catatan german 1

Posted on

salam….

lama juga pk, bile nak ada masa utk tulis catatan ni…biasanya kalau dah balik dari jaulah mana2 mesti cepat je tulis catatan utk dikongsi… tapi kerana mungkin masa sangat mencemburui, dan lemahnya pengurusan masa yang ampuh, penulisan ini ditangguhkan hingga ke hari ni….

kadang2 terfikir sendiri, perlu ke bersusah payah menulis catatan berjela2…adakah mereka yang dapat mengambil manfaat dari segugus bait pengalaman yang dicoret lewat pengalaman naif seorang yang masih bertatih di atas jalan dakwah dan jihad ini?

setiap kali persoalan itu berlegar di ruang minda, setiap kali itu juga memori silam akan hinggap di tempurung kepala, terkenang saat diri mula2 mengenali dakwah…banyaknya pengalaman yang kukutip lewat pembacaanku berkenaan dengan kisah2 yang dicoret oleh para duat di serata dunia ini, dengan pengalaman itu aku jadikan motivasi dan juga pembimbing di saat diri ini bertembung dengan banyaknya permasalahan yang sangat sinonim dalam kehidupan seorang mujahid dakwah…

kerana itu, aku merasakan pentingnya menitipkan pengalaman yang tidak seberapa ini, jika kisah ini tidak bermanfaat utk generasi sekrang, barangkali akan menjadi salah satu tinta sejarah di masa mendatang… pernah kuterbaca coretan abbas as-asisi yang menyatakan kekesalannya tidak menulis pengalaman2nya bersama ikhwan seawal penglibatannya di dalam IM. Ketika dia mula sedar perlunya penulisan tentang kisah2 yang telah mewarnai kanvas sejarah dakwah di abad ini, dia mula menulis berdasarkan ingatan dia yang tajam itu.

aku sendiri banyak menitip pengalaman dakwah dari penulis2 cerpen indonesia yang sangat aku kagumi, tulisan mereka basah dengan keberkahan dan kaya dengan tusukan tazkirah, seolah2 mereka turut hidup menceritakan kisah itu kepada diriku…sayangnya ikhwah malaysia masih sangat kurang menulis, jika yang ada, sangat jarang menyentuh ttg pengalaman2 dakwah buat tatapan generasi muda yang berahi dengan semangat dakwah dan rakus dengan ilmu/tsaqafah harakah Islam dan tidak pula dibukukan..( masalah security ke? allahualam)

Mungkin ini akan menjadi titik tolak kepada perubahan yang besar jika ada yang menyedari kepentingan utk berkongsi pengalaman ini. Aku percaya, ramai ikhwah2 malaysia yang memiliki gedung ilmu dan pengalaman yang sangat luas, cuma kerana kesuntukan masa mereka tak mampu menceritakannya lewat tulisan.Jika dapat kita baca kisah2 mereka, semangat kita akan terus menyala-nyala dan kita akan mahu mencontohi kisah-kisah mereka…

Aku mengharapkan agar Allah memberi kekuatan kepada semua para duat di atas muka bumi ini terutama yang sudah jauh berjalan ke hadapan di dalam saff dakwah ini, utk menitipkan tinta pengalaman mereka utk diceritakan kepada generasi mendatang. benar tidak ramai pandai menulis, tapi menulis itu sendiri perlukan latihan, dan latihan itu perlukan permulaan…Yang penting mulakan, biar masa yang akan membantu memperbaiki mutu tulisan kita.. fikirkan dan bayangkan wajah2 generasi mendatang yang dahagakan ilmu dan pengalaman kita yang tak mampu kita ceritakan sepenuhnya lewat lidah kita, dengan itu kita akan lebih bersungguh2 utk menyumbang dalam bidang penulisan ini…

utk i/a fillah… ana persembahkan kisah ini dengan penuh kerendahan hati…

____________________________________________________________________

5 may 2006

‘Biar benar kak, kita nak pergi German!?’ ujarku kepada teman akrab dan seperjuangan di bumi dakwah ini.

‘Tulah, kite pun cam tak caya…tak prepare apa2pun……..’

