tak baik kata diri sibuk kalau leh buat banyak benda lain….

klik gambar kalau nak tgk amenda dia tunjuk

Pada ahli-ahli liqa kiter, selamat berexam! tak tahu nape sangat terasa rindu pada antunna semua… nampaknya usrah online kita ini mendapat perhatian ramai orang….huhuhhuh….

untuk adik2 UK dan eire, selamat menempuh medan juang di Malaysia…. medan belajar dan bekerja..

 untuk yang nak berwalimah dan kahwen, semoga perkahwinan antum menjadi batu loncatan buat dakwah. 1+1 bukan 2 tapi patutnya kene 10 atau 20… ( u get what i mean ya?)

untuk yang membaca blog saya, saya salu berharap dapat menghidangkan sesuatu buat bacaan anda, tapi bile menulis tentunya ambil masa berejam-jam sedangkan ada tanggungjawab lain yang menuntut haknya ( adeyh, perasan betul korang salu baca blog aku…..huhuhuh) saya mahu bersama-sama manusia yang menyediakan alternatif baru untuk masyarakat Islam di Malaysia, sesuatu yang memberi cahaya buat hati mereka. alternatif yang mereka takkan dapat jumpa di TV dan media cetak biasa di Malaysia…itulah dia penulisan kehidupan berunsurkan Islam. sesuatu yang jarang kita baca dan lihat, cerita yang seluruhnya mengambarkan kehidupan sebagai seorang yang memahami Islam dan dakwah…

sapa nak buat? jom ikut saya!

Buat siha jazakillah for the card… pada semua kawan2 saya yang memberikan saya sokongan, terima kasih yang tidak terhingga. Alhamdulillah Allah kurniakan antunna untuk saya… untuk k bert yang tengah struggle exam final, moga Allah mudahkan urusan akak…

untuk akak2 lain yang tengah tunggu result… nantikan penuh debaran dengan bekalan doa dan tawakal…. segala yang Allah tentukan itulah yang terbaik buat kitakan?

insyaallah saya akan balik Malaysia 27 june, tibe 28 june. duduk malaysia sampai 10 ogos insyaallah… so bolehlah sapa2 yang free, boleh kita berjumpa di kedai mamak taman melati sambil minum air teh tarik, ataupun kita pergi ke taman melawati stall menikmati air cendol di situ, ataupun datang rumah saya and boleh minum air sejuk yang kosong..heheheh… balik malaysia lagi malas nak gi dapur… huhuhuh ( adeyh, wanita solehah tak patut camnikan?hehhehe)

balik malaysia nak lawat sekolah al-amin yang dirindui….

 

tapi tulah kita, nanti bile dah kat malaysia nak balik semula kat UK, nak rasa udaranya yang permai dan bersih.kesibukan yang tidak ada… kecelaruan yang kurang… camne eh? kat negara bukan Islam, kita rasa lebih Islamik dari negara kita sendiri? even mat salleh sini lagi berdisiplin dan amanah dari orang islam di malaysia.

bersama ibu saya di dundee waktu dia datang december 2005. kawan saya siti ( dua dari kiri) akan grad tahun ini. tahniah atas kejayaan cemerlang dalam exam anda! sedihnya makin berkurang sorang kawan saya di dundee ini..kak farah pun nak balik malaysia tahun ini( hujung kiri).. aduh… baliklah semua balik!hehhehe.. merajuk plak saya ini..

saya baru dapat balik wallet saya yang hilang. alhamdulillah takde duit dalam tu. tapi memang semua dipulangkan termasuklah semua kad2 yang ada. saya hilang hari jumaat. hari isnin dah dapat surat suruh gi ambil kat balai polis. lepas tu memang polis itu siap buat lodge dalam komputer dia cakap dah pulangkan balik dah dompet saya….

hurrm….

