exam is near

Posted on


salam alaik to all,

exam saya 1,2 May 2006 ni.. doakan saya ek.. saya nak lulus nak cemerlang, lepas tu boleh baca banyak buku2 lain dan ziarah sahabat2 lain di mana sahaja mereka berada….

dua tiga menjak ini, musim bunga yg hadir mengajarkanku erti kerinduan dan cinta… typical girl, perempuan mmg sangat beremosi.. lawak plak… tapi itulah… adik2 saya ramai takde easter ni, so rasa sunyi plak hari2 di depan meja belajar, altho baik juga sebab boleh fokus utk belajar…

oklah, kene sambung study, maybe bosan2 boleh update lagi….

PS : rasa nak peluk smua akak2 dan adik2.. 😦 rindunya kat antunna……

kasut

kasut itu milik tuannya
tanpa hasrat dia mematuhi
ke mana kaki dituju itulah tempat diseru

kasut menjadi saksi tuannya
tempat maksiat tempat ibadah semua diredah
dia tidak ada hak membantah apatah lagi menegah

Ke mana kita hari ini tuan?
soalan dijawab bisu
Kasut turut melangkah berkhidmat setia
Moga baik niat tuanku hari ini, bisiknya

Seketika kasut terkesima
malapetaka apakah ini?
Sakit tubuh dipijak disepak
direnjis najis berbau hapak
mengapa aku ada di sini?
suara manusia bertempik berteriak
bersentuhan jantan betina tanpa riak segan
maksiat melata sendat dengan pesta

Keluarlah tuan! hamba tidak mahu bermaksiat pada Tuhan!
Tuan boleh terus berdansa tapi hamba tidak rela!

‘I’ve got present for you dear!’
‘Wow, a pair of shoes! Let me try it out’
Lantas kaki bertukar pakaian,
Dia kini sudah tidak bertuan,
Kini jasad sudah bertemankan sampah sarap,
Namun syukur kerana kasut tidak perlu bermaksiat pada Tuhan

Seketika difikir hayatnya sudah tiada
boleh dia menutup mata selama-lamanya
Tiba-tiba tubuhnya disentak,
Apakah pula ini?
‘Elok juga kasut ini lagi. Sayang kalau tak pakai’
Elok muat sepasang kaki memasuki tubuhnya
Siapakah manusia baru ini?
Antara gembira dan galau dia bertawakal,
Kemanakah destinasi kita tuan baru?

Dari satu sudut yang jauh
rensa hatinya bergetar
tatkala kedengaran suara merdu muazin mengalunkan ,
panggilan kuat kepada Tuhan,
damai hatinya lantas diperlajukan langkah,
kasut mahu turut mengejar Tuhan,


Saat dia berada dalam saff rapi
di perkarangan luar tempat ibadah itu
dia berkhutbah pada teman kasut yang lain…
Bersyukurlah kalian..
Tuan-tuan kita adalah orang-orang yang beriman
Berdoalah agar kita tetap dapat membantu mereka
melangkah menuju redha Tuhan
Agar hidup kita bukanlah sebagai sepasang kasut sahaja
Tetapi sebagai hamba Allah yang mulia..

orang yang ada 5 pasang kasut,
aisyah
7 april 2006

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s