Aku sendiri rasa terkejar-kejar utk ke germany. Habis exam pada 2 mei, istirehat pada malam itu, esoknya terus berusrah di Sheffield, 4 mei esoknya bermain tenis dengan adik di Notts dan sebelah malamnya bertemu naqibah tercinta selepas sebulan mata tidak bersua dengannya. Malam itu juga terus kembali ke Sheffield sebelum mengambil tren pada keesokan harinya untuk ke lapangan terbang Manchester pada sebelah malam utk ke Hannover…berjanji utk bersua muka dengan akhwat fillah di manchester, namun kerana kesuntukan masa, tak mampu aku bersua mereka…(huhuhu…sedihnya…)

Ada apa di germany?

‘Kite ke sana utk ta’liful qulub, utk membina hubungan hati dengan orang-orang Malaysian di sana..dakwah dan tarbiyah di kalangan orang-orang Malaysia sangat ke belakang. kiranya kite ke sana utk bantu dan melihat keadaan di sana’, begitu penerangan USH sewaktu mesyuarat online kami sebelum kami berangkat.

‘Apa objektif awak pergi ni Aisyah?’ soal sahabatku di dalam keretapi sewaktu perjalanan kami ke lapangan terbang Manchester. Masa berangkat adalah pukul 8 pm dan kami perlu berada di situ sekurang2nya sejam sebelum.. Dari luar keretapi, panas matahari masih terik membakar kulit walaupun waktu ketika itu sudah mencecah pukul 6 petang.

‘Objektif? Nak besar ke nak yang kecil?’ aku bersenda.

‘Wah ada banyak ke?’

Sambil berfikir aku menjawab,’Hurrmm…. semua itu bergantungkan dengan apa yang kita nak dalam hidup kita… bergantung kepada cita-cita kita, samada kita mahu bercita-cita besar atau kecil… memang kita pergi ini sekejap, tk sampai 3 malam, tapi yang penting adalah kite gunakan setiap peluang yang kita ada untuk memaksimakan potensi yang kita ada sewaktu di sana. saya tak tau apa yang nak ‘expect’ bile tiba di sana. Dah lah negara lain, orang2nya semua kita tak pernah kenal, lepas tu tak tau bentuk program STUD tu camne, and tak tau bile ada peluang pun nak bermuayash dgn orang2 baru… tapi takleh jadikan perkara itu membantutkan cita-cita kita… lapangkan je fikiran dan terima je apa yang bakal berlaku, yang penting kita tahu nak mainkan peranan yang kita perlu mainkan bila tiba di sana. Mana tahu kita akan jumpa permata-permata yang baru di sana, walaupun kita sekejap sahaja pertemuan dengan mereka, gunakan setiap saat yang ada utk memenangi hati mereka, ta’liful qulub, mana tahu mereka akan mahu bersama kita walaupun orang lain yang akan buat follow up….’ .

Noktah.

Sahabatku menarik nafas sambil mengangguk. menyetujui barangkali dengan penerangan panjang lebarku. Aku tidak pandai untuk memendekkan jawapan2ku. Terkadang aku kasihan dengan mereka yang terpaksa mendengar celotehku terutama anak-anak binaanku. Tapi inilah skil yang perluku pelajari. Bercakap seperti mana Hasan Al-Bana. Kata-kata beliau padat,ringkas tetapi mantap serta memberi kesan mendalam kepada jiwa pendengar.

Di lapangan terbang, kami bertemu dengan akhwat dari Belfast serta ikhwah yang turut menyertai kotinjen kami. Terasa bangga menjadi duta MSM. Entah kenapa, aku terasa mahu memakai bagde mahupun jaket yang membawa lambang MSM. Teringat ikhwah Indonesia yang ke mana-mana sahaja mempromosikan PKS demi untuk mengangkat nama Islam di mata masyarakat.

Flight HLX.COM kami tiba pada hampir tengah malam di Hannover.Kehadiran kami disambut oleh ikhwah Germany yang langsung tidakku kenali. Aku mencari kelibat sosok wanita yang memakai jilbab. Tidak langsung kelihatan, dalam terkilan aku melihat ikhwah UK berpeluk erat dengan ikhwah German. Tak sabar hati untuk bertemu mata dengan akhwat German!

Malam itu di Hannover, cuaca tidak begitu dingin. Hannover merupakan antara bandar yang besar di German.Kedudukannya yang berada agak di tengah-tengah German membantu perkembangan dakwah di situ. Populasi pelajar Malaysia dan Indonesia makin bertambah walaupun masih sedikit berbanding dengan Sheffield dan Manchester. Namun ramai ikhwah dan akhwat Indonesia bergerak aktif di sana.

