Menjadi manusia berprestasi di Bulan Ramadhan

Posted on Updated on

img_9238.jpg

Di Loch Loghy, salah satu tasik di loch lomond, Scotland, bersama adik2 saya last 2 weeks.

Hidupku kaku….
walaupun ditemani cerianya manusia di sampingku saat di mana mereka dilayani dan diubati. Namun aku berasa kosong di situ. Hidupku kosong walaupun Ramadhan menyeliputi seluruh pancaindera yang wujud di alam ini.

Ramadhan…

semerbak angin yang berlalu di subuh hari menyejukkan jiwa insan yang mencari-cari rahmat Tuhannya di setiap saat. Ramadhan di malam harinya malaikat turut serta dalam pesta ibadah, mengaminkan doa hamba-hamba Allah yang teresak-esak dan terhinjut-hinjut bahunya, memohon maghfirah dan pertolongan dariNya..

‘Bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka. (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

( Ali-Imran : 15-17)

Akukah mereka itu?

Pada kata-kata Allah sebelum itu dinyatakan bahawa :

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)

( Ali-Imran: 14)

Aaahhhh!! Sukarnya mencabut dunia dalam hati yang telah dihiasi dengan keindahan duniawi yang membutakan!

Ramadhanku, yang kuharapkan dihiasi dengan keindahan ibadah dan zikrullah bertukar menjadi hari-hari yang dorman. Hari yang serupa sahaja jika Ramadhan tidak berada di dalamnya…

‘ You must report to the ward at 8 am and cannot leave the hospital before 5 pm’

‘ I hope you can get your most benefit out of this block. You have to see how the ward is like. You have to talk to the patient, see their investigations, management and what follow up their required’

Aku duduk terdiam mendengarnya. Padaku , setelah sekian lama berada dalam ruang kiub ceramah, kini bermulah sesiku bertarung dengan pengalaman sejati menjadi seorang doktor. Excited? Ya. Sudah tentu. Tapi di bulan Ramadhan? Semangatku meredum sedikit.

‘ Saya on night shift malam ni dan esok. Saya sahur kat hospital. Tarawikh tak sure sempat ke tak.’

Begitu kataku pada teman serumahku..

Tarawihku pada malam pertama Ramadhan beredar begitu sahaja. Bangun malamnya hanya sempat bersahur.

img_9279.jpg

Di tentmuir Beach, Dundee

Aku teringatkan ghazwah( Perang) yang sering terjadi pada bulan ramadhan; Perang Badar Al-Kubra dan perang Tabuk.

Dan terlalu banyak lagi perkara-perkara besar yang berlaku sewaktu Ramadhan. Cukup menyatakan padaku bahawa hakikatnya Ramadhan ini bukanlah sahaja berpuasa di siang hari dan menjadi rahib di malam harinya. Namun Ramadhan juga adalah bulan perjuangan dan jihad. Jihad hawa nafsu dan jihad di medan jihad.

Mengkagumkan Bulan Ramadhan ini jika dijadikan madrasah untuk menjanakan sumber tenaga yang luar biasa dalam jiwa manusia.

Di bulan Ramadhan , ( baraknaa fiihi) tinta sejarah turut menyaksikan berlakunya penaklukan Kota Makkah ( Fathu Makkah) – 8 Hijrah, Tahun 9 Hijrah menyaksikan utusan Taif yang satu ketikanya memalukan Rasulullah dan menghina baginda menggabungkan diri mereka dengan kafilah Islam dengan syahadah mereka.

Dan kita tahu inilah bulan paling mulia kerana:

‘Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.’ ( Al-Baqarah: 185)

Subhanallah! Agungnya Ramadhan apabila pada permulaan bulan ini ( 1 Ramadhan 587H) merupakan tarikh di mana Salahuddin Al-Ayubi menguasai Kota ‘Asqalan yang merupakan pintu masuk menuju Al-Quds. Katanya :

“Demi Allah, sesungguhnya penghancuran benteng di β€˜Asqalan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku. Sebab, penguasaan β€˜Askalan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslim.”

Beliau lantas terus mara menentangkan pemerintahan Kristian di Al-Quds sehingga dapat menguasai semula pemerintahan kafir pada pertengan Ramadhan tahun 584 Hijrah.

