adeyh sajak lagi

Posted on

hahahaha….takpelah… nak belasah blog sendiri puas2.. laggiipun blog ni macam tak femes sangat…cume member2 terdekat baca sekali sekala…so rasa macam tak malulah nak letak sajak sendiri utk kepuasan peribadi…

sajak ni saya tulis time musim salji balik dari manchester on 13 march 2006. saya ada tulis kat emel and fed pada sahabat2… ni saya copy and paste dari emel tu…sebab ada cerita disebalik salji tu….

—————————————————————

salam semua…

semoga ruh antum masih berdenyut dengan semangat dan cinta pada perjuangan di atas jalanNya…

On the way sisters scotland balik dari manchester semalam, bas kami terpaksa ditunda 2 jam kerana keadaan salji yang sangat tebal menyebabkan jalan2 terpaksa ditutup. kami kepenatan sehingga tertidur separuh perjalanan, bila mata dibuka terus je takjub dengan ciptaan Tuhan… sapa sangka bulan march adalah bulan di mana salji turun paling tebal di sini..
sangat taajub juga sebab kiri kanan depan dan belakang ada salji semata2.. gunung2 yang banyak di atas muka bumi scotland ni turut diputihi dengan salji…

salji sangat tebal sehingga ke paras lutut…dan mmg damai melihat salji. hosmet di dundee sedang seronok berbalingan ais sesama member di sana, kami tak mampu nak kluar dari bas, hanya memendam rasa utk berbaringan di atas salji itu jika mampu…

terjumpa firman Allah mengenai salji ini… tk sia2 Allah ciptakan salji, tuk manusia ponder…boleh cube baca surah an-nur(24) ayat 43… so boleh tgk quran masing2.. πŸ™‚

salji itu mmg indah,
tempat manusia turut berfikir…
________________________________ ____________________________

Salji

Salji itu mengajarku
Erti keputihan, kedamaian dan kesucian,
Manusia bergembira tatkala butiran ais itu berguguran
Walau kesejukan tetapi semua itu tidak dipedulikan
Salji itu indah bila dipandang
Salji itu asyik bila dipegang

Mengapa manusia menyukainya?
Tidak diketahui..
Asalnya manusia menyintai keputihan
Putih itulah hati manusia
Dahulunya sebelum kelahiran
Apabila mula bertatih di atas bumi
Bermula episod-episod lopak dalam dirinya
Benar salji itu menjadi kotor bila dipijak
Salji itu cacat jika sudah bersentuhan
Begitu jugalah hati manusia
Cacat dan kotor jika terdapatnya palitan
Namun , tidak pantas manusia menyedari
Sesukanya mereka pada keputihan salji
Tidak sepantas itu mereka mahu memutihkan hati

Hakikatnya hati manusia seperti salju itu
Putihnya cuma sementara
Tatkala hujan mula menuruni
Dan hawa panas mula menyerapi
Encerlah ia,
Hilanglah ia bersama angin yang bertiupan,
Banjirlah jalanan dan lecaklah permukaan,
Kesukaan melihatnya cuma sementara
Seterusnya haba yang dinanti
Dan tanah hijau yang dihajati

Hati turut seumpama itu
Jika putihnya sementara
Tentulah kedamaiannya begitu jua,
Hakikatnya manusia mampu memilih,
Untuk kekal seputih salju
Atau menjadi lopak-lopak di jalanan….

saat salji mula mencair dari paras lutut,
Manfira Aula
2 am
dundee

Makna: Encer; cair
lopak-lopak di jalanan: salji bila dah cair, dia akan jadi becak dan lecak. so macam lopak2 di jalanan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s