Entry buat Hawa….terima kasih kuucapkan..

Salam buat semua,

jazakumullah buat yang sudi menatap blog usangku ini. Seringkali kufikir mengapa susah kadangkala untuk menitipkan tinta di sini. Benar, ada pada satu ketikanya aku terpaksa berhempas pulas untuk menulis di sini, meluahkan ilham yang ada di dada dan ternyata aku gagal pada banyak ketikanya..

Dan aku mula memikirkan mengapa semua ini boleh terjadi…….

Inilah apabila hati sudah mula jauh dari majlis ilmu yang menyedarkan jiwaku sendiri…

Memang kehidupan pelajar Medic di tempat yang tidak ramai Melayu dan Muslim sangat mencabar iman dan kenyakinanku pada Allah.

Ternyata, sudah hampir 8 tahun dalam tarbiyah, jiwaku masih goyah dengan ujian, hatiku masih belum kuat menempuh hari-hari yang mendatang, apabila aku ditinggalkan berseorangan di medan jihad ini.

Memang aku merasakan sangat cepatnya jahiliyyah mengigit-gigit ruang di hatiku tatkala aku keseorangan dengan ketiadaan internet apatah lagi majlis ilmu yang mampu membasahkan hati manusia. Seperti mana fungsi hujan utk membersihkan bumi ini dari kekotoran seperti itu jugalah ilmu itu mampu membersihkan hati kita dari noda, dosa, titik hitam dan jahiliyah.. tapi apabila benda itu sudah tidak ada ataupun kurang, memang sangat2 terasa kekotoran di jiwa…

AHHH!!!! Bencinya aku pada jahiliyah itu! Bencinya lagi apabila aku tidak dapat menepisnya bila aku keseorangan, di bilik berdinding putih, yg tidak mampu menghubungkan aku dengan dunia luar melainkan telefon sahaja yang sudah pun kehabisan free minit.

Kerana itu sering kali aku merefleksi diri akan kekurangan diriku ini. Aku akui aku sangat lemah tanpa bi’ah yang solehah. Terasa longgar ikatan dakwah dan Islam jikalau aku tidak terikat dengan mereka yang soleh melalui emel mahupun panggilan telefon. kerana jauhnya aku dengan murabbiku di sini, aku cuma berkesempatan untuk berjumpa sebulan sekali sahaja, dan pada waktu lain cuma berusrah online. Teramatlah banyak kekurangannya. tapi benar, baik ada dari tidak ada usrahkan? Tapi itulah realiti yang berlaku padaku pada 3 minggu yang lampau bila aku ditempatkan di bumi Perth ini. Alhamdulillah ada juga satu family melayu, senior aku yang bekerja di situ, sekurang2nya terubat rindu berjumpa muka melayu.

Bukan apa, entahlah, kadang2 susah aku nak gambarkan perasaanku ini melainkan jika pembaca sekalian merasai keperitannya sendiri apabila berasa keseorangan. Aku sendiri menjadi hantu ‘movie’ semata2 aku terasa sangat bosan menghadap buku dan membincangkan urusan medik. terasa macam beku akal membaca bahan2 ilmiyah. dan kadang2 rasa bosan bila tak dapat jumpa orang semuslim dan sebangsa. Paling tepatnya aku merasakan inilah bulan yang paling kering pernah kurasai, dengan susah nak berusrah dan juga tidak berjumpanya aku dengan manusia yang mengingatkan aku tentang Allah dan akhirat!

Dan dengan kuasa ilmu itu, kerana menyakini ilmu itu dapat mengoyakkan jahiliyah ku, dapat memukul hingga remuk nafsuku serta merasionalkan kembali akal dakwahku, maka aku merentasi 300 batu hanya untuk bertemu sahabat-sahabatku di jalan Allah…

Memang perjalanan itu sukar bagi orang yang tak biasa. Sejuk, bosan, penat, kemungkinan mendapat DVT, semuanya itu mampu membantutkan hati kita untuk pergi ke majlis ilmu.

Tapi alhamdulillah aku tidak menyesal. Sekali-kali tidak membazirkan masa aku untuk ilmu yang berjaya menyapu bersih karat-karat di hatiku, membasahi kekeringan di lekuk-lekuk hatiku….. terasa bahawa tadahan tanah hatiku basah… dan makin bertalu-talu ilham untuk menulis pada semua, ilham untuk berkongsi rasa hati. Ternyata penulisan ini adalah wasilah untuk menyampaikan isi hati. Kita boleh menulis apa sahaja, tapi risalah mana yang menyentuh hati manusia, itu bergantung pada keadaan hati anda tatkala anda menaipkan bait-bait kata di papan kekunci anda…

Sahabat pembaca sekalian ( alamak, saya sudah menjadi skema!huhuhuh), padaku kadang-kadang kita kene mengejar sesuatu yang menjadi hak untuk hati kita. dan itulah ilmu. carilah dia walaupun sudah berulang kali anda mendengar perkara yang sama, tapi anda sekali-kali tidak akan rugi. Pergilah walaupun perit dan pahit sekali perjalanan itu.

Alhamdulillah, sudah beberapa lama bergerak dalam wadah MSM dan bertarbiyyahkan manhaj ikhwan aku bersyukur Allah memilih aku mengikuti jalan dakwah ini, dan Allah mengizinkan aku mendengar kata-kata para asatizah yang tidak gagal untuk mengertak jiwa dan hatiku untuk terus bekerja, bergerak dan tidak statis di bumi selesaku ini..

jangan tidur, bak kata ustaz…..

