Istimewa buat guruku di hari ini…

Posted on Updated on

Aku teringat pada seorang insan di hari ini… ya, seorang insan yang banyak merubah kehidupanku.. dari banyaknya guru yang aku mengajariku, dialah yang paling dekat di hatiku.. 

Pernah aku tidak berbual dengannya berbulan-bulan, tapi aku seing teringat akan dia di saat aku mengalami dugaan2 hidup yang panjang dan mencengkam.. Dan aku tahu dia merinduiku setiap kali aku merinduinya pula..walaupun bicara kami sangat terhad sejak aku terbang ke negara scottish ini Dialah insan yang paling banyak bersabar denganku, mendidik aku dari aku naif hinggalah aku mengenal erti perit dan sukarnya kehidupan di atas jalan dakwah ini..

Dialah yang tidak pernah berputus asa membekalkan aku buku-buku Islam, membawa ku pergi ke mana sahaja, bercerita dengan aku saban waktu, tanpa jemu dia membuatkan aku jatuh cinta dengan Islam dan dakwah…  Satu perkara yang aku tidak boleh lupakan adalah, dia membuatkan aku mengerti bahawa segala-galanya bermula dengan tarbiyah walaupun segala-galanya bukanlah tarbiyah….. 

Aku bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku peluang meraih kasihnya seorang guru, seorang syeikh, seorang ibu, seorang teman baik dan seorang kakak di atas jalan dakwah ini… betullah seperti mana yang diungkapkan oleh Imam Hasan Al-Bana- seorang murabbi itu perlu menjadi soerang syeikh dari sudut rohaninya, seorang bapa dari sudut ikatan hatinya, seorang guru dalam mengajar , seorang teman dari suduh keterbukaannya… aku menerima sentuhan dari seorang murabbi, sentuhan yang ramai antara sahabat-sahabat seperjuanganku tidak pernah merasainya… Itulah dia sentuhan dakwah fardhiyah… 

‘Dakwah fardhiyah tu apa?’ 

Laaa… takkan tak pernah orang buat pada awak?

 dan mereka merenungku dengan menundukkan pandangan yang sugul.. Benar dakwah itu adalah kehidupan. Dakwah bukanlah ilmu yang hanya ada pada kitab-kitab, bukanlah percakapn yang berlegar dalam usrah dan daurah, tapi dawah adalah perbuatan yang dijelmakan oleh ruh, sentuhan mesra yang diberikan oleh murabbi kepada mutarabbinya… Kerana itu untuk memahamkan seseorang individu itu tentang dakwah, bukanlah dengan banyaknya teori-teori yang kita bentangkan pada dia, tetapi bagaimana kita tunjukkan kepada individu itu, dan individu itu mempraktiskan apa yang dipelajarinya kembali.

 Cikgu Hasnah mesra dipanggil makcik oleh anak muridnya. Panggilan yang mesra bagi kami, dan kami sangat dekat di jiwanya. Dia seorang yang sangat memahami jiwa anak muridnya, dan sentuhan-sentuhan yang diberikan lewat usrah sangat terkena pada hati kami walaupun tidak pernah ditegurnya kami secara direct Aku tahu dalam banyak keadaan dia sangat berlapang dada dengan sikapku yang kadang-kadang menjengkelkan hatinya.. aku sangat bersyukur, sehingga ke hari ini, TIDAK pernah langsung dia mengguris hatiku mahupun menaikkan suaranya padaku… semuanya ditegur secara hemah dan lemah lembut…. Dan aku sangat rindukan seorang murabbi yang sering membimbingku, mengenalkan aku tentang Islam dan sering memperbaiki diriku tanpa aku sedar aku sedang diteguri sebenarnya…..

 Dia seorang guru kimia, walaupun dia mengajarkan ilmu sains kepada anak muridnya, tetapi dia juga mengajarkan erti kehidupan kepada kami. Dialah yang menunjukkan aku akan keluasan dan kelurusan jalan ini.. 

Aku berharap ramainya guru-guru yang hidup seperti dia, yang membina manusia bukan sahaja mengajarkan mereka ilmu duniawi, tetapi mengajarkan mereka akan erti kehidupan yang sebenar.. guru yang bergelumang dengan anak muridnya dan sanggup berkorban untuk kepentingan anak muridnya, yang tidak mengharapkan apa-apa balasan ketika mengajar dan Cuma berharap apa yang terbaik.. dan paling penting guru yang berjaya menyedarkan anak muridnya akan dua tugas utama kita di dunia ini : ubudiyyah dan khalifah. 

PS: Selamat hari guru buat semua!Hanya Allah dapat membalas jasa kalian! 

Advertisements

One thought on “Istimewa buat guruku di hari ini…

    shuhada said:
    May 23, 2007 at 10:29 am

    assalamualaikum kak aisyah, harap shuhada masih ada lg dlm memori kak aisyah..=)

    herm.. br baca sebaris ayat dlm entry nih.. dah dpt guess siapakah guru bertuah yg terpaut dlm minda kak aisyah.. heee.. rasanye cikgu tuh je yg kat sekolah yg shu nmpk.. punya ciri2 yg kak aisyah gambarkan..

    dan moga2..pd masa akan dtg.. terlahir lg generasi guru2 dan sekaligus murobbi yang menggalas amanah sbg guru di al-amin kelak..insyAllah.. Ameen..

    kini ‘anak2’ di al-amin sgt membutuhkan ‘sokongan’ dan bimbingan dr guru2 yg ditarbiyyah.. kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s