Kami dibawa oleh seorang ikhwah Malaysia ke kedai Turki untuk menikmati rasa daging kebab dan pizza buatan orang Muslim Turki yang telah bermastautin di German. Tetiba aku merasakan keindahannya menikmati rasa ketawajuhan kepada Allah Taala.(Ar-Ra’du:15). Bumi UK kaya dengan bangsa Pakistan, di German padat dengan bangsa Turki. Namun hakikatnya bahasa kita tetap sama, orang Muslim mesti akan mencari kedai kebab di negara Eropah. Di situ ditemui bukan sahaja tanda simbol halal, tetapi rasa kesatuan aqidah yang sejagat.

‘Dan sesungguhnya umat ini adalah umat kamu iaitu umat yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu.Oleh itu sembahlah Aku'( Anbiya:92)

Malam itu kami menumpang di bilik seorang ikhwah yang mewakafkan biliknya buat kami. Kami sendiri tidak tahu menahu di rumah siapa akan kami menumpang. Masuk sahaja bilik penginapan tersebut terus kami tahu itu adalah bilik seorang ikhwah. Rak bukunya penuh dengan majalah-majalah dakwah Indonesia dan bahan-bahan bacaan usrah. Aku agak kegilaan melihat longgokan majalah yang sangat banyak. Sedikit demi sedikit aku menarik untuk melihat isi kandungan majalah tersebut. Tarbawi, Sabili, Dakwatuna…rasa nak pinjam kesemuanya sekali dan spend sebulan untuk habiskan baca majalah-majalah tersebut. Sungguh musim exam yang berlalu telah membekukan tsaqafah dakwahku. Minatku terhadap majalah Indonesia bukanlah semborono. Isu yang mereka bangkitkan selalunya kontemporori, Mereka menyentuh isu di dalam masyarakat dan menunjuk ajar cara-cara berdakwah. bahan-bahan di dalam majalah tersebut sering membantu di dalam membawa pengisian di dalam usrah. Niatku bantutkan untuk membaca majalah-majalah itu kerana masa kami sangat suntuk untuk berada di situ. Mata dan badan perlu direhatkan kerana esoknya kami perlu membantu akhwat Indonesia utk membungkuskan makanan untuk 200 perserta STUD.

6 May /Sabtu

Pagi itu kami agak terkocoh-kocoh untuk bersiap. Ukhti Mira yang menyediakan makanan untuk program STUD sudah berulangkali menelefon. Mungkin kami sangat kepenatan menyebabkan bunyi telefon tidak kedengaran.

kami bergerak ke biliknya yang terletak di ruang bangunan yang sama. Bangunan itu merupakan rumah kediaman para pelajar di hannover itu. Masuk sahaja di bilknya, hampir sudah siap lauk pauk yang di masak. Pelik dan suka hati aku melihat makanan Indonesia yang jarang-jarang aku nikmati; nasi pulut berserta ayam goreng, ada tambahan keropok dan sayur-sayuran. Aku melihat bahan-bahan yang mereka gunakan. Sangat remeh!! bisik hatiku. Namun mereka tetap tegar menyediakan bahan-bahan tersebut.

Ukth MR sebayaku dan sudahpun berkahwin. Dari raut wajahnya aku dapat rasakan dia seorang aktivis dakwah yang hebat. Di rak bukunya tersusun rapi 3 tingkat penuh dengan buku dan majalah-majalah harakah. Aku cemburu melihat i/a Indonesia kerana minat mereka yang tinggi mengumpul dan membaca banyaknya buku-buku dakwah dalam usia yang muda. Mungkin ini membantu dalam membentuk kematangan pemikiran mereka. Cara kerja mereka cukup pantas dan mereka sangat berlemah lembut dengan sesiapa sahaja. Aku tidak sempat berkenalan dengan ukhti MR kerana perlu membantu proses membungkuskan makanan di tingkat bawah bersama KR dan Ukhti WD. Sahabatku FK sempat mengenali sosok peribadi itu dengan lebih mendalam dan melihat bagaimana cara mereka bekerja. Di ruang dinding Ukhti MR tertampal jadual ‘jalur Komunikasi’, iaitu jadual orang2 yang dia harus hubungi dan sentiasa membuat followup. Tidak hairan jika orang mengatakan penyebaran maklumat di kalangan mereka sangatlah teratur. Paling lewat maklumat itu disampaikan adalah selama sehari.Tidak seperti kita yang hanya mungkin bergantung kepada emel utk menyebarkan maklumat dan tidak hairan kenapa kadang-kadang berlakunya banyak ‘miscommunication’ antara kita. Satu iktibar untuk kita perbaiki di masa akan datang.

