dakwah adalah stady, stady adalah dakwah?

Posted on Updated on

full-time-muslim.jpg

Salam,

terjumpa sajak ni, sangat bermakna dan menusuk hati saya. Buat Arifah, saya masih mencari ilham menulis, masih mengembara mengenali diri. Sudah lama jemari tidak berketip merefleksi keadaan si hati. Alasan beribu mampu dicipta tapi biarlah diri ini mengakui, pembacaan dan pemerhatian serta pengisian tuk diri ini masih lagi kurang.Insyaallah, sedikit masa lagi. Moga2 saya akan temui semula diri saya, dan dengan itu akan tercipta hikmah lewat penulisan saya.

Lia, jomlah pergi usrah

Lia, jomlah berdakwah

Lia, ummah semakin koyak

Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu

Aku kena study

Markah semester lepas dah cukup teruk

Gara-gara dakwah, tarbiah dan program

Aku menyesal megikuti semua itu

Bosan!!

Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya

Bukan ke islam tu syumul

Kalau nak berjaya, kena study

Waktu study, studylah

Esok kalau dah berjaya

Aku buatlah kerja dakwah tu

Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku

Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongking

Jongkang jongking?

Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongking

Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah

Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah

Tu bukan dakwah namanya

Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus

Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan

Macam gini, bila dah berdakwah tu

Rasa senang je nak study

Bila belajar tentang jantung misalnya

Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung

Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri

Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta

Kenapa?

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah

Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah

Rasa senang hati nak terima ilmu

Kalau orang lain study 1 jam

Dia hanya perlu study 10 minit sahaja

Sebab apa?

Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu

Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku

Cuma kena checklah sikit hati tu

Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh

Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,

Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar

Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi

Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah

Ada keraguan dalam hati

Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi

Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita

Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Lia dah faham

Lia kena banyak muhasabah

Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk

Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah

Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,

Seorang ibu pernah mengatakan

Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku

Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam

Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam

Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku

Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri

Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah

Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya

Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,

Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna

Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia

Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama

Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

<<Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkara Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya. Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama’ yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, “Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah?” Saya menjawab, “Ini dia!” Katanya, “Mari kita ulangkaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian-sekian” . Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.>>

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah – Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab “Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.http://www.321greetings.com/images/rose4.gif

Advertisements

10 thoughts on “dakwah adalah stady, stady adalah dakwah?

    Syuqaira said:
    September 9, 2007 at 6:58 pm

    Salam alaik,
    kak aisyah,
    doakan kami sama2 thabat di jalan ini,
    kadang2 semangat luntur,
    kadangkala juga sedikit mundur,
    dan sesungguhnya tidak mahu futur
    (nauzubillah!)

    saaaaaaaangat banyak perlu bantuan kak aisyah n d geng..
    =)

    salam sayang dari moscow,
    (“,)

    zue said:
    September 9, 2007 at 8:36 pm

    salam kakakku sayang…

    Teguhkan semngat dan jangan lupa doakan kita bersama!

    hati3kuro said:
    September 22, 2007 at 11:50 am

    Assalamualaikum..ana singgah di sini td utk m’bace sajak ni..izinkan ana mengambilnya utk jd tatapan di blog ana..ok..btw sajak ni bagus sgt…salam =)

    muharikah responded:
    September 22, 2007 at 12:00 pm

    waalaikumsalam hati3kuro, boleh2, nanti kasi link juga ye blog awak..jzkk..

    suriana said:
    October 22, 2007 at 7:26 am

    salam
    menarik betul sajak ini. izinkan saya ambil utk tatapan saudara2 di jepun.

    seruan said:
    November 17, 2007 at 9:01 pm

    subahanallah….=)

    Aristiono Nugroho said:
    January 25, 2008 at 7:53 am

    Allah SWT menciptakan manusia sebagai makhkluk sempurna (sebagai manusia), karena itu tidak ada pilihan lain bagi manusia selain menyempurnakan dakwahnya.
    Untuk share silahkan klik http://sosiologidakwah.blogspot.com

    kalamkalbu said:
    January 30, 2008 at 1:18 am

    salam wrh. jzkk for the artikel

    kalamkalbu said:
    January 30, 2008 at 7:19 am

    Ana yang minta nak copy artikel nih..

    asmaa' said:
    August 17, 2010 at 12:08 pm

    salam ‘alaik..ramadhan kareem..mohon izin copy sajak ni utk diletakkan di blog saya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s