Jangan dibiarkan hati itu kering….

Posted on

dscn1572.jpg

Di hadapan tugu negara di Melbourne bersama akhwat Brisbane

Teman

 

jangan dibiarkan hatimu kering,

tidak bersiram

dibiarkan kontang

dipukul ombak derita

diredah angin melanda

 

Teman

 

jangan betah tinggal berseorangan,

jangan rasa gagah bila bersendirian

Jangan leka bila tidak berteman,

 

Jika dibiarkan hatimu kering

Jika dibiarkan laman hatimu tidak bersiram.

 

Nantilah detiknya di saat

Hatimu jadi kematu

Mati

tidak bernyawa lagi

 

Bangkitlah

Ayuhlah

Hayunkan langkahmu

Walau jarak menjadi penghalang

Walau masa menghadkan

 

Marilah bersama lingkungan ini

Jangan dibiarkan dirimu bersendirian

bersedih seorang diri

Merana tidak henti

 

Kerana hatimu perlu disimbah

Jasadmu perlu dibasahkan.

 

Dengan untaian zikrullah

dan ma’thurat bersama

Juga perasaan cinta

yang kita hidupkan semula

Lewat pertemuan kita di sana…

 

Aisyah

Dundee

22/8/07n,

PS: sapa2 free this weeken and mahukan sedikit basahan rohani dan berjumpa sahabat2 baru, beritahu saya ASAP ok? Tapi valid cume di UK sahajalah… heheheh…

Advertisements

5 thoughts on “Jangan dibiarkan hati itu kering….

    mimi said:
    August 23, 2007 at 11:59 am

    Salam aisyah,
    sorry tak dapat jadi peneman ke sana.Memang teringin nak pegi tapi kerja la pulak.Apapun have a fun!

    zue said:
    August 27, 2007 at 8:54 pm

    salam…kak aisyah,jazakillah for the reminder!luv u like always

    siti said:
    August 28, 2007 at 6:49 am

    sayang kak aisyah juga!

    bintangdisyurga said:
    August 28, 2007 at 5:43 pm

    hati memanglah selalu basah.
    dengan darah.

    bintangdisyurga said:
    September 3, 2007 at 7:58 pm

    btw,gambar tu mcm banyak nampak simen .kalau boleh,pokok tu jgn amik sekerat2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s