dan dia akan pergi esok….

Posted on Updated on

pict0158.jpg

Pertama kali jumpa k farah and jaulah dengannya di Liverpool Port (2005)

salam,

seorang teman saya , Farhana Katiman akan balik for good esok. Ada sesapa tak kenal dia? Kalau kenal mesti akan cakap kakak ni bestlah.. I wonder why so many people love her sampai saya sendiri jeles… apalah formula dia? of course dia ni ayu, lembut, sopan santun solehah, tapi napelah ramai sangat suka kat dia? Aiyo!!

Then I realise, bile saya pergi rumah dia, spend masa dengan dia, tidur sebantal, makan setalam, berjaulah bersama-sama, barulah saya kenal peribadi di sebalik nama Farhana ( atau senang dipanggil Farah) Katiman ini.

Masyallah peribadi ini sangat mengkagumkan saya dan sering menyentuh hati saya..

Benarlah kata-kata ini:

Jika kamu cintakan Allah, nescaya manusia akan mencintaimu…

benar dia menyintai allah, dan cintanya itu menyebabkan manusia tertawan dengan perobadinya…

Dia seorang ukhti yang hebat, seorang yang memperkenalkan saya pada jemaah yang saya berada sekarang ini.. Moga dengan pemergian dia akan bertambah lagi manusia yang akan memahami Islam di tanah air, dan semoga dengan permergian dia akan datangnya wanita sehebat dia…

saya tujukan sajak ini istimewa buat kak Farah..

Pada senyumanmu aku tertawan

pada lembut bicaramu aku terpersona

pada bicara hikmah yang mengalir dari lidahmu

yang basah dengan zikir dan dakwah

Aku terpaut dan terkesima

pada kata-kata dan peribadimu

yang memberi kesan pada hatiku

Untuk mengikuti jejak langkahmu…

teringat daku ketika aku bertemumu

dengan tudung kuning dan jaket unguku

Ketika itu aku sudah lama tidak dibasahkan dengan ruh Islam

Aku telah jauh dari lingkungan zikrullah

Dan tatkala melihat pakaianku kau sanggup pendamkan

walaupun singkatnya itu mengugat perasaanmu..

Namun ketika aku bersamamu

Kau mengajak aku solat berjemaah

Kau mengajak aku duduk mentadabburi Hadis

dan kau setia mendengar kisah-kisah silamku.

dan kau bimbing aku tanpa henti

sehinggalah aku tenggelam asyik dengan kalimatullah

sehinggalah aku khayal dalam tarbiyah dan dakwah

sehinggalah aku menemui kembali Tuhanku dan diriku..

Kau tidak berputus asa sehinggalah aku berikrar dan berbaiah

Untuk setia bersama barisan dakwah dan jemaah ini

Untuk memacakkan kalimah Allah bersama2 di atas tanah pijakan kita ini

Ukhti Farah yang dikasihi,

perpisahan ini merupakan sunnatullah

Jika tak berpisah sekarang kita akan berpisah nanti

Kita akan berpisah tatkala kita menemui Tuhan kita

Jika kita tak bertemu di atas dunia ini

Kita PASTI akan bertemu di syurga nanti

Jika kita berikrar untuk tetap setia bersama ruh dakwah dan jihad ini

buat selama-lamanya

Sungguh,

dikaulah teman dikaulah sahabat

dikaulah tempat bermanja dikaulah tempat mendengar

padamu sosok peribadi muslimah penyabar

padamu jiwa wanita yang kental

pada peganganmu yang keras dikau pertahankan

‘Apa ni chat-chat dengan ikhwah ni?’

‘ Kalau boleh control, kalau tak perlu berhubung dengan ikhwah tak perlu berhubung’

Betapa kau menjaga hubungan Adam dan Hawa, itulah yang terkesan padaku hingga saat ini..

Kita mengenal Islam dan kita kenal Pencipta  kita

Kita cintakan Allah dan dengan cinta itu kita kasih mengasihi

Kekallah kita bersama Allah nescaya kita akan tetap tsbat di atas jalan ini.

Kerana ikatan hati tidak akan pernah memisahkan kita

Walaupun jasad sudah tidak bersama

Walaupun tanah yang dipijak jua telah berbeza

Namun kau dan aku

Punya Tuhan yang satu, punya agama yang satu

punya jalan Haq yang satu ini…

atas dasar itu kita takkan pernah dikatakan berpisah kakakku..

