Dakwah bagai mendaki gunung

salam,

sajak dari seorang teman lama…

Dakwah ibarat Mendaki Gunung

Dakwah ibarat mendaki gunung
Tinggi puncaknya, luas kakinya
(Tinggi cita-citanya, kuat asasnya)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Kita tahu ada puncaknya
Tetapi semasa mendaki, manalah nampak
Yang penting kita terus mendaki
(Kita tahu kejayaan Islam bakal menjelang)
(Tetapi manalah tahu bila masanya)
(Yang penting, kita terus beramal)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Terasa gah tatkala puncak ditawan
Tetapi sukarnya untuk didaki, hanya Allah yang tahu
(Terasa seronok jika Islam dapat menang)
(Tetapi sukarnya nak capai kemenangan, hanya Allah yang tahu)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Penunjuk jalan sudah jauh di hadapan
Kitakah harus mengejar langkah mereka
Kerana mereka tidak akan menunggu kita
(Para Rasul dan sahabat sudah memberikan teladan)
(Kita yang harus mengikut jejak langkah mereka)
(Dakwah cara mereka, bukan cara kita yang lembab dan slow!)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Terjumpa rintangan, ada banyak lagi jalan
Pantang berundur, sebelum sampai ke puncak
Bekalan perlu dibawa, tetapi hendaklah dikurangkan supaya ringan
(Dunia hanyalah alat, jangan pula mengejar dunia)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Hanya yang nekad dan tekad akan sampai ke puncak
Yang gagal bertahan, bukan sahaja akan terkandas
Malah akan berguling semula jatuh ke bawah…

Al- aaajilyyy

 

PS: gambar diambil dari glencoe, scotland. Kredit to http://inda2681.fotopages.com

4 thoughts on “Dakwah bagai mendaki gunung

  1. salam amar dan mahe

    terima kasih kerana suka pada sajak dan gunung2… hehehe… semuanya datang dari Allah juaaaa =)

Leave a reply to muharikah Cancel reply