apa ada pada Malaysia?

Posted on

Ada apa dengan Malaysia?

 Saya baru sahaja berpijak di tanah air tercinta. Saya teringatkan kata-kata Imam Al-Bana dalam Risalah Ta’limnya; Islam itu adalah negara dan tanah air…

kadang2 saya merasakan betul ke saya telah menjadikan islam itu sebagai tanah air saya?Benarkah saya merasakan bahawa saya merasakan bahawa negara saya adalah sebuah daulah islam, tidak kira di manakah nanti daulah itu akan tertegak, di bumi Palestin ke, bumi Rusia ke ataupun bumi Amerika sekali. Di mana sahaja Islam itu tertegak di situlah tanah air, walaupun Malaysia bukanlah salah satu darinya…

Tapi alhamdulillah… saya sangat happy apabila kapal terbang MH 003, Boeing 737 yang bergerak pada had laju 830 km/j itu mendarat di lapangan terbang KLIA. Malahan saya sempat untuk menoleh ke bawah pesawat untuk melihat kelibat para wanita bertudung litup mahupun para perawan berkulit sawa matang. Entah kenapa, saya sudah lama tidak melihat orang Melayu di negara malaysia sendiri… satu perasaan yang orang belajar di luar negara sahaja yang memahaminya…

Udara Malaysia sendiri berbeza. walaupun lebih berhabuk dan lembab, tapi baunya itu… bau udara yang damai dan menyamankan. Bau udara yang diterbangkan ke dalam rongga hidung orang yang merasakan, bahawa udara ini membawa berkat, membawa rahmat, kerana ramainya manusia di negara ini yang masih tunduk dan sujud kepada Allah swt.

Di Scotland, mat salleh memang handsome, para jelitawannya serupa seperti yang ditonjolkan di dalam movie di Astro. tapi melihat mereka tidak mendamaikan. Melihat mereka tidak menenangkan..

Tapi apabila melihat orang Islam yang mempraktiskan Islam, kita akan rasa bahagia, kita merasakan kekontangan hati kita terisi dengan damainya sekali….

Walaupun begitu, kadang2 saya sendiri rasa kecewa bila bukak je televisyen, bila pergi je ke bandar2, terlalu ramai lagi yang mengamalkan Islam secara sipi2, masih lagi yang ambil separuh2….

tak rasa ke kebahagiannya bila kita mengamalkan islam? Bila kita menjiwai islam? Tidakkah kita terasa kosong bila sesuatu selain Allah mengisi jiwa dan ruh kita?  Terlalu ramai yang masih melihat ke barat, yang meniru perangai dan sikap mereka. meniru fesyen dan cara hidup mereka. Bila buka TV pagi ini pun  rancangan berbahasa Inggerisnya menceritakan tentang hiburan dan artis. Bila bukak channel lain, ada temuramah para pelajar yang nak graduate, tentang penyertaan mereka dalam pertandingan amenda ntah dalam TV.

salah satu soalannya; ‘ apakah perasaan jadi peserta termuda?’ Apakah perasaan bila dah nak tamat rancangan ini?’

Entahlah, jawapan2 yang diberikan pada saya tidak mencapai tahap kematangan dan pemikiran seorang mahasiswa yang mampu menjadi tonggak kepada pembangunan negara kita. Cara jawapannya jauh beza dengan jawapan yang mungkin diberikan oleh mat salleh yang lebih muda dari mereka di negara Scotland . Yang paling saya sedih, peserta dalam rancangan itu semua perempuan, yang tidak bertudung , bergaya dengan cantiknya bersama make up dan rambut rebonding, yang bertudungnya pula bermake up dengan dahsyat dan bergaya…. saya terfikir, adakah ini Islam atau tempelannya sahaja?

Dan saya bertanya sendiri, sampai bilakah akan terjadi begini dalam negara saya?

Even pada keluarga saya sendiri, islam itu tidak diwarnai dengan baik. Rancangan TV, radio, malah budaya kerja dan sosial budaya yang ada di Malaysia tidak mampu mencorakkan kehidupan keluarga saya sendiri. setiap kali saya balik, saban hari saya memikirkan bagaimana harus saya berbakti kepada ibu bapa saya? bagaimana harus saya menjadikan keluarga saya, sebuah keluarga yang menjunjung ajaran Islam, yang merasai keindahan Islam dan mengamalkannya?

Saya buntu!

Apa yang saya boleh buat, menyapu sampah, vacuum rumah, basuh pinngan, memasak, membersihkan halaman rumah, ambil adik di sekolah, dan teman mak saya untuk bershopping.

