rindu pada adik saya

Posted on

salam..

sajak ni lama juga saya tulis…time tgh bosan2 study… rindukan adik saya yang saya kasihi kerana Allah….kadang2 mmg pelik kat dunia ni bile kite jumpa seseorang tu yang kite sayang macam ahli keluarga kite sendiri … itulah persaudaraan yang bertalikan aqidah… sempadannya bukanlah pada warna kulit serta hubungan darah sekalipun. Adik saya itu merupakan seorang dari ratusan malah ribuan saudara2 saya yang ada di dunia ini, mereka yang mengaku Allah itu Tuhan yang wajib dan paling berhak disembah. Time ni agak lama dah tak contact2 dengan dia sebab masing2 sibuk dengan aulawiyat masing2…sajak ini juga saya tujukan juga buat mereka yang selama ini menganggap saya sebagai kakak mereka, walaupun kite tidak sama ibu dan bapa….. hakikatnya ibu bapa kite adalah Adam dan Hawa kerana Adam dan Hawa beriman kepada Allah….

lagi sekali tema dia rindu….hehehehe…tulaaah….nanti kene tukar tajuk/tema lain plak… maybe duduk kat tempat tak ramai member melayu ni menyebabkan saya rasa kawan sick,homesick dan program sick dgn dahsyatnya… kenapa ek? Hanya orang2 yang merasainya sahaja faham…seperti mana orang2 berpuasa merasai peritnya menahan lapar dan dahaga…

sape adik saya tu? hehehehe…sapa2 yang nak ngakulah…..heheheeh
ni dia…

Rindu,

rindu itu bagaikan air yang mendesah
kencangnya mengocak tasik di laman mawaddah
Angin yang bertiup turut mahu menjadi pengantara
mengantarkan perasaan yang berantakan ini pada si dia

Apa khabar dia di sebalik selimut masa dan kesibukan?
Sihatkah dia diselebung hawa yang mencengilkan tulang ruas di badan?
Kembangkah fahmu dalam dirinya dicurahkan tsaqafah tanpa sempadan?
Kencangkan dirinya dengan jihad dan iltizam pada sirat dakwah di hadapan?

Tidak dapat kugambarkan rasa kerinduan ini,
datangnya tanpa henti,
terubat apabila mengetahui keadaan dirinya
walaupun tanpa teguran
walaupun tanpa perbualan
bahkan tulisan dia atas tetingkap pesanan

Aku menginginkan agar angin menyampaikan rasa rindu ini
ataupun burung2 mengicipkan nota kasih di atas kanvas,
mewarnakan citra perasaan yang sering berdenyut di atas hatiku ini

Besar harapan hati,

mengharapkan bukan sahaja jasadi
tapi ruhi dan akli
sejahtera dan bertenaga bak si rajawali
berkibar sayap semangat
dengan ilmu kejap di ingatan
menunggu sahaja ngauman si jeneral
melepaskan dia ke medan perang
jadilah dia srikandi tauladan
tanpa gentar dia jauh maju ke hadapan
hanya Allah dan syurga puncak kecintaan
kerana di situlah tempat pertemuan
Aku dan dia
kerana kami berjauhan
dan rindu itu sangat memeritkan dan memenjarakan
pertemuan apa lagi yang abadi
Jika tidak akhirat yang hidup tanpa henti
Cukuplah kerinduan ini Allah yang mengerti
Semoga rindu ni rindu yang hakiki
menjarah laman mahabah di kalbu ini
Rensa hati ini perlu bernada ibadah..
Agar kasih kite ditautkan atas tali simpulan
Billah, lillah dan fillah….

Duhai dinda,
sungguh aku merinduimu tatkala ingatan itu datang….

Muharikah >

16/3/06
Advertisements

4 thoughts on “rindu pada adik saya

    zue said:
    March 19, 2006 at 1:54 am

    huhuhu…sedihnye sajak 😦 sy pn faham akan rindu tu…perasaan loneliness..mm..moga kita teru tabah insyaAllah

    nk mengaku jd adik awak yg tu la :p

    Aisyahzack said:
    March 19, 2006 at 12:20 pm

    hahhahaha…

    mmg pun awak antara orang2 yang bayangkan saban hari zue…. 😑 Muaah…. sayang awak…

    CikBungaSuci said:
    March 21, 2006 at 2:56 pm

    saye saye!
    saye nak jugek!
    =P

    Sya Z said:
    March 25, 2006 at 10:39 am

    OKeh!!! boleh jeee!!! hehehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s