Saya berjalan-jalan…. sape nak ikut?

Posted on Updated on

salam, 

Saya belum cuti betul2 lagi. tapi SSC saya agak rileks untuk kali ini. So saya takde kelas dari Rabu sampailah Khamis depan… Report dan presentation still in progress, however, saya tak nak miss opportunity untuk melihat alam dan berziarah ke tempat sahabat handai yang sedang bertempur di medan peperiksaan dan sudah lama tidak bertemu para sisters…

Saya sangat faham dengan perasaan itu, apabila hati mula kontang ibarat padang pasir yang berkerak-kerak, kerana keringnya dari basahan usrah dan sudah lama tidak bertemu para sahabat. Apabila pertemuan itu terjalin, akan mengalirlah air mawadah yang membasahi taman hati itu, maka padang pasir yang kering kontang itu akan menjadi taman-taman bunga yang indah dan tumbuh subur….

Kedai-kedai di Cordoba, Spain

 Kedai2, di kota Cordoba

 Inilah hikmah berjaulah, bukan sahaja dapat mengisi jiwa kita, tapi dapat juga mengisi jiwa saudara kita, jika kita menziarahi mereka dengan niat yang benar… ‘Maka tidakkah mereka berjalan di bumi, sehingga akal mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta itu adalah hati di dalam dada ‘ ( 22:46) 

Maka berjalanlah kerana Allah, kerana mahu mendapatkan redhaNya… bukan sekadar suka-suka untuk enjoy dan have fun sahaja… sebab kita takkan dapat kebahagian hakiki dan kepuasan yang abadi buat selama-lamanya. Bukan sahaja buang duit, penat badan dan buang masa juga…. Apabila kita berjalan untuk mencari redhaNya, menjalinkan silaturrahim , meluaskan pengalaman dan pandangan, insyaallah perjalanan kita akan menjadi perjalanan yang sangat nikmat dan membahagiakan!

 Seseorang menziarahi temannya di satu tempat, lalu Allah mengutus seorang Malaikat yang menunggu di tengah perjalanannya. Ketika ia sampai, Malaikat pun bertanya: “Kamu nak jumpa siapa? Jawabnya: “Saya nak berjumpa dengan teman saya di tempat ini’. Malaikat bertanya lagi: “Adakah kamu akan mendapatkan sesuatu darinya? “Jawabnya: “tidak, tetapi hanya kerana saya mencintainya kerana Allah.” Malaikat berkata: “Aku diutus Allah kepadamu untuk memberitahukan, bahawa Allah mencintaimu seperti kamu mencintai saudaramu”. ( Hadis)

                                                                          Pemandangan sungai di Dundee

Dalam hadis Qudsi dari Ubadah bin Samit, Rasulullah saw bersabda, Allah berfirman:“Kecintaan-Ku hanya untuk orang-orang yang saling mencintai, saling menghubungkan silaturrahim dan saling memberi kerana-Ku. Orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku berada di atas mimbar-mimbar cahaya. Para Nabi, sahabat dan syuhada merasa cemburu terhadap mereka”.Mu’az bin Anas meriwayatkan, Rasulullah saw ditanya tentang iman yang paling utama, jawab Baginda saw. :

“Kamu mencintai dan membenci kerana Allah.Kamu pergunakan lidahmu untuk mengingatiNya. Lalu Rasul ditanya lagi, “Apalagi ya Rasul?’ Nabi menjawab: “Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri, dan jangan kamu berikan kepada mereka apa yang tidak kamu sukai”.

  Dari Amru bin Al Jumuh ra. Rasulullah saw. bersabda:

Seseorang hamba tidak mendapatkan keimanan yang benar sehingga dia cinta dan benci kerana Allah. Jika dia cinta dan benci kerana Allah dia berhak mendapatkan perlindungan-Nya”.

  Umar ibnul Khattab meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda:

 “Di antara hamba Allah ada manusia yang tidak termasuk para Nabi dan bukan para syuhada’. Tetapi pada hari kiamat para Nabi dan Syuhada’cemburu kepada mereka kerana kedudukannya di sisi Allah.

  Sahabat bertanya:

 “Ya Rasulullah, beritahu kami siapakah mereka itu?”

  Baginda menjawab:

 “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah.Bukanlah didasarkan atas hubungan keluarga, dan bukan kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah wajah mereka itu bercahaya, mereka berada di atas cahaya, tidak merasa takut di saat manusia merasa takut, tidak berduka cita di saat orang lain berduka.

