Angin Melbourne mengamit rasa….

Posted on

Dingin pagi itu. Sedingin semilir angin yang menghembus di pagi subuh. Terasa kedinginan embun yang mengalir di sebalik dedaunan hijau di keliling pintu pagar lapangan terbang Melbourne itu.

Kota melbourne gah di matanya. Lapangan terbangnya tidak kurang hebat. Warganya tidak kalah dari sudut rupa dan tatabahasa.

Aku berpijak di tanah melbourne ini, tanah tarbiyah  dan dakwah, tanah yang menemukan ramai insan kepada hidayah Allah dalam keadaan yang tidak ku sangka-sangkakan langsung. Sepanjang perjalanan di dalam kapal terbang kuisi dengan membetulkan niatku kerana Allah. Mana tidaknya, hari Ahad lepas, kami baru sahaja membeli tiket pada pukul 12 pm untuk menaiki penerbangan pukul 9pm pada hari yang sama! Dalam keadaan aku sendiri tidak mempunyai banyak pakaian untuk dibawa…apatah lagi mentalku sendiri belum bersedia untuk melaksanakan perjalanan lebih dari 7 jam  dari KLIA.

 Sehinggakan aku keliru dan kaget, apakah sebenarnya motif utamaku ke melbourne ini, memandangkan aku sendiri tidak tahu apakah itenari yang telah pun adikku susun bagiku…

Takku sangka sistem kawalan keselamatan di lapangan terbang Melbourne terlalu ketat, bersama anjing pengawal yang akan mencium setiap beg yang dipegang penumpang, termasuklah mengarahkan penumpang untuk membuka beg mereka untuk diperiksa. setengah jam aku disoal siasat dan dibongkarkan beg, semata-mata aku membawa 2 paket asam untuk adikku… Aqilah sampai sejam selepas itu dengan pakaian tudung labuh dan baju kurung.sudah 2 tahun aku tidak menemuinya. Aku tahu kami akan terus ke tempat program untuk bertemu dengan ramainya sister lain. Tapi adakah untuk itu sahaja aku ke mari? 

Bumi Melbourne adalah bumi dakwah dan tarbiyah. Dan kita dah banyak kali mendengar cerita mereka dan melihat model2 yang terhasil dari madrasah tarbiyah itu. Aku mahu mengutip mutiara itu. Mengutip pengalaman dan ilmu yang bakal terpancar dari keperibadian mereka. Ternyata mereka adalah orang yang benar-benar menghayati Islam dalam diri dan jiwa mereka sendiri.

 Aku dibawa ke universiti Melbourne dan berjumpa akhwat yang kebanyakannya sebaya denganku. Mereka sangat peramah. Aku merasakan bahawa ukhuwah itu benar- benar dijadikan sebagai asas kepada dakwah di sini. Aku merasai kemesraan mereka di sebalik pelukan, di sebalik teguran dan di sebalik senyuman yang dilemparkan walaupun usia pengenalan kami cumalah seminit dua.

Itulah manisnya ukhuwah yang tidak dibatasi dengan nama dan tanah. Kita adalah serupa dan sama selagi mana kita berpegang pada aqidah yang Haq. Aqidah yang membawa kita untuk memahami bahawa risalah dakwah dan tarbiyah adalah jalan hidup kita. Aqidah yang membawa kita kembali kepada Allah swt.

Hingga saya mencoret lagi di kemudian hari.. Insyaallah saya akan berada di OZ ini sampai 13 hb ni.. maaf kepada sapa2 yang saya tak sempat nak beritahu sebab memang beli tiket last minit sangat pun…

Advertisements

6 thoughts on “Angin Melbourne mengamit rasa….

    zue said:
    July 2, 2007 at 9:26 pm

    salam akak sayang..
    kak aisyah,bestnye!!!
    saya outblock kat northmapton sekarang,kat library tapi derang block email hotmail or yahoo so xleh nak check email huhuhuhu…

    kutip byk2 mutiara ek and dont forget to give me some of them.im waiting for you here k…

    p/s-kalu jumpe ex-deskmate saya kat sane kem salam ek..mazlin zuraida.say that i miss her soooo much,hugs and kisses from me as well…n kem salam kat aqilah

    eyekneekawai said:
    July 5, 2007 at 8:54 am

    🙂

    have a safe journey kak aisyah

    k nikmun said:
    July 7, 2007 at 3:36 am

    asm chah!

    selamat hari jadi…semoga dgn meningkatnye usia, bertambahlah pengalaman dan kematangan, n plg penting, lebih mantap lg kefahaman kite kpd tujuan sebenar kehidupan di dunia ini…may ur journey in aussie marks another milestone to another meaningful year ahead! take care sis…

    fadhilah said:
    July 7, 2007 at 5:26 pm

    salam kak aisyah. masih ingat fadhilah (Jordan)? wah, sudah sampai ke melbourne. moga niat baik akak akan terlaksana dgn izin Allah. smpaikan slm pd sisters sana. nak minta izin beri add blog akak pd adik2 sini, boleh? Jzkk.

    muharikah responded:
    July 8, 2007 at 12:54 am

    buat zu –> salam zu, tak jumpa pun mazlin zuraida… maybe belum lagi kot…heheheh

    eye knee–> jazakillah!

    k nikmun–> ada hadiah tak untuk saya? heheheh…

    fadhilah–> ingat lagi kat anti…hehehe…. tafaddhali ya ukhti!

    Baby... said:
    July 10, 2007 at 5:59 am

    hahahhaha…syah!!!
    asal balik awal sangat..?!!
    org baru best duk kat umah sorang2…
    kacau daun la…
    nnt jgn lupa bawa balik ape2 ker..
    coklat ker,baju ker…kangkaroo ker??!!
    apa2 pun,tak boleh balik tanpa bawa ape2 balik utk saya..
    ader paham??!!
    dah suruh qla tgk cd aerobik tu blum…???
    jgn lupa bawa baik tau…
    bye2…..ciou…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s