Mengapa Kita perlu faham?

Salam semua,

tadi baru seusai majlis liqa online bersama adik2 moscow yang saya kasihi..

Pertama kali saya buat daurah secara online., walaupun memang kami panggil usrah, tapi sebab tajuk pengisian adalah tajuk daurah, maka saya personally rasa macam bagi daurah kat orang….huhuhuh…. sukarnya memahamkan orang tentang Rukun Baiah yang pertama Al-Fahmu di dalam keadaan tiadanya whiteboard dan marker untuk melukis gajah dan longkang2.

Orang di UkEire yang pernah ikut usul 20 mesti tahu apa yang saya katakan ini…

Satu persoalan yang saya tujukan pada mereka adalah:

‘Eh Korang ni tak pernah ke baca buku Al-Bana?’

‘Haaa? mana nak cari buku-buku tu akak?’

‘Laaa… tak pernah beli ke?’

Patutnya saya sendiri berasa malu sebab tak pernah membawa mereka ke kedai buku dan tunjuk pada mereka buku apa yang sesuai untuk dibca mahupun tida…

saya sendiri take for granted yang mereka tahu buku-buku apa yang patutnya mereka baca di samping materi usrah yang dibentangkan buat mereka…

sedangkan peranan saya sebagai murabbi memberitahu mereka buku-buku yang mereka perlu cover di samping bahan usrah yang dibentangkan dalam usrah…

Dengar usrah je tak cukup eh untuk faham Islam, kene banyak baca2 buku Islam juga….

Dan nak memahami Islam ini perlulah buku yang sesuai dengan tingkatan kefahaman Islam kita..

Kenal Islam

Kerana begitu ramai manusia yang memahami Islam dari cabang-cabangnya ie dari fiqah, dari hukum qisas , atau dari ibadah semata-mata tetapi mereka tidak faham dan kenal Islam secara keseluruhannya dahulu..

Ibarat kisah 3 orang buta yang mahu mengenal seekor gajah. salah seorang dari mereka memegang kaki gajah dan mengatakan , ‘ Ini pokok’.Kemudian orang kedua memegang belalai gajah dan mengatakan ‘Ini adalah meriam’. Dan orang ketiga memegang pula ekor gajah itu dan mengatakan itu adalah tali..

Sedangkan orang celik melihat gajah itu sebagai GAJAH!

Begitu juga dengan kita, bile kita tidak kenal Islam secara keseluruhannya terlebih dahulu bagaimana mungkin kita akan kenal Islam menerusi fiqh semata-mata, melalui ibadah semata atau melalui tasawuf semata-mata..

Itulah yang cuba diterangkan oleh Imam As-Syahid Hasan Al-bana dalam rukun faham, yang terungkai  dalam usul 20; 20 prinsip utama yang wajib difahami oleh seluruh individu muslim untuk memahami Deennya….

‘Yang saya maksudkan dengan Al-Fahmu ini adalah hendaklah kamu yakin bahawa fikrah Islamiyah yang murni, dan anda memahami Islam sebagaimana kami memahaminya, dalam bata-batas Usul Isyriin ( Usul 20) yang sangat ringkas ini’ ( Al-Bana)

Rasulullah pernah bersabda: ‘ Barangsiapa yang Allah ingikan kebaikan, Allah akan berikan dia faham dalam agama…’

Kenapa kena faham  dulu baru ikhlas?

Imam Al-Bana dengan kefaqihan yang ada mendahulukan Faham dahulu sebelum ikhlas. Ikhlas diletakkan sebagai rukun kedua dalam rukun baiah.

Tadi berlaku diskusi yang sihat lagi hangat di kalangan ahli liqa kiter akan mana satu yang lebih penting; ikhlas atau faham?

Ada yang kata pentingnya faham dulu…

ada yang kata penting ikhlas dulu…

Saya menghuraikan tentang faham ini selama lebih kurang 20 minit sehinggalah mereka akhirnya sebulat suara mengatakan bahawa:

‘Faham dan Ikhlas atau Ikhlas dan Faham’

Maksudnya sama ratalah faham dan ikhlas tu…

Namun, dalam buku ‘Nazaraat fi risalat at-ta’lim’ ( Pandangan semula kepada risalah ta’lim) yang ditulis oleh 2 ulama ikhwan yang aktif menulis Muhammad Abdullah Al-Khatib dan Muhammad Abdul Halim Hamid mengatakan betapa pentingnya PEMAHAMAHAN itu.

Kerana , pemahaman yang benar sahaja dapat membantu mewujudkan amal yang benar, dan dapat memelihara seseorang itu dari tergelincir ( ke arah kesyirikan dan kefuturan).

Umar Abdul Aziz berkata:’ Barangsiapa yang beramal tanpa ilmu maka kerosakan yang dibawanya adalah lebih banyak berbanding maslahah( kebaikan) yang dibawa’.

Orang ikhlas yang beramal, tetapi tidak memiliki pemahaman yang benar dan tidak mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya boleh tersesat jauh dari kebenaran.

Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa ada dikalangan manusia ini mereka yang sesat dan baginda menggelar mereka manusia terburuk sedangkan mereka itu orang yang solat, puasa, membaca quran dan amalan mereka sangatlah banyak.

Baginda s.a.w menceritakan tentang orang Khawarij dan pimpinan mereka:

‘Sesungguhnya mereka mempunyai beberapa sahabat, mereka merasakan solat yang dilakukan oleh salah seorang dari kamu sangat kecil berbanding dengan mereka, dan puasa kamu dianggap lebih rendah dari puasa mereka. Mereka membaca Quran tetapi tidak lebih dari kerongkong mereka. Merekalah seburuk-buruk makhluk ‘ ( Muslim)

Penyebab terjadinya kesesatan adalah kerana pemahaman yang sempit, separuh ( parsial) dan tidak benar. Imam Ibnu Taimiyah bercerita tentang kaum Khawarij:

‘Meskipun solat, puasa dan bacaan Quran mereka banyak, namun mereka terkeluar dari kelompok Ahlus Sunnah wal Jamaah. Mereka adalah kaum ahli ibadah. wara’ dan zuhud, tetapi itu semuanya tak didasari dengan ilmu ( kefahaman).

Maka penulis buku itu melanjutkan bahawa:

Pentingnya tidak difokuskan kepada banyaknya ilmu, banyaknya hafalan atau banyaknya amalan  semata-mata, tetapi harus dilihat dari sudut betul, benar dan sejahternya kefahaman itu.   

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

‘Seorang yang faqih itu lebih berat bagi syaitan berbanding seribu ahli ibadah.'( Tirmizi)

Umar AlKhattaab pernah berkata:

Kematian seorang ahli ibadah yang selalu solat di tengah malam, dan berpuasa di siang hari, itu lebih ringan daripada kemaian seorang yang pintar( faqih) yang tahu hal-hal yang diharamkan oleh Allah.

Tidak diragukan bahawa hafalan adalah sesuatu yang sangat baik, tetapi ia bagaikan tubuh yang tak bernyawa, jika tidak didasari dengan kefahaman

oleh kerana itu wahai saudaraku, berusahalah memiliki kefahaman yang benar dan teliti, yang dapat membawa anda kepada hakikat sebuah urusan, dapat menjadikan anda mampu meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa melebihkannya mahupun meringankannya, iaitu pemahaman yang jernih, murni, intergral dan universal.  Barangsiapa yang dikurniakan Allah kefahaman yang benar, maka dia mendapat kurnia yang sangat besar dan keutamaan yang sangat besar.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan bahawa:

‘Benarnya kefahaman dan baiknya tujuan merupakan nikmat terbesar yang Allah berikan buat hambaNya. Tidak ada nikmat yang lebih utama selepas nikmat islam melebihi kedua-dua nikmat tersebut. Kerana nikmat itulah sesoerang dapat faham Islam dan komited dengan Islam. Dengannya seorang hamba dapat terhindar dari jalan orang-orang yang dimurkai( jalan orang yang buruk tujuannya) dan jalan orang-orang yang sesat( orang yang buruk kefahamannya), serta akan menjadi orang-orang yang diberi nikmat , iaitu orang yang baik kefahaman dan tujuannya. Merekalah orang yang terbimbing di atas jalan yang lurus.( sirat al-mustaqeem)

Benarlah kefahaman merupakan  cahaya (nur) yang disemayamkan Allah dalam hati hambaNya. Dengannya dia dapat membezakan antara yang baik dan buruk, yang hak dan yang batil , petunjuk dan kesesatan, penyimpangan dan kelurusan…’

Itulah penerangan yang jelas dari buku tersebut… kalau tak faham juga, nanti kita sama- sama cari dalil yang lain..

Insyaallah pada kesempatan yang lain akan saya cuba huraikan usul 20 itu.. tapi rasanya kalau dapat baca buku dia best lah lagikan… buku yang siap ada keterangan-keteangan lagi.. saya just nak motivate you all, untuk baca buku2 Islam..

Tetapi kene ingat! Hendaklah kita berguru dengan guru, bukan berguru dengan buku. Sebab salah faham , boleh tersesat jawabnya.( waliyazubilah)

untuk yang sedang mencari-cari buku Islam untuk dibaca, boleh download dulu di www.dakwah.info and klik kat bahagian bahan tarbiyah… ada banyak buku-buku yang boleh di download di situ..

cuma sangat penting untuk baca buku ikut kefahaman yang kita ada, suapaya kefahamn kita itu dapat dibina daripada baca benda terlalu tinggi lepas tu tak faham lepas itu tinggal je..

ini adalah list buku yang saya dah baca ( takkan nak suruh orang baca buku tak baca lagikan…huhuhu), buku basic yang perlu didampingi dan dibaca oleh aktivis dakwah yang baru memulakan langkahnya….

a) Apa ertinya aku menganut agama Islam – Fathi Yakan

b) Asas-asas Islam _ Maududi

c) Dasar-dasar islam- Maududi

d) Sirah Nabawi- Mustafa as-sibaie

e) Islam Yang seharusnya difahami – Ali -Atantawi

f) Bekalan di Jalan Dakwah – Mustafa Masyhur

g) Syarah usul 20

dan buku2 lain, contoh buku fiqh dakwah oleh mustafa masyhur, risalah talim hasan albana, iman dan harakah,  Iman dan kehidupan oleh Yusuf AlQardawi…

Kalau nak best, boleh baca buku biografi Hasan Albana, tauladan di medan dakwah, bagaimana menyentuh hati, tarbiyah ruhiyah, peranan pemuda di masa akan datang, nasihat albana kepada para pelajar….