Sukar sekali untuk mengubah manusia yang paling dekat dan paling kita sayang….

eh…. jangan salah sangka pulak…. Family saya ok je sebenarnya… tapi biasalah saya, bila kat UK kan kita ini cam ideal sket. Kalau boleh solat kene selalu jemaah, baca Quran lepas solat, lepas itu kita ada tazkirah ke, usrah ke apa ke kan… macam nak buat dengan family sendiri cam agak susah juga lakan…

tapi kagum dengan ikwah yang memang mampu balik dan bawak perubahan dalam diri dia dan diri family dia… Masyaallah!

Saya terbaca dalam hadis:

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: “Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t. membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. rida padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat rida dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu’ ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu.”

                        Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Atha’ berkata: “Nabi Musa a.s. berdoa: “Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.” Firman Allah s.w.t.:Aku wasiat supaya tetap dengan Aku.” Nabi Musa a.s. berkata lagi: “Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.” Firman Allah s.w.t.: “Aku pesan kepadamu, taatlah kepada ibumu.” Kemudian berkata Nabi Musa a.s. lagi: “Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.” Jawab Allah s.w.t.: Aku pesan supaya taat kepada ibumu.” Musa a.s. berkata: “Wasiat kepadaku.” Allah s.w.t. berfirman: Aku wasiat kepadamu, taatlah kepada ayahmu.”

(Surah Al Isra ayat 23) :Tuhanmu telah menyuruh supaya kamu jangan menyembah (mengesakan) selain padaNya. Dan terhadap kedua ibu bapa harus berbakti (taat dan baik) apabila telah tua salah satunya atau keduanya disisimu, maka jangan menunjukkan sikat atau sikap jemu atau berkata: Aah, kepada keduanya, (contohnya jika kau perlu membuang kencing atau najis ibu atau bapa, maka jangan kau tutup hidungmu dan jangan muram mukamu sebab keduanya telah mengerjakan semua itu dimasa kecilmu), dan jangan membentak keduanya dan berkatalah dengan lemah lembut, sopan santun, ramah tamah dan hormat.

Bila lagikan dapat kita berbakti pada mak dan ayah kita? Bila lagi kita dapat buat mereka happy dengan kita? Sesungguhnya senjata doa itu masih ada untuk terus menjadi bekalan kita sepanjang masa agar hidayah Allah tetap terus menerus mengalir dalam jiwa kita dan keluarga kita sendiri..

 

Insyaallah, kepada sesiapa yang ingin menghubungi saya boleh text ke 0132112667. Sila tulis nama, kalau tak saya tak reply keh?

 

Sehingga jemari saya mesra untuk berketip lagi..

 

salam dari bumi tercinta,

Aisyah

Taman Setia, Gombak

Advertisements

3 thoughts on “apa ada pada Malaysia?

    zackyun said:
    June 29, 2007 at 3:16 pm

    Salam!

    welkem back!

    i dunno bout other country.but to me…kalau dah pergi ke satu tmpt,kalau tak dpt sedut sedikit pun pgajaran itu adalah satu kerugian, bukan?

    sikit demi sikit.bukan senang nk pgaruh org,tp pcayalah stp apa kbaikn yg kita buat,mesti ada effect.mcm butterfly effect?tgk ape org2 yg pernah tolong aku,percaya kat aku yg aku ni nk jd org baek wpun nmpk aku mcm org jahat.aku pegang kata2 org2 yg pernah mgubah aku wpun dorg tak pernah tahu.

    media massa malaysia?
    apa kata kali ni kita salahkan diri kita sendiri yg tak bijak mgambil peluang? so-called dunia hiburan slalu mgatakn diri mereka tu betul. dan aku paling myampah dgn yasmin kononnya dia mnunjukkan ‘perkara sebenar’..mybe btul dlm dunia DIA.tp BUKAN bg dunia yg LUAS.ei,tlglah,stakat cinta tu…budak darjah satu pun tau wat filem.hahaha…

    tp aku rasa,byk je pkara lain yg nk diudarakan….hehe,jom produksi filem masa hadapan (eh,tlalu besau cita2 nie!

    Amin Idris said:
    July 1, 2007 at 8:07 am

    Selamat pulang ke tanah air… 🙂

    mai shahira said:
    July 13, 2007 at 10:31 am

    salam k aisyah!
    saje menjenguk blog akak
    aaa faham nye perasaan k aisyah ape yg tulis kat atas tuu…
    bukak tv jek ade jek benda yg tak brape bes.. poning kepala eden…
    pastuh …ala kisah cinta artis pon nak letak kat muke depan suratkhaba…apekah??
    hehe emo pulak..neway baik enjoy jugak msia ni…nnt bile dah kat uk rindu plak! ;p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s