6 Ramadhan 223 Hijrah turut mencatitkan sejarah di mana seorang khalifah Abasiyyah, Al-Mu’tasim Billah berjaya mengepung kota Amuriyah yang merupakan benteng pertahanan kerajaan Bizantium di Asia dan berjaya pula menakluknya.

Kisah terakhirnya adalah berkenaan Tariq Bin Ziyad tatkala beliau membuka kota Andalusia, peristiwa ini terjadi pada 28 Ramadhan 92Hijrah.

Mengapa ya? Ramadhanku seolah-olah kehilangan ruh? Tentunya tidak bersama orang muslim untuk meraikannya bersama sedikit menghilangkan bahagianya. Tapi adakah berada di negara majoritinya adalah kuffar ini akan berbeza jika disambutnya Ramadhan di tempat yang ramainya Muslim di situ?

Hakikatnya ku tahu, samada aku berada di Dundee ini, hattakan di Malaysia jua, jika dunia menjadi target utama, jika yang mahu dipuaskan adalah nafsu semata, Ramadhan tetap akan berlalu seperti mana bulan-bulan yang lainnya tanpa memberi makna kepada insan yang melaluinya.

img_9258.jpg

Maghrib di Fort William,Scotland

Malaysia sendiri akan sibuk dengan makanan yang terlalu mewah, dengan perbicaraan harian yang penuh lewah dengan harta dan rumah, dengan adegan di televisyen yang kadang-kadang lebih banyak membatalkan puasa orang yang melihatnya berbanding memotivasikan mereka untuk mengejar akhirat. Namun di Dundee juga, dengan tiadanya ramai Muslim, kadang-kadang kita kalah dengan suasana di sekeliling kita, kita tunduk bersama arus-arus yang berlalu. Kita turut tidak berzikir pada Allah kerana melihatnya manusia tidak berzikir.

Hakikatnya, di mana sahaja kita berada, dalam keadaan apa sekalipun, iman pasti teruji. Tidak ada syurga yang boleh dimiliki tanpa jihad, tanpa pengorbanan dan tanpa keteguhan pendirian.

Moga Ramadhanku yang bersisa membuahkan mutiara-mutiara yang boleh ku kutip di hari kemudian kelak. Amin…

PS: Maaf lama gile tak update. Sangat sibuk dengan hospital dan report yang berlambak dan travel juga… Untuk my pembaca blog, jangan lupa tinggalkan link anda ye!

Salam rindu buat semua,

Aisyah

Dundee

Advertisements

5 thoughts on “Menjadi manusia berprestasi di Bulan Ramadhan

    arsaili said:
    September 18, 2007 at 1:11 pm

    MasyaAllah cantik nyer…di Scotland hanya sempat ker Edinburgh saja..one day pasti kembali menjejaki bumi Scotland

    zue said:
    September 18, 2007 at 4:23 pm

    kuatkan semangat kakakku sayang!doa sentiasa mengiringi mu….miss u soooooooooooooo much!

    Syuqaira said:
    September 18, 2007 at 4:35 pm

    Salam kak asiyah,
    terima kasih byk2..
    semacam entry yg muncul tepat pd waktunya,
    semacam ketukan bertalu di pintu hati,
    terasa terpalit batang hidung sendiri.
    aih…
    apa khabar imanku?
    iAllah..moga kita terus diberikan kekuatan!
    haiyya bil jihad!

    shuhada said:
    September 20, 2007 at 6:40 am

    entry yg bisa membuat diri bermuhasabah.. dan mencetuskan buah pemikiran utk meng update blog seniri..
    moga ramadhan bisa memantapkan iman kita… menjadi saham buat diri diakhirat kelak insyaAllah..

    muharikah responded:
    September 20, 2007 at 2:49 pm

    arsaili–> kene datanglah lagi ke scotlan ni…hehehe…

    zue–> jazakillah zue…. rindu kat anti juge!

    sikin –> nanti nak cek hafazan k? heheheh….

    shuhada –>salam ramadhan buat akak! moga terus mendapat ilham untuk mencetus idea menerusi penulisan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s