Selepas proses membungkus, kami bertolak ke tempat program. Nama program itu diberi nama STUD atas singkatan ‘Seudostasiatische Treffen Und Dialog’. Yang lebih kurang maksudnya Dialog untuk para pelajar South east Asia. Program itu merupakan program pertama yang sepenuhnya dirancang oleh ikwah dan akhwat indonesia dan Malaysia di German sebagai program dakwah umum di sana.

Pada awalnya aku memikirkan programnya ada sedikit selitan ceramah agama atau seumpamanya, tapi untuk permulaan mereka sengaja menjadikan program itu cair sebab memang dijadikan itu wadah untuk menarik para pelajar dari satu german datang berkumpul. Speakers yang datang turut pelbagai latar belakang yang menceritakan tentang hal ehwal pelajar yang menuntu di German, tentang urusan visa, mencari kerja dan seumpamanya. Hampir 90% bahasa perantara yang digunakan adalah bahasa Deutsch dan sepanjang masa aku cuba mencari kekuatan untuk tidak terlelap di dalam majlis yang aku tidak faham sepatah kata pun. Peritnya jadi pelajar di German, rensa hatiku bertitah. Sudahlah bahasa Inggeris tak ke mana, bahasa german pula tidak boleh digunakan sewaktu pulang bekerja di Malaysia.

Aku bertemu dengan wajah-wajah melayu yang kupandang mesra. Selembar senyuman kulemparkan dan salam pengenalan diucapkan. Ada yang pernah mengikuti usrah online KM ada yang tidak. Mereka bertanya siapa kami yang datang ini? Aku siap menunjuk ‘badge’ kami yang disiapkan dengan bertungkus lumus oleh KF dan KR. Ada logo MSM di situ.

‘Buat pameran and jumpa student Melayu kat sini. Saje je tengok-tengok’

‘Owh, ingat korang saja datang utk STUD ni. Semangatnya….’

Aku tersenyum. Taaruf dipanjangkan walaupun ada speakers bercakap di hadapan. Aku tidak tahan duduk kebosanan tanpa memahami apa yang diperkatakan mereka. Sekali sekala para pendengar mengetuk meja dengan tangan mereka tanda setuju dengan apa yang dikatakan para penceramah( adat di german, mereka tidak ‘applause /clap’ tangan, tapi mereka ketuk meja… pelik..heehhe)

Terus aku berkenalan dengan orang yang duduk sebaris dengannya. Buat-buat muka tak malu bertanya. (Ah… dakwahnya pasal, terpaksa lah buat ‘thick face’). Tak banyak diborakkan kerana faktor masa namun sempat aku mendapatkan butir-butir peribadi mereka. Nak melawat lagi german ni ,ujarku.

Ceramah berakhir pada tengahari itu dan disusuli dengan acara makan tengahari.Aku kecewa kerana program itu cuma berlangsung sehari. Tidak sempat membuat banyak benda. Ramai Melayu yang datang pun mempunyai perancangan yang pelbagai selepas sahaja makan tengahari. Masa yang kami tidak banyak untuk pergi bertandang di meja-meja yang kelihatan kelibat Melayu.

‘Kak Aisyah Dundee ke?’

‘Intan ek?’

Wajah itu seolah-olah mesra denganku. Dia mengangguk sambil tersenyum. Orangnya tinggi berkulit putih dan bertahi lalat di hujung pipinya. Bertudung litup kemas dan sopan.

‘Intan cari akak tadi, tapi tak kenal akak mana satu.’ Dia tertawa seketika. Dialah orang yang aku bersembang lewat tetingkap YM sebelum kehadiranku ke Hannover. Dia cuba mencari aku tempat tinggal di situ tapi tak dia berjaya.

Perbualan kami tidaklah semesra mana di hadapan monitor. Mungkin masing2 sibuk dengan pelajaran masing-masing ketika itu. Namun tatkala mata kami bertaut, terus dapat aku rasakan ikatan hati yang kuat. Entah kenapa. Aku ingin berbual lama dan berkenalan dengannya, namun masa kami sangat suntuk. Dia harus pulang malam itu juga. Aduh, sedihnya! berbual tak sampai 10 minit sahaja!

