cerpen – 30 Ramadhan : 1 Syawal

Posted on Updated on

raya.jpg

Weyh! Raya esok arh! Ko tak happy ke?’

++ Happy? Apsal aku nak happy plak?

‘ dah habes sebulan kita puasa beb! Alhamdulillah. ..!’

++ Diam. Bisu. Tak tau nak cakap apa.

‘ Apsal blur sangat ko ni?Terkejut eh?’

++ Terkejutlah Zahid! Aku tak expect pun! bisik hatiku berbicara.
‘ Takdelah bro. Aku rindukan mak aku je..’ aku membalas

Ibunda. Apa agaknya ibunda sedang buat sekarang di kala anakanda sedang sayu mendendangkan takbir membesarkan tuhan kita?

Allaaahu Akbar. Allaaaahu Akbar. Allaahu Akbar. Laaaa ilaaha illAllah Waallahuakbar. .’

++ Argghhh!! Air mata! Jangan kau jatuh! Pantang anak jantan menangis depan temannya!

‘ Macam mana Uwais, pertama kali nak beraya di bumi orang ini? ‘ Lembut suara Ustaz Harun menegur seusai selesai majlis takbir di rumah pertama. Kami sedang menikmati juadah tidak seberapa dari tuan rumah. Itu kata tuan rumah, tapi padaku yang sangat jarang masak, juadah bihun yang enak bukanlah juadah ‘tidak seberapa’ pun!

‘ Entahlah ustaz. Tak tau nak rasa apa. Ingatkan raya hari Sabtu. Rupanya esok, Jumaat. Saya ada kelas lagi esok. Tak taulah camane .’

‘Ponteng je kelas Uwais. Bukannya selalu pun raya. Setahun sekali je.’ Abang Ruhail menjawab. Dia sudah menjadi doktor sekarang.

Aku senyum membalas.

Suasana di luar rumah Abang Ruhail sejuk melambai. Terasa damainya perasaan seusai takbir yang bergema. Sayunya terasa pada malam-malam yang gelap dan permai ini. Menyentuh perasaannya yang mencari-cari sesuatu.

++Ramadhan telah pergi!
– Kita kena raikan hari raya! dah sebulan kita berpuasa! Sekarang tiba masanya untuk berziarah ke rumah sahabat-sahabat, bermaaf-maafan dan menikmati juadah.

++ Tapi Ramadhan telah pergi!

– Kan dah cukup kau khatam Quran bulan ini. Solat tarawikh kau tak pernah miss. Solat tahajud pun. Cuma sekali kau tak sempat bertahajud dan bersahur sebab kau kene siapkan assignment kau malam tu. Itu je. Oklah tu! Berapa ramai orang hanya solat tarawikh awal-awal je, pastu dah tak dah!

++ tapi Ramadhan dah takde lagi!

– Haish… mana boleh ramadhan setahun dik oi!

Hatinya menangis bersama-sama embun-embun yang turun di malam itu. Burung-burung berkicauan lembut, menyanyikan tasbih buat pencipta mereka. Tahukah burung, malam ini Ramadhan akan berakhir?

Daun-daun turut melambai-lambai dipukul angin yang sepoi-sepoi bahasa malam itu. Adakah dedaunan itu melambai pemergian Ramadhan?

Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh penghisaban, nescaya Allah akan ampunkan dosa-dosanya’ ( sabda Rasulullah)

Berjasanya Ramadhan pada aku!

Siapa yang tidak mampu meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa), maka Allah tidak membutuhkan lapar dan hausnya. ( Al-hadis)

Dan dia mengerti Ramadhan mengajarnya erti sesuatu!
Itulah taqwa!

Allah swt berfirman:“Katakanlah: “Hai hamba-hamba- Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu”. orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. ( Az-Zumar: 10)

kadang-kadang pernah dia rasa malas sangat nak solat tarawikh. Tak larat betul nak pergi masjid. Tapi dipaksanya diri untuk pergi bertarawikh. Kadang-kadang dia bertanya sendiri, kenapalah perlu bertarawikh? Apa fadhilatnya? Dapat apa nanti?

Walaupun dia sedar bahawa segala amalan ibadah semuanya dilipat gandakan di bulan ini. Semua dosa-dosa diampunkan. Tapi dia masih malas rasanya nak berdiri untuk bersolat.Banyak lagi kerja aku kene buat. Nak belajar lagi. Ahhh!! Jahatnya nafsuku!