i wonder kalau kat malaysia , dompet saya hilang kat LRT taman melati itu, sure cam takkan dapat balik, unless nak poskan kad pengenalan saya semula ke rumah ( sebab kad pengenalan ada alamat!) mungkin tak dapat balik wallet braun-buffel hadiah pemberian mak saya itu. tapi itulah… takleh guna KALAU kan? nanti bukak pintu masuk untuk syaitan…

Tingkap bilik saya… rindunya saya menatap kegelapan malam hari di KL…

memang kita harap Malaysia macam UK dari sudut sikap dan pendirian. Dari kesedaran sivik memang kita kene ikut, ( sebab Islam dan terang2 ajar), walaupun dari moralnya alhamdulillah kita lebih baik sikit dari mereka ( aiseyh, sorry arh.. kadar rape kat negara kita still mencecah langit beb!). tapi susah nak ubah sikap kalau takde sapa yang mulakan… and saya sendiri kalau kat sini kata meeting kol 9 am, sure akan datang 8.59 am..

kalau kat malaysia janji kol 9 am, sure akan datang 9.15 am.. sebab yang lain2 akan datang 9.30 am… assuming semua akan lambat juga…

so teknik yang dibuat untuk memastikan orang tepati masa adalah membuat perjanjian 30 minit sebelum waktu meeting itu. sebab memang orang melayu akan lambat 30 minit.. ( hurm… pelik betul kalau masuk kerja yang bergaji boleh plak punctualnya…huhuhuh…)

tapi itulah kita kan… Zu pernah tulis kat status YM dia’ Aku ke barat dan aku melihat Islam tanpa umat islam, apabila aku kembali ke negeriku, kulihat umat islam tanpa Islam’

Betul apa yang dikatakan itu…

so, bila kita nak tengok orang beratur elok-elok naik bas? Bila kita nak tengok orang mula tepati masa? bila kita nak tengok orang kalau hilang dompet dapat jumpa balik dompet itu? Bila kita nak tengok yang kalau kita buat online shopping, takde sapa nak tipu kitanya? and bila kita nak rasai, kalau kita gi beli baju baru kat KLCC, kat Maidin,kat Giant atau Jalan TAR kita boleh refund or exchange baju kita itu? Bila ek nak dapat rasakan benda itu?

perubahan sikap atau anjaka paradigma perlu dilakukan dahulu kan?

ok lah korang, saya nak buat kerja dulu…. =) sorry tak leh nak online sangat sebab sibuk. boleh tinggal offline mesej or tinggalkan komen di sini.

gud luck pada semua!

Aisyah Z

Dundee

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

7 thoughts on “tak baik kata diri sibuk kalau leh buat banyak benda lain….”

  1. Salam sis.

    i love to read blogs dat could make me inspired, think n contemplate myself. alhmdulillah urs is one of such.
    hope u will always istiqamah in providing an alternatif to d readers on d true picture of islam n dakwah n its beauty. [errr my blog…in progress iA]

    ” Wahai tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [At Tahrim:8]

    p/s: tak sabar nk menyibuk gi al-amin.huhuhuhu

  2. salam k.aisyah=)

    Saya suka part ni:
    ” saya mahu bersama-sama manusia yang menyediakan alternatif baru untuk masyarakat Islam di Malaysia, sesuatu yang memberi cahaya buat hati mereka. alternatif yang mereka takkan dapat jumpa di TV dan media cetak biasa di Malaysia…itulah dia penulisan kehidupan berunsurkan Islam. sesuatu yang jarang kita baca dan lihat, cerita yang seluruhnya mengambarkan kehidupan sebagai seorang yang memahami Islam dan dakwah…”

    sedih sbb kat malaysia makin byk rancangan yg x berunsurkan ciri2 Islam….terutama “reality show”..kalau yg bermanfaat..masih boleh diterima eg: the apprentice (walaupun bkn peminat setia)
    tapi kalau setakat mencari bakat2 baru dlm bidang yang langsung x menyumbang pada kejayaan ummah dunia dan akhirat, itu yang paling menyedihkan..

