Di manakah QUran di hatimu?

Posted on Updated on

The Evolution of Qur’anic Exegesis”

Dr Hussein Abdul-Raof, University of Leeds

Aku melihat tajuk di paparan iklan di emelku dan aku bertanya pada diri: Apa kebenda ni?

Ternyata mungkin ianya sesuatu yang amat menarik.

Berada dalam rumah berseorangan kerana iftida berada di Tarland untuk mengikuti blok GPnya di situ membuatkan aku sedikit tidak senang bersendirian di rumah. Apatah lagi aku tidak berjumpa mana2 muslim pun semenjak pulang dari Newcastle tempoh hari. Bosan yang amat sangat. Kekeringan hati yang tidak tergambar dengan kata-kata..

googlequran.jpg

Lantas aku mengagahkan diri untuk pergi ke ceramah itu.Tidak jauh dari itu. dan aku sengaja melambatkan kedatanganku. Teruk betul bile difikirkan tapi aku rasa selalunya memang ceramah akan dimulakan lambat.

Setelah aku sampai, sedikit aku rasa kecewa kerana tidak ramai pelajar sebayaku berada di situ. Ternyata ramai golongan PG yang mengisi ruang bilik yang kecil ceramah itu. Mengapa ya? Tajuk yang menarik, tapi kurang sambutan.

Alhamdulillah, ternyata usahaku untuk datang itu berbaloi..

Dan aku pulang membawa bekal, pulang membawa semangat baru. Banyak perkara yang dikongsi oleh Dr Hussein yang tidak ramai orang ketahui.

Sebenarnya penceramah cube menceritakan tentang perihal tafsir-tafsir Quran yang wujud dewasa ini. Bagaimana ulama skrg boleh hasilkan tafsir- tafsir yang sebegitu.
Tentunya para sahabat tak memerlukan tafsir sebab mereka ada Rasulullah untuk menerangkan makna ayat Quran jika mereka tidak faham ayat itu. Tapi selepas Nabi wafat dan para sahabat wafat, kewujudan tafisr ini penting bagi memudahkan orang memahami makna ayat-ayat Allah itu.

Zaman Tafsir ini wujud dalam 3 fasa yang utama:

a) Fasa formatif

b) Fasa ‘recording’

c) Fasa Moden

Fasa formatif adalah di zaman kurun pertama Hijrah ( Sebelum 100 H ) . Zaman ini orang hanya mendengar sahaja Tafisr Quran menerusi hadis TANPA menulis tafsir tersebut. Ketika ini tafsir masih kekal dalam bentuknya yang asal.

Selepas itu fasa ‘rekording’ ataupun fasa penyalinan, di mana di ketika ini ramai ulama mula membukukan tafsir2 yang telah pun diceritakan oleh ulama2 seperti Ibnu Abbas mahupun Ibnu Masud. Dan fasa ini berlaku selepas kurun ke3 hijrah.

Kenapa lambat sangat nak bukukan tafsir Quran ini? Ini sebab hadis pun lambat dibukukan kerana ditakuti hadis yang dibukukan akan bercampur dengan QUran yang sedang dibukukan juga..

Hanyalah selepas kurun ke3 hijrah, bertimbun-timbun tafsir yang dibukukan.

Tafsir ini juga terbahagi kepada beberapa kumpulan. Ada tafsir yang mengikuti aliran Ibnu Masud dan ada dari ibnu Abbas. Kebanyakan orang2 Makkah dan Madinah mengikut aliran Ibnu Abbas dan selainnya berpusat di Kufah di bawah Ibnu Masud.

Dan benda paling kagumnya saya rasa ada mungkin lebih dari beribu mungkin tafsir Quran yang wujud kat dunia. Dan sebenarnya kebanyakan tafsir diambil dari Ibnu Abbas dan ditulis oleh anak muridnya. Cumanya sewaktu beliau masih hidup Ibnu Abbbas menyuruh semua anak muridnya membakar tulisan2 yang anak muridnya salin sewaktu dia mengajar. Dia takut kata2 nya menjadi hujah baginya di akhirat kelak. Maka sebenarnya semua manuskrip tafsir mahupun kata2 ibnu Abbas yang asal telah pun musnah.Maka sebenarnya kata-kata Ibnu Abbas yang telah ditulis semula itu tidak terbukti kesahihannya kerana terlalu ramai orang yang mengintepretasinya dengan cara berbeza. Maknanya orang itu kata kata-kata tersebut adalah dari Ibnu Abbas tapi sebenarnya adalah dari tulisan penulis itu sendiri.

anfal3.jpg

Antara poin yang penting saya dapat juga adalah, tafsir2 Quran itu terbahagi kepada dua, iaitu yang main stream dan non-mainstream. Yang main stream adalah tafsir yang hanya mengambil Quran dan sunnah sebagai rujukan. Ini termasuklah Alqurtubi, Al-Tabrani, ibnu Kathir dan sebagainya. Dan yang non mainstream pula terlalu banyak, termasuklah ar-razi, sunni, dan macam2 lagi yang saya tak pernah dengar..

Dalam perbincangan yang ada tadi ada orang mempersoalkan:

‘So , sekarang ni nak ambil mana satu kata-kata ibnu Abbas yang betul?’

Dan penceramah tu kata:

‘Sebenarnya kita tak tahu pun mana satu kata-kata ibnu Abbas mana satu tidak.’

