Pengertian masa ( untuk budak comel dan rakan2 seperjuangan sekalian)

Posted on

Saya minta maaf, saya tahu ada pembaca tetap kepada blog saya ni. Yang selalu menanti-nantikan kemasukan entri baru saya. Saya pun hairan dan sangat terharu dengan mereka kerana masih mensisakan ruang waktu yang mereka ada untuk membaca tulisan saya yang tak seberapa ni. Kadang2 dalam satu hari saya takde masa even nak menjengok blog saya sendiri. Saya selalu menanti-nantikan masa untuk menulis blog ini. Saya merasakan bahawa masa yang ada untuk menulis adalah bagaikan satu anugerah bagi saya.

Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung :

Dialah yg menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetepakan tempat-tempat orbitnya agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu. Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar’
( 10:5)

Allahlah pemilik waktu itu. Jika kita mengabaikan waktu, kita mengabaikan telah Allah.( Astahgfirullah) Jika ada sesaat kita tidak berbuat apa-apa, fikiran menerawang entah ke mana-mana, bertanyalah kepada diri sendiri ; Adakah aku begitu bodoh mensia-siakan Tuhanku?. Sewaktu menunggu bas untuk ke sekolah dan ketika berjalan ke kampus tanpa teman berbual, apa yang kita fikirkan ketika itu?Apa yang kita buat? Cukup memasang ipod di telinga? Atau kita cube untuk mengulang hafazan surah kita atau berzikir padaNya?

Jika kita pulang ke rumah ,biasanya kita akan duduk di hadapan komputer, kemudian menerawang ke laman maya hanya semata-mata untuk browse. Jika lapar, kita ke dapur untuk makan. Jika kita ngantuk, kita tidor. Kadang-kadang kita berasa bosan dengan kehidupan kita pada hari itu. Kerja sekolah bertimbun-timbun banyaknya. Tapi terasa sangat mentensionkan dan membosankan. Kadang-kadang tak rasa ada ‘jus’ atau kemanisan bahkan ‘fun’ dalam hidup kita pada hari itu. Sementalahan itu tangan kita akan gatal untuk mendownload kisah-kisah yang mampu memberikan kegembiraan buat kita di torrent mahupun limewire. Kadang-kadang kita cari cerita korea dalam youtube atau picvid. Kadang-kadang kita sibuk mengupdate cerita-cerita terbaru kawan kita dengan membaca testimonial mahupun melihat gamba-gambar kawan terkini di friendster. Kadang-kadang kita langsung tak tahu nak buat apa. Lantas kita merenung angkasa mengharapkan ilham akan timbul…

Bayangkan betapa banyak masa kita telah terbuang? Dalam masa kita melekakan Allah, kita akan berbuat perkara-perkara yang disukai oleh diri dan nafsu kita sendiri. Dan situlah bermulanya episode membuang masa walaupun hati kita tak merasakan perbuatan kita itu berdosa.

‘ Maka dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu, dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya’
( 91: 8-10)

Bayangkan masa-masa yang kita gunakan bukan untuk mendapatkan redha Allah! Sangat banyak masa terbuang! Makan, tidur, borak, layan you tube, friendster…sedangkan kita tidak tahu bila nyawa kita akan dicabut dan adakah sempat kita mencorakkan sejarah dunia dengan tinta Islam hasil dari usaha kita.

Dan Dialah Penguasa mutlak atas semua hambaNya dan diutusNya kepadamu malaikat penjaga, sehingga apabila kematian datang kepada salah seorang di antara kamu, malaikat-malaikat Kami mencabut nyawanya dan mereka tidak melalaikan tugasnya. ( 6: 61)

Sewaktu saya membaca kata-kata Imam Hasan AlBana yang menyatakan bahawa : ‘ Masa itu adalah kehidupan’. Saya baca tetapi saya kurang mengerti. So what? Memang pun lah kan!

Tapi, cuba fikirkan apakah jasa yang telah dibuat oleh AlBana kepada umat Islam sehingga kita mampu untuk menerima Islam ke hari ini. Dalam tempoh 20 tahun dia mengubah dunia. Dan kita tahu beliau mula menggerakkan Islam ketika berumur 20 tahun, di saat kita semua masih hingusan ketika umur itu dan tidak mengerti apa-apa akan dunia ini melainkan untuk berseronok pada tahun pertama di UK. Dan dia? Sudah menjadi seorang hafiz, seorang ulama di zaman dia. Paling utama, tokoh pemimpin dunia! Kita? Adeyh, jauh panggang dari api!

Di Palestin kita melihat saudara kita seusai masuk 6 tahun sudah pandai membaling batu kepada Yahudi dan berjinak-jinak dengan seruan jihad semenjak bayi. Mereka syahid ketika umur 16-18 tahun. Apalah yang mereka dapat dari kehidupan singkat itu? Tengok TV pun tak pernah! Tapi mereka kisah tak itu semua! Mereka langsung tidak risau jika tidak sempat menjadi doktor mahupun engineer tersohor di dunia, asalkan bergelar syahid terkemuka di Jannah nanti. Masa singkat itulah kehidupan buat mereka!

Sumayyah isteri Yassir hanya hidup beberapa hari selepas masuk Islam, tapi apa ganjaran Allah padanya? Syurga yang djamin kedudukannya di sisi Allah!Apalah yang ada pada usia Sumayyah yang beberapa hari dalam Islam itu? Apalah signifikan sangat?

Kerana mereka memahami makna kepada masa dan makna kepada kehidupan itu sendiri.Kehidupan yang sebenar adalah kehidupan yang bersandarkan kepada Allah. Maka mereka gunakan/utilise masa yang mereka ada untuk mengoptimakan ubudiyyah dan syahadah mereka kepada Allah!

Maka makna masa dan makna kehidupan itu adalah apabila seseorang hamba itu menggunakan masanya hanyalah untuk Allah, Ilah yang dicintainya.

‘ Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, serta nasihat menasihati kepada kebenaran dan nasihat menasihati kepada kesabaran’ ( Al-Asr)

Risaulah kita jika ada detik-detik yang terbazir dengan tidak melakukan apa-apa. Jika dalam minda kita tidak ada perasaan untuk mengunakan masa itu untuk mendekatkan hati kepada Allah dan menambahkan cinta kita padaNya. Risaulah kita jika kita tidak menggunakan masa itu pun untuk menyeru manusia lain kepada Islam,menyeru manusia kepada Allah. Risaulah kita. Risaulah bahawa kita takut kita mati bukan dalam keadaan beriman kepada Allah.( Waliyazubillah min zalik)

Cukup coretan yang merupakan peringatan yang sangat besar bagiku. K ween cakap, seseorang itu menjaga masanya jika dia menjaga solatnya di awal waktu… ( dah buat ke aku ni? Huhuh….)

Nota Kaki:

a) Siapa-siapa yang belum daftar untuk IMAM Extreme Medicine sila berbuat demikian di extreme.medicine@gmail.com . yuran hanya GBP 25 untuk programs dan dinner.
b) Projek on the line:


i) 2 artikel nak masuk dalam blog
ii) Program-program MSM
iii) Antologi cerpen GKLN
iv) Beli tiket balik Malaysia-ausie
v) Siapkan Record of achievement yang bertimbun
vi) Study for exam!
vii) Habiskan buku ayat-ayat cinta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s