Artikel untuk adik2 baru…

Posted on Updated on

Artikel ni ditulis atas permintaan seorang teman…

 

Pasak yang benar memberi pohonan yang segar. 

Aku masih ingat lagi di kala kakiku bertapak di Lapangan Terbang Heathrow yang gah di mata dunia itu. Udaranya di tika itu tidak sekotor sekarang. Masih lagi ramai orang yang menyambut mata kami dengan tamah, namun ada sahaja yang tidak mempedulikan langsung barisan para pelajar baru yang sangat mentah dan teruja untuk berada di negara orang ini.

Tahun pertama saya di dundee bersama kawan2 Taylor’s College

 

Terasa di saat itu, usaha yang berpulun-pulun untuk meraih kesempatan belajar di negara orang ini berbaloi, dengan tibanya aku sebagai pelajar perubatan yang berprestij di Negara itu.

Tapi itu kisah 4 tahun yang lampau. Tahun demi tahun aku menerima kedatangan adik-adik yang baru. Semuanya teruja seperti aku  dahulu. Semuanya mahu mencuba segala sesuatu yang ada. Mahu merantau k eseluruh dunia. Mahu belajar bersungguh-sungguh. Paling kecil hatinya semua sangat berkira-kira dalam membelanjakan wang elaun yang diberikan. Nasib baik tak pernah bawak kalkulator sewaktu bershopping.Semua nak kene darab! Dah lama juga tak memegang alat 4 segi itu semenjak menjadi warga medik di sini.

Bunga api di Dundee..

 

Benar, pengalaman berada di negara orang adalah pengalaman yang tidak ternilai harganya. Hanya kita yang merasainya sahaja tahu apakah nilaiannya. Dan pengalaman ini adalah pengalaman yang menentukan corak kehidupan kita di hari muka kelak.

Sedarlah, usia kita sewaktu menjadi siswa inilah yang menetukan siapa kita apabila kita telah pun menerima ijazah kelak.

Dari usia seperti kitalah, ramai tokoh-tokoh terkemuka dunia Berjaya mengukir nama mereka di dalam sejarah peradaban dunia. Samada mereka adalah ulama seperti Yusuf Qardawi, ataupun mereka itu adalah ahli saintis seperti James Watson yang mencipta DNA. Ramai lagi yang Berjaya di tika mereka seusia kita Usamah bin Zaid, Zaid bin Harithat dan Ali bin Abi Talib adalah tokoh muda di zaman Rasulullah yang membuktikan bahawa usia muda adalah usia meraih kreativiti, jatidiri dan aspirasi untuk menjadi manusia yang berguna buat ummah.

Kuncinya adalah untuk memanfaatkan usia dan potensi yang ada pada kita!Kerana itu, dengan kandungan tenaga yang banyak, kreativiti yang mencurah di minda, dengan kekuatan tubuh dan semangat yang membara di dada, tentulah kita akan melaksanakan apa yang Rasulullah pernah nasihatkan buat kita :

‘Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua,masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati,dan masa kosong kamu sebelum sibuk.’


Buat semua adik-adik yang baru menghirup udara yang segar di negara baru ini, hiruplah juga manfaat-manfaat yang ada juga di dalamnya.  Rasulullah pernah bersabda:Ambillah hikmah itu walau dari bekas manapun ia keluar.’

Dalam masa yang sama, pintarlah dalam menilai buruk dan baiknya peluang-peluang yang ada di hadapan kita. Tentu sahaja berada di luar negara ini kita mempunyai kebebasan yang sewenang-wenangnya tanpa siapa mahu menyekat kemahuan kita. Tidak ada siapa akan menghukum jika kita berbuat maksiat. Tidak akan ada siapa peduli jika kita mengabaikan tanggungjawab kita. Semuanya terletak kepada diri kita sendiri.

Bunga api di dundee

 Kerana itu, carilah sahabat yang dapat menjaga kita. Mereka adalah orang yang akan berusaha menjaga kebajikan kita dan mencegah kita dari terjerumus ke jurang kedurhakaan. Percayalah, mereka yang akan menyelamatkan kita nanti. Dan tidak ada manusia yang mampu hidup bersendirian.

Akhir kata, ‘brush up your English!’ ( maaf artikel ini dalam Bahasa Melayu pula). Inilah peluang terbesar untuk mempraktiskan kepetahan berbahasa anda.

Rasulullah sendiri pernah bersabda:

Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu ia aman dari tipuan mereka.’

Jadilah manusia yang cemerlang ketika bergelar siswa ini. Insyaallah anda akan menjadi manusia yang gemilang di kemudian harinya

 Salam ukhhuwah

AisyahDundee 

Advertisements

5 thoughts on “Artikel untuk adik2 baru…

    saya budak baik said:
    November 10, 2007 at 2:04 pm

    yang mana satu kak aisyah? hehe.

    muharikah responded:
    November 11, 2007 at 8:57 pm

    heheh..

    yg paling comel tu….kekekeke

    Nur Aqilah said:
    November 12, 2007 at 8:07 am

    betul tue syah …rasa mcm sedih pula nak tinggalkan aussie nie pula ..rindu syah kat sana

    muharikah responded:
    November 14, 2007 at 12:52 pm

    rindu kat qila juga! Dah dapat dah poskas dari oz! thanks!

    blueray said:
    August 10, 2008 at 1:29 am

    saya masih baru lagi ni. tp, saya tak nah darab dengan tujuh. logik saya – lagi darab, lagi pening. so, rempuh saja. sape lapa, saya belanja..bukan billionaire, tapi, suka blanja makan..puas kalau tgk kengkwn kenyang bila kita blanje.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s