Lonjakan aktivisme mahasiswa

Posted on Updated on

 

salam,

 

disiarkan juga di www.msmonline.info

 

Lonjakan aktivisme siswa.

 

Dalam kemelut dunia yang penuh dengan tribulasi bencana alam, ketidak stabilan ekonomi serta kejumudan akhlak, pemuda , terutamanya siswa perlulah memainkan peranan penting dalam melonjakkan semangat aktivisme yang ada dalam dirinya.

 

Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

 

Pemuda ataupun siswa memiliki semangat yang tidak dimiliki oleh golongan selainnya. Mereka juga memiliki kreaitiviti, idea dan tenaga untuk mencapai satu idealism dan visi yang mungkin tidak dapat dicapai oleh golongan selainnya. Gelora semangat ini sangat perlu dipandu agar tidak menjadi statis dan stagnan hingga akhirnya merugikan masyarakat manusia yang dahagakan anjakan perubahan di era globalisasi ini..

 

Rasulullah SAW,bersabda: “Manfaatkan lima perkara sebelum datangnya lima perkara: masa mudamu sebelum datang masa tuamu; masa sehatmu sebelum datang masa sakitmu; masa kayamu sebelum datang masa miskinmu; masa hidupmu sebelum datang masa matimu; masa luangmu sebelum datang masa sibukmu.” (H.R. Al Baihaqi)

 

Sesungguhnya masa muda adalah masa ghairah untuk melonjakkan aktivisme dalam diri yang dimanfaatkan sebaiknya. Masa itu tidak akan kembali andainya waktu itu sudah berlalu.

 

Wajarlah para siswa menggunakan sarana-sarana yang ada di sekelilingnya bagi mengembelingkan sumber tenaga yang ada serta seluruh potensi yang mampu dimanfaatkan oleh jasadnya.

 

Terdapat 4 potensi yang dimiliki oleh manusia yang perlu diasah dengan sebaiknya.

a)          a)Potensi akal.

Dari sini mahasiswa perlulah merasakan bahawa budaya membaca adalah sebahagian dari dirinya. Dia juga perlu bersungguh-sungguh dalam menuntut kursus yang diceburinya dan sebolehnya menjadi pakar di dalam jurusan tersebut. Di samping itu, mahasiswa perlu melengkapkan wawasannya dengan pelbagai aspek keilmuan,baik dari ekonomi, sosial, sejarah, sains, sastera, malahan politik dan ketenteraan. Ini adalah perlu kerana dengan ilmu sahaja mahasiswa akan dapat menggerakkan dunia yang berada di sekelilingnya. Kepentingan membaca ini juga teramat penting bukan sahaja kerana menjadi satu budaya dalam masyarakat barat , namun kita juga perlu melengkapkan diri kita dalam mengenal helah dan tipu daya masyarakat lain yang boleh menjatuhkan peradaban kita.

 

Potensi akal ini juga dimanfaatkan untuk mencernakan idea-idea dan kreaitiviti yang luar biasa dalam aka mahasiswa. Ketika masih menuntutlah, banyak idea-idea yang mampu dicurahkan bagi mendatangkan kebaikan buat masyarakat.

 

 

b)   b)Potensi hati dan ruh

Akal dan hati datang beriringan . Salah satunya tidak dapat hidup tanpa selainnya. Hati merupakan raja kepada jasad dan akal. Jika hatinya itu bersih, maka akan benarlah jasad dan juga akalnya.

 

‘ Ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging, seandainya baik, maka baiklah seluruh jasad itu, dan sekiranya rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati’ ( RIwayat Bukhari dan Muslim).

 

Kerana itu mahasiswa perlu memperkasakan juga hatinya dengan ilmu-ilmu keruhanian dan kejiwaan. Berkawan dengan kelompok manusia yang berakhlak mulia serta mempraktiskan ajaran agamanya merupakan satu kaedah yang terbaik dalam memelihara potensi hati ini. Al-Quran dan As-Sunnah merupakan bekalan paling utuh dalam memandu hati dan akal dalam menggerakan keduanya untuk memenuhi tuntutan sebagai hamba Allah dan khalifahnya.

 

 

c) c)Potensi Jasad.