‘Datanglah tempat Intan kak. Intan duduk kat Flensburg. Tempat kitorang ada 2 orang je Melayu perempuan kat situ.. datanglah!’

Flensburg merupakan negeri teratas sekali di dalam peta German, bersebelahan sempadan Denmark.

Aku mengerti keinginannya. Aku sangat memahami erti kesepian dan kesunyian. Dan memang aku berazam untuk menziarahi tempatnya kelak.

Dia belanjakan aku minuman Indonesia yang dijual di situ. Perbualan kami dilanjutkan. Di situ aku bertemu dengan sahabat karibnya, Elf dari Reutlingen, tempat yang agak selatan di German. Dia belanjakan 120 Euro menaiki tren terpantas di german selama 6 jam untuk bertemu sahabat karibnya tidak sampai sehari! Aku mengerti mengapa Elf sanggup membuat pengorbanan sedemikian. Di tempatnya turut ada 2 orang Melayu perempuan sahaja.

Entah mengapa hatiku sayu melihat mereka. Sebab aku berada di dalam situasi seperti mereka. Separuh duitku dihabiskan membeli tiket tren/bas/kapal terbang untuk bertemu sahabat-sahabat seperjuangan setiap bulan kerana kesunyian itu satu perkara yang sangat menyeksakan bagi mereka yang benar-benar merasainya.

Intan harus pulang. Aku berpindah ke meja lain untuk bertemu dengan pelajar-pelajar lain yang ada. Kami berkenalan dengan adik2 dari UKM yang baru sebulan berada di German. mereka mengikuti kursus double degree di Duisburg dan Essen selama 18 bulan. Maknanya mereka ada 17 bulan di sana. Kesemuanya adalah ‘self sponsor’, maka tidak hairan jika mereka agak berkira dengan duit. Selepas taaruf dan mengambil butir-butir mereka, aku minta mereka untuk tidor bermalam di masjid.

Malam itu seharusnya ada ‘malam keakraban’. Ada ceramah dan sesi bermesra-mesra. Mungkin kerana promosi tentang perkara itu tidak dilakukan sejak awal dan besar-besaran, tidak ramai pelajar Melayu yang akan bermalam hari itu. Aku cuba memujuk adik2 dari Duisburg untuk tidak pulang malam itu..

Mahal lah kak! Kami takde duit…kene beli tiket baru esok…

Hurmm…aku terkesima. tak reti juga memujuk orang yang baru dikenali. Aku meninggalkan mereka untuk bertemu pelajar-pelajar lain.Kotinjen MSM yang lain turut sibuk menjalankan operasi mereka. Ada yang menjaga booth, ada yang menunjuk ajar ISK, ada yang sibuk bersembang dengan beberapa pelajar dengan penuh intim. Aku bertemu dengan wakil Malaysian gemany society, berkenalan dan mendapatkan butir peribadi. Aku melihat sekelilingku untuk melihat manusia2 lain yang belum aku temui dan kenali. Adik2 duisburg dan essen mula mahu bergerak pulang. Sebelum itu mereka singgah di booth kami.

Hari itu sahaja, kesemua majalah bicara habis disebarkan kepada hadirin. Adik-adik duisburg tidak terlupa juga mengisi borang biodata untuk tindakan follow up dari UK (Nang boleh minta dari kak fid)

tetiba sahabatku FK bertanya padaku,

‘Aisyah, nak pergi Duisburg tak?’

‘Huh? giler apa? biar benar? nak pergi camne? naik apa? bayar berapa?’

Perjalanan ke Duisburg tak pernah dalam perancangan kami. Malam itu kami akan tidur di masjid, keesokannya tidur di salah sebuah rumah pelajar melayu yang ada di hannover tersebut. Di mana sih Duisburg itu?

Aku mendapat idea bagaimana untuk menyuruh adik2 Duisburg itu utk tinggal semalam di Hannover.

Tiket termurah di sana adalah tiket menaiki tren terlambat sekali. Jika beli untuk 5 orang baru 30 euro. jika seorang harganya turut 30 euro. Kami menawarkan untuk membeli tiket baru untuk mereka. Mula-mula mereka agak ragu-ragu, tetapi setelah dipujuk rayu, kesemua 7 mereka setuju untuk bermalam di situ..
Alhamdulillah… mad’u datang bergolek.. di dalam kepala kami berlegar program apa yang patut dilakukan di malam itu….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s