Moga tsabat di atas jalan Islam dan dakwah…

Salam sayang dari adikmu

NAZ

Dundee

Advertisements

12 thoughts on “dan dia akan pergi esok….

    zackyun said:
    June 14, 2007 at 3:19 am

    i think i knw her…owh, yg duduk kat bangi tu kan? hehe..baik orgnya wpun kami hy bbual hanya 30minit.

    nurulhayati said:
    June 14, 2007 at 11:58 am

    untungnye kak aisyah ade kakak macam tu….saya nak gak…hihi…sampaikan salam perkenalan dekat akak Farhana ye, walaupun dia tak kenal saye….:)

    pure_pious said:
    June 15, 2007 at 2:14 am

    Salam kak Aisyah..

    Moga dlm perlindunganNya sentiasa..

    Hmm…tak tau nk tinggal pesan ape..tp nk gak tinggal jejak kat blog akak setelah sekian lame…huhu

    Baca sajak akak utk kak Farah buat sy rasa sayu..betul..kalau kt cintakan Allah..nescaya org akan mencintai kt..n moga cinta tu kembali hanya kpdNya jua..

    Rasa bersyukur tak henti2 krn Allah bg peluang utk sy kenal n jumpa akak2 semua. If it’s not in Allah’s will for u to reach me n contact me, i can’t imagine myself now, i can’t imagine me without what i have now..nak jgk sentiasa ‘tenggelam asyik dengan kalimatullah….khayal dalam tarbiyah dan dakwah’, insyaAllah. Walaupun jauh akak di utara sana n sy di bwh sini, Allah tentukan jgk akak utk ‘kutip’ sy. Alhamdulillah..
    [sedey sume nk balik mesia dah..n tak sempat nk jumpe 😥 ]

    Bukan senang nak jumpa peribadi yg btul2 solehah skrang..byk cabarannya..jd bila jumpa, merekalah yg menjd contoh n qudwah hasanah utk kita yg baru memulakan langkah. Sekali lg sy bersyukur dpt jumpa n kenal mereka ni. Walaupun sekejap..rasa sgt ikatan ukhwah..moga Allah menjaga ikatan hati2 ini.

    May Allah look after all of you always n only to Him we seek guidance, peace n contentment. Jazakillah khairan katheera…may Allah bless u all always my beloved sisters..aminn

    sarah said:
    June 15, 2007 at 9:05 am

    saya ada jugak kawan yang baik camni, yang apabila kita melihat dia, terus kita ingat ALLAH, memang susah nak lepaskan sahabat seperti ini… ada semangat islam yang mengalir macam letrik kalau berjumpa, mudah-mudahan hidayah ALLAH itu milik kita semua selamanya. Amin..

    ainee said:
    June 15, 2007 at 10:37 am

    sayang kak farah jugak (^_^)
    insha allah jumpa di mesia!

    knikmun said:
    June 15, 2007 at 10:52 am

    asm,

    Walaupun kau jauh
    Dari pandangan mataku
    Namun kau kan slalu
    Segar dalam doaku

    missing kfarah very1000X much

    siti warwick said:
    June 15, 2007 at 11:46 am

    setuju dgn entry k.aisyah =)

    buat k.farah tercinta, terima kasih yg tak terhingga sebab sudi memberi tunjuk ajar utk kami.kami x sedih kak farah pergi sebab kak farah sentiasa di hati kami.kak farah heroin kami!!!!

    ain alif ba ta said:
    June 16, 2007 at 3:43 am

    Sayang kak farah juga. Teringat masa indah group dgn kak farah dan kak aisyah masa DP.huhu.
    Teringat kata kata Cik Umi masa majlis pepisahan Cik Yah,
    “Jangan ucapkan kata perpisahan kerana pertemuan bisa kembali”..
    hihi jgn jeles nanti saya jumpa kak farah masa konsis.=P
    Rindu kak aisyah dah.

    arifah said:
    June 17, 2007 at 2:31 pm

    Semoga sy diberi peluang berte,u kak farah ni. InsyaAllah. Sy akan ke konsis. =)

    muharikah responded:
    June 19, 2007 at 9:24 am

    salam ain and all, rindu korang gak and sedih tak dapat gi konsis..huhuh… moga banyak benda korang dapat kat konsis tu nanti!huhuhuhu

    skrg internet takde kat rumah, so akan jarang beronline…huhuh…so kene gune emel jelah…

    arsaili said:
    September 17, 2007 at 8:19 am

    salam…teringat kenangan di Liverpool port suatu masa dahulu

    hazirah said:
    September 25, 2007 at 6:03 am

    its my cousin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s