Budak medic yang sibuk

Posted on Updated on

Aqilah( adik saya) graduate di Brisbane

salam,

saya dah makin sibuk..

even tak sempat nak menatap karya2 sastera yang agung, mahupun bahan fikrah yang ditulis balik tinta oleh ulama yang besar..

Kebanyakan masa saya dihabiskan samada membalas emel, berusrah ataupun menghadap buku selepas balik dari hospital.

Malahan pada cuaca yang agak kelam, seringkali badanku mudah letih dan mengantuk. ( arrhh!!! salahkan alam lagi..hjuhuhhu)

‘ Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian penghuninya sentiasa bertasbih kepada Allah dan tiada satu kejadian pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji Allah ( Al-Isra : 44)

Seorang ustaz pernah menegur saya, apabila banyaknya email2 yang saya tulis dalam net kami :

‘ Aisyah, anti patut contact adik ni… dia kat sini.. sorang2 je dia kat situ…’

Dan lantas dia berikan lagi saya YM adik2 yang merata di bumi UK ini untuk dicontact dan ditanyakan khabar…

Saya selalu teringatkan Imam Syahid Hasan Al-Bana, idola saya setiap kali saya menemui kebuntuan untuk menulis, bukan!! Bila saya kurang masa untuk berkarya..

‘Beliau adalah seoarang yang mencetak manusia, dia menulis manusia. bukannya buku..’

Ketika itu juga saya teringatkan Abbas As-Assis, penulis pujaan saya dan Syed Qutb, imam-imam yang bergelumang dengan dunia penulisan demi untuk menyebarkan dakwah buat umat.

Mereka turut membina manusia, sambil berkarya.

Dan di manakah saya?

Benar menjadi penuntut perubatan, sepatutnya kehidupannya sibuk. Rakan saya sangat kagum dengan kesibukan saya ‘berjalan’ dari pada belajar. Mana ada pelajar perubatan di Malaysia yang hujung minggunya bukan menghadap buku, malah bertukar-tukar tren dan juga bas ke sana ke mari? Manalah ada penuntut perubatan di Malaysia yang pada waktu cutinya penuh dengan aktiviti-aktiviti selain dari belajar?

Aku sendiri akan rasa pelik jika aku lebih sibuk dengan perkara lain selain dari belajar. Namun aku tahu, dakwah itu bukan nombor dua, dan ramai manusia memerlukan perhatian dan pelukan dari soerang yang memahami ad-deen ini.

Oleh itu, blog ini mungkin akan sepi dihuni dengan coretan kata-kata. Hakikatnya kadang-kadang bukanlah sebab saya sibuk, tetapi lebih kepada tiadanya ilham untuk menulis. Apa kelebihan tulisan saya berbanding orang lain? Saya lebih suka orang lain baca tulisan orang lain selain dari saya. Sebab kadang-kadang mereka menulis dengan lebih baik sekali.

Untuk menulis, kita perlu:

a) Banyak membaca

b) Banyak berfikir

c) Pandai menyesuaikan penulisan untuk pembaca.

Terlalu ramai ulama’ yang menceborkan diri dalam penulisan. Salah satunya Ustaz Halim ataupun ustaz asri

Ataupun pelbagai artikel lainnya..

Tapi yang paling mencabar bagi saya adalah untuk menulis tanpa mahu dipuji… Sangatlah susah. Sebab kenapa kita menulis?

a) nak lepaskan perasaan hati

b) supaya orang baca

c) supaya orang rasa best.

Nampak sangat dua yang terakhir itu adalah ciri-ciri orang nakkan populariti daripada penulisannya. Masakan sampai apa yang dimaksudkan oleh hati jika hatinya ada dua tujuan selain dari Allah?

Sesungguhnya Allah amat mengetahui segala isi hati. Apakah Allah yang telah menciptakan kami tidak tahu? Sedangkan Dialaha yang Maha Halus lagi Mendalam IlmuNya..’ ( Almulk : 13-14)

Hello brother!! Nak sorok pun tak boleh… sebab Allah tahu!! Sebab tu saya jarang menulis. Biarlah orang masuk ke blog saya dengan hampa asalkan saya menunaikan tanggungjawab saya yang asal, menulis manusia dan menunaikan tanggungjawap saya sebagai pelajar.

Saya akan menulis. insyaallah… tapi saya berharap ramainya penulis-penulis lain akan menulis buat mereka yang mahukan bacaan Islam. Perlu mencari karya-karya penulisan yang sempoi yang orang suka baca. Bukan penulisan ilmiah yang langsung tak dekat dengan hati mereka yang membacanya…

Advertisements

3 thoughts on “Budak medic yang sibuk

    afiqawe said:
    December 8, 2007 at 11:38 am

    Salam.

    Busy sgt ke kita?

    or Bajet Busy?

    btw, thanks. Part last tu ingatkan ana utk menulis dgn bertujuan…

    kena sentiasa betulkan niat nieh~

    azie said:
    June 15, 2010 at 11:47 am

    Assalamualaikum.. bgus.. alhamdulillah, dalam kesibukan anti, mash ada ruang untuk kerja2 mulia ni.. ape2pun, niat mesti betul dulu, yg lain, just bring it onnn.. bgus2.. tukar paradigma doktor dari skema n buzy kpd periang n penenang jiwa2 yg lesu.. all da bezz. .. nice 2 met u.. hope could b ur fren..

    muharikah responded:
    June 18, 2010 at 7:25 pm

    of course azie we can be friends iALlah…. betul.. niat mesti lilllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s