maafkan saya kerana sudah jarang menulis.

Posted on Updated on

salam,

maaf jika saya perasan ramai baca blog saya. Tapi saya tahu, insan2 yang dekat dengan saya paling tidak sering menyelak-nyelak halaman website ini. Secara jujurnya saya sendiri jarang bersinggah ke mana-mana blog sahabat saya di atas kesuntukan masa yang saya. Jika tidak diiklankan di YM mahupun teringat akan sahabat itu, mungkin saya langsung tidak membuka halaman mereka.

Memang menjadi pelajar perubatan sangat mencuri-curi masa yang ada. Namun saya bersyukur, di atas kesibukan saya ini Allah menyelamatkan saya dari membuat perkara yang sia-sia dan durjana. Saya bersyukur saya sibuk, kerana saya tidak punyai masa yang banyak untuk rehat. Walaupun saya selalu rasa mengantuk di kesejukan malam hari.

Alhamdulillah, tadi berbicara dengan ibunda tecinta. Novel dan puisi antologi saya telah mula dijualkan olehnya dan adik saya.

‘Pandai juga syah buat puisi ye.’ Begitu ujar ibu.

Heheheh… ala mak baru tahu ke? Bisikku dalam hati.

Alhamdulillah. Ibuku memang seorang wanita korporat yang sibuk . Jarang dia memuji anaknya. Tentunya puisiku banyak berunsur dakwah dan aku bersyukur dia menerima seadanya….

Izinkan saya berkongsi dengan anda semua sebuah hadis :

picture-1.png

Alangkah tulus dan mendalamnya makna hadis ini.

Dalam daurah kami yang lepas, banyak ustaz tekankan tentang perlunya kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap perkara..

Ada orang bertanya ustaz :

‘Ustaz nak bawak kami ke mana?’

‘ Saya nak bawak antum kepada Allah!’

‘ Ye betul, tapi ustaz nak bawak kami ke mana?’

‘ Ana nak bawak antum untuk kenal Allah, dengan Al-Quran dan Sunnah. ‘

‘ Tapi itu tak jelas ustaz. Ustaz nak bawak kami ke mana? ‘ Desak yang bertanya. MEmang sungguh dia tidak puas hati dengan jawapan ustaz itu.

‘ Ana nak bawak antum kepada Islam. Dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Tak jelas lagi ke jawapan itu?’

Dengan jawapan itu mereka berpisah dari halaqah ustaz itu. Kadang2 pelik kenapa orang masih mencari sesuatu selain dari itu? Selain dari untuk memahami Islami dan dakwah? Kenapa beriya sangat untuk menekankan aspek lain selain daripada membina kefahaman yang utuh tentang Islam itu sendiri?

Ok, saya dah melilau.. Saya cuma nak mengaitkan hadis di atas dengan kehidupan seharian kita. Saya adalah seorang duat. Dan sebetulnya saya adalah seorang mukmin. Kerja sepanjang waktu seorang mukmin adalah menyeru manusia kepada Allah ( Walaupun saya tak dapat join’ Islamic Awareness week’ di dundee minggu ini- sibuk….huhuh) . Dalam perjalanan hidup saya, terlalu ramai manusia saya jumpa. Pelbagai wajah dan pelbagai warna.

Dan dari mereka saya mempelajari makna kehidupan yang sangat dalam isinya. Ada yang saya kenal dengan rapat. Ada yang biasa-biasa sahaja. Tapi di hati saya tersimpan satu simpulan kasih yang tercerna di balik doa saya. Kadang-kadang saya terlalu menunjukkan. Kadang-kadang saya malas nak tunjukkan.

Namun Rasullulah sudah berpesan pada kita:

picture-1.png

Jangan abaikan walau sekecil mana kebaikan itu!

Walaupun hanya memberikan wajah berseri ketika berjumpa dengan saudaramu….

Buangkan segala kekelatan muka. Singkirkan ketidak sefahaman jiwa. Lontar segala dengki , dendam dan cemburu dalam dada…

senyumlah buat saudaramu semua…

memang, kadang2 kite tidak sekepala, kita bukan teman bicara yang akrab. kita selalu je nak gaduh..

tapi senyumlah kepada saudaramu…..

sungguh ia merupakan kurniaan yang besar bagi mereka yang melihat senyuman mu itu!

PS: kadang2 pedih hati melihat cebik muka saudara fillah tatkala bertemu, tidak berpaling muka mereka kepada kita. Tapi senyuman itu bisa mencairkan nanah yang ada di dalam jiwa…

PSS: Selamat hari lahir buat nadia kamaluddin! Moga bertambah usiamu mendekatkan diri kepada Allah!

__________________________

Aktiviti minggu ini:

– Ward urology

-siapkan SSC/ 4th year project

– Badminton hari rabu.

– Sabtu dan ahad 24-25 November –> ISK di Aberdeen

– Jumaat – Gi Glasgow untuk ambil Siha!!!

– Ahad – liqa bersama rumaisah binti Milhan…

Advertisements

One thought on “maafkan saya kerana sudah jarang menulis.

    ili said:
    November 22, 2007 at 6:17 pm

    assalamu’alaikum….
    akak, lama sangat dah sy tak jenguk blog akak ni… bila baca entry akak kali ni, rasa kena sgt dgn apa yg saya lalui sekarang… terima kasih ye kak… belaja elok2 kat sana.. n doakan saya kat sini.. even tak pernah bertemu kan.. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s