Jangan ajar orang untuk buruk sangka…

Posted on

Salam…

dulu saya tak suke orang gelar saya orang MSM… rasa macam dicop… owh…apa tu MSM? It stands for Majlis syura Muslimun.. boleh tgk website dia yang tak selalu diupdate kat http://www.msmonline.org.uk/laman/ ada orang US tanya, apsal tak update website? heheheh…

jawapan best dari seorang ikwah –> kami sibuk membina manusia akhi….

Apa itu MSM? Sebuah pertubuhan dakwah berdaftar secara rasmi bawah MSD.

Dulu sebab ramai orang tak tau pasal MSM. Orang blacklist MSM. tak tau sebab apa… Aku sendiri takut digelar MSM walaupun aku ikut tarbiyah dia..

Lama2, aku bangga dengan MSM…bukan sebab namanya MSM, tapi sebab perjuangannya yang jelas ( wadih) serta matlamatnya yang agung dan tidak tergopoh gapah…

Aku tidak tahu nak cerita ke tak benda ni sebenarnya. Tapi dah lama aku simpan benda ini. AKu nak cerita juga sebab kadang2 aku geram dengan fenomena yang berlaku dikalangan pelajar di mana2 sahaja samada di Malaysia, UK, Jepun dan mana2 sahajalah..

Aku suka join MSM, sebab program dia best, aku jumpa member2 yang best. Yang ingatkan aku tentang Allah, yang ingatkan aku akan tujuan aku hidup di dunia ini. Aku duduk di Dundee dengan tak banyak biah solehah, kawan2 aku yang sama fikrah dengan aku sanggup melayan panggilan aku, sanggup ziarah aku jauh2 semata kerana mahu menyediakan aku biah solehah itu. Aku sayangkan mereka seperti darah daging aku sendiri, dan aku yakin mereka sayangkan aku begitu juga. Teringat surah al-anfal ayat 60; waallafa baina qulubihim, sesungguhnya allah yang menautkan hati2 mereka.

Walaupun kadang2 pengisian hanya secara online, tapi aku puas meneguk ilmu. Aku juga kagum dengan semangat ukhuwah yg ditonjolkan oleh sahabat2ku tersebut. Waktu aku ada masalah, mereka paling pantas mengoffer pertolongan.. pernah aku ada masalah kesempitan wang, cepat sahaja wang dimasukkan. Dan bile aku berjumpa dengan mereka yang aku jarang2 jumpa, hati kami cepat bertaut seperti kejutan elektrik… inilah buah kepada cinta kerana Allah…

Aku sangat cintakan jemaah ini. Kerana aku merasai keberkatan pada jemaah ini. Bila orang kutuk mereka dengan kutukan yang menyakitkan, mereka tak pernah mengajar kami untuk melatah, apatah lagi menyerang balas, cukup dengan ucapan, Alhamdulillah, tak apa, kita hanya redha sahaja..

Sapa tak marah jika pertubuhan yang telah memberikan aku macam2 ini dituduh tak betul, hanya memecah belahkan umat dan tak patut disertai sama sekali?

Sapa yang tak marah, jika ustaz yang memberi kuliah kepada kami, yang mengajar kami tentang Allah, tentang menjadi khalifah dan pelajar terbaik di uni kami difitnah dengan fitnah yang tak sepatutnya diberikan oleh orang2 yang mengaku mereka jemaah yang betul?

Sakit hati lagi sebab ada orang yang mengaku mereka betul, kerana memberi hujah2 bahawa kami ini tak betul, banyak salah, dikaitkan dengan individu2 yang pernah menyertai kami yang di dakwah membuah kesalahan pada pandangan mata mereka. Ya individu itu pernah bersama kami, tapi pendapat individu tak semestinya pendapat seluruh jemaah.

Jika ada yang mendabik dada yang mengatakan merekalah yang paling betul dan perlu diberikan ketaatan, kenapa perlu mengutuk orang lain? mengapa perlu memperlekehkan orang lain? mengapa perlu meracuni pemikiran anak2 muda yang ada, yang masih bersih, yang sedang berkembang, untuk berfikiran jumud dan sempit, dan berburuk sangka sesama manusia?

mengapa tidak tonjolkan kebaikan anda semata2, tanpa mengutuk orang lain? tanpa memperlekehkan orang lain? Jika anda yang terbaik, tunjukkan!! Jangan kutuk tanpa bukti..

yang sedihnya, yang mengucapkan itu adalah dikalangan orang yang belajar agama juga. yang ucapan mereka disegani, dan orang takkan percaya yang mereka sanggup berdusta..

tapi mengutuk sesama Islam adalah tidak boleh diterima sama sekali..boleh rujuk surah alahzab dan alhujurat..kita baca ayat2 tu saban hari.. dalam islam, ukhuwah antara umat islam sangat dititik beratkan…mengapa harus berburuk sangka?

MSM mengajarku erti berlapang dada dan baik sangka. Aku belajar walaupun aku sakit hati..

Bila ramai adik2 yang baru datang, bakal cendekiawan yang seharusnya mempunyai pemikiran kedepan, tersepit dalam pemikiran yang jumud, tidak mampu untuk buka fikiran menerima orang lain serta terkongkong hanya kerana mengisi borang di atas kertas, aku tidak berpuas hati…

ketaatan itu bukan pada sekeping kertas, tapi pada perasaan yang dibina lewat tarbiyah yang berkesan. Jalan tarbiyah jalan yang panjang, tapi ini jalan rasulullah. kalau ada jalan lain lebih baik dari rasulullah, silalah cakap.

apa yang penting pada saya adalah berilah semua orang kebebasan berfikir. jangan paksa orang masuk persatuan yang mereka tak nak.. jangan kutuk persatuan lain and cakap persatuan kita yang terbaik.. itu bukan akhlak orang islam.. If you are the best, it will shows upon your characters… kalau nak bina orang yang berakhlak, orang yang menyeru perlu juga berakhlak..

tapi saya tahu tak smua orang camtu, ada orang yg bagus2. .cuma saya rasa mereka boleh menjadi insan yang lebih terbaik lagi. mereka perlu membina orang, memberi tarbiyah pada orang, bukan meramaikan orang dalam persatuan mereka. bukan mencuri anak usrah orang lain. carilah yang main gitar kat tengah jalan tu, dakwah mereka, ajak mereka buat usrah, jangan hukum mereka, jangan kutuk mereka tu kaki haprak.. mereka perlu dibantu dengan tarbiyah,.. dengan mendidik hati mereka tentang islam.

MSM tak sempurna, dia banyak cacat celanya. tapi MSM memberikan saya tarbiyah, sesuatu perkara yang saya tak dapat dari yang lain. saya akan tetap bersama MSM selagi ia berpegang pada prinsip2 asalnya, membina syaksiah Muslim. mencetak manusia supaya menjadi produk2 yang dapat memimpin seluruh dunia, bukan hanya menjadi pak turut yang ikut kata pemimpinnya.

maaf jika ramai tak faham apa yang saya tulis ini, bagi yang faham, dia akan faham. saya cuma harap agar kita sesama umat islam akan bersatu akhirnya… dan semua itu takkan berlaku jika kita tak mahu berlapang dada serta merendahkan diri…

hingga sambung lagi…

wasalam

Advertisements

One thought on “Jangan ajar orang untuk buruk sangka…

    amar_kun said:
    July 23, 2006 at 7:23 pm

    tarbiyah itu dari Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s