Sajak -Ikhlas

Posted on

Aku berfikir
Dalam, sambil menafakuri ciptaan Tuhan
Di sepanjang jalan yang dilitupi hijauan yang mempesonakan
Benar tika itu malam sudah pekat, namun dia berasa dekat dengan alam,
Kerana alam menghubungkannya dengan Tuhan.

Dari sisi dia menaakuli,
Apakah maknanya kehadirannya kini?
Dan untuk apakah ramainya insan-insan lain sanggup datang ke program sebegini?
Ada yang terpaksa menempuh perjalanan yang sangat jauh,
Merentasi lautan, bukit bukau dan sempadan jalan
Mengorbankan masa rehat di rumah dan wang bekalan yang sangatlah terhad.
Untuk apakah mereka datang?
Kerna apakah sanggup mereka berbuat sedemikian?

Aku terus berfikir dan aku bertanya diriku sendiri
Untuk apakah kau datang?
Adakah untuk melihat wajah sahabat-sahabat yang saban hari melayari jendela laman hati?
Atau berasa seronok berada di tengah kemeriahan rakan taulan?
Atau mencedok ilmu memenuhi fikrah di fikiran?
Merasa bertambahnya tanggungjawab perlu diemban?
Untuk apakah aku datang kali ini?

Aku melihat alam dan mencari burung-burung
Kerana apa mereka terbang mencari makan?
Kerna Allah suruh mereka…
Aku melihat dedauanan berterbangan,
Kerana apa mereka berguguran?
Kerana allah menitahkan mereka berbuat sedemikian.,..
Makhluk Allah tanpa akal seolah-olah menunjukkan aku sesuatu…
Segala apa yang mereka perbuat adalah menurut perintahNya..
Sedangkan aku, masih mahu berasbabkan keduniaan.. dalam setiap derap langkahku melangkah…

Kenapa tidak saja aku harapkan redhaNya?
Mengapa perlu mencari manusia sedangkan si Dia ada?
MengharapkanNya pasti tidak kecewa,
Mengharapkan manusia sudah tentu sia-sia.
Hati tidak akan puas, pahala tidak akan dapat..
Sia2lah perjalanan dan pengorbanan yang jauh ini.

Dan ketika detik pertemuan itu terjalin,
Dan basahan ilmu menempa gegendang telinga,
Serta alunan syahdu si sahabat di hening pagi yang sepi, membacakan kebesaran kalimah2Nya,
Ketika itu aku merasakan percikan angin yang mempesonakan.
Sungguh kita pasti kecewa mengharapkan manusia,
Ukhuwah itu tanpa makna tanpa iman padaNya
Hakikatnya talian hati itu pasti basah jika berpaksi pada cintaNya,
Kenapa mengharapkan manusia kerana mengharapkan belas kasih serta perhatian mereka?
Sedangkan Allah itu sudah cukup bagi manusia?
Dan kita pasti bahagia bersamaNya.
Walaupun tidak dikenali ramai.
Dia pasti mengenali kita..
Dan Dia sentiasa meramaikan perasaan kita
Kerana Dia sentiasa ada bersama kita, selamanya…

Manfira Aula
1.24am
Dundee

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s