Bnayak sangat tu, kalau nak lagi, boleh request, nanti saya cek buku-buku yang saya ada…

Sehingga di kemudian hari.

wasalam

Muharikah

9.15pm

Dundee

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

11 thoughts on “Mengapa Kita perlu faham?”

  1. Salam,hehe..jd org pertama comment!! syukran jazilan pd akk krn terus menerus cube memahamkn kami eventhou dh berada di luar usrah,terharu kami…bab2 memberi pendapat n berdiskusi ni mmg no 1 sume,so time semua bersemangat tu,akk bg can ajela..spt yg sy bgtau td,nawiatu kali ni pn mungkin kluakn artikel ttg ni jgk,tp editor still tgh consider antr 2 articles, lepas bace entry ni boleh top up sketla artikel td, tx kak! huuu tak sabar nk jumpa kt msia..bwk nat gi kedai buku nnt,die “AJK buku” kami,huhu..kasi die angkat byk2 sket buku :p

  2. salam…waa..byknye buku nk kene bace…neway, thnx kak aisyah utk list buku tu..at least, ade guideline nk bc buku ape…iAllah, akan diusahakan utk mndptkannya & iAllah mengkhatamkannya juge…=p…iAllah…
    p/s: nadia buli nat..huhu..~

  3. salam kak aisyah:) saya baru je abis baca entry ni….ape2 pun kita kena faham dalam beramal kan….sedih gak ptg smlm tak dpt nak join usrah…huhu…takpe at least akak dah tulis kat sini pun dah cukup buat saya:) tima kaseh akak:) n thanx 4 list buku2 tu….

  4. Salam semua,

    ehehee…. banyak lagi buku2 tambahan lain yang kita semua kene hadamkan… dan keen seimbangkan antara ilmu fikrah dan ilmu ruhiyyah… sebab nanti semangat2 jekan…

    anyway, dah baca nanti boleh habaq kat saya… saya nak test…hehehehhe

  5. Subhanallah….
    Liqo dengan online

    apa muslim di Inggris or Moscow juga mengenal Hasan Al-Banna, seperti saya di Indonesia?

  6. Salam alaik kak aisyah,

    terngiang2 lagi kata2 kak aisyah..huhu

    “Dengar usrah je tak cukup eh untuk faham Islam, kene banyak baca2 buku Islam juga….”

    “Kita bukan nak hasilkan orang yang teror bercakap atau berdebat ke..tapi kite nak hasilkan orang yang faham Islam”

    huhu..
    alahai..
    rasa macam dada kontang dengan ilmu..
    banyak nampaknye buku2 yang kami kene cover..
    tp tak pe..
    Jiayou! 😀
    insyaAllah..

    jzkk (“,)v

    wassalam.

  7. oh ya..
    lupe nak tambah..
    gajah itu comel huhu..
    tegak je die berdiri.. :p

    patutlah org buta tu igt kaki gajah tu pokok :p

  8. salam alaik…

    menarik sangat dgr usrah on9 ni..
    hehe..bole ke kalo saya yg dr morocco ni pun nak join heh?
    tajuk yg atas ni pon menarik gak..rugi rasanya xdpt sama ngn akhowat dgr sesi perbincangan ni kan..? huhuhu..
    salam ukhwah dr saya nurzahirah binti zahid buat semua..
    assalamualaikum.. (“,)

  9. untuk al-akh , ye di sini pun kami ada liqa dan mengenali pengasas pertama Ikhwan Muslimun, Hasan Al-Bana..

    syuqaira, tak sbarnya nak suruh korang baca buku2 tu….hehehehe… buku medic jangan tinggalkan pula ye…

    zahirah, mehlah datang UK dan kita kenal2 dulu…dekat tak morocco dengan UK ek?

  10. subhanallah dakwah begitu menggembirakan, ada dimana-mana, di seluruh penjuru dunia. mohon izin untuk mengambil foto hasan albana dari blog antum, saya tadi search di google tentang foto hasan albanna alhamdulillah sudah dapat. jazakumullah

  11. I’ve been searching with this data far and broad! A strategies are very well introduced and prepared. Excellent post to the concern, without a doubt! It is best to write more about it. I’m certain other people are just as involved as I’m to seek out more from you. Seeing ahead to more blog about this matter!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s