Katakanlah: “Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. ( Az-zumar:11)

Kadang-kadang aku tidak sedar, pengampunan dari Allah itu lebih besar nilainya berbanding dengan segala ganjaran material yang ada di atas dunia ini! Memang ganjaran di dunia tak nampak. Tapi bagaimana ganjarannya di akhirat nanti?

Abu Bakar pernah berkata:Demi Allah, seandainya salah satu kaki saya berada di syurga, sedangkan kaki yang lain masih di luarnya, maka aku tidak merasa aman dari azab Allah swt.”

Aku bersyukur walaupun dalam keterpaksaan aku berdiri menyembah Ilahku, pengorbanan itu berhasil. Walaupun aku tahu ramainya teman sekelasku sibuk duduk di rumah mengulangkaji sedangkan aku sedar masaku bersama buku agak terhad di bulan Ramadhan ini. Namun aku bersyukur, jiwaku makin tenang. Aku merasai karat-karat di hati ini luntur. Kerasnya jiwaku makin lembut. Dan aku dapat merasai sejuknya angin yang melambai wajahku di saat aku meminta ampun pada Rabbku, Allah Azza wajalla. Seolah-olah Dia berada di sebelahku, mendengar setiap butir bicaraku.

‘Susah betullah nak khusyuk bila solat lama-lama ini’.

Pernah seorang teman berbicara demikian. Aku sendiri bertarung dengan diri sendiri tatkala sukarnya untuk mencapai kekhusyukan.

‘Takpe. kita still boleh cuba. Jika kita solat jemaah, lagi boleh bantu untuk lebih khusyuk insyaallah.’ Kawanku itu setuju untuk bersolat di masjid selepas aku mengajaknya bertarawikh bersama.

‘Uwais! Jauhnya menung! Teringatkan seseorang ke?’ Pecah suara insan-insan yang berada di sekelilingku. Mereka tertawa menutup mulut. Sopan.Patutlah mereka menegurku. Sudah tiba giliranku untuk bertakbir pula.

Aku senyum tersipu-sipu. Aku memulakan takbir dalam nada yang sayu. Mahu sahaja menggambarkan perasaanku pada mahkluk yang ada di alam ini di saat itu.

‘Allahu Akbar, Allahu Akbar. Allahu Akbar. Laa ilaa ha illallah Wallahuakbar. Allahuakbar Walillahilhamd. ….’

Ramadhan telah pergi. Syawal menjelmakan diri. 1 Syawal jatuh pada yang sepatutnya di dalam kalendar adalah 30 Ramadhan. Satu perkara yang tidak diduga bagi dirinya. Dia masih tidak bersedia!

Ramadhan meninggalkannya begitu sahaja.

Apabila syaitan sudah tidak dibelenggu, segala pantang larang sewaktu Ramadhan sudah tiada, mampukah dia meraih prestasi seperti mana sebulan yang dilaluinya dulu?

Dia tahu, samada bulan Ramadhan ataupun tidak, yang menjadi tarungan hebatnya adalah hawa nafsunya sendiri jua!
Selamat menyambut Aidil Fitri buat semua! maafkan salah silap di sepanjang perkenalan kita bersama !

Wassalam
Aisyah
Dundee

Advertisements

3 thoughts on “cerpen – 30 Ramadhan : 1 Syawal

    Syuqaira said:
    October 15, 2007 at 4:32 pm

    Salam kak aisyah,
    masuk hari ini sudah 4 hari Ramdhan meninggalkan kita,
    syahdu, sayu..semuanya terasa,
    Cukupkan sebulan itu menjadi latihan setahun perjalanan?
    Mungkinkah hanya lapar dan dahaga sahaja?
    Soalan buat iman sy sendiri.. (T_T)

    Moga setiap Ramadhan yg berlalu benar2 memberi makna.. (amiin iAllah..)
    dan moga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yg seterusnya.. (amiin iAllah)
    kerana..hati ini sudah mula rasa..rindu….

    “Dia tahu, samada bulan Ramadhan ataupun tidak, yang menjadi tarungan hebatnya adalah hawa nafsunya sendiri jua!”

    mari mujahadah!

    p/s: jzkk kak aisyah, moga cerpen ini bawa manfaat buat semua =)

    Syuqaira said:
    October 15, 2007 at 4:35 pm

    Oh ya,
    Selamat hari raya,
    maaf zahir dan batin,
    mohon ampun semua salah dan silap ya kak aisyah..

    muharikah responded:
    October 24, 2007 at 2:04 pm

    Selamat hari raya dan maaf zahir batin Sikin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s