 

Tenaga merupakan satu anugerah yang hanya boleh dirasakan kenikmatannya oleh orang yang pernah merasai kehilangannya. Tentunya tenaga orang muda berbeza dari tenaga orang tua, mahupun tenaga anak kecil. Sejarah mencorakkan tinta bagaimana orang muda banyak mencipta nama dari pelbagai arena sukan, malah mampu membuat pelbagai perkara dalam masa yang sama. Tentunya tidur kita tidak seperti tidurnya si bayi mahupun orang tua. Malah Rasulullah sendiri berjalan kaki ke Yathrib untuk berdakwah. Peperangan zaman Islam kebanyakkan melalui padang pasir yang sangat panas dan jauh.

Inilah tenaga orang muda. Tenaga siswa! Tidak layak tenaga ini dicurahkan semata-mata di atas meja studi mahupun medan perdebatan semata-mata. Tenaga yang masih mengalir ini seharunya dicurahkan juga buat masyarakat yang memerlukan tenaga kita. Tentu selain dari belajar, kita mampu untuk merantau, mampu berbuat kerja-kerja kebajikan serta mampu berbakti kepada ibu bapa.

 

 

d d) Potensi masa.

Kebanyakan siswa yang masih menuntut mempunyai potensi masa yang lebih banyak berbanding mereka yang sudah berkeluarga, bekerja dan mempunyai komitmen yang lain. Sebab itu potensi masa ini juga selalunya disalahgunakan oleh mahasiswa. Masyarakat sering juga membaca di dada akhbar berkenaan dengan keadaan remaja zaman sekarang yang sangat mudah terjebak ke dalam kancah maksiat. Bacaan kita sudah mangli dengan isu-isu buang anak, sumbang mahram, bohsia, berpelesaran dan sewaktu dengannya. Ini berpunca kerana masa yang ada tidak digunakan dengan sewajarnya.

 

 

Oleh kerana itu, setiap siswa, setiap pemuda perlu meletakkan visi dalam hidupnya. Dengan visi ini hidupnya akan terarah.

 

Tentunya dalam Islam, Allah telah pun meletakkan visi itu di dalam hidup kita.

‘ Tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku ‘ ( Az-Zariyat : 56)

 

Jika setiap insan memahami makna kepada ayat ini, tentunya di telah pun mempunyai visi dalam hidupnya. Visi kita adalah untuk menyembah Allah dan mencari redhaNya.

 

Maka seluruh potensi kita, potensi akal, potensi hati, potensi jasad dan potensi masa akan digunakan bagi mencapai visi ini.

 

Malangnya tidak ramai merasai keindahan hidup dalam pemahaman ini. Hedonisme dan budaya kefoya-foyaan menjadi idola dalam hidup kebanyakan siswa. Mengapa? Kerana hati itu perlu sentiasa diisi dengan sesuatu. Jika tidak diisi dengan iman, dia akan diisi oleh sesuatu yang lainny. Oleh kerana itu ramai yang terperangkap kerana tidak melihat jalan keluar selain dari hiburan yang dilihat di hadapan mata.

 

‘Orang-orang beriman itu hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang.’ ( Ar-ra’du : 28

 

Kita mempunyai potensi yang besar! Kita mampu mengubah hidup kita. Kita juga mampu memimpin masyarakat dan menganjakkan masyarakat dari satu paradgima yang rendah kepada kemuliaan. Kita mampu mencipta nama yang hebat di mata dunia. Ini semua boleh berlaku jika kita benar-benar menggunakan segala potensi yang kita ada.

 

Pelulah disedari bahawa segala upaya dan usaha kita adalah merupakan manifestasi ibadah kita kepada Allah jika kita benar-benar berniat untuk mencapai keredhaanNya.

 

Beranjaklah dari diri yang lemah dan hina kepada manusia yang luar biasa. Mahasiswa merupakan tonggak kepada teraju negara dan masyarakat. Mahasiswa mampu membawa gelombang yang baru kepada masyarakat.

 

Dengan itu, kita perlu melonjakkan semula aktivisme mahasiswa negara. Kita perlukan mereka yang berani ke hadapan, yang berani mencuba dan berani membuat perubahan dalam masyarakat. Dan pastinya kita mampu berbuat demikian.

 

Wassalam

 

Nur Aisyah Zainordin

 

 

 

 

 

Advertisements

One thought on “Lonjakan aktivisme mahasiswa

    ramdhany said:
    January 31, 2008 at 8:06 am

    Nice blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s