Sayang sungguh jika terlalu banyak manuskrip Islam yang hilang begitu sahaja, dan kite tidak tahu sebenarnya tafsir2 yang selalu dijadikan rujukan itu adakah ia benar2 ditulis oleh Imam2 itu ataupun telah pun diubah suai oleh penulisnya ..

Tapi pada saya, apapun untuk kite yang hidup di dunia moden ini, kita perlu mengambil langkah yang praktikal dalam kite nak memahami Al-Quran.

Dalam memahami AlQuran sendiri terdapat dua pemikiran : satu pemikiran Haqiqi lagi satu pemikiran majazi. Pemikiran hakiki adalah orang yang mengambil AlQuran sebagai mana yang ditulis dalam Quran tanpa mengubah suai maknanya. Manakala majazi pula orang yang mengambil AlQuran dan mengintepretasikannya mengikut lensa masing2, contohnya lensa sains ke, lensa falsafah ke, lensa orientalis ke dan sebagainya..

Pada saya, perlunya kite mengambil QUran itu secara hakikinya bukan mengambilnya secara majazi..

‘Dan jika kamu berada dalam keraguan tentang Al-Quran yang kami wahyukan kepada hamba Kami ( Muhammad) buatlah satu surah sahaja yang semisal Al-Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah jika kamu orang yang benar ‘ ( 2:23)

Kerana itu sebenarnya sangatlah penting kita faham bahasa Arab juga..

Sebab sebenarnya tafsir yang ada, Tafsir Al-Jailani, Tafisr ibn Abbas ( yang tak tahu adakah betul berasal dari ibnu abbas) Tafsir Al-Tustari, Tafsir Baydawi dan tafsir kashani mentafsirkan makna Arab kepada Arab. Maka kalau diterjemahkan ke bahasa melayu atau inggeris, lagilah lain maknanya.

Lagipun pernah ke tengok tafsir2 kat atas dalam bahasa Melayu? Saya antara tafsir yang pernah saya tengok adalah tafsir Ibn Kathir, Tafisr Al_Qurtubi, Tafsir Munir, dan lain2nya pula adalah tafsir fasa moden. Tapi sangat kurang tafsir yang ditulis pada abad ke3 Hijrah sehinggalah sebelum zaman moden ini.

FAsa ketiga adalah fasa moden di mana kebanyakan tafsirnya adalah ringkas dan sesuai dibaca oleh orang sibuk seperti kita. Namun pada saya tafsir-tafsir moden yang ada pun tak sempat nak baca sebab tebal sangat!

So apa langkah kita kene buat?

Penceramah tadi tidak memberikan jawapan yang konkrit apabila ditanya apakah tafsir yang sesuai untuk orang zaman sekarang. Dia cuma kata kalau nak cari tentang sejarah, boleh baca Al-Qurtubi, Kalau nak cari tentang sains, boleh baca A-razi, kalau nak cari tentang ibadah, boleh baca At-tabarani..

Deyh, aku mana ada semua tafsir-tafsir itu!huhuhh..

Saya suka dengan guru yang sangat praktikal pada anak muridnya. Diberikan anak muridnya tafsir yang sesuai dengan anak muridnya itu. Ramai kata kalau nak usrah dan nak buat tafsir, ambillah juga bahan2 dari tafsir-tafsir lain. Asyik Fi-Zilal je! Tak semestinya apa dalam fi zilal tu betul? Aiyak! Pelik betul ada orang kata camtu!

Tapi pada saya pilihlah tafsir apa yang sesuai dengan jiwa dan kefahaman anda. ( BTW, penceramah tu kata, Ibnu Kathir yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sangat2lah tak tepat maknanya) Pilihlah tafsir yang menambahkan kefahaman kepada Islam dan mendekatkan diri dengan ALlah. Paling penting, pilihlah tafsir yang mengajak anda untuk beramal, bukan sekadar menambahkan ilmu anda supaya anda hebat bercakap depan orang ramai, tapi yang memberikan cahaya , menghidupkan hati dan dapat memberi sinar kepada jalan hidup anda..

Pilihan saya masih Tafsir fi zilal, sebab saya rasa fi zilal itu sangat dekat dengan jiwa orang muda yang moden sangat mudah untuk di dapati dewasa ini…

Jangan pula sibuk mentelaah tafsir, sehingga lupa beramal dengan makna Quran itu sendiri..

‘Orang yang membaca Quran itu ibarat buah sitrun( Limau). Baunya harum dan rasanya lazat. Orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran itu ibarat buah kurma. Ia tidak mempunyai bau tapi rasanya sedap dan manis. Orang munafik yang membaca Quran ibarah buah raihanah, baunya sedap tapi rasanya pahit. Orang munafiq yang tidak memabca AlQuran ibarat buah petola, tidak punyai bau dan rasanya pahit’ ( Bukhari dan Muslim)

‘Bacalah Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kimat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya ( Muslim)

boleh download fi zilal quran di  http://bahantarbiyyah.info/v2/index.php?cat=5

Advertisements

2 thoughts on “Di manakah QUran di hatimu?

    arsaili said:
    November 3, 2007 at 3:42 am

    salam..canti gambar surah Al Anfal tuh

    akhy said:
    January 8, 2008 at 7:32 am

    assalamu aluikum…

    salm taaruf ukhty..
    ane dari indonesian moslem..
    sekalin minta izin copy pestenya dari blog ukhty.. yah… he..he…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s