 Kemudian Baginda membaca ayat: “Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah tidak merasa khawatir dan tidak pula bersedih hati”.(10:62) 

    Ukhuwah fillah di musim percutian musim sejuk… 

           

 Ziarahlah sahabat anda di mana sahaja kesempatan yang ada. Sebarkanlah risalah cinta anda pada mereka. Hubungkan tali yang makin melemah, basahkan jiwa yang sudah kekeringan. Berhiburlah di saat waktu anda bersama sahabat-sahabat seperjuangan anda tatkala melihat burung-burung di jalanan mahupun ketika berbicara tentang sirah Rasulullah…

Enjoylah every moment yang anda lalui bersama sahabat di jalan Allah dan bergembiralah tatkala menghadap wajahmu pada besar dan agungnya ciptaan Allah….                

        Saya akan away untuk beberapa ketika untuk memerhatikan alam dan burung2 yang ada di bumi UK ini, menyiramkan taman-taman ukhuwah yang perlu sentiasa disuburkan dan menikmati cahaya pada wajah-wajah mereka yang dipilih oleh Allah……..                        

  salam ziarah buat semua,

Muharikah

Birm-Soton-Plymouth-Boston-Manchester  

Advertisements

8 thoughts on “Saya berjalan-jalan…. sape nak ikut?

    shuhada said:
    May 25, 2007 at 2:57 am

    heee….. entry kak aisyah plak kali nih.. terkena dgn shu… nk pg ziarah al-amin! sekejap lg nih.. ada sambutan hr guru… kebetulan Tikah pon br balik malaysia.. jd kami pon nk berkumpul kat sekolah tercinta ;))

    ok.. insyAllah.. kte ketemu di Malaysia nnti..

    psssttt.. shu tgh bercuti skrg.. tunngu offer sambung dgree.. br tamat my diploma april lps kat UTM =D

    Arifah said:
    May 27, 2007 at 4:24 pm

    Assalamualaikum,
    Kak Aishah dah lame sy follow blog kak aishah, since dr kak aishah blogspot lg. Sy accidently terbloghop dr sarah punye blog. I’m introducing myself today so that insyaAllah ukwah akan terjalin antara kita and kalau ade rezeki sy ke UK (dlm planning) kelak, boleh jumpa! =) Sy ade bace tentang usrah online yg kak aishah buat, nak join boleh? ini email, frenster, ym and msnmsgr sy. hopefully kak aishah dpt add sy.

    ym – afie911
    emel n frenster – afie911@gnail.com
    msn – afie911@hotmail.com

    Sy ambil medic jugak tp locally lah, di Upm. Bulan 7 ni insyaAllah masuk 3rd year. Oklah, I think that’s enuff for now. Harap sgt kak aishah dpt add sy di ym and msn. Kalau ade kelapangan visit lah blog sy. =)

    Ukhwahfillah, abadan abada.
    -Arifah Abd. Rahim-

    Arifah said:
    May 27, 2007 at 4:35 pm

    gmail, bukan gnail! Hehhe. Sorry.

    muharikah responded:
    May 29, 2007 at 7:07 pm

    syu, bestnya gi alamin!!nak pergi juga!! huhuhuhu!

    arifah, hehehe….. terharu plak saya awak nak join usrah saya tak seberapa ini…hehehe…. nanti saya fikirkan camne ye…. adik2 usrah saya di moscow ni semuanya manja2 belaka( ahahah) dan sangatlah perlukan perhatian dari akak usrah mereka yang jarang kasi perhatian ni haaa…..huhuhu…. kesian mereka terabai….takut2 nanti lagi ramai lagi terabai plak…apapun…jazakillah….nanti kite diskas lagi camne ok?hehehehee…

    salam ukhuwah semua!

    dayout said:
    May 30, 2007 at 3:17 am

    salam k.aisyah~…
    arifah ni kawan sy mase kat skolah dulu..
    kecikkan dunia ni…
    sy x pernah knalkan k.aisyah pd dia…
    dia yg berusaha mencari…mencari sesuatu yg ‘pasti’..
    Alhamdulillah~

    muharikah responded:
    May 30, 2007 at 9:15 pm

    insyaallah, sama2 kita meniti perjalan ini ya ukhti! =)

    […] membaca tulisan ukhti muharikah, susi sempat terdetik: bestnya dia dapat jalan2 ziarah ukhti…nak buat macam tu jugalah lepas […]

    rahmah said:
    January 9, 2009 at 6:40 am

    Assalammualaikum… salam perkenalan, senang sekali membaca nukilan saudari……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s