risalah cinta di awal musim bunga

Posted on

Salam,

Di saat saya mengupdate blog saya ni, saya tak dapat membuka blog saya. Entah apalah rupa blog saya tu…. Harap2 takdelah apa2 kecacatan yang berlaku… ( apalah aku ni, bukannya ada orang nak tukarkan template pun kan…hehehe)

Minggu ini terlalu banyak jemputan ke rumah-rumah orang lain..

Shefa menghantar text: Halaqah this Thursday at Musallah, bring your own food!

Dan saya mempunyai usrah dengan sahabat2 di Dundee pada hari ini. Dan menyambut hari kelahiran sahabat saya , Siti di sini..

Dan saya menerima text dari Eilidh, teman kumpulan tutor saya:

‘ Party at my house this Saturday, after 8 pm. Bring along your friends as well’

Eilidh, gadis tulen Scottish berambut oren. Ketinggiannya setinggi paras bahuku. Tubuhnya genit, bermata biru tapi wajahnya penuh kosmetik. Dia baya adikku Aqilah tetapi kerana kami satu kumpulan saya selalu menganggap dia sebaya dengan saya, walaupun saya rasa saya lebih matang darinya. J

Berkenalan dan berkawan rapat dengan kawan Scottish mungkin akan menggembirakan hati ibuku jika dia tahu. Dia suka aku bersosial dan tidak hanya berkawan dengan orang Melayu sahaja.

Cuma aku tidak reti untuk berkata apa dengan mereka ketika aku berada di sana nanti. Di kelas kami sekumpulan boleh masuk antara satu sama lain. Namun di perjumpaan sosial? Ah, sukarnya untuk dapatkan keserasian kerana tentulah kami sangat berbeza! Selalunya mereka akan bercakap pasal lelaki handsome, pasal party, sekali sekala gosip2 yang kadang2 aku suka juga mendengarnya ( hehehe..) lagu, pakaian, dan juga perkara2 lain yang aku tak dapat tangkap kerana frasa-frasa yang digunakan sangat sukar diterjemahkan apatah lagi apabila mereka berbicara dalam bahasa percakapan scottish..dan paling aku tidak gemari adalah pencampuran lelaki dan perempuan. Aku memang tidak selesa jika bukan dalam majlis rasmi untuk duduk rapat dan bersosial dengan kaum Adam.

Entah, aku lebih rela menjadi anti sosial. Tapi akan aku tanyakan dia esok siapa lagi yang dijemputnya. Namun kerja aku terlalu banyak. Banyak perkara perlu dipelajari dan kerja yang perlu disiapkan.

Dalam masa yang sama, aku bertarung dengan diriku untuk sentiasa memperbaiki diriku. Membaca bacaan islam, menghafaz quran dan hadis, bacaan medic, dalam masa yang sama membaca emel2 yang sentiasa berlambak, mengambil pengajaran2 dari emel tersebut dan mengupdate blog saya yang kdang2 saya rasa membuang masa tapi dengan cara inilah dapat saya berkomunikasi dengan ramainya manusia di luar sana…

Biarlah saya dikatakan antisosial. Moga dakwah saya dapat sampai pada mereka dengan cara yang lain…

Minggu ini birthday siti, dan juga birthday ayu. Saya mengirimkan ayu sekeping kad dan buku sajak saya. Tetapi dia mengirimkan kata2 yang sangat menyejukkan hati saya:

‘…lov u so much but didn’t do enough to show it. Akak sntiasa berada di hati ayu…’

Dan ramai meminta nombor siti untuk diucapkan selamat hari jadi padanya…kami menyambutnya semalam di sini di sebuah restauran….

Saya lebih rela untuk bersama 5 orang sahabat saya setiap minggu dari pergi ke rumah kawan scottish saya… anti sosialnya saya! Berkawan hanya dengan orang Asia!

Biarlah, saya bukan tidak berkawan langsung dengan mereka, cuma saya tidak dapat menjadi kawan baik mereka…

Apapun, terlalu ramai orang yang mahukan perhatian kita, samada kita sedar ataupun tidak. Dan begitu banyak risalah cinta yang diberikan, cuma bagaimana pula kita membalasnya dan bagaimana pula kite menghargainya..

Hawa panas sudah mula menyelebungi permukaan bumi di dundee, sang suria sudah segar memancarkan cahaya teriknya. Saya gembira tatkala berjalan pulang ke rumah sambil menelefon adik saya di Birmingham, merasai kedamaian wajah saya di sapa sang suria setelah berbulan-bulan hidup di dalam kekelaman.

Orang selalu mengatakan saya sibuk, tapi saya takkan sibuk untuk sebuah risalah cinta, insyaallah..

Advertisements

3 thoughts on “risalah cinta di awal musim bunga

    DayahJaris said:
    March 1, 2007 at 6:33 pm

    salam k.aisyah~
    dari pertama kali sehinggalah ke hari ini..sy mmg kagum dgn k.aisyah..
    kagum dgn risalah cinta yg k.aisyah bawa~
    even kte x pernah berjumpa face2face..tp terasa k.aisyah selalu dkat di hati..:)
    xpe k.aisyah juz be urself..biarlah org nk kate ape..busy atau tak..
    itu hanya di pandangan mata mereka..
    ape yg penting adalah pandangan Allah terhadap kite…
    jzkk k.aisyah!

    afiqawe7 said:
    March 3, 2007 at 12:12 pm

    Salam.
    Teruskan perjuangan dan kuatkan hati..
    Btw, kat moscow nie still snowing lagi…

    Sya Z said:
    March 8, 2007 at 12:56 pm

    sama2 dayout! truskan perjuangan juga afique!

    Dundee dah cerah skrang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s