    saye rase ada je ” think tanker ” di malaysia yang mampu mengubah bentuk hiburan di TV dan media cetak agar tidak terlalu duniawi..yang paling jelas contohnya rancangan AQ kat #9 tu..

    cuma..mereka mungkin tidak berani menyuarakan atau apabila diluahkan suara mereka tidak didengari…adakah suara mereka tidak kuat?

    di malaysia, sangat ramai org yg berilmu..tapi syg mungkin mereka tidak memahami ilmu itu ( ya allah kurniakanlah kefahaman yg jelas tentang islam dalam diriku)..

    mak kata kat malaysia ramai je yang dah boikot dan tidak berpuas hati dengan show2 ni tapi pihak yang menjalankan program tersebut masih tetap meneruskan usaha mereka untuk mengaut keuntungan

    mungkin, jika diizinkan Allah..satu lg rancangan realiti boleh diterbitkan..” Akademi Ratu Solehah “..mcm cerpen yg pernah k.aisyah kirim pada kami dulu….huhu..

    jzkk k.aisyah..hari2 kalau ada mase..sy mmg melawat blog k.aisyah..dah ade link nih kat address website tu.

    p/s: bestnya hidup dalam suasana Darul Taqwa tu.=)

  3. betul tu dayout, kalau tak siapakan nak buat?darul taqwa impian kita… tapi dengar kata akademi alquran pun tak berapa dapat sambutan.. kite balik malaysia nanti baru dapat kite tengok apa yang sebenarnyanya berlaku di malaysia kan?huhuhuh…

    fifah, willl be waiting for u to update ur blog regularly 🙂

    nurul –> gud luck! moga Allah mudahkan insyaallah….

  4. Betul. Rancangan akademi al-Quran tu memang kurang mendapat sambutan. It’s hard to apply what you guys experience overseas here in Malaysia. Bukan tidak boleh tapi memang payah. Sebab paling utama is the educational gap that exists in our country. And also the fact that there is no implementation of Islam is the governing of the whole country. Tapi kalau nak merungut je without action pun tak boleh jugakkan? As a student yang memang tengah study di Malaysia, I would like to put forth the harsh reality in Malaysia. Saya harap dan berdoa sangat2 semangat sahabat2, akak2, abg2 yang berpeluang belajar di oversea untuk kelak menegakkan Islam di M’sia takkan pudar dek kurangnye resources, channel and aid to spread Islam dengan keadaan M’sia yg sarat dgn hedonisma skrg. I will wait for you guys to come home with hope that we will fight in the name of Islam together one day! =)

    “Aku ke barat dan aku melihat Islam tanpa umat islam, apabila aku kembali ke negeriku, kulihat umat islam tanpa Islam”

  5. I think the problem that overseas students usually face is we can hardly fit ourselves in the society of Malaysia. Even most of us here like to settele down in UK due to good system that they have over here. Even the government take a good care of their citizens. ( free NHS service, benefits etc)

    But of course nothing can beat our own country and it is hard to live in a place where people see you as a non-citizen plus you are not good in mixing well with them. ( Haiyoo, takkan nak masuk pub and ada boyfriend semata-mata nak masuk dengan mereka kan?)

    But the reality is overseas students tend to fall back once they graduated. Because the system is so much different. The people is also different. And somehow we go back to the square one where the individualistic will take place. Either you save someone else or you save your own pocket.

    We have to blend to the society and can not be too idealistic. We can make the changes even if fail to see the changes being implemented. At least we can still get the rewards from Allah for all the efforts we have done. Wallahualam

  6. Hmm that’s the problem. Dihantar ke sana supaya dapat balik untuk berkhidmat di negara tanah tumpah. Tapi yang jadi sebaliknye.. sedih kan? Saya sedih. Baliklah, baliklah, jgn biarkan kami di sini tanpa bantuan dan sokongan dari anda…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s