carilah hidayah di mana sahaja anda berada

Posted on

ALhamdulillah,

baru selesai program ISK yang lepas, walaupun bilangan kami tak ramai, tapi terasa ikatan ukhuwahnya hingga ke lubuk hati. Insyaallah terasa juga ombakan ISK yang dilalui oleh semua sahabat2 di serata UK dan Ireland. Bezanya pada tahun ini ISK hanya dibuat pada setiap lokaliti sahaja… memudahkan adik2 dari semua kawasan,..

selepas melalui ISK , kami berkesempatan untuk meninjau university of Aberdeen dan juga Glamis Castle. Satu memori yang tidak dapat dilupakan. Alangkah indahnya ukhuwah itu! Terasa memenuhi segenap ruang di kalbu.

Perkarangan masuk ke Glamis Castle

Glamis Castle

Ada banyak lagi gambar, tapi takleh nak tunjuk kat sini…heheh… iA akhwat boleh minta link dari saya.. tapi tak banyak pun…

ok semua,

jaga diri…

Petikan hadis dari program:

Daripada Abu Hurairah r.a. telah berkata ia, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Janganlah saling berhasad dengki, dan janganlah kamu berjual-beli dengan penipuan, dan janganlah kamu saling benci-membenci, dan janganlah kamu saling belakang-membelakangi, dan janganlah setengah daripada kamu menjual di atas jualan setengah yang lain, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain, janganlah ia menzaliminya, dan janganlah ia menganiayainya (tidak memberikan pertolongan), dan janganlah ia menghinakannya. Takwa itu di sini,” dan Baginda mengisyaratkan ke dadanya sebanyak tiga kali (lalu menyambung sabdanya): “Daripada keburukan seseorang itu adalah ia menghina saudaranya Muslim. Setiap Muslim ke atas Muslim yang lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Advertisements

2 thoughts on “carilah hidayah di mana sahaja anda berada

    zahratulhilal said:
    December 7, 2007 at 2:34 pm

    salam alyk, ka aisyah.. sebelum ni saye penah tejumpe blog akak semasa google. tp segan na menyapa..hehe. teringin na berusrah ngan akak.. tu pun klu akak sudi tarbiah saya 🙂

    muharikah responded:
    December 8, 2007 at 10:16 am

    zahrah,…
    insyaallah..akak bantu mana yang mampu ye dik… 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s