah tuntutan dakwah sangat besar. Walaupun banyak berlaku perselisihan antara banyak kumpulan, namun bilangan manusia yang dahagakan Islam itu ramai, maka sebenarnya tidak boleh terlalu berasa hati kalau naqibah sendiri kurang mengenali kita. Walaupun byk kumpulan Islam , namun masih kurang cukup untuk menangani ramainya manusia yang perlukan Islam itu sendiri.

Oleh kerana itu, aku berusaha menggilap sinar-sinar Islam di hatiku. Dan aku berharap adik2 di bawahku menjadi murabbi yang hebat di mata anak buah mereka.

Mungkin aku kuat kerana murabbiku dahulu adalah seorang yang kuat. Mungkin aku kuat kerana aku telah faham akan tanggungjawapku. Mungkin aku kuat kerana aku tahu bahawa jika aku lemah, syaitan akan menguasaiku. Dan itulah perkara yang aku amat takut sekali…..

Terima kasih makcik atas segalanya. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati makcik untuk mengambil ana sebagai mad’u makcik dan membimbing ana mengenal cahaya dakwah. Bila ana dicampakkan di bumi yang asing ini, makcik telah menyediakan ana untuk menjadi pohonan rendang buat manusia lain, walaupun tanpa adanya murabbi di sisi…

Pada malam yang pekat dan sunyi ini… kenangan itu menyapa kembali…

Advertisements

6 thoughts on “kenangan itu , menyapa kembali…

    ace said:
    January 31, 2008 at 12:40 am

    Salam kak.

    ermm it was out of my consciousness, dat i talk n quote lots of uqy’s, kak mag’s n YOUR advice during ur adek2 russian visit.

    i dont realise it, not until they asked me: who’s my naqibah? n i answer them, its kak mag. ever since? yes, but i got kak hanim during my second year. n kak mag again now.

    then, who is kak aisyah to u? ermmm to answer them, made me cry inside my heart. she is…she is…she is…….

    kak, i cant describe who u r to me in one sentence only…but i really thank Allah who let me to meet u, know u, befren wif u…n learn lots from u.

    may Allah put me, my naqibah, my murabbi, you n makcik, n all d muslimin/at in His guidance, mercy and redha…always…until the end of time…ameen.

    wassalam.

    muharikah responded:
    January 31, 2008 at 12:44 am

    waaaa!!! my sister…. u made me wanna cry! I should thank you more because you help me to survive a lot of my difficult time here…huhh..
    alhamdulillah, Allah made us meet with each other although we are 400 miles away from each other…subhanallah!! And still the murabbi learn a lot from her own mutarabbi….

    love to be your sister all the time, forever and ever insyaallah…

    PS: derang tak tanya pun who is UQY to you? hehehehe…

    arinah said:
    February 6, 2008 at 11:25 am

    amboi,best ye bercerita..pasal saya pun ada skali..hahhhehaha..mak pun baca.. ada juga part yg tergelak2…anyway,mak paham syah kat sana tak cukup ‘kawan’ utk luahkan hati..jadi sini jela tmptye…hahhaha..just kiding…
    lain kali bagi kredit skit kalo guna watak saya…hahahahha…

    muharikah responded:
    February 6, 2008 at 8:25 pm

    wah… mak baca sekali ke? malu plak…huhuhu… yelah ada nama kamu kat sini dah tak yah lah nak promote lagikan? eheheh… ada je kawan kat sini ramai je nak borak2, tapi kadang2 lebih selesa menulis sebab boleh tulis macam2, kalau cakap jiwang2 orang susah plak nak faham. betul tak? hehehe…

    syazana said:
    February 12, 2008 at 10:48 am

    salam …

    sangat2 rindukan al-amin.
    even rumah sgt dkt ngan AA,tp kdg2 segan juga nak g sorang2..nih diorang nk dkt sukan dah,boleh lah mencelah.hehe.

    tarbiyah di AA tidak dpt dilupakan!
    tp kini…hmm..hanya Allah yg tahu.

    ex Al-Amin batch 12 🙂

    nazirah said:
    February 16, 2008 at 6:27 am

    Salaam…

    Baca entry kak aisyah, teringat ana kat Al-Amin. Kak Aisyah used to be my naqibah, a great one~ yeah, a good one. tq kak… =D

    Dan betul juga, makin tahun makin teruk. Tapi insyaAllah ada graduan2 yang akan pulang memberi sesuatu nanti~ mari2 kak Aisyah.. hehe..

    Also, sangatlah bersetuju bukanlah yang duduk al-amin tu malaikat2 belaka. For surely, they know, bahkan ana sendiri pun tak sebanyak ilmu yang orang lain ada.. Moga dijauhkan dari golongan ignorant itu~

    Sangat menghargai ilmu di al-amin yang menguatkan ana sampai sekarang.. Alhamdulillah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s