Jangan tidur wahai hati. Teruskan bergerak, teruskan mengalir. Jika engkau malas untuk menyeru manusia kepada Allah, kamu sebenarnya mematikan hati kamu sendiri, bukan mereka… Teruslah hidup wahai hati… jangan tersingkir dek terikutkan keadaan yang ada di sekeliling kita…

Coretan buat Hawa, terima kasih kerana memotivasikan saya menulis. Berjumpa pembaca blog seperti awak memang membuatkan penulis macam saya ni untuk terus menulis. tapi kadang2 saya selalu ada rasa konflik diri samada nak menulis supaya orang rasa best baca or menulis supaya orang mendapat hidayah lewat penulisan tak seberapa dari saya ini dengan seizinNya~

Mari kita menyegat!

‘Perumpamaan seorang beriman itu adalah seperti lebah, jika makan, ia makan dengan baik, dan jika mengeluarkan sesuatu dari dirinya, dia mengeluarkan sesuatu yang baik, dan jika ia hinggap di kayu yang rapuh, dia tidak akan patahkan kayu itu.’ ( hadis hasan riwayat albaihaqi)

PS: baru pulang dari daurah syahadatul haq,kini masa untuk berhempas pulas untuk mengejar urusan medik pula…

PSS: doakan saya utk trus menulis dengan ilham yang banyak… πŸ™‚

6 thoughts on “Entry buat Hawa….terima kasih kuucapkan..

  1. SubhanAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar =)

    Kak, im glad u sent this entry..thank u..btol,hanya org yg dah lalui benda tue baru paham perasaan tue..
    takpe2..pujuklah hati..hati tue kadang2 terlupe je..terlupe yg Allah sentiasa ade dgn kite..

    Kak,remember wat u said to me?mase hati nie btol2 keliru dan takut..akak ckp “awk buat nie utk sape?utk manusia ke utk Allah?”alhamdulillah,it changed everything….baru saye sedar..mmg fitrah manusia rase nyer..bile terdetik rase2 kotor itu..ragu2,bibit2 ketidakikhlasan yg senyap2 menyelinap utk mengotorkan hati dan niat..tapi sedar tak?Allah cepat2 sedar kan kite kan?cepat2 kite istighfar dan betolkan niat..

    Never give up writing..writing for the sake of Him…

    Kerana akak takkan tahu..takkan tahu bile Allah akan mengetuk dan buka hati2 kami kan…..?

  2. Assalamualaikum

    My dear Aisyah,

    Happy moments are more meaningful when they are shared. Sad moments too…

    What better way of sharing than by writing…

    Continue to write…

    Who knows? You might find yourself holding a book, the contents reaching out and touching people’s hearts, calling them towards the righteous path, the path of Allah…with your name on it (as the author, of course!)

    Wasalam,

    Makcik Umi
    USM Engineering Campus
    Nibong Tebal

  3. Salaam Aisyah,

    Your post was a homerun hit for me. I know exactly how you feel. Sometimes when i sit in front of the laptop thinking what to write, I often question myself, why am I writing this? To get fame and more stat hits? Or because I sincerely want show the Ummah the beauty of Islam?

    Sometimes the heart waiver and favours the fame more than nawaitulillah 😦 Astagafirullahalazim. That is when I realise that the iman is at a weakened state and I know that I need to do more muhasabah-ing. The soul needs to be cleanse.

    Then ever so often, Allah sends beautiful soul/s along your way and they will tell you that they need your words to understand the Deen better, that you are their reason that they find Islam beautiful. Masya-Allah, that is when you perbetulkan your niat to write.

    Because you realise that there are people out there who do not understand Islam like those who have been granted Hidayah by Allah, lucky people like you and I and our sisters.

    And these people are seeking…we could not abandon them, right? We must help them. We must not make them lose heart.

    This is a reminder to my disturbed heart as well…

    We can do this, Aisyah πŸ™‚ Insya-Allah.

    Continue writing because for as long as the world still stands, there are people who long to find the Deen.

    Awwwwwwwwww! Im making me cry now cause i suddenly miss you and the sisters I met at camp 😦

  4. buat adik nakal–> adik tak nakal pun… alhamdulillah bertambah solehah…. jazakillah kerana sudi berada di samping saya susah dan senang…terima ksih juga kerana sering membuka pintu hati ini, mengetuknya di saat dia tidur…

    makcik umi–> rindu utk membaca karya2 umi lagi. ada tak yg sesuai utk orang2 umur seperti saya ye cik umi? huhuhh…

    nees–> u know what? last time in the program , one of the sister commented that our akhwat semua skema2 saja, baik2 saja, sort of not that kewl. she hopes that orang2 baik pun sebenarnya taklah skema sangat. And u know what Nees? It reminds me of you and we actually need ppl like u here, kewl muslimah girl… continue to write girl! and be a good muslimah insyaallah!

  5. akak,skema tue camne eh?hmm saye skema tak rase nyer?even mase zaman’huhahuha’pon org kate saye skema skit..skang nie…?*for u to jugde..hehe ;)*

  6. owh, entahlah, agak substrak maksudnya.. tapi rata2 orang terpelajar ni cam ok je dengan keskemaan seseorang, tapi lebih ramai orang tak skema dari skema juga yg suka kalau nak dekat2 dengan orang ada ilmu ni..
    cume kalau skema takutlah kan nak approach..

    but adik, awak mmg skema sket, tapi dalam tak skema tu ada juga tak keskemaannya…hehehe..

Leave a reply to muharikah Cancel reply